Sunday, January 22, 2012

Udon Goreng


bahan-bahan
3 packs kecil inst. udon noodle jenis basah
3 dried shiitake mushrooms
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 carrot - basuh, kupas, potong, ketepikan
1/8 kobis panjang - basuh, potong, ketepikan
1sk crush black pepper
oyster sauce, kicap pekat manis abc, kicap cair - secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
  1. cendawan kering basuh , terus rendam dalam secawan air sejuk sahaja bukan air panas, biar ia kembang bila lembut potong, ketepikan, jangan dibuang air rendaman digunakan untuk memasak
  2. inst. udon noodles preheated dalam microwave oven selama 5 minit dengan bungkusannya sekali tidak perlu buka
  3. bawang putih kupas, basuh, cincang halus, ketepikan, carrot, kupas, potong, ketepikan, kobis panjang, basuh, potong ketepikan  
  4. minyak masak,  panaskan secukupnya dalam kuali, tumis bawang putih cincang, perah sikit cendawan dalam cawan rendaman tadiairnya jangan dibuang , tumis cendawan seketika supaya ia masuk minyak,
  5. tuangkan  oyster sauce, kicap pekat manis abc dan kicap cair secukupnya agak-agaklah sendiri,   goreng hingga naik bau wangi, suaikan rasa, taburkan lada hitam
  6. tuang air rendaman cendawan, udon noodles, rebus seketika, bila ia mula mendidih masukkan kobis panjang dan carrot, goreng hingga masak serap airnya serta kering,
  7. hidangkan  

Ubi Kentang Goreng

bahan-bahan
3 ubi kentang jenis panjang 
sedikit putih telur yang telah dipukul sedikit - lebihan dari celup ayam goreng
sedikit tepung goreng ayam - lebihan dari celup ayam goreng
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
basuh kentang bersih-bersih tidak perlu potong kulit rebus separuh masak, potong baji, sadur dengan putih telur, masukkan tepung dalam container atau plastik gongcang-goncangkan hingga tepung salut sepenuhnya, goreng dalam minyak panas dengan api sederhana, hidangkan  

Ayam Goreng Salut Tepung

bahan-bahan (menghasilkan 14 ketul ayam goreng)
7 pcs chicken legs @ peha ayam - basuh, keringkan & potong, ketepikan
2 kotak all purpose seasoned flour @  tepung kentucky - guna evergreen brand
2 biji putih telur - pukul sedikit
minyak menggoreng secukupnya

cara-cara
basuh ayam, lap dan kerigkan dengan kitchen paper atau kitchen tissue paper,  celup ayam dalam putih telur, tuang semua tepung kentucky dalam plastik,letak ketulan ayam, pulas plastik goncang-goncangkan hingga ayam salut tepung atau letak separuh tepung dalam container, susun ketulan ayam, tabur lagi  tepung diatas keseluruhan ketulan ayam hingga habis, tutup container, goncang-goncangkan hingga  bersalut sepenuhnya, panaskan minyak, goreng ayam dengan api sederhana perlahan, alih-alihkan,  tutup dengan tudung frying pan, alih-alihkan, tutup lagi dengan tudung frying pan alihkan tutup lagi, masak lagi hingga kuning keemasan dan secukup masak,  hidangkan

Kentang Putar

Whipped Sauce
bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
 stok ayam secukup rasa
1 biji carrot – cincang, rebus & blend
1 biji white carrot – cincang, rebus & blend
1/2-1 biji celery root @ celery  – potong, rebus & blend
40gm mentega
1 sudu besar sos tomato
1/2 caw susu cair atau sedikit creamer
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
garam

cara-cara
  1. Masak air, celery roots, white carrot and carrot hingga empuk, kemudian blend halus blend . Air rebusan jangan di buang
  2. Tuang air rebusan, bahan yang diblend tadi, masukkan stok ayam, butter dikacau selalu supaya ia tidak berkerak dan hangus.
  3. Masukkan pula sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Mash potato
bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang direbus dgn kulit dan tanpa garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
garam secukup rasa

cara-cara
  1. Rebus kentang dengan air secukupnya, tidak perlu letak garam
  2. Setelah lembut toskan air buang kulitnya dan  lecek kentang hingga halus.
  3. Masukkan butter, garam, lada hitam dan susu secukupnya.
  4. sedia untuk dihidangkan

Saturday, January 21, 2012

Loaf Buah-Buahan

bahan-bahan
70gm butter 
50gm gula
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan plain yogurt pekat
1 telur  
350gm pancake flour
1 lemon} perah jusnya,  ketepikan
80gm cherry hijau
80gm cherry merah 
80gm orange peel 
4 genggam kismis 
1 penutup vanilla essence
sedikit garam  


Cara-cara
  1. Panaskan microwave oven pada suhu 160C dan set times 60minit
  2. Putar butter dengan gula dan sehingga sebati, masukkan telur kaup dan balikkan tuang vanilla essence,diikuti yogurt diikuti susu kaup dan balikkan
  3. masukkan buah2an campuran kaup dan balikan, lepas itu masukkan pula tepung kaup dan balikkan, tuang jus lemon kaup dan balikkan 
  4. lapis spring form dengan baking paper pada dasar dan sekelilingnya, tuang adunan,  bakar dalam microwave oven hingga habis timer membakar, tambah suhu ke 180C set timer lagi 10 minit masak secukupnya hingga kuning keemasan, sejukkan, keluarkan, potong, hidangkan  

Saturday, January 14, 2012

Nasi Lemak

bahan-bahan
6 caw beras jepun atau apa-apa jenis beras - basuh,toskan, ketepikan
1 tin santan tin  -  air secukupnya bergantung pd beras yg hendak dimasak
garam halus - secukup rasa
halia sebesar ibu jari - diketuk atau dimayang halus
3 helai daun pandan - koyak-koyakan
3" inci kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
20 biji lada hitam
3 batang serai - diketuk

cara-cara
Jika masak nasi guna rice cooker, masak atau tanak nasi seperti nasi biasa dengan air dan santan secukupnya serta campur semua bahan-bahan, kacau sikit tekan on tunggu ia masak serih nasi, sedia untuk dihidangkan. Kalau masak atas dapur didihkan santan bersama kesemua bahan diatas kecuali beras, bila air dan santan mendidih atau mengelegak, masukkan beras, kacau perlahan sehinggan santannya kering, tutup tudung periuk, perlahankan api jika guna gas dan tutup api terus jika guna dapur elektrik, kemudian serih nasi, hidangkan bersama segala jenis rendang aatau sambal tumis , telur, timun , kacang tanah &ikan bilis goreng dan sebagainya

Rendang Udang

bahan A
1 kg udang size besar - tidak perlu siang, cuma basuh besih dan toskan, ketepikan

bahan B blend halus
31 biji cili kering - potong, basuh, ketepikan
9 batang serai size besar - hiris halus, ketepikan
2 biji bawang besar size sederhana - potong,  ketepikan
7 ulas bawang putih - potong, ketepikan
seketul besar lengkuas - size segenggam paling besar - potong, ketepikan
segenggam kecil halia - kikis,potong, ketepikan
sedikit air untuk blend

bahan C
1tin santan kelapa dalam tin
2-3 helai daun kunyit - basuh, hiris halus, ketepikan
lebihan separuh serai bahagian ujung - ketuk, ketepikan
2 keping asam gelugur
minyak secukupnya untuk menumis
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

cara-cara

  1. cili kering,  basuh, letak sikit air ke dalammnya, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 5 minit, basuh, toskan, ambil cili buang biji yang tertinggal dalam penapis atau rebus cili dengan  air seckupnya hingga kembang dan lembut, basuh, toskan, asingkan cili dan bijinya dalam penapis, ketepikan,
  2. potong bawang dan bawang putih, hiris nipis lengkuas dan halia , mayang halus serai, masukkan semua bahan dalam blender, letak sedikit air, blend halus, masukan cili blend hingga halus, ketepikan 
  3. tuang minyak secukupnya, tumis bahan blend, serbuk kunyit, asam gelugur hingga naik bau wangi, suaikan rasa dengan garam, gula dan ajinomoto, goreng lagi hingga keluar minyak atau pecah minyak serta cili masak secukupnya, seelok-eloknya tutup kuali atau periuk menumis supaya minyak tidak memercik keluar 
  4. masukkan santan, daun kunyit hiris, lebihan serai ketuk, tutup tudung kuali atau periuk masak santan hingga mendidih dan mula naik minyaknya, tuangkan udang, kacau sikit, tutup balik dengan tudung kuali atau periuk, masak seketika udang hingga  kuah rendang  pecah minyak, sedia untuk dihidangkan 

Friday, January 13, 2012

Dodol

bahan A caramel
250gm gula
100ml air sejuk

bahan B
1 tin @ 400ml santan pekat dalam tin - lbh elok ltk pati santan pekat menghasilkan dodol lebih lemak lagi
250gm gula
250gm tepung pulut
1/2 sk rata garam halus
1 penutup vanilla essence

cara-cara
masak gula kacau sentiasa atas api sederhana besar hingga perang dan berbuih, tutup api, tuang air sejuk, tidak perlu kacau, gula akan larut sepenuhnya, tuangkan santan kacau dengan whisk hingga santan larut dan tidak bergentel, masukkan tepung pulut,vanilla essence dan garam halus kacau hingga larut, masak atas dapur sekejap guna api kuat kacau sentiasa dengan whisk hingga jadi seketul doh pekat, licin dan tidak bergentel, tuang dalam mangkuk besar, set masa timer selama 5 minit, preheated terus dodol dalam microwave selama 2 1/2 minit, keluarkan kacau2 dengan whisk, masukkan balik dalam microwave, masak lagi hingga habis masa timer terus set balik timer lagi 5 minit, terus masak dodol tidak perlu keluarkan dari microwave oven lagi selama 2 /2 minit , keluarkan dodol kacau2 dgn whisk, masak lagi dodol hingga habis timer, keluarkan dodol  letak dalam bekas sesuai dan preheated lagi selama seminit bagi nampak cantik dan licin sedia untuk dihidangkan. Masak dodol ini  boleh guna convention microwave cuma tekan function preheated sahaja dan boleh juga memasak dodol dengan microwave jenis biasa untuk memanaskan  makanan

Thursday, January 12, 2012

Bubur Serawa

bahan-bahan
9 biji ubi keladi bulat kecil-kecil  
1 ubi keledek size sederhana
2 biji pisang montel
sagu halus secukupnya
gula putih secukupnya
1 pack kecil inst. coconut milk powder- bancuh dgn sdkt air pns agak2 jadikan santan secukupnya   
sedikit garam

cara-cara
basuh ubi keladik hingga bersih, letak dalam  bekas micro-wave heating plastic container, tutup kemas dengan plastic wrap terus preheated dalam microwave oven selama 7-10 minit atau sehingga bau masak ubi keladi tersebut, keluarkan, koyakan kulitnya, potong, letak dalam saucepan, tuang air secukupnya, gula secukupnya dan sedikit garam, masak ubi keladi, letak sagu halus dalam penapis kecil basuh seketika dengan air paip, toskan, bila mendidih sikit terus masukkan sagu yang telah dibasuh tadi dan ubi kupas keledek, potong, masukkan terus ke dalamnya, sekiranya air kurang air tambah lagi,  masak hingga ubi lembut, tuang santan, masak lagi hingga mendidih, kupas pisang, potong serong masukkan ke dalamnya, masak seketika atau hingga secukup masak, hidangkan      

Sunday, January 8, 2012

Kabsa Daging

Bahan-bahan ( 4 orang ) - sumber resipi member mry

  • Step 1 : Masak Lamb dan buat stock sekali
  • 1kg Lamb (boleh ganti dengan ayam/daging)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 6 gelas air
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 helai daun bay (kering)
  • 5 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
  • garam secukup rasa
  • perasa (optional)
  • Step 2: Masak Lamb Kabsa
  • 3 cawan beras basmathi
  • 4 1/2 cawan stock dari langkah pertama
  • 2 sudu makan ghee/mentega/olive oil
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 biji tomato - potong dadu
  • sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)/sedikir koma-koma/saffron
Cara-cara
  1. Step 1 : Masak Lamb dan buat stock sekali
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renihkan selama 1 jam 30 minit.(kalau air kurang, boleh tambahkan sikit dengan air panas, kita perlukan 4 1/2 cawan stok)
  3. Setelah masak, keluarkan daging dari periuk dan asingkan.
  4. Ambil 4 1/2 cawan stock untuk memasak nasi.
  5. Step 2: Masak Lamb Kabsa
  6. Cuci beras sehingga bersih dan toskan lebih kurang 15 minit
  7. Masukkan ghee/mentega/olive oil ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
  8. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dan tomato, goreng sehingga layu (transparent) dengan api sederhana.
  9. Setelah itu, masukkan beras dan gaul sehingga minyak sebati dengan beras. Kacau perlahan-lahan bagi mengelakkan beras hancur.
  10. Setelah itu, masukkan stok dan gaul perlahan. Pastikan guna api sederhana besar. Seterusnya, susun daging ke atas beras dan tutup periuk. Biarkan sehingga air kering sedikit dan kecilkan api ke tahap minima. (Kalau nak guna rice cooker pun boleh- tak perlu risau nak control api)
  11. Biarkan nasi sehingga masak dan selamat menjamu selera.
  12. *Kalau nak lagi best, setelah tutup api, kacau nasi dengan garfu dan biar lagi lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan.. (kalau dapat menahan selera anda :))

Saturday, January 7, 2012

Kek Keju Chiffon

bahan A
50gm cream cheese philadelphia
50ml susu segar
20gm butter

bahan B
3 kuning telur
1 penutup vanilla essence
sedikit garam
70gm tepung gandum} diayak
1 sk double acting baking powder } diayak 

bahan C
3 putih telur
100gm gula
1/4 sk cream of tatar

cara-cara

  1. bahan A kacau sentiasa dengan whisk cream cheese, butter, susu segar dengan kaedah double boiler hingga larut cair dan tidak bergentel, sejukkan, ketepikan 
  2. bahan B masukkan tepung gandum, kuning telur, vanila essence dan garam, kedalam bahan A gaul rata dan sebatikan, ketepikan
  3. bahan C pukul putih telur dengan mixer dengan kelajuan tinggi, masukan gula sedikit demi sedikit dan  pukul lagi sehingga gula habis, mengembang jadi meringue taburkan cream of tatar pukul lagi hingga kental dan bila diterbalikan ia tidak jatuh
  4. bahangikan meringue kepada tiga bahagian, ambil satu bahagian kaup dan balikkan dalam adunan cream cheese dan ulangi lagi adun meringue peringkat kedua dan ketiga hingga habis, ketepikan 
  5. panaskan microwave oven pada suhu 170C set timer 50 minit, acuan chiffon cake tidak perlu di griss cuma tuang sahaja kesemua adunan ke dalamnya
  6. bakar chiffon cake pada suhu dan masa yang telah diset pada microwave oven tadi atau masak dengan oven pada suhu 175C selama 35-40minit 
  7. keluarkan dari oven, terbalikan dengan mengantungkan acuan chiffon atas botol,  sejukkan seketika, sisipkan dengan pisau, potong, sedia untuk dihidangkan  

