Monday, November 28, 2011

Agar-Agar Buah Pisang Kaki

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
2 persimmon @ buah pisang kaki - dibuang kulit & potong baji atau cube kecil


cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak hingga agar-agar sampai cair dan mendidih, masukkan gula,  kalau buah pisang kaki mengka masak hingga gula larut, tutup api, kalau buah persimmon masak ranum potong kalau tak boleh potong sagat,  tuang isi buah persimmon tadi, tutup api,  kacau seketika, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Agar-Agar Limau Manis

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
2 limau manis - dibuang kulit dan selaput kulit dalamnya, lerai-leraikan isinya
1 penutup orange essence
1/2 penutup warna orange 
1/2 penutup warna kuning

cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak hingga agar-agar sampai cair dan mendidih, masukkan gula,  pewarna orange, kuning dan orange essence, masak hingga gula larut, tutup api, tuang isi limau manis tadi, kacau seketika, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Tuesday, November 22, 2011

Soft Brown Sugar Caramel Pudding

bahan A
6 biji telur ayam
500ml susu segar
1 cawan gula putih
1/4 sk garam - atau secukup rasa

bahan B

1/2 cawan soft brown sugar
1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Campurkan gula dan telur, gaul rata dengan pemukul telur hingga gula larut, kemudian tuang susu segar, kacau perlahan hingga adunan sebati, taburkan sedikit garam, kacau seketika, tapis, ketepikan 
  2. Sambil itu panaskan soft brown sugar untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti tapisan adunan pudding based tadi hendaklah dituang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus, panaskan pengukus, kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut, sekiranya tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  4. sejukkan atau simpan didalam peti sejuk, rasa pudding menjadi lebih sedap jika disimpan dan dibiarkan dalam bekas tertutup semalaman didalam peti sejuk.
  5. Cara menghidangkannya, letak pinggan atas dulang pudding, telangkupkan terus kedalam puding dalam pinggan yang sesuai atau keluarkan sekeliling  tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak kemudian terbalikkan puding tersebut potong ikut suka, hidangkan  

Beef Rendang

bahan A
1 kilo daging – potong sederhama nipis, basuh, toskan, ketepikan   

bahan B – blend  
10 serai – mayang halus – bhg hujungnya dititik – ketepikan
330gm bawang besar – kupas kulitnya, basuh, potong
100gm halia muda – basuh, kikis kulinya, potong
50gm bawang putih – kupas kulitnya, basuh, potong  
30gm cili kering – basuh, blend terus
sedikit air utk blend semua bahan B  

Bahan C
minyak masak secukupnya utk menumis
2 small packs inst. coconut milk powder
2 caw air panas utk dijadikan kuah – bancuh dgn inst. coconut milk powder, ketepikan
30gm serbuk kari kurma
1 keping asam gelugur – basuh, ketepikan
10 helai daun limau purut kering – basuh, rams sikit, ketepikan
Sehelai daun kunyit – basuh, koyak-koyakan, ketepikan
sedikit garam @ suaikan rasa
1 sk rata gula putih @ suaikan rasa
4 sb rata gula merah @ suaikan rasa
sedikit ajinomoto

cara-cara
sediakan bahan A, ketepikan, blend bahan B, ketepikan, sediakan bahan C ketepikan, panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan B hingga naik sedikit bau, masukkan daging, bila daging mula mendidi dan keluar air, tuangkan instant coconut powder, masukkan asam gelugur, taburkan gula putih dan gula merah ke dalamnya dan tuangkan air panas kedalamnya, masak daging dengan api sederhana perlahan hingga daging masak separuh masak, terus tuang serbuk rempah kurma, gaul-gaul kan masak lagi hingga mendidih, taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai,  suaikan rasa dengan sedikit ajinomoto masak hingga daging empuk dan kuah rendang masak secukupnya, berminyak dan pecah minyak, suaikan rasa dengan garam secukupnya, hidangkan        

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails