bahan A 600gm daging - potong
1 sb asam jawa - basuh sikit kemudian direndam dgn *1/2 air panas
*1/2 caw air panas
3 sb minyak masak
4 buah pelaga
6 bunga cengkih
1 1/4" kulit kayu manis
1/2" halia - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang nipis
1 1/4 cawan pati santan
2 sk gula
garam secukup rasa
bahan B tumbuk (sila tumbuk semua bahan lain berasingan kecuali biji rempah, jintan manis & jintan putih)
1 cawan kelapa parut atau kelapa kering secukupnya - buat kerisik, tumbuk halus, ketepikan
2 sb minyak masak
2 1/2 sb biji rempah atau ketumbar - goreng tanpa minyak1 minit, tumbuk atau blend halus ketepikan
1 1/4 sb jintan manis - goreng tanpa minyak1 minit, tumbuk atau blend halus ketepikan
1 1/4 sb jintan putih - goreng tanpa minyak1 minit, tumbuk atau blend halus ketepikan
15-20 cili kering - potong, rendam atau rebus dalam air panas, basuh, tumbuk or blend halus, ketepikan
1 1/4" lengkuas
6 ulas bawang merah or 1/2 -1 biji bawang besar - size sederhana - tumbuk atau blend halus
5 bawang putih - tumbuk atau blend halus
cara-cara
Goreng kelapa parut tanpa minyakhingga ranggup dan kuning keemasaan, tumbuk atau blend hingga pecah minyak jadikan kerisik, ketepikan
Goreng pula biji rempah, jintan manis dan jintan putih tanpa minyak dalam kuali, guna api paling kecil atau perlahan, goreng selama 1 minti, tumbuk atau blend halus bahan goreng tadi, ketepikan
Panaskan minyak masukkan lengkuas tumbuk, chili tumbuk, bawang merah atu besar tumbuk, dan bawang putih tumbuk, goreng hingga harum, pecah minyak dan kuning keemasan selama 2-3 minit, jaga-jaga jangan sampai kerisik tebakar atau hangus. tumbuk bahan-bahan dalam lesung hingga halus dan terbentuk seperti paste,kemudian masukkan pati santan pekat dan herba, kacau rata
Basuh, potong daging campur semua bahan paste tumbuk tadi dan perap selama 30 minit, semasa menunggu daging diperap, perah air asam jawa tadi yang telah direndam dengan air panas, ramas, tapiskan, tuang air asam jawa tadi yang telah direndam selama 5 minit, perah dan tapiskan, ketepikan
Panaskan minyak lagi, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang, goreng hhingga naik bau harum, masukkan pula halia , bawang putih dan bawang merah atau bawang besar, goreng hingga kuning keemasan dan berbau wangi dan harum, masukkan daging goreng selama 2-3 minit , jaga-jaga jangan sampai kelapa terbakar
Tuangkan pati santan pekat dan air asam jawa ke dalam daging tadi, renih guna api perlahan, tutup tudung periuk, perlahankan api, renih sehingga ia betul-betul masak dan kuah jadi sederhana pekat, masa merenih mengambil masa selama 1 1/4 jam . Tambahkan sedikit air jika perlu bagi daging empuk dan bertujuannya supaya daging tidak terbakar ketika proses memasak.
Perasa dengan garam, gula secukup rasa, hidangkan segera bersama nasi panas