Sunday, January 22, 2012

Udon Goreng


bahan-bahan
3 packs kecil inst. udon noodle jenis basah
3 dried shiitake mushrooms
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 carrot - basuh, kupas, potong, ketepikan
1/8 kobis panjang - basuh, potong, ketepikan
1sk crush black pepper
oyster sauce, kicap pekat manis abc, kicap cair - secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
  1. cendawan kering basuh , terus rendam dalam secawan air sejuk sahaja bukan air panas, biar ia kembang bila lembut potong, ketepikan, jangan dibuang air rendaman digunakan untuk memasak
  2. inst. udon noodles preheated dalam microwave oven selama 5 minit dengan bungkusannya sekali tidak perlu buka
  3. bawang putih kupas, basuh, cincang halus, ketepikan, carrot, kupas, potong, ketepikan, kobis panjang, basuh, potong ketepikan  
  4. minyak masak,  panaskan secukupnya dalam kuali, tumis bawang putih cincang, perah sikit cendawan dalam cawan rendaman tadiairnya jangan dibuang , tumis cendawan seketika supaya ia masuk minyak,
  5. tuangkan  oyster sauce, kicap pekat manis abc dan kicap cair secukupnya agak-agaklah sendiri,   goreng hingga naik bau wangi, suaikan rasa, taburkan lada hitam
  6. tuang air rendaman cendawan, udon noodles, rebus seketika, bila ia mula mendidih masukkan kobis panjang dan carrot, goreng hingga masak serap airnya serta kering,
  7. hidangkan