Friday, January 28, 2011

Apple Sorbet Ice Cream


Apple Sorbet Ice Cream
Bahan-bahan
4 biji fuji epal size sederhana
jus lemon atau jus limau nipis - ikut masam
200ml @ 1 gelas or jar materik gula putih
sedikit garam halus
300ml air sejuk

Cara-cara
buang kulit, potong 8, buang biji ditengah-tengahnya rebus dengan gula dan garam dahulu biar ia sedikit layu tujuannya supaya buah epal tidak bertukar warna, tuang air, terus masak sampai airnya kering, sambil itu lecek buah epal sampai halus, sementara menanti ia kering dan jernih tuang pula lemon jus, masak seketika atau tidak masak pun ok, cuma gaul jus lemon hingga sebati ke dalam puri epal, sejukkan, masuk terus dalam container bertutup dan bekukan dalam freezer, bila sudah beku serih atau gurih dengan garpu, bagi memudahkan lagi letak apple sherbet 7-10 minit dalam fridge supaya ia lembut dan senang untuk serih atau gurih apple sherbet dengan garpu, seterusnya ceduk dengan sudu atau senduk ice cream, sedia untuk dihidangkan

resipi dari member myresepi.com, katanya Apple sherbet aiscream
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
300ml air
50g gula
2 sudu besar lemon jus
1 biji epal

Cara-cara
  1. Kupas kulit epal dan potong kecik-kecik
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Biarkan sejuk.
  3. Masukkan ke dalam mixer. Mix sampai jadi bentuk puri
  4. Bekukan dalam freezer.

Green Apple Sorbet

Ingredients:
Servings: 4
4 granny smith apples
4 tablespoons fresh lemon juice, divided
4 tablespoons white sugar
1 1/3 cups apple juice
green food coloring

Directions:Prep Time: 15 mins
Total Time: 1/2 day
  1. Cut, core and coarsely slice the apples
  2. Place the apples in a saucepan along with lemon juice, sugar, and apple juice.
  3. Boil for approximately 3 to 5 minutes or until soft.
  4. Remove the green apple mixture from heat and cool.
  5. Place in a blender or food processor and puree the green apple mixture until smooth
  6. Strain and transfer to a small container. Stir in green food coloring, mix well and place the green apple sorbet mixture in the freezer.
  7. This can be made two days before.
  8. When the green apple sorbet is completely frozen, remove from the freezer and place in a food processor or blender and puree again.
  9. Return to the freezer until ready to use
sources from : food.com

Thursday, January 27, 2011

Blueberry Banana Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas@ jar matrik)
200gm tepung pankek
1/2 sk garam
100ml gula
50ml fresh cream
1 telur size kecil - pukul sikit sahaja
25ml minyak masak
100ml pisang montel masak ranum yang telah di lecek halus
50ml plain yogurt
1/2 caw frozen blueberry

cara-cara
panaskan oven 200C, campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masukkan pisang lecek dan blueberry, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Paru Berempah

bahan A - direbus
500gm paru lembu - potong nipis, basuh hingga bersih, toskan, ketepikan
2 sb madu
1 sb cuka
1 sk garam
1 sb kicap
500ml air untuk rebus paru
bahan B - tumbuk halus
1 bawang besar
halia sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih

bahan C
cili blend - ikut pedas
2 batang serai - diketuk
2 sb serbuk kari daging
minyak secukupnya untuk menumis

cara-cara

  1. Rebus paru dengan air sampai ia masak, kemudian masukkan madu, kicap cair, cuka & garam rebus hingga lembut dan empuk sepenuhnya, jika perlu masukkan lagi sedikit air untuk merebus paru sampai empuk serta airnya meresap kering didalamnya atau lebih kurang kering dan berkuah pekat sedikit, jangan dibuang airnya, ketepikan
  2. Tuang minyak secukupnya untuk tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau harum, masukkan cili blend dan serbuk kari, goreng hingga ia secukup masak dan pecah minyak, masukkan paru yang telah direbus tadi terus masukkan serai yang telah diketuk, masak hingga secukup masak dan kering, padamkan api, kalau suka boleh juga masukkan daun ketumbar, kacau seketika dan hidangkan segera.

Wednesday, January 26, 2011

Five Minute Raspberries Ice Cream

Ingredients
280gm/ 10 ounce package frozen sliced strawberries
100gm/ 1/2 cup sugar
160ml / 2/3 cup heavy cream

DirectionsCombine the frozen strawberries and sugar in a food processor or blender. Process until the fruit is roughly chopped. With the processor running, slowly pour in the heavy cream until fully incorporated. Serve immediately, or freeze for up to one week.
sources from : allrecipes.com

Instant Berries Ice Cream

Ingredients
350gm frozen sweetened strawberries, cut into large chunks
100gm frozen raspberries
100gm frozen blueberries
150gm sugar
200ml fresh cream

DirectionsPlace berries in blender. Whisk sugar into cream. With blender going, slowly add cream through opening in lid, stopping to stir the mixture 3 or 4 times so the ice cream is smooth, with small bits of berries.
Transfer to shallow pan and freeze to a scoopable texture, about 2 hours. Garnish with fresh strawberries, if you like.

Instant Strawberry Ice Cream

Ingredients670gm/ 24 ounces frozen sweetened strawberries, cut into large chunks
100gm/ 1/2 cup sugar, plus
10gm/ 1 tablespoon sugar
355ml/ 1 1/2 cups heavy cream

Directions
Place berries in blender. Whisk sugar into cream. With blender going, slowly add cream through opening in lid, stopping to stir the mixture 3 or 4 times so the ice cream is smooth, with small bits of berries. Transfer to shallow pan and freeze to a scoopable texture, about 2 hours. Garnish with fresh strawberries, if you like.
sources from : allrecipes.com

Biskut Chocolate Chips

ingredients
125gm butter
280gm soft brown sugar
2 egg
310gm plain flour + 1 tsp. bicarbonate soda } sifted
100gm choc-chip
100gm roasted almond nuts - cut into large chunks
50gm glazed orange peel
50gm raisins

  1. preheat microwave oven 200C or oven 180C
  2. sifted flour & bicarbonate soda then add in dried ingredients such as dried fruits, nuts and add in choc-chip into flour mixture then mix well
  3. beat butter & sugar until light & creamy, used spatula, add eggs one at one times beating well, then mix with no. 2 ingredients until smooth keep the dough inside refrigerator for few minutes, cover the basin with plastic wrap.
  4. cover on top of baking tray with baking paper,
  5. pour a few drops cooking oil on your palm then wipe overall of your palm
  6. take a small dough shape up like a ball, put into baking tray then flatten like a coin
  7. bake 12-15 minutes or until light golden browned,transfer & cool it down on wire rack

Tuesday, January 18, 2011

Pedal Ayam Goreng Berempah

bahan-bahan
300gm pedal ayam - bersihkan, potong nipis, ketepikan
1 1/2 " halia sebesar - mayang halus menanjang
2 ulas bawang putih - mayang nipis
1 biji bawang besar size sederhana - potong baji
1 cili hijau - potong nipis memanjang atau serong
1/2 carrot - mayang nipis memanjang
1 biji tomato - potong baji
1 sb rempah kari ikan
1 sk garam masala
1 sk lada hitam tumbuk
1 sb oyster sauce
2 sb ketcup tomato
1 sb kicap cair jepun atau kicap
1 sb kunyit serbuk
1sk serbuk cili
1 pokok ketumbar/coriander - potong panjang
1 sb cuka
sedikit garam &
sedikit gula or ajinomoto
air secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
gaul rata pedal dengan cuka, sedikit garam, sebuk kunyit, tuang sedikit minyak dalam kuali, goreng pedal hingga cukup masak, keluarkan dari kuali, tuang lagi dalam kuali yang sama minyak tumis bawang besar, halia dan bawang putih goreng hingga naik bau wangi, masukkan oyster sauce, kicap cair, goreng seketika hingga harum tuang pula ketchup goreng lagi hingga harum, taburkan rempah kari ikan & serbuk cili, goreng 1/2-1 minit, masukkan air secukupnya & masak hingga pecah minyak dan naik bau harum, masukkan pedal ayam goreng tadi, tuang sedikit air masak pedal hingga separuh kering,taburkan carrot masak lagi hingga secukup masak dan kering, taburkan garam masala, goreng seketika, masukkan tomato dan daun ketumbar goreng sedikit layu, perasa dengan lada hitam tumbuk, sedikit gula dan garam secukup rasa, hidang panas bersama nasi panas

Pulut Inti

Pulut Kukus
bahan-bahan
300gm beras pulut
1/2 cawan pati santan atau santan pekat
1/2 sdk garam

Inti Kelapa
bahan-bahan
1/2 cawan gula
1 cawan kelapa kering
1/2 cawan air gula merah sederhana pekat
1 cawan air
1 sdk tepung jagung + sedikit air
sedikit garam

Cara-cara
  1. Basuh, rendam semalaman, bilas balik, toskan, kukus pulut hingga masak keluarkan dari kukusan, letak pulut dalam bekas lain arun dengan santan yang telah dicampur garam. kukus semula lagi 5-10 minit atau secukup masak, kalau tidak kukus pun tidak mengapa
  2. Masukkan gula dalam kuali goreng hingga kekuningan sambil itu kacau gula bila ia mula sahaja bau wangi & sedikit perang terus tuang air , jangan masak sampai gula hangus terlalu lama nanti ia pahit, tuang pula air gula merah, kelapa kering, masak hingga separuh kering, tuang air tepung jagung dan sedikit garam, masak lagi sampai mula mengering, perlahankan api masak hingga kering, sejukkan, siap untuk dihidang bersama pulut kukus

Monday, January 17, 2011

Deep Dish Apple Pie

bahan A – Dough (hidangan utk 4 orang)
2 caw tepung
1 caw mentega
1/2 sk garam
1/2 caw air ais

bahan B - Filling Apple Pie
4 biji apple size paling besar
2 caw gula
1-2 sb serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder - saya letak 1sb
1/2 caw tepung
sedikit garam
segengam gula – utk tabur atas apple pie mentah sebelum dibakar (optional)

cara-cara
  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, ceraikan butter & tepung dengan hujung jari jadikan serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air, uli doh, rehatkan doh dalam peti sejuk.
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besen besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga berpalut, canai dough hingga nipis terus masukkan dalam dulang kek yang sesuai potong ikut dulang kek, lebihannya bulat2kan balik canai nipis bulat sebesar permukaan dulang kek, susun apple di atas dough yang telah dicanai hingga habis, selepas itu taburkan baki tepung adunan rupa macam serbuk roti, jika ia cair masukkan sedikit tepung gaul rata macam serbuk roti, tabur atas apple pie yang belum siap di bakar itu dan akhir sekali jika perlu taburkan pula segengam gula atasnya, tutup dengan dough yang telah dicanai nipis tadi, tutup kemas, kelar sedikit dough tersebut, sapu dengan sedikit telur
  4. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, di tingkat No. 2 dari bawah selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan

Chicken Meatballs Spaghetti



Chicken Meatballs
bahan A
300gm minced chicken
10gm breadcrumbs
2 sudu besar susu segar
150gm lobak putih – sagat halus, tapis, perahkan perlahan sekali sahaja isinya, ketepikan jusnya utk dibuat kuah, isi utk chicken meatballs
garam secukupnya
lada hitam tumbuk secukupnya

Meatballs Sauce
bahan B
1 can diced tomato
1 bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih –cincang halus
Minyak untuk menumis secukupnya
3 cili kering jenis kecil or 1/1/2 cili kering jenis panjang
lada hitam tumbuk secukupnya
garam secukup rasa
1 sb rata dried oregano
150gm lobak putih – kisar halus (optional) - saya letak bahan ini
sedikit air or air secukupnya utk merenih meatballs sauce
tabasco sauce secukupnya

Spaghetti
bahan C
spaghetti kering secukupnya
air utk merebus secukupnya
garam secukupnya


cara-cara
Gaul ramas breadcrumbs dan susu segar dahulu diikuti daging ayam kisar, garam, lada hitam tumbuk dan isi lobak putih kisar, gaul hingga sebati, bentukkan bulat kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak. Masukkan daging tadi. Goreng hingga daging perangan dan secukup masak, terus tuang jus lobak putih, masak hingga kering, tutup api dan ketepikan, tuang minyak dalam kuali yang sama, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering goreng hingga layu dan bau wangi, taburkan oregano kacau sedikit, terus tuang pula satu can diced tomato masak hingga pekat, perasa dengan garam, lada hitam tumbuk dan tabasco dan hidangkan, jika suka bolehlah dimasukan isi dan jus lobak putih yang telah disagat halus atau bend halus dan direbus bersama sedikit air lagi supaya lobak kisar masak secukupnya, renih hingga pekat, perasa denga garam, lada hitam tumbuk dan tabasco sauce secukupnya, sementara menanti kuahnya pekat rebus air hingga mendidih tuangkkan spaghetti secukupnya, rebus hingga masak, hidangkan segera spaghetti rebus, nasi atau roti bersama chicken meatballs tadi

Tuesday, January 11, 2011

Kuih Kosui

bahan-bahan
2/3 caw gula melaka
1/2 caw air
1/4 caw gula
5 sb tepung beras
2 sb tepung ubi atau tepung jagung
1/2 s/k air kapur (optional)
1/2 caw kelapa parut putih + 1/4 sk garam
atau 50gm kelapa kering jenis kasar


cara-cara
  1. Masak gula dengan 1/2 cawan air hingga larut, tapis, campurkan 2 cawan air jadikan ia cukup2 500ml sejukkan pada suhu bilik
  2. Campurkan semua bahan kacau dengan pemukul telur hingga halus, masak dengan api perlahan, hingga ia mula pekat, keluarkan segera atau masak guna cara double boiler bila ia mula pekat keluarkan, tujuannya supaya tepungnya masak dengan sempurna, tuang dalam acuan cawan kecil kukus hingga ia masak selama 12-15 minit, sejukkan, keluarkan, letak kelapa ditengahnya, hidangkan

Chicken Burgers I

bahan A
300gm minced chicken/daging ayam kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu
150gm lobak putih - disagat atau blend halus, tapis, perah sedikit keluarkan jusnya, ketepikan isinya utk burger dan *ketepikan jusnya utk kuah burger nya
2 sb fresh milk/susu segar
3sb rata bread crumbs
sedikit crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis bawang besar
1 sb japanese soy sauce
1 sb rata tepung jagung

bahan B
*lebihan air lobak putih tadi dari bahan A
1/4 cawan ketchup tomato
1sb oyster sauce
1 sb japanese soy sauce
jika perlu sedikit minyak utk goreng burger - saya tdk letak
jika perlu sedikit crush black peper - saya tdk letak

cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan
  2. masukkan daging ayam kisar + soy sauce + garam + lada hitam tumbuk dalam besen yang sesuai dan gaul dengan lobak putih sagat + campuran susu dan bread crumbs yang telah digaul rata terus gaul hingga sebati dengan bawang goreng dan minyaknya sekali , bahagi kepada 8-10 bahagian, bulat2kan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly @ bulatkan daging itu baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.
  3. Dengan menggunakan frying pan yang sama, letak sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi masak guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, terus tuang air lobak putih alih-alihkan biarkan daging masak seketika untuk beberapa minit, masukkan tomato sauce 1/4 cawan + 1sb oyster sauce + 1 sb japanese soy sauce + jika perlu letak sedikit sahaja sahaja crush black pepper, renih hingga secukup masak, balik-balikan selalu lagi hingga kuahnya pekat dan sederhana kering, angkat letak dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan dengan roti atau nasi panas

Saturday, January 8, 2011

Pulut Kacau Gula Merah

bahan-bahan
500gm beras pulut - dibasuh, direndam semalaman, basuh ,toskan
300gm gula merah + sedikit sahaja air
150gm gula putih
1 tin pati santan pekat
kain muslin untuk kukus pulut

cara-cara
  1. cairkan gula kabung dan gula putih dengan sedikit sahaja air, renih atas api hingga gula merah cair dan pekat, tapis, masukkan pati santan pekat tadi masak atas api hingga pekat, bertali dan berbuih,
  2. bentang kain muslin atas dulang pengukus, terus tuang beras pulut kukus pulut dalam pengukus, sambil mengukus renjis-renjiskan 2-3 kali dengan sedikit air, kacau atau alihkan pulut kukus lagi masak hingga secukup masak dan tidak perlu padamkan api pengukus periuk tersebut, tambah air kukusan sekiranya perlu, kukus terus pulut itu, jangan sekali-kali padamkan apinya, nanti pulut kukus itu akan jadi keras, kukuslah pulut tersebut terus menerus
  3. sehinggalah gula dan santan jadi pekat, berbuih dan bertali, terus tuang pulut kukus atas api tadi ke dalam buihan pekat bertali santan dan gula diatas dapur itu, dengan menggunakkan api sederhana, masak dan kacau pulut hingga kering dan jernih, tuang dalam dulang, rata-ratakan, sejukkan, potong, dan hidangkan

Castella @ Kek Madu

bahan-bahan
4 telur
150gm gula
60gm madu
200gm tepung gandum
3sk baking powder

cara-cara
ayak tepung gandum dengan baking powder, ketepikan, pukul telur dengan gula hingga hancur dan kembang, tuang madu pukul lagi hingga pekat, putih, kembang dan berkrim, masukkan tepung gaul rata seperti mengadun kek, preheated microwave oven atau oven pada suhu 180C, gris dulang pembakar dengan sedikit minyak, tuang adunan dalam dulang pembakar, bakar selama 25-30 minit dan secukup masak, sejukkan, keluarkan, potong, hidangkan bersama minuman panas.

Wednesday, January 5, 2011

Sambal Tumis Sotong Cili Padi

bahan A
1 kg sotong size kecil - siang, bersihkan, toskan, ketepikan

bahan B tumbuk, blend atau cincang
segenggam cili padi merah
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih

bahan C
sedikit air asam jawa pekat
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis


cara-cara
  1. siang sotong keluarka tulangnya, buang isi perut dari kepalanya, bersihkan dan bilas dengan air hingga bersih, toskan, ketepikan
  2. tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi dengan lesung batu atau blend tanpa air jadikan ia paste atau boleh juga dicincang halus
  3. tuang minyak secukupnya,tumis dan goreng bahan paste tadi bersama sedikit air asam jawa pekat dan sedikit gula hingga naik bau wangi masak hingga ia betul-betul kering
  4. masukkan sotong, tidak perlu letak air langsung kerana sotong tersebuat akan mengeluarkan air yang begitu banyak sekali goreng hingga secukup masak, pekat dan kering
  5. perasakan sambal sotong dengan garam secukupnya
  6. masak seketika, tutup api
  7. hidangkan

Pudding Caramel With Fresh Milk lll

bahan A
6 biji telur ayam
500ml susu segar
1 caw. gula putih
1/4 sk garam - secukup rasa

bahan B Caramel
1/2 caw. gula
1/4 caw air

cara-cara
  1. Campurkan semua Bahan A didalam pengisar (blender) atau sebatikan dengan pemukul telur, adun hingga sebati.
  2. Sambil itu panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Tuang kuah caramel ke dalam dulang kaca, ratakan atau pusingkan gula caramel dalam dulang agar ia rata sepenuhnya , biar ia suam dahulu, kemudian masukkan Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi, tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana perlahan sehingga masak.
  4. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  5. Jika suka simpan didalam peti sejuk, rasa puding menjadi lebih sedap jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.
  6. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak.
  7. Tutup permuakaan dulang puding dengan pingan hidangan besar yang sesuai, terbalikkan atau terlangkupkan puding tersebut supaya puding itu dapat di keluar sepenuhnya bersama kuah caramel
  8. potong ikut suka , pastikan hidangan yang bercaramel mestilah diatas, hidangkan.

Sambal Tomato

dari dapur saya hari ini, sambal tomato kegemaran saya, sengaja saya published post disini hasil dari tanaman cili, sedap dimakan dengan nasi panas dan dicicah dengan ikan bakar dan sebagainya

bahan-bahan
2 cili merah segar
1 tomato segar size besar - potong nipis
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula

cara-carabasuh cili, kepak-kepakan, masukan sedikit belacan belacan, garam dan gula, tumbuk kasar, masuk tomato potong, gaul-gaulkan, hidangkan

Udang Bakar Microwave

dari dapur mak saya, sedap dimakan begitu sahaja ketika ia masih panas lagi atau dicicah dengan sambal atau air asam kegemaran

bahan-bahan
8 ekor udang segar size besar
8 buluh cucuk sate
garam secukupnya
jaring/rack utk pinggan ceramic

cara-cara
basuh udang, lap2kan dengan kitchen papper, ambil seekor udang, cucuk dari kepala udang hingga ekornya dengan lidi, salutkan kiri kanan udang dengan garam hingga tebal dan menutupi udang sehingga nampak butiran garamnya, letak atas jaring yang sesuai sebesar permukaan pinggan ceramic, susun udang 4 ekor, masak/bakar/preheated dalam microwave oven selama 3 minit, terbalikan udang tadi dari bawah ke atas preheated balik selama 2 minit lagi, hidangkan

Sambal Belacan

dari dapur saya hari ini, tidak dinafikan memang semua orang tahu buat sambal belacan, sengaja saya published post disini hasil dari tanaman cili, sedap dimakan dengan nasi panas dan dicicah dengan berbagai jenis ulam-ulaman

bahan-bahan
3 cili merah segar
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit asam
sedikit gula

cara-cara
basuh cili, kepak-kepakan, masukan sedikit belacan belacan, garam dan gula, tumbuk kasar, tuang sedikit asam, gaul-gaulkan, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails