bahan-bahan
1/2 cawan gula - jadikan gula sederhana perang jenis tidak pahit, masukkan 1 cawan air
1 cawan air - lbhkan air ok jg dlm 1/2-1 cawan
1 cawan kelapa parut kering
1 sb susu pekat manis (optional)
1/4 cawan susu segar (optional)
1 sk tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan gula
secubit garam (optional)
cara-cara
masak 1/2 cawan gula jadikan gula perang sederhana perang sahaja dengan api sederhan, jangan terlalu lama memasaknya nanti pahit, tuang air, masukkan kelapa kering, gula selebihnya , susu pekat manis, susu segar, secubit garam masak hingga lembut, kalau kurang lembut boleh tambah lagi masak hingga sederhana pekat, masukkan sedikit air tepung jagung, masak lagi hingga kering atau hingga secukup masak, saya suka inti kelapa jenis basah jadi saya sediakan jenis basah, tutup api, sejukkan dahulu sedia untuk dihidangkan atau balut kuih.