Potato Salad

bahan-bahan
9 ubi kentang - size sederhana
3 timun jepun
1 carrot
2 telur rebus - buang kulit, potong tdk terlalu nipis atau tebal 
1/2 bawang besar - hiris nipis baji memanjang, kerat dua, basuh dgn air, perah sikit, ketepikan 
1 lemon atau limau nipis
garam secukup rasa
lada hitam crush secukup rasa
mayonnaise secukupnya lbh kurang 1/2 -1 cawan - ikut selera

cara-cara
  1. telur basuh, rebus hingga keras, rendam seketika dlm air, kupas kulit telur, belah dua, potong nipis, ketepikan
  2. ubi kentang basuh hingga bersih, rebus dgn kulitnya sekali hingga lembut atau empuk, buang kulit, lecek halus, sejukkan,  ketepikan
  3. timun basuh , potong tdk terlalu nipis atau terlalu tebal, gaul dgn sedikit garam, biarkan seketika sehingga airnya keluar, kemudian ambik segemggam letak ditapak tangan, perah dgn  kedua belah tangan dgn cara menekan kedua belah tangan, keluarkan airnya, ulangi hingga habis, ketepikan
  4. carrot kikis atau kupas , potong tdk terlalu nipis atau tebal, tutup dgn plastic wrap, preheated hingga 3 minit, rebus dalam air,  keluarkan, toskan,  ketepikan 
  5. bawang besar buang kulit, basuh, potong arah telentang kemudian hiris nipis baji memanjang, basuh dgn air, perah sikit, ketepikan   
  6. Lemon atau limau nipis basuh, belah dua, buang bijinya,  perah dgn squeezer keluarkan semua jusnya, ketepikan  
  7. selepas ubi kentang sejuk, tuang lemon jus, mayonnaise secukupnya, lada hitam dan garam, suaikan rasa, gaul hingga sebati, taburkan isi timun dan bawang perah, carrot dan telur gaul rata lagi hingga sebati,  hidangkan  

Pulut Kukus Dengan Buah Berangan & Sayur-Sayuran III

 
bahan-bahan
1kg beras pulut jepun - dibasuh, rendam selama 3 jam atau semalaman
300ml air
6-7 penutup kicap cair jepun
3-4 genggam inst. hondashi
300gm mixed mountain vegetable's warabi, black kikurage, small takenoko, shimeji, enoki, nameko, fukki, yamazeri
300gm  sweet potato - potong
300gm roasted chestnuts/isi buah berangan
1 lotus roots - , buang kulit, potong nipis
1 biji carrot - buang kulit, disagat memanjang


cara-cara
  1. Basuh beras pulut, masukkan dalam bekas yang sesuai untuk dikukus, kukus hingga masak
  2. tuang air, kicap cair jepun, hondashi, sebatikan dalam besin besar yang sesuai terus keluarkan pulut yang telah dimasak tadi, gaul rata, kukus balik dan letakkan diatasnya carrot mountain vegetable, isi buah chestnuts, sweet potato, lotus roots, kukus hingga masak, balik-balikan supaya sebati dan masak sepenuhnya
  3. Jika pulut masih mentah lagi atau kurang masak, balut loyang dengan plastic wrap, preheat dalam microwave hingga pulut masak
  4. hidangkan

Kimpira Gobok

bahan-bahan
  • 1 akar brudock/gobo, digosok (atau kulit sedikit dikikis), dipotong panjang atau mayang halus memanjang dan rendam dalam air selama 10 minit
  • 1 lobak merah kecil, dipotong  mayang halus memanjang
  • 1-1/2 sb minyak bijan atau minyak masak  
  • 2 sb hondashi
  • 1sb kicap cair jepun  
  • 1-1/2 sb bijan, disaring tanpa minyak selama 1 minit dalam kuali , keluarkan, ketepikan(optional)
  • cili kering - potong bulat nipis, buang bijinya, ketepikan (optional)

cara-cara
Dalam kuali dipanaskan, tumis akar brudock dan lobak merah di dalam minyak bijan atau minyak masak selama 3-4 minit, sehingga lembut. Tambah kicap cair, dan hondashi terus memasak dengan api sederhana sehingga semua cecair serap. Hidangkan, tabur bijan sangai dan cili kering