Wednesday, June 30, 2010

Fresh Curled or Curly Parsely Tea

 
bahan-bahan
1/4 cawan curly parsley - basuh bersih, lap dengan kitchen towel, cincang halus
1 mug air panas mendidih dari cerek
boleh letak madu atau gula semasa menghidang (optional) 

cara-cara
parsley basuh bersih-bersih, lap dengan kitchen paper, letak daun parsley cincang atau bungkus dengan kain muslin, ikat kemas-kemas biarkan dalam mug, ketepikan. Masak air hingga mendidih tuang terus dalam cawan mug tadi, biar ia terendam selama 5 minit atau lebih elok biar ia terendam begitu sahaja tanpa ditapis supaya segala vitamin yang terkandung didalamnya keluar dan dapat mengubati penyakit dengan izin Allah.

Tuesday, June 29, 2010

Fresh Mint Lassi

bahan-bahan
3/4 caw or 185gm yogurt
2 caw or 250ml air masak sejuk dalam fridge
8-10 keping daun pudina

cara-cara
masukkan semua bahan kedalam blender atau food processor. Blend selama1-2 minit sehingg sebati dan berbuih, hidang bersama ketulan ais dan hias dengan daun pudina

Fresh Herbs Tea


bahan-bahan
  • secekak daun basil/daun selasih segar - basuh, potong atau ramas atau dibirakan sehelai-sehelai begitu sahaja
  • secekak kecil daun serai segar - basuh, dipotong halus atau ramas pecah-pecahkan daunnya sedikit & disimpul
  • 500ml air panas mendidih atau secukupnya
cara-cara
masukkan daun selasih/basli dan daun serai ke dalam teko, tuang air panas mendidih, rendam dan tidak perlu buang hampas daun tersebut, lebih lama daun-daun itu terendam lebih sedap rasanya akan jadi, tujuan guna daun serai ialah bagi mengeluarkan warna hijaunya, hidangkan dalam cawan yang disukai.

Fresh Mint Tea

dari dapur saya hari ini, minuman kesihatan, lebih banyak daun pudina segar digunakkan akan jadi lebih sedap teh daun pudina ini. sedap dihidangkan panas atau sejuk dengan gula atau diminum begitu sahaja, saya dah cuba experiment buat teh pudina dengan green tea dan cyelon tea rasanya kurang sedap sedikit, kami sekeluarga sukakan rasanya...

bahan-bahan
  • 1 cawan daun pudina segar - basuh, potong halus atau ramas & letak dalam teko/jar
  • 500ml air panas
  • gula secukupnya
  • 1 green tea bag or 1 ceylon tea (optional) - letak semasa merendam daun pudina & tapis keluarkan dgn seberapa segera bagi mengelakan ia jadi kelat & rasa teh daun pudina kurang segar

cara-cara
tuang air panas ke dalam teko yang berisi daun pudina, saya letak daun pudina yang telah dipotong halus atau diramas, tujuannya bagi teh pudiana rasa lebih beraroma lagi dan dapat mengeluarkan warnanya. rendam selama 3-4 minit bagi mengeluarakan bau dan rasanya, jika suka keluarkan daun pudina tadi secepat mungkin atau tapis dengan penapis bagi mengekalkan rasa pudina, masukkan gula secukupnya dan hidangkan secawan teh pudina bersama beberapa helai daunnya.

Saturday, June 26, 2010

Puding Jagung

 bahan-bahan
  • 1 cawan isi jagung segar potong
  • 1 pack kecil serbuk santan or pati santan secukupnya - jadikan 200ml santan pekat, larutkan dgn air panas suam
  • 400ml air
  • 140ml tepung custard
  • 100ml gula
  • sejemput kecil garam halus
  • 1 sb rata butter (optional)
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 helai daun pandan simpul or 1 penutup vanilla essence

cara-cara
campurkan kesemua bahan-bahan kecuali butter, masak guna api sederhana perlahan hingga ia pekat, kecilkan api masak hingga tidak melekat pada senduk, sila ikuti tips berguna mak saya, masukkan butter, masak lagi hingga jernih, terus tuang dalam dulang, sejukkan, potong mengikut bentuk yang disukai dengan pisau dan hidangkan

Friday, June 25, 2010

Onion Rings

bahan-bahan
  • 1 bawang besar paling besar – potong bulat 1cm lebar setiap potongan, keluarkan sekeping-sekeping, ketepikan
  • tepung jagung secukupnya
  • 1 biji telur – pukul sikit
  • bread crumbs kering atau basah secukupnya dari sebuku roti gardenia – blend jgn terlalu halus, dikeringkan terlebih dahulu dibawah cahaya matahari hingga kering, selebihnya boleh disimpan dalam botol
  • minyak masak untuk menggoreng secukupnya
cara-cara

  1. Celup kepingan bawang tadi dengan tepung jagung, diikuti dengan telur dan akhir salut dengan serbuk roti
  2. Panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dan balikan hingga ia hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan

Thursday, June 24, 2010

Cheese & Corn Muffins

bahan-bahan
150gm keju parut
100gm mentega
100gm gula
1 biji telur - pukul sikit
200gm tepung gandum - ltk inst tpg penkek & tdk perlu baking powder2sk baking powder
120ml susu segar
1 cawan jagung segar potong
1 sb japanese mayonnaise

cara-cara
Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga kembang, putih, berkrim serta pekat, masukkan telur, mayonnaise, susu segar dan keju parut, pukul kuat selama 1 minit dengan mixer terus tuangkan tepung penkek dan gaul rata, diikuti jagung potong gaul rata, tuang dalam acuan muffin, panaskan microwave atau oven pada suhu 180C, bakar selama 20-25 minit hingga secukup masak dan kuning keemasan, hidangkan

Orange Marmalade Muffins

bahan-bahan
100gm mentega
100gm gula
2 biji telur - pukul sikit
200gm tepung gandum - ltk inst tpg penkek & tdk perlu baking powder
2sk baking powder
80ml susu segar
50ml orange juice
50gm orange marmalade or parutan orange zest dari 1/2-1 biji orange
1/4-1/2 buah orange - potong nipis

cara-cara
Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga kembang, putih, berkrim serta pekat, masukkan telur gaul sikit, diikuti orange juice gaul sikit, diikuti susu segar gaul sikit, tuangkan tepung penkek dan gaul rata, diikuti orange marmalade dan gaul rata, tuang dalam acuan muffin, panaskan microwave atau oven pada suhu 180C, bakar selama 20-25 minit hingga secukup masak dan kuning keemasan, keluarkan dari microwave susun buah orange yang telah dipotong nipis, bakar lagi selama 5 minit, hidangkan

Monday, June 21, 2010

Chocolate Chips Muffin

bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor - aida guna soft brown sugar
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila - aida guna esen ros
3/4 cawan choc chips

Cara menyediakan:

  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit
source : Koleksi Resipi Masakan

Sunday, June 20, 2010

Squip Ink Spaghetti

bahan A
500gm dry spaghetti

bahan B
1 pack instant squip ink sauce/cuttle fish, calamari liquid/dakwat sotong
1 ekor sotong size besar/calamari/cuttle fish
1 can whole tomato or 2 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - potong dadu
4 sausage - potong
1 pack mushroom
1 kiub ayam
2 cili kering - kepak 2
sedikt lada hitam garam secukupnya
telur rebus secukupnya
sweet basli leave/daun selasih, kemangi - potong
oregano
olive oil secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
  1. Didihkan air hingga mendidih, rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mesti rebus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, orang italy pun rebus macam itu, bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, banyak pun tak apa buat kulit cantik,back to masak, masukkan bawang putih dahulu diikuti bawang besar dadu & cili kering goreng hingga harum, naik bau dan kekuningan,
  3. taburkan kiub ayam goreng seketika hingga bau harum, tuangkan squip ink liquid kacau hingga naik minyak
  4. campurkan cendawan, goreng sedikit layu, masukkan pula tomato dalam tin atau segar, tambah lada hitam, garam dan oregano, separuh sweet basali gaul rata, masak hingga pekat, masukkan pula sotong, gaul rata, jgn masak sotong terlalu lama nanti keras
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan
  6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potongan telur, susun dalam pinggan hidangan, siap untuk dimakan.

Father's Day

Happy Father's Day

Friday, June 18, 2010

Pizza

bahan-bahan (bergantung pada size 1-3 keping)
150gm tepung roti
150gm tepung gandum biasa
1 1/2 sk dry instant yeast
kurang drpd 1 sk garam
1 sk extra virgin olive oil or minyak masak
190ml air panas pada suhu 40C
cheese dan pizza topping yang disukai

cara-cara
  1. panaskan oven 220C
  2. campurkan minyak dengan air dan garam
  3. gaul rata semua bahan-bahan kecuali cheese & pizza topping
  4. tuang kesemua campuran air tadi serta gaul rata dan uli hingga tidak melekat pada tangan
  5. canai dough kemudian letak dalam baking tray, letak pizza sauce
  6. bakar selama 15 minit dan secukup masak, hidangkan
  7. Tips (pada sesiapa yang guna oven toaster jenis besar dan microwave oven)
    buat pengetahuan semua saya tekan dough terus dalam baking tray, bakar separuh masak, keluarkan, sapukan pizza sauce, letak topping yang disukai, taburkan cheese, bakar secukup masak, hidangkan
  • Pizza Sauce
  • bahan-bahan
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 can diced can tomato - 400gm
  • 1 sk dried crush oregano
  • 2-3 helai fresh basli leaf/ ddaun selasih atau kemagi - cincang kasar
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk soft brown sugar or 1/4 sk gula
  • sedikit crush lada hitam
  • olive oil or minyak masak secukupnya untuk menumis
cara-carapanaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau harum dan sedikit sahaja kuning, masukkan oregano kacau sikit 30 saat, terus masukkan tomato can, letak garam, lada hitan dan soft brown sugar dan kacau serta masak hingga ia mendidih dan sederhana pekat, taburkan daun basli, gaul rata, padamkan api, sedia untuk disapu pada pizza dough sebelum dibakar

Cheddar Corn Muffins

ingredients
1 cup fresh sweet corn
1 cup pancake flour
2 tablespoons sugar
1/2 teaspoon salt
1 cup milk
1/2 cup shredded cheddar cheese
1/4 cup vegetable oil
1 egg

Heat microwave oven or oven to 180C. grease muffins baking tray or line medium size muffin cups with paper baking cups. Mix all of the ingredients. Beat strongly 1 minute with whisks or electric mixer until just combined. Divide batter evenly among muffin cups. Bake about 15 minutes or until golden brown.

Wednesday, June 16, 2010

Kerutuk Daging

bahan A
600gm daging - potong
1 sb asam jawa - basuh sikit kemudian direndam dgn *1/2 air panas
*1/2 caw air panas
3 sb minyak masak
4 buah pelaga
6 bunga cengkih
1 1/4" kulit kayu manis
1/2" halia - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang nipis
1 1/4 cawan pati santan
2 sk gula
garam secukup rasa
bahan B tumbuk (sila tumbuk semua bahan lain berasingan kecuali biji rempah, jintan manis & jintan putih)
1 cawan kelapa parut atau kelapa kering secukupnya - buat kerisik, tumbuk halus, ketepikan
2 sb minyak masak
2 1/2 sb biji rempah atau ketumbar - goreng tanpa minyak1 minit, tumbuk atau blend halus ketepikan
1 1/4 sb jintan manis - goreng tanpa minyak1 minit, tumbuk atau blend halus ketepikan
1 1/4 sb jintan putih - goreng tanpa minyak1 minit, tumbuk atau blend halus ketepikan
15-20 cili kering - potong, rendam atau rebus dalam air panas, basuh, tumbuk or blend halus, ketepikan
1 1/4" lengkuas
6 ulas bawang merah or 1/2 -1 biji bawang besar - size sederhana - tumbuk atau blend halus
5 bawang putih - tumbuk atau blend halus

cara-cara
  1. Goreng kelapa parut tanpa minyakhingga ranggup dan kuning keemasaan, tumbuk atau blend hingga pecah minyak jadikan kerisik, ketepikan
  2. Goreng pula biji rempah, jintan manis dan jintan putih tanpa minyak dalam kuali, guna api paling kecil atau perlahan, goreng selama 1 minti, tumbuk atau blend halus bahan goreng tadi, ketepikan
  3. Panaskan minyak masukkan lengkuas tumbuk, chili tumbuk, bawang merah atu besar tumbuk, dan bawang putih tumbuk, goreng hingga harum, pecah minyak dan kuning keemasan selama 2-3 minit, jaga-jaga jangan sampai kerisik tebakar atau hangus. tumbuk bahan-bahan dalam lesung hingga halus dan terbentuk seperti paste,kemudian masukkan pati santan pekat dan herba, kacau rata
  4. Basuh, potong daging campur semua bahan paste tumbuk tadi dan perap selama 30 minit, semasa menunggu daging diperap, perah air asam jawa tadi yang telah direndam dengan air panas, ramas, tapiskan, tuang air asam jawa tadi yang telah direndam selama 5 minit, perah dan tapiskan, ketepikan
  5. Panaskan minyak lagi, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang, goreng hhingga naik bau harum, masukkan pula halia , bawang putih dan bawang merah atau bawang besar, goreng hingga kuning keemasan dan berbau wangi dan harum, masukkan daging goreng selama 2-3 minit , jaga-jaga jangan sampai kelapa terbakar
  6. Tuangkan pati santan pekat dan air asam jawa ke dalam daging tadi, renih guna api perlahan, tutup tudung periuk, perlahankan api, renih sehingga ia betul-betul masak dan kuah jadi sederhana pekat, masa merenih mengambil masa selama 1 1/4 jam . Tambahkan sedikit air jika perlu bagi daging empuk dan bertujuannya supaya daging tidak terbakar ketika proses memasak.
  7. Perasa dengan garam, gula secukup rasa, hidangkan segera bersama nasi panas

Friday, June 11, 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis

bahan-bahan
2 genggam ikan bilis - basuh, toskan, ketepikan
17 biji cili kering - rendam dalam air/air panas, basuh, toskan, bergantung pada kepedasan cili, ikut suka
1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih secukupnya
sejemput asam jawa jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
1/2 biji bawang besar - potong nipis
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
blend halus cili kering, 1/2 bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih, tuang ikan bilis masak lagi hingga sederhana pekat, masukkan pula bawang potong, masak hingga bawang layu, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

Sambal Tumis Sotong

bahan-bahan
2 ekor sotong size paling besar - siang, basuh, potong, toskan, ketepikan
17 biji cili kering - rendam dalam air/air panas, basuh, toskan, bergantung pada kepedasan cili, ikut suka
1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih secukupnya
sejemput asam jawa jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
1/2 biji bawang besar - potong nipis
minyak untuk menumis secukupnya

cara-carablend halus cili kering, 1/2 bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih dan sederhana pekat, mauskkan bawang goreng seketika, masukkan pula sotong masak hingga masak tetapi jangan terlalu lama nanti ia keras, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

Nasi Lemak

dari dapur saya hari ini, resepi asal dari opah kesayangan diturunkan kepada mak saya, sesuai dihidangkan bersama sambal sotong, ikan bilis dan sebagainya, dimakan ketika sarapan pagi dan sebagainya

bahan-bahan2 caw beras - basuh,toskan, ketepikan
Pati santan & santan cair secukupnya drpd 1/2 biji kelapa parut - bergantung pd beras yg hendak dimasak
1/2 sk garam - secukup rasa
halia sebesar ibu jari - diketuk atau dimayang halus
1 daun pandan - koyak-koyakan
1" inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam

cara-cara
Jika masak nasi guna rice cooker, masak atau tanak nasi seperti nasi biasa. Kalau masak atas dapur didihkan santan bersama kesemua bahan diatas kecuali beras, bila air santan mendidih dan mengelegak, masukkan beras, kacau perlahan sehinggan santannya kering, tutup tudung periuk, perlahankan api jika guna gas dan tutup api terus jika guna dapur elektrik, kemudian serih nasi, hidangkan bersama segala jenis sambal tumis, telur, timun , kacang tanah & ikan bilis goreng dan segala jenis rendang

Thursday, June 10, 2010

Banana & Walnut Cake

ingredients
125gm butter
3/4 cup soft brown sugar
2 eggs
1 cup mashed overripe banana - from 2 large banana
3/4 cup self-raising flour
3/4 cup plain flour
1/2 tsp soda bicarbonate
3/4 cup walnuts, roasted, chopped finely

  1. Grease baking pan, if you like cover base with baking paper.
  2. Beat butter and sugar in medium bowl with electric mixer until light and fluffy, beat in eggs, 1 at a time.
  3. Stir banana, then sifted flours and bicarbonate soda, and walnuts, spread mixture into prepared pan.
  4. Bake in moderate microwave oven or oven 180C for about 1 hour.
  5. Stand cake for 5-10 minutes onto wire rack to cool it down, cut and ready to serve with coffee or tea

Tuesday, June 8, 2010

Coffee Oil & Instant Coffee Muffins

bahan-bahan
2 cawan tepung pankek
1/2 cawan gula
30gm/1 pack inst. coffee + creamer "Power Root Alicafe"
1 biji telur - pukul sikit
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak masak
1 sb coffee oil or 1 sk vanilla essence (saya ltk coffee oil + vanilla essence)

cara-cara
Panaskan microwave oven atau oven 180C, campurkan & gaul rata tepung, gula dan instant coffee, masukkan telur, susu, coffee oil atau vanilla essence dan kacau dengan pemukul telur hingga sebati, tuang dalam acuan muffin, bakar hingga secukup masak selama 30 minit, hidangkan

Monday, June 7, 2010

Orange Zest Chiffon Cake

bahan-bahan
1 biji orange - parut halus kulit luar orange zest, ketepikan
3 biji telur
1/2 cawan gula
200gm pancake flour
1/2 cawan susu segar
3 sb minyak masak
beberapa titik warna kuning (optional)

cara-cara
pukul telur dengan gula hingga kembang, putih dan pekat, masukkan tepung gaul rata, susu, minyak masak, akhir sekali letakkan parutan kulit orange, tuang dalam dulang tanpa gris, bakar dalam microwave atau oven pada suhu darjah 180C masak selama 45 minit, sejukkan seketika, keluarkan dari dulang pembakar & letak atas redai kek, sejukkan, potong, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails