Sunday, October 30, 2011

Puding Cili

masakkan hasil kerja tangan mak

bahan A (menghasilkan 34 biji pudding)
setahil agar-agar - basuh, air ltk sama paras dgn agar-agar
250gm @ 1/2 peket gula batu  - tips berguna bonda bagi npk cantik & shining
1 cawan gula putih
pewarna merah dan hijau

bahan B
300gm kacang hijau - rendam semalaman
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum

bahan C
34 batang lidi satay
34 tangkai tampuk cili hidup
vase, bowl sesuai & beras secukupnya - jadikan lebih kurang pasu bunga

cara-cara
  1. sediakan bahan B - basuh,  rendam kacang semalaman, basuh, tapis,  rebus dengan air secawan air hingga masak kacang baru masukkan gula gaul rata baru masukkan tepung kacau-kacau  sampai masak, angkat bagi sejukkan,
  2. bahagi kepada 34 bahagian, bentuk-bentukkan seperti cili, susun dalam talam sesuai, cucuk  adunan berbentuk cili tadi ke setiap satu lidi, cucukkan dan tegakkan  dalam bowl yang berisi beras ulangi hingga habis  
  3. sediakan bahan A - masak agar-agar hingga larut, masukkan gula batu dan gula pasir, masak hingga gula batu dan gula larut, bahagi kepada dua bahagia, warnakan, kacaukan,  masak lagi atas api paling perlahan biar agar2 masak atas dapur guna api paling perlahan sentiasa bagi mengelakan ia keras
  4. sediakan bahan C - cara melapis celup-celupkan dan sudu-sudukan, adunan berbentuk cili ke dalam agar-agar hingga secukup lapis dan secukup licin dan tidak isinya, tegakkan, cucukkan atas pasu beras tadi, ulangi hingga habis,  biarkan lapisan aga-agar keras kemudian cucuk setiap tangkai tampuk cili segar dengan  lidi pendek kecik2 itu terus cucukkan pula pada puding,  hiaskan terus dalam kotak hantaran atau hidangkan

Thursday, October 27, 2011

Biskut Makmor

bahan A - Doh
300gm tepung gandum - diayak
1/2 tin kecil minyak sapi - dicairkan
mentega - ikut lembut
gula icing secukupnya untuk golek-golekkan kuih

bahan B - Inti
1/4 gelas gula - blend halus
1/2 gelas kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulitnya, blend kasar
kismis hitam secukupnya - bergantung pada bilangan kuih

Cara-cara
  1. Ayak tepung, cairkan minyak sapi, gaul rata, masukkan mentega ikut lembut, uli hingga sebati
  2. Campurkan kesemua bahan inti, bentukkan doh seperti membuat buah melaka isikan intinya bersama sebiji kismis hitam setiap satu, tutup dan bulat-bulatkan susun dalam dulang pembakar
  3. Panaskan oven 160C, masukkan dulang ke dalam oven, letak dulang ditingkat No.2 dari bawah, bakar selama 9-12 minit, masa membakar bergantung pada saiz, agak-agaklah sampai ia masak
  4. Apabila kuih masak, cepat-cepat golek-golekkan ke atas gula supaya ia melekat. Hidangkan

Tuesday, October 25, 2011

Seri Kaya Karemel

Bahan-bahan - sumber resipi dapur tanpa sempadan blogspot.com 
( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )
3 biji telur Gred A 

300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok) -  ltk santan tin
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul - aida tak ltk tdk ada stock 
 
Caramel
60 g gula pasir
125 ml air panas

cara-cara
  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Baulu Berinti

Bahan-bahan - sumber resipi citaraswan blogspot.com
5 biji telur
150gm gula kaster
1/4 sudu teh garam halus
160gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
100ml minyak jagung

Inti :  Jem blueberry/strawberry/raspberry/kaya/peanut butter

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan kecuali minyak jagung, putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat, perlahan kan mixer dan masukkan minyak jagung putar hingga bergaul rata.
  2. Leser acuan baulu dengan minyak jagung dan panaskan dalam oven selama 5 minit.  Tuang adunan separuh penuh dan bakar selama 4 minit.  Keluarkan dari oven dan letak 1 sudu teh inti jem di tengahnya.
  3. Bakar dengan api atas dan bawah selama 8-10 minit padasuhu 160C atau sehingga kekuningan.

Monday, October 24, 2011

Biskut Miyak Sapi

bahan-bahan
250gm tepung gandum
125gm gula halus
70gm minyak sapi - dicairkan
7sb butter
sedikit perwarna biru, hijau, kuning, merah, dan oren

cara-cara
gaul tepung gandum bersama gula hingga sebati, tuang minyak sapi cair gaul rata, masukkan butter uli adunan hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 6 bahagian, ketepikan satu bahagian dan warnakan lagi 5 bahagian dengan lima warna, bentangkan baking paper, panjangkan setiap doh atasnya lebih kurang sebesar ibu jari, susun memanjang setiap satu diatas baking paper tersebut, kemudian gulung doh buka baking paper, twist sikit doh, potong setebal 1/2 ruas jari kelingking,  bulat-bulatkan hinga habis, alas dengan baking paper yang sama ke dalam dulang pembakar, susun kuih, bakar pada suhu 170C selama 9-12 mint atau hingga secukup masak, keluarkan dan sejukkan atas redai sediakan untuk dihidang 

Saturday, October 22, 2011

Tepung Pelita

Bahan A - Jus Daun Pandan - sumber resipi citarasawan blogspot.com
10 heai daun pandan – blend halus daun pandan dgn *air, tapis, ketepikan
*800ml air - aida ltk air + pandan paste itu shj yg ada

Bahan B – Lapisan Bawah Warna Hijau
120gm tepung beras - aida ltk 60gm shj krn kukus dlm microwave oven
100gm gula halus
Sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur cair

Bahan C – Lapiasan Atas Warna Putih
60gm tepung beras - aida ltk 30gm shj krn kukus dlm microwave oven  
400ml santan pekat KARA
1 sk garam -

Bahan D
20 biji kotak/takung daun pisang – potong 4” x 5”
gula seckupnya utk letak dlm takung

Cara-cara
  1. Sediakan kota daun pisang. Masukkan 1 sk gula pasir, ketepikan
  2. satukan bahan B, kacau rata, tapis masukkan kedalam periuk non stick
  3. Masak bahan B warna hijua  itu atas api perlahan sehingga separuh masak atau sederhana pekat angkat dan kacau supaya tidak berketul
  4. masukkan 1 sb adunan warna hijau yang telah dimasak ke dalam setiap kota hingga habis, susun rapat-rapat dalam dulang dan kukus dalam pengukus yang telah dipanakan terlebih dahulu, kukus selama 10minit, atau hingga secukup masak, angkat dan biarkan seketika
  5. terus masak lapisan atas warna putih, satukan bahan C kemudian tapiskan, masak hingga sederhana pekat dan tuang ke atas lapisan pandan tadi
  6. Kukus sebentar selama 8-10 minit dengan api perlahan sehingga permukaanya kental atau jadi keras
  7. sejukkan dahulu sebelum dihidangkan     
Cara Membuat Kotak/Kelongsong Daun Pisang, bagi yang baru nak belajar bolehlah ikut cara yang mudah ini iaitu cara K1 Drafkan diatas sekeping kertas supaya mudah melihatn lakaran kotak

Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya
Lidi atau stapler

Cara-cara
  1. potong daun pisang kepada angaran saiz kotak, Kemudian lap dan layaurkan diatas api
  2. potong daun pisang 4” x 5” atau mengikut saiz yang dikehendaki
  3. Lipat tepi kiri dan kanan daun pisang dan tepinya bertemu dibahagian tengah
  4. kemudian lipat keempat-empat bucunya (jangan sampai ketengah) lipat ikut lakaran kertas. Ambil bahagian hujung daun yang lembut dan bukan pada bahagian pangkalnya yang keras supaya kotak tidak pecah apabila di lipat
  5. Kelepet kedu-dua bucu, dan bertemu di bahagian tengah, rapatkan sedikit bahagian atasnya biar lebih kecil dari bahagian bawah dan kemaskan dengan stapler atau lidi
  6. Kotak sedia di gunakan
  7. Untuk kotak kuih tepung pelita, alas dengan dua keping daun pisang supaya air gula dibahagian bawahnya tidak bocor

Friday, October 21, 2011

Bijan Potong

bahan-bahan  (sukat bahan dgn timbang, jar @ gelas matrik, cawan biasa)
150gm @ 300ml @ 1 1/2 cawan bijan goreng tanpa minyak, sejukan, ketepikan - aida ltk inst bijan grg tanpa myk, itu shj yg ada
150gm @ 300ml @ 1 1/2 cawan gula
1 sk margarine, butter atau bread spread - aida ltk bread spread 1 sudu bumbun ceduk je lebih kurang shj
baking paper secukupnya

cara-cara
masak gula dengan api sederhana perlahan hingga cair sahaja, masukkan bread spread, apbila cair, masukkan bijan gaul rata dan sebati, bentangkan baking paper secukupnya terus tuang kedalamnya, bentukan empatsegi sikit, canai terus dengan kayu pencanai senipis yang boleh, potong kecil-kecil atau senipis yang boleh,  hidangkan, seelok-elokanya sejukkan dahulu bagi menghasilkan bijan potong jenis ranggup dan ringan apabila dimakan   

Wednesday, October 19, 2011

Gepang Bijan

bahan-bahan
150gm gula
150gm inst bijan goreng tanpa minyak @ goreng bijan tanpa minyak, sejukkan dahulu
1 sk margarine atau butter

cara-cara
masak gula guna api sederhana perlahan sehingga cair kekuningan sikit sahaja dikacau sentiasa supaya ia tidak jadi caramel atau hangus terus masukkan margarine, kacau seketika hingga margerine cair, masukan bijan gaul rata hingga sebati terus tuang ke dalam dulang yang sesuai dan terus tekan dan canai secepat mungkin yang boleh dalam bekas logam yang sesuai bagi mengelakkan ia keras, potong secepat mungkin sementara ia masih lembut, hidangkan  

Thursday, October 13, 2011

Biskut Buah-buahan

bahan-bahan
140gm tepung gandum
100gm tepung custard
100gm butter
70 gm gula
80gm soft brown sugar
1/2 sk rata soda bicarbonate
1/8 sk garam halus
1 telur
1 penutup vanilla essence
1 lemon  - parutan luar kulit ari lemon @ kulit kuning nipis itu sahaja 
*100gm kacang tanah goreng tanpa minyak - separuh biarkan begitu sahaja lagi separuh cincang kasar 
*50gm chocolate chips 
*50gm raisins 
*50gm glazed orange peel 
*25gm glazed red & green cherry 
*25gm dried cranberry 
*25gm dried apricot

cara-cara
pukul butter hingga sedikit lembut dan kembang kemudian masukkan gula separuh pukul lagi seketika masukkan lagi pukul hingga kembang dan berkrim, pecahkan telur, masukan vanilla essennce dan parutan kulit lemon gaul rata dan sebatikan dengan mesin pemukul,campurkan kesemua bahan-bahan yang bertanda * gaul rata dalam adunan butter, ayakan tepung gandum dan bicarbonate soda ke dalamnya  gaul rata hingga sebati, tujuannya bagi basah semua bahan kering, masukkan pula tepung custard gaul hingga jadi sebiji doh, ceduk sedikit doh dengan garpu letak terus ke dalam dulang pembakar yang telah dialas baking paper, leperkan doh tersebut dengan garpu lebih kurang bentuk bulat, panaskan ketuhar pada suhu 160-170-180-200C ikut oven masing-masing, bakar selama 12-15 minit hingga kuning keemasan dan secukup masak, sejukkan, hidangkan   

Sunday, October 9, 2011

Inti Kelapa

bahan-bahan
1/2 cawan gula - jadikan gula sederhana perang jenis tidak pahit, masukkan 1 cawan air
1 cawan air - lbhkan air ok jg dlm 1/2-1 cawan
1 cawan kelapa parut kering
1 sb susu pekat manis (optional)
1/4 cawan susu segar (optional)
1 sk tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/4 cawan gula
secubit garam (optional) 

cara-cara
masak 1/2 cawan gula jadikan gula perang sederhana perang sahaja dengan api sederhan, jangan terlalu lama memasaknya nanti pahit,  tuang air, masukkan kelapa kering, gula selebihnya , susu pekat manis, susu segar, secubit garam masak hingga lembut, kalau kurang lembut  boleh tambah lagi masak hingga  sederhana pekat, masukkan sedikit air tepung jagung, masak lagi hingga kering atau hingga secukup masak, saya suka inti kelapa jenis basah jadi saya sediakan jenis basah, tutup api, sejukkan dahulu sedia untuk dihidangkan atau balut  kuih.

Abuk-Abuk

bahan-bahan
1-1 1/4 cawan tepung pulut - aida agak2 shj tadi lupa sukat
1/2 cawan air panas suam kuku
secubit garam
inti kelapa yg telah siap dimasak secukupnya
tepung kacang hijau secukupnya - kacang hijau  yg tlh disangai & ditbk halus spt tpg - aida ltk inst. tpg kcg soya yg tlh disangai & dijdkan tpg - utk golek-golekan kuih

cara-cara
rebus air dan didihkan air ke dalam periuk sedederhana besar lebih kurang 3/4 penuh air, sementara menanti air mendidih bancuh tepung pulut dengan secubit garam dan air panas suam, adun adunan seperti membuat doh buah melaka sederhama lembut, kalau doh keras sila tambahkan air sedikit demi sedikit, sekiranya lembik sila tambah tepung pulut sedikit demi sedikit hingga jadi doh sederhana lembut,  ambil sedikit doh sebesar bola golf, bulatkan, leperkan, masukkan inti kelapa secukupnya, bungkus kemas, bulatkan balik, leperkan, masukkan terus ke dalam air panas yang sedang mendidih masak hingga terapung dan tepung secukup masak, angkat dgn penapis, golek-golekkan atas tepung kacang hijau, sedia untuk dihidangkan

Saturday, October 8, 2011

Chocolate Cake

Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) - sumber resipi member mry
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat - ltk 1/2caw krn masak guna microwave oven
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate - ltk 1sk shj
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Bahan Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Wednesday, October 5, 2011

Rendang Daging

bahan-bahan
  • 1 kg daging - basuh, toskan, potong besar-besar  
  • 142gm hirisan serai @ 8-10 batang serai segar - size paling besar, hiris @ mayang nipis, lebihan bahagian hujung serai - dtitik @ tumbuk hujung sikit
  • 80gm hirisan nipis lengkuas segar @ seketul anggaran segenggam paling besar
  • 80gm hirisan halia muda segar @ seketul anggaran segenggam paling besar
  • 232gm hirisan bawang besar @ hirisan bawang kecil @ 1 bawang holland size xl paling besar sekali
  • 44gm hirisan bawang putih @ 7-8 ulas paling besar sekali 
  • 16gm hirisan ubi kunyit segar @ sebesar ibu jari
  • 30-50gm cili kering - ikut pedas
  • 1 sb rata garam halus
  • sejemput kecil gula
  • sedikit ajinomoto
  • 1-2 pack inst. coconut milk powder @ drpd 1-2 biji kelapa parut (1 pack sebiji kelapa)
  • minyak masak secukupnya untuk menumis @ 1 cawan @ 200ml
  • 250ml @ 1 1/2 cawan air
  • 1-2 helai daun kunyit segar - koyak-koyakan
cara-cara
basuh cili kering, tidak perlu potong atau buang bijinya cuma letak dalam periuk yang sesuai,  tuang sedikit air terus rebus hingga lembut, basuh, ketepikan, belend semua bahan-bahan potong dengan 250ml air, panaskan minyak tumis sekejap sahaja 2-3minit semua bahan blend tadi, bila mula naik bau terus masukkan daging, perlahankan api yang paling kecil sekali, masukkan inst. coconut milk powder, gula serta sedikit ajinomoto, gaul rata, tutup periuk, sekali sekala buka tudung periuk kacau supaya ia tidak berkerak, renih hingga daging masak secukupnya atau hingga lembut dan empuk, taburkan garam, masukkan daun kunyit yang telah dikoyakkan tadi dan bahagian hujung serai yang telah dititk tadi, renih lagi rendang hingga kuahnya sederhana pekat dan naik bau wangi, hidangkan   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails