Saturday, May 30, 2009

Gepang

bahan A Goreng tanpa minyak
2 caw saseme seed - digoreng tanpa minyak, sejukkan, ketepikan
100gm sun flower seed - di goreng tanpa minyak, sejukkan, ketepikan
bahan B Caramel
1 caw gula
1/4 caw air panas - menghasilkan gepang yang ranggup
cara-cara
1. Sediakan bahan A, goreng tanpa minyak, sejukan dahulu dan ketepikan.
2. Masak gula, buat caramel, bila caramel mula pekat dan berbuih masukkan saseme seed, kacau, masak hingga ia bersatu jadi satu doh, letak dalam dulang, curahkan sun flower seed dan gaul rata hingga semua sun flower seed berpalut, kemudian tekan doh dalam dulang yang sama hingga ia kejap, setelah itu potong doh tersebut dan bentuk-bentukanlah ketika ia masih panas atau suam dengan bentuk yang anda disukai
3. Hidangkan
Gepang Kacang Potong
resepi dari member myresepi.com,
bahan-bahan
• 600g kacang tanah - digoreng tanpa minyak
• 100g bijan- digoreng tanpa minyak
• 600g gula pasir
• 2 camca besar magerin
Cara-cara
1. masak gula hingga semuanya hancur.masukkan magerin
2. bila magerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata
3. canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 cm, ikut cita rasa masing2, jgn terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi
4. bila dah canai cepat2 potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam
5. cara-cara 3 dan 4 tu agak mencabar anda kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan anunan cepat membeku. kalau adunan dah beku susah sikit nak potong.

Friday, May 29, 2009

Fried Zucchini With Garlic

 
bahan-bahan
1 biji zucchini/family labu air
1 ulas bawang putih
olive oil atau minyak masak
garam secukup rasa
cara-cara
1. Bersihkan, belah dua zucchinni, potong serong, ketepikan
2. Cincang bawang putih, ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang putih cincang, goreng hingga kekuningan, masukkan zucchini, sedikit garam, goreng selama 2-3 mint agak-agak lebih kurang layu, tidak perlu letak air dalam masakan dan jangan masak terlalu lama sangat, nanti rasanya tidak sedap
4. Sedia dihidangakan dengan nasi panas dan sebagainya.

Thursday, May 28, 2009

Beef Rendang

bahan-bahan
1 kg daging - potong
2 pack serbuk santan
segengam cili kering - potong, rebus, blend
segengam lengkuas, potong, blend
segengam halia - potong blend
4 batang serai serai - potong, blend
1 biji bawang besar - potong, blend
5 ulas bawang putih - potong, blend
sekeping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dimayang halus
sedikit garam, gula & ajinomoto

cara-cara

  1. Basuh daging, lap kering dengan kitchen tissue, potong, ketepikan
  2. Basuh semua bahan, potong, rebus cili basuh dan blend bersama dengan semua bahan potong yang telah sedia untuk diblend seperti diatas.
  3. Tuang kesemuan bahan yang telah diblend tadi ke dalam periuk, masukkan serbuk santan yang telah dibancuh dengan secukup air, gaul rata bersama asam gelugur, renih dengan api sederhana perlahan hingga ia empuk dan lembut, sekiranya daging belum empuk masukkan lagi air, masak hingga daging empuk, tabur daun kunyit yang telah dimayang halus, sedikit garam, gula dan ajinomoto secukupnya, masak sebentar hingga mendidih, hidangkan
  4. Saya masak guna pressure cooker, jenis letak atas dapur, masukkan kesemuan bahan sekaligus, saya bancuh santan serbuk dengan sedikit air sahaja, sama paras dan kuantitinya dengan daging, masak selama 7- 10 minit, tutup api, sediakan untuk dihidangkan

Monday, May 25, 2009

Salted Fillet Baked Salmon Fish


bahan-bahan
1 ekor ikan salmon - siang, bersihkan, keringkan dengan paper kitchen, bahagi kepada 4 bahagian fellet, sapu garam, ketepikan. Jika diperap lebih lama dalam peti sejuk, rasa isi ikan jadi bertambah sedap

cara-cara
Grill/bakar dengan arang atau panaskan oven,grill dengan oven, suhu 250C, tingkat No. 3 dari bawah ke atas, atau pun smoke grill stove jenis dapur atau goreng dalam non stick fry pan, tuang sedikit sahaja minyak, goreng hingga kuning keemasan, hidangkan dengan nasi panas.

Tandoori Chicken


hidangkan bersama sepotong limau atau lemon, sesuai dimakan dengan nasi panas atau naan bread, saya tambah 2 sb serbuk jintan putih untuk menyedapkan isi ayam akan jadi bertambah lebih sedap lagi, cara membakar pun penting juga ikuti step seperti dibawah

Bahan A
1200gm or 4 ketul peha ayam sekali dgn drumsticks - basuh, dibuang kulit, keringkan dgn disposabal tissue kitchen towel, cucuk dgn garpu, ketepikan
ataupun
1200gm seekor ayam - dipotong 4,basuh, dibuang kulit, keringkan dgn disposabal tissue kitchen towel, cucuk dgn garpu, ketepikan

Bahan B Perap/Marinade
6 bawang putih tumbuk atau garlic powder
1 1/2" halia tumbuk atau ginger powder
4 sk serbuk cili/paprika powder
4 sk garam masala
4 sk serbuk jintan putih
2 sk garam
2 sb air limau atau lemon
4 sb plain yogurt/ yogurt kosong
3 sb olive oil atau minyak masak

cara-cara

1. Sediakan bahan A ketepikan.

2. Sediakan bekas yang bertutup untuk perap ayam, masukkan paste bawang putih dan halia, serbuk cili, garam masala,jintan putih, garam, jus limau, yogurt dan minyak gaul rata, ambil satu persatu bahagian ayam sapu keseluruhan atas & bawahnya dan sekelilingnya, tutup peha ayam dengan ramuan ini, tutp hingga isi ayam tidak kelihatan, susun dan letakkan ke dalam bekas, ulangi hingga habis, tutup bekas, ketepikan, marinade selama2-3 jam dalam peti sejuk, tips berguna, lebih lama marinade ayam lebih bagus, ayam jadi lembut, segala rempah masuk ke dalam isi ayam, bila dibakar rasanya jadi lebih sedap

3. Boleh dibakar menggunakan arang, bara arang banyak buat ayam cepat masak, masa membakar singkat.

4. Smoke grill stove/dapur tempat bakar ikan, api smoke grill kuat kuat ayam cepat masak, kalih-kalihkan masa membakar pun tidak lama

5. Goreng dalam kuali dengan sedikit minyak,guna api sederhana, kalih-kalihkanlah selalu hingga ia masak perang kekuningan

6. Grilling/bakar dalam oven pada suhu maximum 250C, tingkat No. 3 dari bawah ke atas, bakar lebih kurang 10 minit bahagian atas, kalih atau terbalikan ayam dibahagian bawah ke atas pula bakar selama 10 minit, ulangi hingga masak, agak-agaklah, bila masak angkat , hidangkan.

Tako Yaki @ Octopus Fritters

  • Takoyaki Batter (mixed all together)
  • ingredients
  • 1 egg
  • 340ml Iced Water
  • 1/2 tsp Granulated Dashi (1/4 tsp Kombu Dashi/Seaweed Kelp Powder & 1/4 tsp Bonito Dashi/Hondashi)
  • A Pinch of Salt
  • 100g Soft Wheat Flour
  • Fillings
  • ingredients
  • 150g Boiled Octopus - cut it small size "1/2
  • 1/2 cup Tenkasu - crunchy bits of deep fried flour-dough (Left over tempura crust)
  • 6g Beni Shoga/red/pink ginger pickled - cut it small size
  • 2g Sakuraebi - Dried Pink Baby Shrimps - Roasted little bit then crush like a powder, left aside
  • Fillings
  • ingredients
  • Okonomiyaki Sauce
  • Aonori - Green Laver (seaweed flakes powder)
  • Hanakatsuo - Dried Bonito Flakes (Smoked Tuna Fish Flakes)
  • 2 spring onion
  • Mayonnaise
  • Vinegar Sauce (optional/Boiled)
  • ingredients
  • 150ml Water
  • 1/2 tsp Granulated Dashi (1/4 tsp Kombu Dashi (Kelp or Seaweed Powder) & 1/4 tsp Hondashi Powder/Bonito Dashi )
  • 1 tbsp Soy Sauce
  • 2 tsp white Vinegar
  • spring onion (litle bit)
  • Alternative Fillings (optional)
  • ingredients
  • Boiled Firefly Squid (baby squid)
  • Chikuwa (ring type fish cake - cut thin slice)
  • Sweet Corn
  • Cheese
  • Sausage
Preparation
  1. diced up the boiled octopus into a 1/2" pieces
  2. chop the pickle ginger into fine pieces
  3. chop the spring onion into fine pieces
  4. roasted dry shrimp until aromatic, crumble the shrimp when they are cool with your hand
  5. let makes vinegar sauce bring water to boiled, turn off the stove then add kombu dashi, bonito dashi, soy sauce and vinegar combined until dissolved.
  6. next make takoyaki batter, crack the egg into the bowl and beat well, add iced water, add granulated bonito dashi, kombu dashi, soy sauce and salt mixed well, stiff 1/3 flour into the bold, immer the flour in between mixture and mixed lightly, repeat the same procedure two more times and whisk the mixture just enough to get rid the pocket of the flour
  7. Turn on the stove and preheated the takoyaki pan, gris it, fill up takoyaki batter, add diced octopus into each cups or moulds, tempura crust, ginger picked, dry baby shrimp powder and spring onion, when the batter around the hole, spread the takoyaki with bamboo stick keep rotating into a balls until crispy crust and golden brown then spread with the okonomi sauce, green laver, dry bonito flakes, spring onion and mayonnaise
  8. Lastly serving takoyaki with vinegar sauce if any (optional)

Squip Ink Spaghetti


bahan A
500gm dry spaghetti

bahan B
1 pack squip liquid/cuttle fish, calamari liquid/ dakwat sotong
1 ekor sotong size besar/calamari/cuttle fish
1 tin dice/dadu tomato atau 2 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - potong dadu
4 halal sausage
1 pack mushroom
1 kiub ayam
2 cili kering - kepak 2
sedikt lada hitam
garam secukupnya
telur rebus
sweet basli leave/daun selasih, kemangi - potong
oregano
olive oil secukupnya untuk menggoreng

cara-cara

1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mesti rebus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, orang italy pun rebus macam itu. Bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.

2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih, sausage, bawang besar, cili kering, goreng hingga naik bau dan kekuningan, taburkan kiub ayam, tuangkan squip liquid kacau hingga naik minyak, campurkan cendawan, goreng sedikit layu, masukkan pula tomato dalam tin atau segar, tambah lada hitam, garam dan oregano, separuh sweet basali gaul rata, masak hingga pekat, masukkan pula sotong, gaul rata, jgn masak sotong terlalu lama nanti keras

4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan

6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potongan telur, susun dalam pinggan hidangan, siap untuk dimakan.

Fresh Tomato Spaghetti




bahan A
500gm dry spaghetti

bahan B
1kg tomato segar - blend halus
1/2 labu bawang putih - dicincang
1 biji bawang sederhana besar - potong dadu
4 halal sausage
1 pack mushroom
2 cili kering - kepak 2
2-4 sk dry oregano
slice black olive
sedikt lada hitam
garam secukupnya
telur rebus
olive oil secukupnya untuk menggoreng

cara-cara

1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mesti rebus keras supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, orang italy pun rebus macam itu. Bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.

2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih, sausage, bawang besar, cili kering, slice black olive goreng hingga naik bau dan kekuningan

3. Masukkan cendawan, goreng sedikit layu, tabur lada hitam, garam dan oregano gaul rata. Tuangkan pula tomato yang telah di blend tadi, masak hingga pekat, Seelok-eloknya masak kuahnya dahulu kerana mengambil masa yang agak lama, lepas itu baru rebus spaghetti.

4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan

6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potongan telur, susun dalam pinggan hidangan, siap untuk dimakan.

Honey Ginger Tea


bahan-bahan & cara-cara

Segenggam atau seketul halia muda, besar atau kecil terpulang - dipotong, diblend halus dengan sedikit sahaja air masak, masukkan paste halia dalam gelas,tuangkan kan air panas baru mendidih dalam gelas,campurkan madu lebah secukupnya, kacau, hidangkan

Keropok Lekor


Bahan A
1 kg ikan tenggiri - fellet, buang tulang, korek dengan sudu isinya, buang kulitnya, blend halus
300gm tepung ubi, sagu - sama jenis tepung
garam, ajinomoto secukupnya
secukup ketulan ice - blend, untuk uli

cara-cara
lepas blend ikan, masukkan tepung ubi,garam, ajinomoto, uli dengan ice yang telah diblend sedikit demi sedikt hingga menjadi satu bola doh, uli lembut, agak-agaklah lembutnya, jgn terlalu lembut dan terlalu keras, kemudian bentukkan seperti keropok lekor, rebus dalam air mendidih tidak perlu letak garam nanti keluar semua pati air ikan, bila terapung angkat dan toskan, boleh dimakan begitu saja atau digoreng dengan minyak penuh hingga kuning keemasan.

Tempura & Dipping Sauce




Bahan A
3/4 gelas tepung gandum

vegetable or seafood secukupnya
1/4 caw tepung jagung - untuk bedakankan vegitable or seafood sahaja

Bahan B
1 gelas air sejuk dalam peti sejuk } campurkan kacau rata, jangan pukul
1 biji telur }

1 cuka putih
4 ketul ice cube

Bahan C Dipping Sauce
3 sudu Japanese soy sauce/ kicap cair jepun + 3 sb air masak
1 sk gula
1 sk hondashi - tak letak pun tak apa


Cara-cara

1. Bedak-bedakan vegetable or seafood, ketepikan

2. Masukan tepung dalam besin, ketepikan

3. Campurkan 1 gelas air sejuk dalam peti sejuk bersama telur, kacau rata, sebati dengan garpu sahaja, jangan dipukul bahan ini, ketepikan

4. Campurkan bahan C, ketepikan, Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng

5. Kuakkan tepung, buat lubang ditengahnya, masukan air bercampur telur kacau rata sahaja tepung dengan pemukul telur, jangan pukul adunan tersebut, masukan cuka, kacau rata, akir sekali letakan ice cube kacau rata, celup bahan yang telah dibedak tadi dalam adunan ini, gorenglah tempura ini pada suhu 170C panas minyaknya balik-balikan setiap 30 saat, masa menggoreng satu tempura lebih kurang satu minit, segera hidangakan dengan sos tempura

6. Tips untuk luruskan udang, buang kulit, tinggal ekornya, kelar sedikit sahaja dengan pisau di bahagian bawah udang, jangan kelar terlalu dalam, kelar sikit sahaja bawah badan udang,sebanyak 3-4 kelar, lepas itu kepak badan udang jangan putus, bila digoreng menghasilkan udang lurus seperti gambar diatas.

Mee Kari

Bahan A celur
300gm mee kuning -dicelur sekejap 2 minit dalam air mendidih
100gm meehoon - dicelur dalam air 3 minit dalam air mendidih
500gm taugeh - dicelur 30 saat dalam air mendidih
10 Kacang panjang - potong 1 1/4"

Bahan B tabur
bawang goreng secukupnya
daun bawang & sadri dihiris
1-2 biji cili merah - potong
500gm kerang - rebus 1/2 masak, kupas kulit, ketepikan
5 biji limau kasturi secukupnya
1 fish cake potong nipis
10 biji fish ball rebus atau goreng
5 biji telur - direbus

Bahan C
10 biji bebola tofu pok goreng
500gm isi ayam - potong kecil
300ml pati santan
1 liter air

Bahan D blend @ tumbuk & tumis
1 caw air - untuk blend bawang, bawang putih, cili kering dan belacan
8 biji bawang merah atau 2 biji bawang besar size kecil -blend
5 ulas bawang putih- blend
5-7 cili kering - rendam, blend
belacan sebesar ibu jari - blend
5 sb serbuk kari daging
1sb serbuk cili

Bahan E tumis
2 serai - diketuk
2 pelepah daun kari
2" kulit kayu manis
2 sk garam
1 sk gula
1 senduk sedang minyak untuk menumis
cara-cara

  1. Panaskan satu senduk sedang minyak masak, masukan kayu manis, daun kari goreng beberapa saat hingga wangi, tuangkan bahan D yang telah diblend dengan 1 caw air tadi, campurkan rempah daging, serbuk cili, goreng lebih kurang 15 minit hingga rempah pecah minyak
  2. Taburkan ayam dan serai yang telah diketuk, masak dengan menggunakan api sederhana, renih selama 15-20 minit.
  3. Tuangkan air dan rebus lagi, perlahankan api, masukkan gula, garam, renih lagi selama 15 minit sebelum memasukan kacang panjang, tofu balls dan pati santan, renih lagi selama 10 minit, padamkan api
  4. Sementara itu, celur semua bahan A seperti yang tertera dia atas di dalam air mendidih, celur mee kuning 2 minit, meehon 3 minit, taugeh 30 saat, toskan semua bahan berasingan dalam 3 penapis.
  5. Cadangan hidagan, ambil sedikit meehon yang telah dicelur, mee kuning, masukkan taugeh dan semua bahan B taburkan keatasnya dan hidangkan

Garlic Mushroom Spaghetti


bahan-bahan
500gm dry spaghetti
1 pack cendawan peha ayam atau mushroom - potong nipis, jgn terlalu nipis
1 labu bawang putih - cincang
2 cili kering- kepak
2-3 keping halal sausage
1 kiub ayam
lada hitam - baru ditumbuk, secukupnya
daun selasih/kemagi/basli leave segar - dipotong, taburkan
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menggoreng
telur rebus secukupnya

cara-cara

1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat,spaghetti mesti rebus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang,orang italy pu rebus macam itu. Bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.

2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih, sausage, cili kering, goreng hingga naik bau dan kekuningan,

3. Taburkan kiub ayam, kacau sedikit bagai naik bau sikit, masukkan cendawan, goreng sedikit layu, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan

6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potong telur, susun dalam pinggan hidangan lepas itu siap untuk dimakan.

Sunday, May 24, 2009

Bamboo Shell Spaghetti



sesuai di makan ketika panas bersama halal kraft parmesan cheese & red tabasco pepper sauce, saya tambah bamboo shell untuk menyedapkan lagi rasa spaghetti, resepi ini boleh juga diganti dengan siput lala, kerang, siput sudu dan apa-apa jenis siput yang boleh dimakan dan ada dijual sekitar Malaysia. kalau tiram/oyster ambil saja isinya, kerana kulitnya terlalu tebal.

bahan-bahan

500gm dry spaghetti
500gm bamboo shall atau siput lalal
1 chinese button mushroom - bulat-bulat, cuma belah dua
1 labu bawang putih - cincang
2 cili kering- kepak
2-3 keping halal sausage
1 kiub ayam
lada hitam - baru ditumbuk, secukupnya
daun selasih/kemagi/basli leave segar - dipotong, taburkan
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menggoreng
telur rebus secukupnya

cara-cara

1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, kerana itu adalah cara orang italy, spaghetti mesti direbus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, kerana ia adalah makanan asasi mereka. Bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.

2. Panaskan olive oil, masukkan bawang putih, sausage, cili kering, goreng hingga naik bau dan kekuningan,

3. Taburkan kiub ayam, kacau sedikit bagi naik bau sikit, masukkan cendawan, goreng sedikit layu, bamboo shell atau siput lala biar ia terbuka dan keluar jusnya, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan

6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potong telur, susun dalam pinggan hidangan lepas itu siap untuk dimakan.

Saturday, May 23, 2009

Lompong Sagu

Bahan A1 gelas sagu biji
2 1/2 gelas air
1 helai daun pandan - koyak, simpulkan
1 sk air rose - kalau tdk ada daun pandan, sesuai dgn warna merah
1/2 gelas gula
garam secukup rasa
perwarna hijau, merah atau kuning secukupnya - pilih salah satu

Bahan B Tabur
kelapa parut putih + sedikit garam atau
desicated coconut/kelapa parut kering - saya guna kelapa kering tdk letak garam

Cara-cara
Masukkan daun pandan, didihkan air hingga mendidih dan mengelegak, dalam masa yang sama, basuh sagu dalam penapis keluar air, tuangkan sagu ke dalamnya & biarkan sekejap, kacau hingga jernih dan pekat masukan pula pewarna, kacau hingga jernih & agak kering, campurkan gula, garam dan air rose, kacau sehingga sagu masak, jernih, likat, pekat serta tidak melekat pada periuk, keluarkan dari periuk, masukan dalam dulang, bila sejuk potong, golek-golekan diatas kelapa parut dan hidangkan.

Ice Blended Bluberry & Strawberry Yogurt Drink


Bahan-bahan (cadangan hidangan bagi 2 orang)
150gm atau 1 gelas yogurt plain yogurt
150gm atau 1 gelas air masak sejuk dalam fridge
1 gelas penuh ketulan ais
5 sb frozen bluberry
5 biji frozen strawberry
1/4 sk garam
gula atau madu secukupnya

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan kecuali ketulan ais,blend, kemudian campurkan ketulan ais blend lagi hingga halus sampai jadi ice blended, keluarkan dan hidangkan segera dalam gelas, selamat mencuba

Friday, May 22, 2009

Kek Kukus Caramel Dengan Susu Cair

bahan-bahan
150gm or 2/3 caw gula
100ml or 1/2 caw air panas
70gm or 2 1/4 oz butter - cairkan
75 ml or 1/3 caw susu cair/evaporated milk atau susu segar
1 telur - pukul sedikit dgn garpu
150gm or 1 1/4 caw tepung gandum
l sk soda bicarbonate
secubit garam halus
70 gm or 1/4 caw gula

cara-cara

  1. Masak gula 150gm itu jadikan ia caramel, masukkan air panas 100ml jadikan ia satu sukatan 160-170ml adunan air gula caramel, jika kurang tambah sedikit air
  2. Campurkan air gula caramel suam tadi ke dalam butter cair, susu cair dan telur yang di pukul sedikit dgn garpu kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  3. Ayak 150gm tepung gandum + 1sk bircarbonate soda + secubit garam} ayak sebanyak 3 kali berturut-turut.
  4. Masukkan pula 70gm gula bersama tepung yang telah diayak tadi, kacau sebati didalam besen besar, buat lubang di tengah, tuangkan sedikit-sedikit bancuhan air gula dengan sudip atau pemukul telur sedikit-demi sedikit hingga habis dan jadi satu adunan kek, ketepikan
  5. Sapu dulang kek dengan sedikit butter supaya ia tidak melekat apabila ia masak nanti, kemudian tuang adunan ke dalam dulang kek
  6. Kukus didalam periuk kukus selama 40-45 minit
  7. Untuk mengetahui kek itu masak atau tidak cucuk kek tersebut dengan lidi sekiranya tidak melekat pada lidi itu bermakna ia sudah cukup masak, angkat, sejukkan, kemudian keluarkan dan potong ikut suka.
  8. perhatian pada 35 minit pertama jangan sekali-kali dibuka tudung pengukus, kerana kek akan menjadi mampat dan mendap, rupanya juga akan menjadi hodoh dan buruk serta berlapis-lapis.

Kentang Putar

Gambar diatas celery root &white carrot


Whipped Sauce
resepi asal dari member myresepi.com, katanya sos kentang putar, Macam kat KFC, olah semula, separuh guna bahan-bahanya dan separuh lagi tambah sendiri dengan bahan2 bahan lain, cuma resepi coleslaw sendiri

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
stok ayam secukup rasa
1 biji carrot – cincang, rebus & blend
1 biji white carrot – cincang, rebus & blend
1/2-1 biji celery root/ubi celery jenis paling besar atau celery – potong, rebus & blend
40gm mentega
1 sudu besar sos tomato
1/2 caw susu cair atau sedikit creamer
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat
garam

Cara-cara

1. Masak air, celery roots, white carrot and carrot hingga empuk, kemudian blend halus blend . Air rebusan jangan di buang

2. Tuang air rebusan, bahan yang diblend tadi, masukkan stok ayam, butter dikacau selalu supaya ia tidak berkerak dan hangus.

3. Masukkan pula sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

4. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


Mash potato
resepi dari member my resepi.com, katanya, kentang putar Macam kat KFC, myaida pinda sikit masukkan 3sb butter kedalamnya

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang direbus dgn kulit tanpa garam
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
3 sudu besar butter
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Rebus kentang dgn air tanpa
2. Setelah lembut toskan air buang kulitnya dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian lecek kentang sehingga jadi halus.
4. Masukkan butter, garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Coleslaw
Macam kat KFC
Bahan-bahan
1/2 biji kobis sedang - cincang
1biji carrot - cincang
1/2 caw Mayonise
garam secukup rasa

Cara-cara
Mixed semua bahan simpan dalam peti sejuk, bila nak makan hidangkan
resepi asal dari member myresepi.com, macamkat KFC

Sos kentang putar
Macam kat KFC.
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Pudding Caramel With Evaporated Milk


Bahan A Pudding based - sumber resipi mesra.net
6 biji telur
1 tin susu cair/evaporated milk
1 caw. gula
2 penutup botol esen vanilla - saya tak letak
Bahan B Caramel
1/2 caw. gula
4 sudu besar air panas

Cara-cara
  1. Campurkan semua Bahan A didalam pengisar (blender) dan adun hingga sebati.
  2. Sambil itu panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih (seakan sedikit pekat). Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi dan tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan sudu garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  3. Simpan didalam peti sejuk. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling dan tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak. Terbalikkan puding tersebut, prosedure yang bercaramel mestilah diatas, potonglah mengikut kesukaan. Rasa puding menjadi lebih sedap serta enak jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.

Lychee Kang

Bahan A Rebus
500gm Sagu Mata Ikan- tidak perlu dibasuh
Air secukupnya untuk merebus

Bahan B Rebus
250gm Logan Kering - dibasuh
Gula secukupnya
Air secukupnya
secubit garam

Bahan C Rebus
50-100gm Cendawan telinga kera putih - dibasuh
100gm Buah Kurma Cina - dibasuh
Gula secukupnya
secubit garam

Bahan D Rebus - Optional (masak pun ok tak masak pun ok)
1kg Buah kundur segar - buang kulit dan pulurnya, potong
gula merah atau putih - ikut suka
garam


Cara-cara

  1. Sediakan Bahan A - Didihkan air secukupnya dalam periuk paling besar biar ia mengelegak dan mendidih guna api paling besar, kemudian taburkan biji sagu diatasnya, agak-agak lah bila nampak satu lapisan nipis, tambahkan air, tutup periuk, perlahan kan api paling kecil, biar ia masak hingga jernih dan sekali-sekala, kacau-kacaukan ia supaya ia tidak melekat pada periuk dan apabila ia pekat tambah selalu airnya supaya sehingga sagu mata ikan secukup masak  dan jernih, padamkan api,  tapis sagu basuh, bilas dengan air hingga bersih dan berkanji. toskan.   Masa memasak lebih kurang 3 jam
  2. Sediakan Bahan B - Rebus logan kering bersama air secukupnya hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi masak hingga ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, garam secukupnya,  rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  3. Sediakan bahan C - basuh cendawan putih dan kurma cina, rebus dengan air secukupnya, rebus menggunakan api sederhana, tutup periuk, rebus hingga ia lembut tambahkan gula dan garam, jika air kurang tambah air, tutup periuk lagi guna api perlahan, masak sampai ia kembang dan lembut
  4. Sediakan Bahan D - Rebus buah kundur dengan air yang mencukupi hinggga ia empuk, kemudian masukkan gula merah atau putih, garam, masak hinnga ia melt, masa merebus 3 jam
  5. Selok-eloknya cara memasak bahan B,C,D sila masak guna pressure cooker kerana ia lebih senang dan cepat dimasak, cuma masak bahan Bahan A merebus atas dapur dengan periuk biasa
  6. Hidangkan

Thursday, May 21, 2009

Gratin


Bahan A - Rebus
500gm macaroni jenis straw besar yang dipotong serong pepat dan panjangnya sejengkal – rebus dalam air mendidih, extended yang dikehendaki

Bahan B - Potong & Tumis
3-4 halal sausage beef or chicken – potong bulat, jgn terlalu nipis
1 biji bawang besar – potong panjang
2 ulas bawang putih –dicincang
1 pack cendawan/white button mushroom - potong
Sedikit garam & grind black pepper
olive oil, mentega atau minyak masak

Bahan C - based white sauce
1/2 block butter
2-3 sb tepung gandum
1 litter susu segar , fresh cream, evaproted milk or susu tepung
1 halal kiub chicken
Sedikit garam & grind black pepper

Bahan D - Tabur
1/2 – 1 caw serbuk roti/bread crumb/serbuk roti
Halal Mozarella cheese- tak ada pun ok


Cara-cara

1. Bahan A - Rebus penne macaroni dalam air mendidi selama 10mint atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, saya suka rebus keras kerana orang italy pun rebus macam itu., bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan

2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, sausage kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu mushroom, salt & pepper secukupnya, biar ia layu sedikit sahaja,tutup api dan ketepikan

3. Bahan C - Buka api, terus letak butter dalam kuali/ frying pan yang biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk/pemukul telur, masukkan kiub ayam kacau lebih kurang berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur, hingga habis, masukkan pula salt & pepper, bila ia pekat sikit sahaja, tuangkan pula bahan B yang telah dimasak tadi kacau rata diikuti dengan bahan A yang telah direbus tadi kacaru rata, masak 1-2 minit, tuangkan kesemua bahan masak tadi ke dalam tin pembakar yang dilapis dengan tracing pepper/baking paper or non stick baking pan tidak perlu baking paper or bekas kaca, casserole yang di sapu butter.

4. Bahan D – Tabur semua sebuk roti, diatas keseluruhan permukaan gartin dalam tin pembakar, susun sausage dan tabur rata cheese.

5. Bakar dalam oven pada suhu 200C, lebih kurang15-30minit, letak tin pembakar di tingkat No. 2 dari bawah, bakar hingga keseluruhan permukaan sebuk roti itu perang & cheese melt, macam warna toast bread perang lembut, padamkan api, keluarkan dari oven, hidangan ini sesuai dimakan panas sahaja, hidangkan

Beef Burger Steak



bahan-bahan
450gm ground beef/daging kisar - jangan basuh, beli fresh daging kisar, suruh tukang kisar daging basuh dulu dagingnya, kalau boleh minta dilapkan sekali daging tersebut supaya ia tidak berair

1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji telur
1/4 caw fresh milk/susu segar

1 cup bread crumb/2-3 keping roti gardenia - blend kasar atau halus, jika lebih, keringkan bawah cahaya matahari simpan dalam botol, tahan boleh disimpan lama bagi berbagai jenis masakan lain.

salt & crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
olive oil atau minya masak untuk mengorreng
5 sb ketchup/sos tomato
1 sb oyster sause

cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan

2. Masukkan telurdan susu dalam bekas, pukul sikit, campurkkan pula serbuk roti, kacau rata ketepikan

3. Letakkan daging kisar dalam bekas lain, masukkan bawang yang telah di goreng tadi, dan campuran bahan serbuk roti tadi, bersama garam dan serbuk lada hitam yang telah ditumbuk tadi, gaul daging hingga mesra dan sebati, bahagi 4, bulat-bulatkan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly, tulah baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.

4. Panaskan non stik fry pan dengan sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi mask guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, masukkan 1/4 caw air panas dalam frying pan tersebut alih-alihkan biarkan daging masak seketiaka untuk beberapa minit, balik-balikan lagi hingga airnya kering, angkat letak dalam pingan

5. Selepas keluarkan daging burger, guan api perlahan, cepat-cepat terus tuangkan, oyster sauce, ketchup dalam sisa-sia gorengan daging dengan kuali yang sama, masak 1-2 minit tuangkan cepat sauce nya ke atas daging burger yang telah di goreng, hidangkan dengan nasi panas

Frozen or Fresh Fruits Lassi




Bahan-bahan ( 2-4 orang )
 300ml/400gm plain yogurt/yogurt tanpa perisa - jenis pekat, bukan cair
300ml/400gm air masak - dalam peti sejuk
225gm frozen fruits, fresh fruits, jem, carrot – lebih atau kurang pun tak apa
gula atau madu secukupnya
secubit garam
Buah segar tempatan atau luar negara, mixed fruits, frozen fruits, jem perisa buah2an atau carrot secukupnya, secubit jintan putih & daun pudina (pilih salah satu lassi yang hendak dibuat Plain Lassi or Honey Lassi, Indian Lassi or Peppermint Lassi, Frozen or Fresh Fruits Lassi)

Cara-cara

1. Plain Lassi - Campur yogurt, air, secubit garam dan gula, blend seketika dalam masa 3 saat, hidangkan. (Honey Lassi - sama juga tidak perlu tambah gula)

2. Indian Lassi - caranya sama seperti penyediaan No. 1 , original resepi tidak mengunakkan gula, yogurt & air, masukkan secubit jintan putih & garam, blend halus, hias dengan daun pudina dan taburkan beberapa biji jintan putih ke atas lassi, hidangkan (Peppermint Lassi sama juga tidak perlu tambah gula caranya cuma blend sedikit daun pudina, bagi sesiapa yang suka manis boleh juga ditambah sedikit gula untuk kedua-dua lassi ini, ikut selera masing-masing)

3. Frozen Fruits Lassi - frozen fruits seperti strawberry, blueberry, raspberry atau mixed berries, caranya menyediakannya sama seperti No. 1, masukkan semua sekali, blend sampai halus, hidangkan

4. Fresh Fruits Lassi - seperti buah mangga, jambu, nenas, apple, orange dan lain-lain lagi, caranya membuatnya sama seperti penyediaan No. 1, masukkan semua sekali, blend sampai halus, hidangkan[x]

5. Kalau buah jenis manis atau tawar, perah sedikit air limau kasturi, limau nipis atau lemon untuk menambahkan kesedapannya, kalau tak ada pun tak apa

6. Jika suka masukkan 2-3 ketulan ais sebelum dihidangkan

7. Tambah yogurt, misal kata ia cair dan terbahagi kepada 2 bahagian. Inshallah kalau ikut resepi ini betul-betul ia akan menghasilkan lassi yang amat sedap bertambah pula apabila ditambah dengan ketulan ais, percayalah ia tidak akan terbahagi kepada 2 bahagian., kalau tak percaya cubalah

8. Anda boleh juga buat frozen fruits sendiri dirumah, cadangan, frozen strawberry buatan sendiri adalah 100% natural extract atau dikenali sebagai puri pati buah, rasanya lebih sedap kalau kita nak buat lassi atau jem, kalau buat dengan fresh strawberry lassi thin taste. Cara buat frozen strawberry, bersihkan, buang tampuknya, keringkan, masukkan kesemuanya sekali dalam plastic zip lock, tutup zipnya simpan dalam freezer , lepas frozen sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja. Frozen fruits ini boleh tahan lama dalam setahun jika disimpan dalam freezer.

Pizza Sauce


Bahan-bahan ( 4 orang )

• 300gm puri tomato atau sos tomato
• 1-2 ulas bawang putih - dicincang atau ditumbuk
• 2-3 sb olive oil atau minyak masak
• 2 sk oregano
• 1/2 sk serbuk lada hitam
• secubit garam

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dah siap, sapukan pizza sauce ke atas doh yang telah dicanai, bakar, selamat mencuba.

Pizza

 Bahan-bahan ( 1 orang )
100gm tepung gandum
6 sb olive oil atau minyak masak
60 ml air
1 sk tepung jagung
1/4 sk baking powder
1/4 - 1/2 sk garam halus

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam, gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung, buat lubang di tengahnya, masukkan olive oil di ikuti dengan air, gaul rata kemudian uli, biarkan seketika, canai agak-agak nipis lepas itu cucuk dengan garpu, letak doh dalam dulang pembakar, sapukan pizza sauce kemudian tabur dengan apa-apa topping yang disukai
  3. Bakar pada suhu 210C, masukkan dulang pembakar dalam oven ditingkat No.1 dari bawah. Bakar selama 15 -30 minit bergantung pada ketebalan. Selamat mencuba

Carrot Orange Juice


Bahan-bahan ( 2 orang )
1/2 carrot - kupas kulitnya, potong kecil, ketepikan
1 biji oren - belah empat, buang bijinya keluarkan isinya, ketepikan
500ml air masak - air dari peti ais
2 sudu besar gula atau secukupnya
sedikit ketulan ais - untuk blend, tak ada pun tak apa
secubit garam

Cara-cara

  1. Blend carrot dulu bagi mengekalkan warnanya
  2. campurkan isi orange, gula, sedikit ketulan ais dan garam ke dalam blender yang berisi carrot jus tadi, blende hingga halus. Hidangkan minuman berfiber ini kedalam gelas yang disukai.

Biskut Makmor

Bahan A - Doh
1 tin kecil minyak sapi - dicairkan
mentega - ikut lembut
gula - blend halus, secukupnya untuk golek-golekkan kuih

Bahan B - Inti
1/2 gelas gula - blend halus
1 gelas kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulitnya, blend kasar
50 biji kismis hitam - bergantung pada bilangan kuih

Cara-cara

  1. Ayak tepung, cairkan minyak sapi, gaul rata, masukkan mentega ikut lembut, uli hingga sebati
  2. Campurkan kesemua bahan inti, bentukkan doh seperti membuat buah melaka isikan intinya bersama sebiji kismis hitam setiap satu, tutup dan bulat-bulatkan susun dalam dulang pembakar
  3. Panaskan oven 160C, masukkan dulang ke dalam oven, letak dulang ditingkat No.2 dari bawah, bakar selama 20-30 minit, masa membakar bergantung pada saiz, agak-agaklah sampai ia masak
  4. Apabila kuih masak, cepat-cepat golek-golekkan ke atas gula supaya ia melekat. Hidangkan

Beef Steak & Ground Black Pepper Sauce


Bahan-bahan ( 4 orang )
4 keping daging batang pinang segar - selain daging batang pinang pun boleh
4 sb olive oil atau minyak
4 sb madu lebah
4 ulas bawang putih tumbuk atau 4 sk garlic powder
4 sk sebuk ada hitam
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Tidak perlu basuh daging jika ia baru disembelih, kalau terlalu lama basuh kemudian lap kering dengan tuala tangan.
  2. Ketuk daging dgn pemukul daging hingga leper, kemudian cucu dgn pisau atau garpu
  3. Seasoning permukaan atas kemudian bawah daging mula2 sapu dgn madu, minyak, lada hitam dan garam, perap selama 4 jam, atau sehari, buat petang sebelum keesokan harinya, lebih lama lebih bagus ia dapat menghasilkan daging yang amat lembut apabila dimasak
  4. Sediakan kuali panas berisi sedikit minyak, bakar atau goreng kepingan daging atas dan bawah sedikit perang
  5. Lepas daging sedikit perang pada masa yang sama masukkan cendawan butang segar atau apa2 jenis cendawan yang lain yang telah dihiris jangan nipis ke dalam kuali hingga masak hingga daging masak kemudian tuangkan secukupnya apa jenis sauce yang disukai.
  6. Hias dgn celery roots, white carrot, carrot, brokoli, bunga kobis, kacang buncis dan kentang, rebus semua sekali direbus sedang-sedang sahaja kecuali kentang, masak hingga empuk dalam air rebusan yang sama, air rebusan tersebut jangan dibuang boleh digunakan untuk masak sup sayuran dengan kiub ayam + sedikit sebuk lada hitam rebus bersama mixed dry vegitables yang dijual di supermarket, hidang dan sedia dimakan dgn nasi atau roti
Ground Black Pepper Sauce
bahan-bahan
3 tbsp freshly ground black pepper
3 ulas bawang putih - cincang
2 sb butter
1 caw halal beef broth atau 1 cube halal instant beef broth
1 air panas
2 sb tepung
1 sk dry tarragon leaves, shredded - optional/tak ada pun ok
1 sb ketchup tomato/sos tomato
1 sb kicap pekat
1 sk cuka putih
¼ - ½ caw sweet cream, fresh milk, fresh cream or creamer (according to taste)

cara-cara
  1. Cairkan butter dalam saucepan dengan api sederhana. Masukkan bawang putih cincang, goreng sedikit keemasan, kemudian campurkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi masak selama1 ½ minit
  2. Masukkan tepung, kacau, masak hingga ia sedikit berbuih, dan tuangkan beef broth atau taburkan instant cube beef broth, kicap, cuka, ketchup rebus hingga mendidih
  3. Tuangkan pula cream dan taburkan tarragon, rebus lagi dengan api perlahan hingga pekat
  4. Hidangkan dengan honey beef steak dan mashed potatoes
Black Pepper Sauceresepi dari member myresepi.com, katanya sesuai untuk disajikan bersama daging,ayam steak/chop atau pon burger...
Bahan-bahan
3sb mentega 2-3 sb tepung gandum
300ml air panas
300 ml susu segar atau sedikit creamer
1 keping kiub lembu
1 sb kicap pekat
1 sk cuka
1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)
Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.
  2. Masak hingga berbuih.
  3. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.
  4. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.

Murtabak Madu

Bahan A - Perap
300gm daging/ayam cincang
1sb Madu
2sb olive oil atau minyak 
1 sk garam gaul rata

Bahan B - Doh
1 1/2 cawan tepung + 1 sb gula + 1/2 sk garam - gaul rata
2 sb mentega
1/2 caw susu


Bahan C - Inti
4 biji bawang besar - potong dadu
1" inci halia + 3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb serbok jintan manis/fennel + 2 sb serbok jintan putih/cumin
1 sk serbok cili/ paprika + 1 sk serbuk lada hitam
3 sb daun sadri atau daun ketumbar/coriander + 1 biji cili hijau - potong
1 sk gula & ajinomoto
4 sb minyak utk menumis


Bahan D (menghasilkan 5 keping)
5 biji telur - sebiji telur dipukul sedikit, campur dengan 1 bhg inti, utk 1 bhg doh yg telah dicanai, balut & bakar dgn api sederhana, siap & hidangkan

Bahan E - Jeruk Bawang bercuka
1 biji bawang besar - buang kulit, belah dua, potong memanjang & dihiris nipis
2 sb cuka 2 sb air masak + gula & garam secukup rasa + 1 titik warna merah – di gaul dan ramas bersama bawang diatas.

Cara-cara
  1. Perap bahan A seperti di atas dan ketepikan
  2. Campurkan Bahan B seperti diatas gaul rata tepung, garam & gula kemudian masukan mentega ceraikan mentega dengan jari, masukkan susu, gaul dan uli doh hingga tidak melekat pada tangan, bahagi 5 sapu setiap biji dengan minyak, rehatkan doh dalam dulang dan ketepikan
  3. Sediakan initi seperti di atas, panaskan minyak tumis pes halia & bawang putih tumbuk, bila naik bau, masukkan 1/2 bahagian bawang dadu, biar layu seketika, masukan pula bahan A, masukan serbuk cili, jintan manis, putih, lada hitam, gula & ajinomoto masak separuh kering , masukan pula lebihan bawang dadu & cili potong, goeng hingga kering, akhir sekali daun sadri, sejukan dalm bekas, bahagi 5 inti, ketepikan
  4. Gaul dan ramas sedikit Bahan E, ketepikan
  5. Tebar atau canai doh dahulu dalam sebuah dulang besar, sediakan Bahan D seperti diatas pukul sedikit sebiji telur gaul dgn 1 bahagian inti gaul rata, letak bahan gaul tadi ditengah-tengah tepung yang sudah ditebar tadi bungkus kemas, bakar atas,bawah dengan api sederhana, hidangkan

Apple Pie



Gambar 1  tidak letak garam dalam filling, cuma guna 5 biji apple sahaja dalam Bahan B, menghasilkan apple pie kering.

Gambar 2  apple pie jenis basah, dengan menambah sedikit garam, air apple keluar menghasilkan apple pie basah

Bahan A – Doh (hidangan bagi 4 orang)
2 caw tepung
100gm mentega
1/2 sk garam
1/2 caw air ais

Bahan B - Filling Apple Pie
10 biji apple size paling kecil
2 caw gula
15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
1/2 caw tepung
Sedikit garam -
Segengam gula – utk tabur sebelum bakar

Cara-cara
  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, ceraikan butter & tepung dengan hujung jari jadikan serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air, uli doh, rehatkan doh dalam peti sejuk.
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besen besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga berpalut, susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu, kemudian kelimkan sekelilingnya, selepas itu taburkan baki tepung adunan rupa macam serbuk roti, jika ia cair masukkan sedikit tepung gaul rata macam serbuk roti, tabur atas apple pie yang belum siap di bakar itu dan akhir sekali taburkan pula segengam gula atasnya.
  4. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, di tingkat No. 2 dari bawah selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Selamat mencuba.

Acar

Bahan Rebus
4 biji Lemon – belah 4, perah jus lemon, ketepikan airnya, kemudian buang pulur dalamnya, Cuma ambil kulitnya sahaja

1.5 -2 litter air
1 caw gula - secukupnya
1 caw cuka –secukupnya
Segengam halia – potong bulat
10 buah biji kurma
Segengam buah kurma cina
Segengam lobak masin – potong, tak ada pun tak ape
Segengam kismis

Bahan Tumbuk
Tumbuk halus Halia, bawang putih, bawang besar bersama jintan manis, jintan putih – secukupnya agak-agak la.

Bahan Tumis
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan biji sawi.
rempah kari daging dan serbuk cili - secukupnya

Bahan Tabur
Sedikit Bijan yang telah di goreng tanpa minyak – tak ada pun ok

Cara-cara

  1. Rebus kulit lemon bersama 1.5 liter air, kulit lemon, kurma cina, halia, cuka ,gula, dan garam dan perahan jus lemon tadi, bila kulit lemon empuk, lembut, dan gebu, semasa memasak sekiranya lemon belum empuk tambah lagi air sekiranya ia kekurangan air, masukkan pula buah kurma cina, halia, kismis masak kulit lemon tadi, tutup periuk, masak hingga empuk, lembut dan gebu, masukkan pula 10 ulas bawang putih, dan sebiji bawang besar potong 4 atau 6
  2. Panaskan 2 senduk minyak, basuh bahan tumis, bila bau wangi masukkan rempah + cili yang telah digaul dengan air secukupnya macam kita tumis kari itu, sehingga rempah benar2 masak dan pecah minyak
  3. Akhir sekali masukan bahan yang telah direbus tadi dengan airnya sekali, rebus ia hingga masak, kalau gula, cuka & garam kurang tambah lagi, masak lagilah hingga masak dan pekat,tabukan biji sawi, dan bijan, boleh disimpan dalam botol, selama lama lebih kurang setahun. Hidangkan
  4. Ini kali kedua saya masak acar guna kulit lemon sahaja, kulit limau tidak sesuai untuk acar instant ini kerana ia amat pedar.

Wednesday, May 20, 2009

Kuey Teow

Hidangan bagi 4 orang

Bahan A - (Penyediaan Bahan Basah & Kering)
500gm Kuey Teow basah – relai2kan supaya ia tidak melekat
Atau
250gm Kuey Teow kering – rebus hingga extended lembut yang dikehendaki, ketepikan
2 sudu besar bawang putih - tumbuk halus
150gm Daun Kuchai – potong 1” panjang + 200gm Taugeh - basuh
1 fish cake empat segi memanjang yg dah siap digoreng – potong jgn terlalu nipis
1 sudu teh rata cili serbuk/paprika (jangan terlalu banyak nanti pedas)
Sos tiram, kicap cap kipas udang, kiub ayam, sos tomato, cuka secukup rasa garam, gula, ajinomoto secukup rasa. Sedikt minyak untuk mengoreng

Bahan B - (Persediaan Kerang, cara-caranya diperenggan No. 1)
500gm Kerang Segar (saya suka sediakan kerang cara sebegini)
Atau
200gm Isi Kerang Segar - dibasuh

Bahan C - (Omelet/Telur Masak Hancur)
2biji Telur + Garam + Sedikit minyak – buat omelet paling lembut, jgn terlalu keras

Bahan D - (Sos Kicap Cili)
Cili Padi atau cili hijua + 1 biji limau kasturi + 3sb Kicap Kipas Udang
Bahan E - (Bahan Tabur)
Daun Sadri & Daun Bawang potong , Bawang Goreng, Limau Kasturi serta Cili Merah potong

Cara-cara
  1. Masak air, sementara menunggu air mendidih, basuh sebersih-bersihnya kerang segar tersebut, masukkan kerang dalam bekas yang berpenutup kemudian curahkan air yang sedang mendidih sehingga menutupi keseluruhan permukaan kerang tersebut, tutup dengan penutupnya, biar ia terendam & masak sehingga 1/4 masak selama 5-10 min kemudian buang air panas, kopek kerang tersebut, ketepikan
  2. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
  3. Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, kiub chicken, tomato sos, 1 st cili,1sb cuka, gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan fish cake, kuetiaw, kerang kacau hingga keseluruhan bahan berpalut,
  4. Masukkan pula dalam kuali yang berisi kuetiow yang sudah berpalut tadi tabur dengan daun kuchai kacau 1-2min taburkan pula taugeh 1-2min , akhir sekali taburkan telur masak hancur 1-2 min kacau, dalam masa yang sama yang sama masa tabur daun kuchai & taugeh jika kurang kicap tambah lagi biar sampai extended yang dikehendaki goreng lagi 1-2min kemudian tutup api
  5. Hidang dalam pinggan hidangan dengan taburan bawang goreng, hirisan daun sadri & daun bawang, hirisan cili merah, limau kasturi belah dua, letak satu sebelah pinggan bila nak mula makan perah airnya tabur dalam pinggan & makan dengan sos kicap cili
  6. Potong cili padi atau cili hijau bulat-bulat, belah dua limau buang bijinya, perah jus limau kasturi, kemudian masukkan kicap kipas udang kacau sedikit, hidangkan.

Friday, May 15, 2009

INCREDIBLE RECIPES

EARTH COLOUR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails