Saturday, January 7, 2012

Potato Salad

bahan-bahan
9 ubi kentang - size sederhana
3 timun jepun
1 carrot
2 telur rebus - buang kulit, potong tdk terlalu nipis atau tebal 
1/2 bawang besar - hiris nipis baji memanjang, kerat dua, basuh dgn air, perah sikit, ketepikan 
1 lemon atau limau nipis
garam secukup rasa
lada hitam crush secukup rasa
mayonnaise secukupnya lbh kurang 1/2 -1 cawan - ikut selera

cara-cara
  1. telur basuh, rebus hingga keras, rendam seketika dlm air, kupas kulit telur, belah dua, potong nipis, ketepikan
  2. ubi kentang basuh hingga bersih, rebus dgn kulitnya sekali hingga lembut atau empuk, buang kulit, lecek halus, sejukkan,  ketepikan
  3. timun basuh , potong tdk terlalu nipis atau terlalu tebal, gaul dgn sedikit garam, biarkan seketika sehingga airnya keluar, kemudian ambik segemggam letak ditapak tangan, perah dgn  kedua belah tangan dgn cara menekan kedua belah tangan, keluarkan airnya, ulangi hingga habis, ketepikan
  4. carrot kikis atau kupas , potong tdk terlalu nipis atau tebal, tutup dgn plastic wrap, preheated hingga 3 minit, rebus dalam air,  keluarkan, toskan,  ketepikan 
  5. bawang besar buang kulit, basuh, potong arah telentang kemudian hiris nipis baji memanjang, basuh dgn air, perah sikit, ketepikan   
  6. Lemon atau limau nipis basuh, belah dua, buang bijinya,  perah dgn squeezer keluarkan semua jusnya, ketepikan  
  7. selepas ubi kentang sejuk, tuang lemon jus, mayonnaise secukupnya, lada hitam dan garam, suaikan rasa, gaul hingga sebati, taburkan isi timun dan bawang perah, carrot dan telur gaul rata lagi hingga sebati,  hidangkan