Tuesday, February 22, 2011

Masak Lemak Nangka Ikan Bilis

Bahan A Rebus
nangka muda secukupnya – disiang, potong
atau 1 tin instant nangka muda dalam tin

Bahan B Tumbuk
13 biji cili padi - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 s/k serbuk kunyit

Bahan C
1/2 tin santan pekat dlm tin + 1/2 tin air
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
sejemput ikan bilis

Cara-cara

  1. Jika guna nangka muda segar, siang buang kulit dahulu, bersihkan, rebus nangka muda sampai lembut, empuk dan gebu,
  2. saya guna instant nangka muda dalam tin jadi tidak perlu rebus cuma buka tin, buang airnya, basuh dengan air, toskan, ketepikan
  3. Tumbuk bawang merah, cili padi, dan kunyit serbuk
  4. masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan tumbuk, ikan bilis air, pati santan, garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga mendidih, pekat dan secukup masak.
  5. Hidangkan

Sunday, February 20, 2011

Jem Raspberry

bahan-bahan
200gm frozen raspberry atau fresh raspberry
50gm gula
2sb air
sedikit jus lemon atau jus limau nipis - ikut selera masam (optional)
sedikit garam

cara-cara
masukkan kesemua bahan kedalam periuk,masak hingga kering, hidangkan, lebihannya simpan dalam botol didalam fridge.

Jem Blueberry

bahan-bahan
200gm blueberry segar atau frozen blueberry
50gm gula
2sb air
sedikit jus lemon atau jus limau nipis - ikut selera masam
sedikit garam

cara-cara
masukkan kesemua bahan kedalam periuk,masak hingga kering, hidangkan, lebihannya simpan dalam botol didalam fridge.

Raspberry Frozen Yogurt

bahan-bahan360gm plain yogurt
75gm gula putih
sedikit garam halus (optional)
1sk vanilla essence
homemade raspberry jam - letak ikut suka

cara-cara
campurkan yogurt, gula, raspberry jam, vanilla essence dan garam (kalau guna). Kacau hingga gula larut. Bekukan dalam freeze selama 1 jam, sebelum dihidangkan letak dalam refrigerator selama 7-10 minit, biar ia lembut, gurih atau serih dengan garpu hingga gebu, ceduk guna senduk ice cream kedalam bekas yang disukai, sedia untuk dihidangkan.

Blueberry Frozen Yogurt


bahan-bahan
360gm plain yogurt
75gm gula putih
sedikit garam halus (optional)
1sk vanilla essence
homemade blueberry jam - letak ikut suka

cara-caracampurkan yogurt, gula, blueberry jam, vanilla essence dan garam (kalau guna). Kacau hingga gula larut. Bekukan dalam freeze selama 1 jam, sebelum dihidangkan letak dalam refrigerator selama 7-10 minit, biar ia lembut, gurih atau serih dengan garpu hingga gebu, ceduk guna senduk ice cream kedalam bekas yang disukai, sedia untuk dihidangkan.

Raspberry Ice Cream


bahan-bahan200ml fresh cream
50gm gula
sedikit garam
1sk vanilla essence
1/4 jus lemon atau jus limau nipis - ikut selera masam (optional)
homemade raspberry jam secukupnya - letak ikut suka

cara-carapukul fresh cream hingga berbuih dan mula pekat, sambil putar fresh cream taburkan gula sedikit demi sedikit hingga gula habis dan jadi whipped cream pekat, perah jus lemon atau jus limau nipis, gaul rata, masukkan homemade raspberry jam secukupnya, gaul rata hingga sebati, gaul dengan sedikit garam, tuang vanilla essece gaul rata hingga sebati, bekukan, hidangkan

Blueberry Ice Cream

bahan-bahan
200ml fresh cream
50gm gula
sedikit garam
1sk vanilla essence
1/4 jus lemon atau jus limau nipis - ikut selera masam
homemade blueberry jam secukupnya - letak ikut suka

cara-cara
pukul fresh cream hingga berbuih dan mula pekat, sambil putar fresh cream taburkan gula sedikit demi sedikit hingga gula habis dan jadi whipped cream pekat, perah jus lemon atau jus limau nipis, gaul rata, masukkan homemade blueberry jam secukupnya, gaul rata hingga sebati, gaul dengan sedikit garam, tuang vanilla essece gaul rata hingga sebati, bekukan, hidangkan

Frozen Berries Ice Cream


bahan-bahan
200ml fresh cream
200gm plain yogurt
50gm gula - kurang manis, +50gm gula - sederhana manis, +50gm gula - manis
50gm frozen blueberry
50gm frozen raspberry
50gm frozen strawberry - potong
sedikit garam

cara-cara
pukul fresh cream hingga berbuih dan mula pekat, sambil putar fresh cream taburkan gula sedikit demi sedikit hingga gula habis dan jadi whipped cream pekat, masukkan kesemua frozen berries, gaul rata hingga sebati, masukkan plain yogurt dan garam , gaul rata hingga sebati, bekukan, hidangkan

Saturday, February 19, 2011

Kuih Bom

bahan A Dough (menghasilkan 12 ketul)
300gm ubi keledek
70gm tepung gandum
sedikit garam
bijan mentah secukupnya - untuk golek-golekan permukaan ondeh2 sblm digoreng

bahan B Inti Kelapa
1 cawan soft brown sugar or 2/3 cawan gula
1/2 cawan air

bahan B1 Inti Kelapa
1 cawan kelapa kering or 1 cawan kelapa parut segar - bahagian putih sahaja
1 cawan air
1 helai daun pandan (optional)
sedikit garam
2 sk tepung jagung - jadikan sedikit air tepung jagung

cara-cara

  1. sediakan bahan A - basuh, rebus tanpa garam dengan kulitnya sekali hingga empuk, buang kulitnya, lecek halus, biarkan ia suam dahulu, kemudian taburkan sedikit garam, gaul rata, tuang tepung, uli hingga hingga ia sebati dan tidak melekat pada tangan, bahagi kepada 12 bulat-bulatkan satu persatu, ketepikan
  2. masak soft brown sugar atau gula putih dalam saucepan sekejap hingga naik bau wangi, jangan terlalu lama nanti pahit, curahkan 1/2 cawan air, masak hingga gula caramel cair, masukkan kelapa kering masak seketika, tuang air lagi 1 cawan, masak atas dapur hingga ia separuh kering, tuang air tepung jagung dengan garam, masak hingga kering, padamkan api, bahagi kepada 12 bahagian
  3. ambil satu dough, leperkan, masukkan intinya satu bahagian, balut kemas, bulat-bulatkan, golek-golekan atas bijan mentah, ulangi hingga habis,
  4. kemudian panaskan minyak penuh secukupnya, goreng guna api sederhana perlahan, goreng hingga kuning keemasan dan secukup masak, toskan, hidangkan

Friday, February 18, 2011

Meehoon Goreng

bahan A blend
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam udang geragau kering yang paling baru dan segar

bahan B tumis1 ulas bawang putih - diketuk
sos tomato secukupnya
sos tiram secukupnya
kicap cair secukupnya
kicap pekat secukupnya
air asam jawa, cuka atau lemon secukupnya
kiub ayam, ajinomoto, gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya


bahan C400gm/1 bungkus meehon kering - rendam dalam air
200gm taugeh
1 biji carrot - dihiris
sayur sawi secukupnya
segenggam udang kering geragau yg paling baru dan segar

cara-cara
  1. Kisar bahan A, pijarkan minyak secukupnya, tumis bawang putih yang telah diketuk atau disagat or tumbuk hingga naik bau dan kekuningan, kemudian masukkan bahan A goreng hingga naik bau
  2. Sementara menunggu ia garing dan pecah minyak masukkan satu persatu bahan B tumislah bersama hingga ia masak, garing dan pecah minyak
  3. masukkan udang geragau kering kacau sebentar, masukkan pula meehon gaul rata, diikuti pula dengan carrot goreng hingga ia masak dan berpalut, taburkan pula sawi kacau hingga rata, akhir sekali masukkan pula taugeh goreng seketika selama 1-2 minit, tutup api dan hidangkan, lebih sedap lagi kalau ditaburkan dengan hirisan daun sadri, daun bawang dan hirisan limau kasturi berserta bawang goreng,cili merah, cili hijau yang telah dihiris

Sweet & Sour Shrimps I

bahan-bahan
300gm instant isi udang udang rebus - buang kulit, ketepikan
1 biji bawang besar - potong
1 biji capsicum hijau - potong
2 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang
1/2 caw sos tomato
air panas mendidih secukupnya utk dijadikan kuah
sedikit garam
sedikit lada hitam tumbuk
minyak untuk menumis secukupnya

cara-carapanaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & halia cincang, hingga naik bau dan sedikit kekuningan, tuang sos tomato goreng lagi hingga naik minyak, masukkan bawang besar dan cili hijau masak sedikit layu, masukkan udang rebus yang telah dibuang kulit tadi, perasa dengan garam dan sedikit lada hitam tumbuk, goreng seketika, tuang air panas yang baru mendidih mendidih, didikan kuahnya sehingga mendidih, tutup api, hidangkan

Thursday, February 17, 2011

Mango Lassi

bahan-bahan
200gm frozen mango atau isi mangga segar
200gm plain yogurt
1/2 cawan orange juice
1/2 cawan mango juice
1/4 lemon jus - perah jus nya
7sb gula
garam secukup rasa

cara-cara
satukan kesemua bahan, masukkan dalam jar blender, blend hingga halus, jika suka boleh juga letak ketulan kecil ice cube, hidangkan

Nasi Lemak

dari dapur saya hari ini, sesuai dimakan dengan sambal tumis kegemaran

bahan-bahan
2 caw beras jepun - basuh,toskan, ketepikan
pati santan pekat & santan cair secukupnya drpd 1/2 biji kelapa parut - bergantung pd beras yg hendak dimasak 1/2 sk garam - secukup rasa
halia sebesar ibu jari - diketuk atau dimayang halus
1 daun pandan - koyak-koyakan
1" inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam

cara-cara
Jika masak nasi guna rice cooker, masak atau tanak nasi seperti nasi biasa. Kalau masak atas dapur didihkan santan bersama kesemua bahan diatas kecuali beras, bila air santan mendidih dan mengelegak, masukkan beras, kacau perlahan sehinggan santannya kering, tutup tudung periuk, perlahankan api jika guna gas dan tutup api terus jika guna dapur elektrik, kemudian serih nasi, hidangkan bersama segala jenis sambal tumis, telur, timun , kacang tanah & ikan bilis goreng dan segala jenis rendang

Sambal Tumis Ikan Bilis

bahan-bahan
4 genggam ikan bilis
1/4 tin santan pekat
1 bawang besar sederhana besar - potong nipis
*1 genggam cili kering - ikut pedas
*1 bawang besar
*3 ulas bawang putih
sejemput kecil asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak masak secukupnya untuk menumis
1/4 tin santan pekat
air panas mendidih (optional) secukupnya untuk dijadikan kuah

cara-cara

  1. siang ikan bilis, buang kepala , tualang dan isi perutnya, basuh, toskan, ketepikan perutnya
  2. potong cili kering, buang biji, basuh, rebus dengan air sedikit air, mask seketika hingga kembang & lembut, basu, toskan ketepikan
  3. basuh asam jawa, jadikan air asam pekat secukupnya untuk kuah & secukupnya air asam cair blend cili dengan bawang besar dan bawang putih
  4. buang kulit bawang besar, bawang putih, basuh, ptotng kecil, blend bersama cili kering tadi yang telah direbus tadi dengan sedikit air asam jawa cair hingga halus
  5. panaskan minyak secukupnya, tumis bahan blend tadi hingga harum, masukkan gula dan garam secukupnya goreng sambal cili hingga secukup masak,
  6. masukan air asam jawa pekat, goreng lagi hingga secukup masak, tuang pula ikan bilis goreng seketika hingga naik bau harum,
  7. tuang pula santan pekat goreng lagi hingga secukup masak,
  8. jika perlu tambah sediikit air panas mendidih untuk di jadikan kuah secukupnya rebus hingga mendidih,
  9. taburkan bawang besar potong nipis tadi goreng lagi hingga bawang layu, hidangkan

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal @ 15hb Februari Setiap Tahun

Salam semua selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal @ 15hb Februari setiap tahun, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Alhamdulillah dapat info ini bila terbaca dalam fb Ustaz Harun Din hari ini, terima kasih Ustaz kerana sudi berkongsi, ingin tahu lebih lanjut lagi sila layari http://feryco.com/sejarah-dan-hukum-sambut-maulidurrasul-s-a-w 

untuk dikongsi bersama, baru sekejap tadi saya telefon mak saya yang baru balik dari kelas agama dimana setiap hari dia dan kawan-kawannya belajar beramai-ramai belajar mengaji & agama di masjid-masjid terdekat yang berhampiran tempat kediamannya, mak saya berpesan supaya perbanyakkan bacaan selawat ke atas nabi pada setiap ketika walaupun ketika melakukan kerja memasak supaya nabi kasihkan dan tolong kita di akhirat kelak katanya dimana pelajaran agama yang mak saya dapat pada hari ini, kata mak saya lagi elok juga diperbanyakkan selawat ke atas nabi pada setiap ketika dan setiap hari juga.

teringat masa dedulu saya paling suka ikut Abah kesayangan belarak sambut Maulud Nabi beramai-ramai dengan semua kawan2 Abah yg berkerja sesama jab & lelain jab didalam jabatan kerajaan malaysia suatu ketika dahulu.

Mari semua, baik kita sambut secara beramai-ramai, sesama kengkawan @ sesama keluarga, jomlah kita sedekahkan yassin apa salahnya kan kepada baginda Rasulullah SAW Nabi Kesayangan kita semua sekurang-kurannya kita dapat kebahagian dunia akhirat, inshallah dengan izin Allah, Amin...

Thursday, February 10, 2011

Valentine's Day - HARAM dalam Islam


Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah dalam mengupas isu sambutan Valentine's Day yang diHARAMkan bagi umat Islam. Jika anda seorang Islam, maka berilah peringatan kepada keluarga, saudara atau rakan se-Islam agar tidak menyambut Valentine's Day kerana ia bukan amalan umat Islam. Jazakhallahu Khairan Khatira Ustazah Bahyah kerana menyampaikan ceramah yang bernas berbentuk video... sekurang-kurangnya kita boleh ingat mengingati sesama islam dan mualaf yang seagama dengan kita...

dah Jakim & Ustazah Bahyah kata Haram apa lagi kengkawan, mari kita semua ingat mengingati tarikh 15hb Feb. Sambutan Maulidur Rasul dan mari kita beramai2 sambut samaada diluar @ dirumah dgn keluarga memasing @ kengkawan, lebih baik sedekah yassin pada Rasulullah, dunia pun kita dapat, akhirat pun kita dapat juga...

betul juga kata kawan-kawanku... "15 feb sambutan Maulidul Rasul, Nabi Muhammad SAW manusia agung...siapa yg wajib kita ingati...?....fikir-fikirkan lah ye..." & "tu la, kalo 14hb tu suma org ingat.silap ari bln kalo tny apa dia maulidul rasul, entah apa jwpan agaknya." harap kawan-kawanku tidak marah letak perbualan kita disini...

Mango Sorbet


Ingredients
4 mangos - peeled, seeded, and cubed
235ml / 1 cup simple syrup
45ml / 3 tablespoons fresh lime juice

Directions

  1. Place cubed mango in a food processor, and puree. Pour in simple syrup and lime juice, and puree until smooth.
  2. Place in an ice cream maker. Freeze thoroughly, sources from allrecipes.com

Mango Orange Sorbet



Ingredients660 gm / 4 cups chilled cubed mango
120 ml/ 1/2 cup cold water
60 ml/ 1/4 cup orange juice
100 g/ 1/2 white sugar

Directions
  1. Blend the mango, water, and orange juice in a blender on medium-low speed until smooth. Add the sugar and blend until incorporated.
  2. Pour into an ice cream maker and freeze according to the manufacturer's instructions, sources from allrecipes.com

Wednesday, February 9, 2011

Frozen Yogurt Ice Cream

bahan-bahan
3 cawan / 720gm plain yogurt
3/4 cawan / 150gm gula putih
sedikit garam halus (optional)
cara-cara
campurkan yogurt, gula dan garam (kalau guna). Kacau hingga gula larut. Bekukan dalam freeze selama 1 jam, sebelum dihidangkan letak dalam refrigerator selama 7-10 minit, biar ia lembut, gurih atau serih dengan garpu hingga gebu, ceduk guna senduk ice cream kedalam bekas yang disukai, hias dengan daun pudina, sedia untuk dihidangkan.

Vanilla Frozen Yogurt
Ingredients
3 cups (720g) plain yogurt or Greek-style yogurt
3/4 cup (150g) sugar
1 teaspoon vanilla extract (optional)

Preparation
Mix together the yogurt, sugar, and vanilla (if using). Stir until the sugar is completely dissolved. Refrigerate 1 hour. Freeze in your ice cream maker according to the manufacturer's instructions. sources from 101.cookbooks.com

Pineapple Sorbet

bahan-bahan
1 biji nenas segar jenis masam sederhana besar - buang kulit &hidungnya, potong
2 cawan gula putih
sedikit garam
daun pudina (optional)

cara-cara
potong nenas, masukan nenas ke dalam jar blender, belnd hingga halus, masukkan gula dan garam blend 1 minit sehingga gula larut, bekukan dalam freezer selama 1 jam sehingga keras, keluarkan letak dalam refrigerator selama 7-10 minit supaya lembut dan senang untuk gurih atau serih dengan garpu sampai jadi gebu, ceduk sesenduk ice cream ke dalam bekas yang disukai, hias dengan daun pudina, sedia untuk dihidangkan

Ingredients1 small pineapple, peeled and cored
2 tablespoons fresh lemon juice
1 cup plus 2 tablespoons sugar
Mint sprigs (optional)

PreparationCut pineapple into 2-inch pieces. Place pineapple and lemon juice in a food processor; process until smooth. Add sugar; process 1 minute or until sugar dissolves.
Pour mixture into the freezer can of an ice-cream freezer; freeze according to manufacturer's instructions. Spoon sorbet into a freezer-safe container. Cover and freeze 1 hour or until firm. Garnish with mint sprigs, if desired. sources from find.myrecipes.com

Tuesday, February 8, 2011

Acar Rampai



bahan-bahan
600gm timun - potong, buang pulurnya
600gm carrot - potong
600gm ubi sengkuang atau lobak putih - potong
140gm halia - mayang halus
20 ulas bawang merah - kalau besar belah dua
20 ulas bawang putih - buang kulit
10 cili merah & cili hijau belah dua
*30 biji cili kering
*2 buku kunyit hidup
*1" halia
*4 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
2 cawan minyak
2 sb bijan digoreng tanpa minyak dan ditampi
2 sb biji sawi
3 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 sb ajinomoto
garam, air sejuk (optional), tomato sauce

cara-cara
  1. basuh, buang kulit, potong semua bahan-bahan seperti carrot, halia, bawang putih, bawang merah , cili hijau, cili merah, ketepikan
  2. giling, tumbuk halus atau blend bahan bertanda *,
  3. pijarkan minyak, tumis biji sawi, bahan tumbuk atau blend tadi bersama cuka, gula, garam dan ajinomoto, masak hingga harum, pecah minyak dan cili secukup masak, masukkan pula tomato sauce, kacau dan rasa dulu kalau kurang masam atau manis boleh ditambah, goreng seketika,
  4. masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali timun dan ubi sengkuang, goreng seketika atau sedikit layu, kemudian masukan pula timun dan ubi sengkuang tadi, goreng seketika, tutup api, hidangkan, taburkan sedikit bijian

Kari Sotong

bahan-bahan
500gm sotong segar
300gm ubi kentang
1 biji kelapa parut - jadikan pati santan & santan cair secukupnya @ 1 paket kecil serbuk santan
halia, bawang putih, bawang merah - dimayang
rempah kari ikan 1 paket kecil + 1 st serbuk jintan manis
1 keping asam gelugur/asam keping
garam, gula dan ajinimoto secukup rasa
minyak untuk menumis

cara-cara
Tumis halia, bawang putih, dan bawang merah hingga kuning keemasan, masukkan rempah kari ikan + serbuk jintan manis dengan sedikit air, masak rempah hingga ia betul-betul masak dan pecah minyak, tuangkan santan cair diikuti dengan kentang dan asam gelugor, rebus kentang hingga lembut dan empuk, masukkan sotong dan pati santan jangan rebus sotong terlalu lama nanti ia keras agak-agaklah, perasa dengan garam gula dan ajinomoto, masak hingga kuah sederhana pekat dan hidangkan bersama nasi panas

Thursday, February 3, 2011

Apple Cinnamon Yogurt Muffins

bahan A (sukat bahan guna gelas @ jar matrik)
1 fuji apple size sederhana @ 2 apple kecil size sederhana - basuh, buang kulit & bijinya, potong
50ml gula putih

cara-caramasak buah apple yg telah dipotong baji tidak terlalu nipis atau tebal, cuma sederhana tebal sahaja, masak dengan gula hingga kering, sejukkan, potong lebih kurang sikit dengan spatula, ketepikan

bahan B (sila sukat bahan guna gelas @ jar matrik)
200gm tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bicarbonate
1 biji telur
100ml susu segar
100ml plain yogurt
100ml soft brown sugar
2 sk cinnamon powder
garam secukup rasa

cara-caragaul rata semua bahan-bahan seperti tepung, soft brown sugar, bicarbonate soda, baking powder, cinnamon powder & garam, kemudian masukkan pula telur, susu segar, yogurt, gaul rata hingga sebati, tuang apple yg telah dimasak tadi, gaul rata, panaskan microwave oven 200C, ceduk adunan muffin tadi ke dalam bekas muffin, bakar selama 30minit, hidangkan, ia sesuai dihidang ketika masih panas atau sejuk ketika sarapan pagi atau minum petang

Wednesday, February 2, 2011

Sambal Tumis Udang Serai & Santan

bahan-bahan
500gm udang segar - siang, basuh, potong, toskan, ketepikan
*segenggam cili kering - ikut pedas - basuh rendam dalam air/air panas, basuh, toskan
*1 biji bawang besar size sederhana
*2-3 ulas bawang putih
sejemput asam jawa - jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya
1/4 cawan pati santan
2 batang serai - diketuk

cara-cara
*blend halus cili kering bersama bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, masukkan serai, goreng lagi hingga pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih dan pekat, masukkan pati santan dan udang masak hingga secukup masak tetapi jangan terlalu lama nanti ia keras, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

Agar-Agar Pandan

bahan-bahan
3 cawan air
4gm agar-agar strip - basuh, ketepikan
1/2 cawan gula
6-7 helai daun pandan - jadikan 1/2 cawan jus pandan
1/2 cawan pati santan pekat
sedikit garam
1 telur - pukul sikit
sedikit garam halus
sedikit pewarna hijau

cara-cara

  1. Basuh agar-agar strip, masak air bersama agar-agar, rebus hingga larut sepenuhnya, tuang gula masak hingga gula cair
  2. basuh, potong kecil daun pandan, masukkan sedikit air, blend halus, perah & keluarkan semua patinya, tapis, jadikan 1/2 cawan jus pandan
  3. Campurkan dalam basin jus pandan, telur dan sedikit garam pukul sampai sebati, masukkan santan & beberapa titik pewarna hijau, kacau rata,
  4. Tuang adunan yang telah dipukul tadi ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah larut tadi,biar ia mendidih hingga pekat, tutup api, terus tuang dalam dulang dengan seberapa segera, sejukkan, potong , sedia untuk dihidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails