Friday, July 15, 2011

Green Kiwifruit Ice Blended

bahan-bahan
3 kiwifruit - isi warna hijau
3 sb gula
ais secukupnya

cara-cara
kupas kulit buah kiwi, basuh, potong, blend sekejap buah kiwi dengan gula terus masukkan ais secukupnya blend hingga pekat dan membeku sampai jadi ais, hidangkan   

Yellow Kiwifruit Ice Blended

bahan-bahan
3 kiwifruit - isi warna kuning
3 sb gula
ais secukupnya

cara-cara
kupas kulit buah kiwi, basuh, potong, blend sekejap buah kiwi dengan gula terus masukkan ais secukupnya blend hingga pekat dan membeku sampai jadi ais, hidangkan   

Cantaloupe @ Rockmelon Ice Blended

bahan-bahan
cantaloupe @ rockmelon secukupnya - isi warna hijau atau oren
ais ketul secukupnya

cara-cara
basuh, buang  biji dan kulitnya, potong, blend halus, masukkan ais ketul secukupnya blend halus lagi hingga pekat dan nampak macam membeku, hidangkan segera.  

Thursday, July 14, 2011

Apple Ice Blended

bahan-bahan
5 apple
1 cawan air
sedikit garam
gula secukupnya
ais ketul secukupnya

cara-cara 
basuh, buang kulit, belah, buang bijinya, tuang air  dalam blender, diikuti apple, gula dan garam, blend hingga halus, masukkan ais ketul secukupnya blend hingga halus dan pekat,  hidangkan dengan seberapa segera. 

Orange Lassi

bahan-bahan
2 orange - jenis manis
450gm plain yogurt
2 sb gula - kalau guna orange jenis masam sila letakkan 4sb gula @ secukupnya
sedikit garam

cara-cara 
basuh orange, buang kulitnya, potong, buang bijinya, masukkan terus dalam blender, diikuti gula, blend hingga halus,
tuang plain yogurt dan  letak sedikit garam,  blend hingga halus dan bebuih, hidangkan

Orange Ice Blended

bahan-bahan
2 orange - jenis masam
4 sb gula @ secukupnya
sedikit garam
ais ketul secukupnya

cara-cara
basuh orange, buangkan kulinya, potong, buang bijinya dan terus masukkan dalam blender, blend dengan gula & garam, hingga  halus, masukkan ais ketul secukupnya blend sehingga jadi  macam ais yang mula membeku dan pekat, hidangkan  

Fresh Tomato Juice

bahan-bahan
4 biji tomato masak ranum  -  dari peti ais
sedikit garam (optional)

cara-cara
basuh buah tomato, potong, terus masukkan dalam blender, letak sedikit garam, blend hingga halus, hidangkan

Tuesday, July 12, 2011

Fresh Orange Juice

bahan-bahan
buah orange secukupnya
gula secukupnya
ais ketul secukupnya


cara-cara 
basuh, belah dua buah orange, perah  buah orange hingga keluar semua jusnya, sekiranya orange jenis manis tidak perlu tambah gula, kalau orange masam masukkan gula secukupnya, kacau, hidang dengan ketulan ais secukupnya, sediakan untuk diminum   

Monday, July 11, 2011

Air Nenas Potong

bahan-bahan 
sebiji nenas size paling besar
secawan gula @ gula secukupnya
air secukupnya untuk rebus nenas
ais ketul secukupnya - utk hidang

cara-cara
kupas nenas, basuh, potong empat segi kecil kalau nenas itu masih keras lagi, sekiranya nenas cukup masak ranum cuma potong ikut suka hingga habis, terus masukkan ke dalam periuk yang sesuai,  masukkan gula dan tuangkan air secukupnya hingga menutupi permukaan isi nenas tadi,  pasangkan api, rebus hingga mendidih serta secukup masak hingga naik bau wangi atau harum, padamkan api, sejukkan, hidangkan dengan ais ketul secukupnya, lebihannya simpan dalam peti sejuk didalam bekas yang bertutup

Sunday, July 10, 2011

Pineapple Lassi

bahan-bahan
300gm frozen pineapple atau isi nenas segar
450gm plain yogurt
3sb gula

cara-cara
satukan kesemua bahan, masukkan dalam jar blender, blend hingga berbuih dan halus, hidangkan

Udang Masam Manis

bahan-bahan
300gm isi udang
tepung jagung secukupnya - utk salut udang
*2 ulas bawang putih - tumbuk @ cincang
*halia sebesar ibu jari - tumbuk @ cincang
bawang besar secukupnya - potong
cili hijau secukupnya - potong
 sos tomato secukupnya
sedikit thailand sweet chili sauce
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
salut udang dengan tepung jagung, tuang sedikit minyak ke dalam kuali bila ia mula panas masukkan udang, balikan goreng seketika, toskan. terus angkat, ketepikan,  tuang lagi  sedikit minyak  tumis bahan tumbuk @ cincang tadi hingga naik bau harum, tuang sos tomato, goreng seketika, tuang pula sweet chili sauce, goreng lagi seketika, masukkan bawang besar dan cili hijau potong , goreng seketika dan agak bila ia mula layu, masukan udang, kacau dan masak seketika,  hidangkan.

Nasi Goreng Kicap Lada Hitam Dengan Telur & Mixed Vegetables

dari dapur saya hari ini, dihidangkan pada bila-bila masa yang disukai

bahan-bahan
nasi putih secukupnya
telur secukupnya - pukul sikit
mixed vegetables secukupnya
kicap cair secukupnya
lada hitam tumbuk secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis


cara-cara
tuang minyak secukupnya kedalam kuali, goreng mixed vegetables seketika, keluarkan, tuang minyak secukunya lagi ke dalam kuali yang sama, panaskan sedikit kuali, terus tuang telur dan kacau, bila ia mula sahaja berketul tuangkan nasi, kacau hingga telur dan nasi terurai, tuangkan mixed vegetables, goreng seketika , taburkan pula  lada hitam tumbuk dan garam secukup rasa, goreng seketika, tuang kicap cair secukupnya, goreng dan kacau hingga secukup masak, hidangkan

Saturday, July 9, 2011

Biskut Buah-Buahan Campuran

bahan-bahan
310gm tepung gandum
150gm tepung jagung
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
1 sk emplex
2 genggam dried raisins
1genggam dark chocolate chips
1 genggam dried apricot
1 genggam dried cranberry
80gm dried orange peel
2 genggam dried shredded coconut
125gm butter atau margarine
100gm gula
1 telur
1 buah oren - sagat kulit nipis luarnya yg berwarna oren sahaja & korek isi dlmnya dgn sudu, perah airnya, buang empulurnya, ketepikan
1 penutup vanilla essence

cara-cara
ayak bahan2 bertanda * ketepikan,  pukul telur dan butter hingga berkrim, masukkan, kulit oren, yang telah disagat tadi gaul rata,  masukan telur dan vanilla essence, gaul hingga rata,  diikuti jus oren, pukul lebih kurang seminit,   masukkan kesemua buahan kering dan choco chips, gaul rata, tuang kesemua tepung  gaul hingga sebati, taburkan kelapa, gaul rata, bulat-bulatkan atau jemput-jemputkan hingga habis, susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper, panaskan microwave oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan dari  micorowave oven   

Cucur Jagung

bahan-bahan
tepung gandum secukupnya  
gula secukupnya
garam secukupnya
1 ikat kecil daun kucai - basuh, potong   
isi jagung secukupnya 
 ikan bilis secukupnya  
serbuk cili secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
sedikit baking powder
air secukupnya - utk  membancuh
minyak  secukupnya - utk menggoreng

cara-cara
gaul semua bahan-bahan, tuang air secukupnya gaul hingga sebati, goreng  dan hidangkan

Sambal Tumis Sotong Dengan Serai

bahan-bahan
8 ekor sotong size paling besar - siang, basuh, potong, toskan, ketepikan
*cili kering secukupnya -  ikut pedas  - rendam dalam air/air panas, basuh, toskan
*bawang putih secukupnya
asam jawa secukupnya - utk  jadikan air asam jawa secukupnya
garam, gula secukup rasa
*bawang bawang besar secukupnya
2-3 batang serai - dititik
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
blend bahan bertanda * dengan sedikit air, panaskan minyak secukupnya, goreng bahan blend tadi hingga naik bau wangi, masukkan serai, goreng lagi hingga  pecah minyak, garing dan secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, tuang air asam jawa secukupnya, masak hingga kuah mendidih dan sederhana pekat, masukkan pula sotong masak hingga masak tetapi jangan terlalu lama nanti ia keras, jika perlu perasakan balik dengan garam, hidangkan

Mango Lassi

bahan-bahan
200gm frozen mango atau isi mangga segar
450gm plain yogurt
3sb gula

cara-cara
satukan kesemua bahan, masukkan dalam jar blender, blend hingga berbuih dan halus, hidangkan

Asam Pedas Keladi

bahan-bahan
600gm ubi keladi kecil jenis bulat atau besar - kupas kulit, basuh, rebus dgn air secukupnya hingga empuk, toskan dan ketepikan
1/4 bawang besar
1 sb serbuk cili, cili kering blend or cili padi secukupnya - ikut pedas
1 sk serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
sejemput ikan bilis
secekak kecil daun kesum
sedikit gula
sedikit garam dan ajinomoto

cara-cara
rebus ubi keladi dengan air secukupnya hingga lembut dan empuk, toskan, ketepikan. Sagat, tumbuk atau blend bawang dengan sedikit air, campurkan cili serbuk, kunyit serbuk, gaul rata, terus tuang bahan blend tadi dalam ubi keladi yang telah direbus tadi,tuang air secukupnya untuk dijadikan kuah, masukkan ikan bilis, asam gelugur, daun kesum, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga secukup masak dan secukup kuah, hidangkan.

Raspberry Lassi

bahan-bahan
200gm frozen raspberry atau raspberry segar
450gm plain yogurt
3sb gula

cara-cara
satukan kesemua bahan, masukkan ke dalam jar blender, blend hingga berbuih dan halus, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails