bahan-bahan
1-1 1/4 cawan tepung pulut - aida agak2 shj tadi lupa sukat
1/2 cawan air panas suam kuku
secubit garam
inti kelapa yg telah siap dimasak secukupnya
tepung kacang hijau secukupnya - kacang hijau yg tlh disangai & ditbk halus spt tpg - aida ltk inst. tpg kcg soya yg tlh disangai & dijdkan tpg - utk golek-golekan kuih
cara-cara
rebus air dan didihkan air ke dalam periuk sedederhana besar lebih kurang 3/4 penuh air, sementara menanti air mendidih bancuh tepung pulut dengan secubit garam dan air panas suam, adun adunan seperti membuat doh buah melaka sederhama lembut, kalau doh keras sila tambahkan air sedikit demi sedikit, sekiranya lembik sila tambah tepung pulut sedikit demi sedikit hingga jadi doh sederhana lembut, ambil sedikit doh sebesar bola golf, bulatkan, leperkan, masukkan inti kelapa secukupnya, bungkus kemas, bulatkan balik, leperkan, masukkan terus ke dalam air panas yang sedang mendidih masak hingga terapung dan tepung secukup masak, angkat dgn penapis, golek-golekkan atas tepung kacang hijau, sedia untuk dihidangkan