Saturday, February 19, 2011

Kuih Bom

bahan A Dough (menghasilkan 12 ketul)
300gm ubi keledek
70gm tepung gandum
sedikit garam
bijan mentah secukupnya - untuk golek-golekan permukaan ondeh2 sblm digoreng

bahan B Inti Kelapa
1 cawan soft brown sugar or 2/3 cawan gula
1/2 cawan air

bahan B1 Inti Kelapa
1 cawan kelapa kering or 1 cawan kelapa parut segar - bahagian putih sahaja
1 cawan air
1 helai daun pandan (optional)
sedikit garam
2 sk tepung jagung - jadikan sedikit air tepung jagung

cara-cara

  1. sediakan bahan A - basuh, rebus tanpa garam dengan kulitnya sekali hingga empuk, buang kulitnya, lecek halus, biarkan ia suam dahulu, kemudian taburkan sedikit garam, gaul rata, tuang tepung, uli hingga hingga ia sebati dan tidak melekat pada tangan, bahagi kepada 12 bulat-bulatkan satu persatu, ketepikan
  2. masak soft brown sugar atau gula putih dalam saucepan sekejap hingga naik bau wangi, jangan terlalu lama nanti pahit, curahkan 1/2 cawan air, masak hingga gula caramel cair, masukkan kelapa kering masak seketika, tuang air lagi 1 cawan, masak atas dapur hingga ia separuh kering, tuang air tepung jagung dengan garam, masak hingga kering, padamkan api, bahagi kepada 12 bahagian
  3. ambil satu dough, leperkan, masukkan intinya satu bahagian, balut kemas, bulat-bulatkan, golek-golekan atas bijan mentah, ulangi hingga habis,
  4. kemudian panaskan minyak penuh secukupnya, goreng guna api sederhana perlahan, goreng hingga kuning keemasan dan secukup masak, toskan, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails