Tuesday, June 28, 2011

Orange Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas matrik)
1 buah oren - parut kulit nipis luarnya yg warna oren shj drpd sebiji oren
1 buah oren - jadikan jus oren, perah jus nya dari buah oren yg sama
1/3 gelas plain yogurt
1/2 gelas gula
1/2 gelas susu tepung
1 telur
40 ml minyak masak
1 gelas tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk bicarbonate soda
sedikit garam

cara-cara
panaaskan microwave oven pada suhu 200C, pecahkan telur, satukan kesemua bahan-bahan gaul dan kacau hingga sebati dengan pemukul telur supaya ia  tidak bergentel, cedok adunan ke dalam acuan muffin, bakar selama 25-30 minit atau hingga secukup masak, hidangkan  

Monday, June 27, 2011

Masak Lemak Ikan Dengan Rebung

bahan-bahan
2 ekor ikan mackerel paling besar - anggaran 1kg seekor - siang, basuh dgn garam, potong dan ketepikan
2 instant rebung rebus - anggaran 1kg - potong nipis, basuh dan ketepikan
2 tin santan kelapa pekat dalam tin
cili padi - ikut pedas
1 bawang besar size besar
4 batang serai - dititik
1 sb serbuk kunyit @ ubi kunyit segar secukupnya - kalu guna kunyit segar sila blend sekali dgn cili padi & bawang
garam secukup rasa
sedikit gula @ ajinomoto secukup rasa
air   secukupnya - tambah untuk kuah

cara-cara
blend cili padi, bawang  besar dengan sedikit air, tuang dalam periuk yang sesuai, masukkan serbuk kunyit, sedikit gula, garam,  rebung, air secukupnya hingga mendidih dan secukup masak terus masukkan ikan dan serai masak hingga separuh masak terus tuang santa, timbuk-timbukan, masak hingga secukup masak, pekat atau sederhana pekat  serta kuah secukupnya, hidangkan

Caramel Pudding

bahan A (sukat bahan gula gelas matrik)
6 biji telur ayam
500 ml susu segar 
1/2 gelas gula putih
1/4 sk garam - secukup rasa

bahan B Caramel
1/2 gelas gula
1/4 gelas air

cara-cara
  1. Campurkan semua Bahan A didalam pengisar (blender) atau sebatikan dengan pemukul telur, adun hingga sebati.
  2. Sambil itu panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Tuang kuah caramel ke dalam dulang kaca, ratakan atau pusingkan gula caramel dalam dulang agar ia rata sepenuhnya , biar ia suam dahulu, kemudian masukkan Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi, tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana perlahan sehingga masak.
  4. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  5. Jika suka simpan didalam peti sejuk, rasa puding menjadi lebih sedap jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.
  6. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak.
  7. Tutup permuakaan dulang puding dengan pingan hidangan besar yang sesuai, terbalikkan atau terlangkupkan puding tersebut supaya puding itu dapat di keluar sepenuhnya bersama kuah caramel
  8. potong ikut suka , pastikan hidangan yang bercaramel mestilah diatas, hidangkan.

Kek Gula Hangus

bahan A - jadikan gula perang @ caramel ( sukat semua bahan guna gelas matrik)
1 gelas gula
1 gelas air
10gm butter

bahan B - campurkan
1/3 gelas instant milk powder
1/3 gelas susu segar

bahan C - pukul hingga kembang, putih dan berkrim
50gm gula
4 telur ayam size sederhana kecil

bahan D - diayak
1 gelas tepung gandum
2 sudu kecil rata soda bicarbonate

bahan E - griskan
1 dulang pembakar  yang sesuai
sedikit minyak - untuk gris dulang pembakar

cara-cara

  1. goreng gula dalam saucepan dengan api sederhana, masak hingga ia naik bau wangi dan sederhana perang, tutup api,  tuang air sejuk, pasangkan api balik masak hingga gula larut, tutup api, masukan butter, sejukkan dan ketepikan 
  2. gris dulang pembakar dengan sedikit minyak, ketepikan  
  3. ayak tepung gandum dengan soda bicarbonate dan ketepikan 
  4. campurkan dan larutkan  instant milk powder dengan fresh milk kemudian campurkan dengan gula perang yang telah disejukakn tadi,  ketepikan
  5. pukul telur dengan telur hingga kembang, pekat, putih dan berkrim, ketepikan  
  6. tuang campuran susu, gula perang  ke dalam  tepung yang telah diayak tadi, gaul dan kacau hingga licin dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel,  tapiskan, ketepikan 
  7. panaskan microwave oven atau oven pada suhu 170C
  8. tuang separuh adunan telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan batter tadi dengan menggunakan teknik kaup dan balikkan kek, ulangi  kaup dan balikan dengan separuh adunan telur lagi hingga licin
  9. tuang dalam dulang pembakar terus bakar, tidak perlu perap adunan nanti kek jatuh apabila ia sejuk
  10. bakar selama 50 minit ke 1 jam atau hingga secukup masak, sebelum keluarkan dari oven cucuk dengan lidi sekiranya licin dan tidak melekat pada lidi bermakna kek sudah cukup masak, sejukkan, keluarkan, potong, hidangkan 

Orange Chiffon Cake


chiffon cake yang telah dipotong
 

bahan A (sukat bahan guna gelas matrik)
6 putih telur
50gm gula
1/8 sk cream of tatar


bahan B
6 kuning telur
50gm gula
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas isi oren & jus oren - keluarkan isi ruang dalam oren dengan sudu, lecekkan supaya fibernya berasingan
orange zest dari sebiji oren @  parutan nipis kulit luar orange yang berwarna oren dari sebiji oren


bahan C 
120gm tepung gandum
2 sk baking powder
secubit garam


cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave oven pada suhu darjah 170C
  2. Ayak tepung dengan  baking powder dan garam, ketepikan
  3. pukul putih telur hingga berbuih, tuang gula pukul lagi sampai jadi meringue, taburkan  cream of tatar pukul lagi sampai meringue jadi putih dan kental, ketepikan
  4. pukul kuning telur dengan gula hingga gula larut, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup balikan,  sambil itu tuang jus oren, diikuti minyak dan orange zest,  kaup balikan lagi hingga  rata dan licin
  5. akhir sekali masukkan separuh meringue tadi ke dalam adunan kuning telur, kaup dan balikkan hingga licin, terus tuangkan adunan ke atas meringue yang selebihnya, kaup balik lagi sampai licin, tuang pula dalam acuan chiffon cake yang tidak bergris, hentak-hentakan sedikit lebih kurang  2-3 kali
  6. bakar selama 50 minit ke 1 jam dan hingga secukup masak, sejukkan, keluarkan dari acuan, letak atas redai kek, potong, hidangkan

Green Tea Chiffon Cake

bahan A  (sukat bahan guna gelas matrik)
6 putih telur
50gm gula
1/8 sk cream of tatar

bahan B
6 kuning telur
50gm gula
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas air
1 sk pewarna hijau (optional)
bahan C 
110gm tepung gandum
10gm green tea powder @ matcha
2 sk baking powder
secubit garam

cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave oven pada suhu darjah 170C
  2. Ayak tepung gandum dengan  baking powder, garam dan powder green tea, ketepikan
  3. pukul putih telur hingga berbuih, tuang gula pukul lagi sampai jadi meringue, taburkan  cream of tatar pukul lagi sampai meringue jadi putih dan kental, ketepikan
  4. pukul kuning telur dengan gula hingga gula larut, kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan tadi, kaup balikan,  sambil itu tuang air dan pewarna hijau diikuti minyak,  kaup balikan lagi hingga  rata dan licin
  5. akhir sekali masukkan separuh meringue tadi ke dalam adunan kuning telur, kaup dan balikkan hingga licin, terus tuangkan adunan ke atas meringue yang selebihnya, kaup balik lagi sampai licin, tuang pula dalam acuan chiffon cake yang tidak bergris, hentak-hentakan sedikit lebih kurang  2-3 kali
  6. bakar selama 50 minit ke 1 jam dan hingga secukup masak, sejukkan, keluarkan dari acuan, letak atas redai kek, potong, hidangkan

Wednesday, June 15, 2011

Muffin Buah-Buahan

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas matrik)
2 telur - pukul sikit
1 penutup vanilla essence
1/2 gelas gula
1 gelas tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sk rata bicarbonate soda
1/3 instant powder milk
1/3 plain yogurt
40ml minyak masak
sedikit garam
50gm dried mix fruits

cara-cara
panaskan microwave oven  pada suhu 200C, pukul sikit gula dengan telur, satukan semua bahan-bahan, gaul rata, tuang dalam bekas muffin, bakar selama 25-30minit atau hingga secukup masak, hidangkan

Bubur Kacang Hijau

bahan-bahan
1 cawan kacang hijau
6-7 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan gula putih atau gula merah
1 cawan pati santan
1/4 sk garam
cara-cara
  1. Basuh, rendam kacang hjau selama 30 minit kemudian basuh balik dan toskan, masukan 1 liter air rebus guna api perlahan hingga lembut selama 45 minit ke 1 jam .
  2. Masukkan daun pandan, gula, garam dan santan masak hingga pekat, hidangkan

Cranberry Chiffon Cake

bahan A  (sukat bahan guna gelas matrik)
6 putih telur
50gm gula
1/8 sk cream of tatar

bahan B
6 kuning telur
50gm gula
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas air
1 penutup vanilla essence

bahan C 
120gm tepung gandum
2 sk baking powder
secubit garam

bahan D
80gm dried cranberry

cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave oven pada suhu darjah 170C
  2. Ayak tepung dengan  baking powder dan garam, ketepikan
  3. pukul putih telur hingga berbuih, tuang gula pukul lagi sampai jadi meringue, taburkan  cream of tatar pukul lagi sampai meringue jadi putih dan kental, ketepikan
  4. pukul kuning telur dengan gula hingga gula larut, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup balikan,  sambil itu tuang air, diikuti minyak dan vanilla essence,  kaup balikan lagi hingga  rata dan licin
  5. akhir sekali masukkan separuh meringue tadi ke dalam adunan kuning telur, kaup dan balikkan hingga licin, terus tuangkan adunan ke atas meringue yang selebihnya, kaup balik lagi sampai licin, taburkan cranberry, kaup balik lagi,  tuang pula dalam acuan chiffon cake yang tidak bergris, hentak-hentakan sedikit lebih kurang  2-3 kali
  6. bakar selama 50 minit ke 1 jam dan hingga secukup masak, sejukkan, keluarkan dari acuan, letak atas redai kek, potong, hidangkan

Kuih Kasturi

bahan A
200gm kacang hijau - rendam selam 30 minit
750ml/ 3 caw air
1 helai daun pandan simpul
120gm/ 1/2 caw gula
50gm kelapa parut putih atau kelapa kering
25gm/ 2 1/2 sb tepung gandum
sedikit garam
bahan B batter
6 sb tepung beras
2 sb tepung gandum
1/4 sk garam
1/8 sk air kapur
100ml/ 1/2 caw air
cara-cara
  1. Rendam kacang selama 30 minit, basuh, rebus api perlahan kacang bersama daun pandan hingga ia lembut dan kembang selama 45 minit, keluarkan daun pandan, masukkan gula kacau hinga ia larut, masak lagi hingga 5 minit, kemudian masukkan kelapa, garam gaul rata, tepung gaul rata, masak lagi selama 5 minit, keluarkan dari periuk, sejukan adunan, kemudian bulat-bulatkan, leperkan, ketepikan
  2. Panaskan minyak, sediakan bahan B, gaul rata semua bahan, celup satu persatu kuih kasturi dalam batter, goreng dalam minyak penuh alih-alihkan hingga ia garing dan kuning keemasan, angkat, hidangkan

Tuesday, June 7, 2011

Jejari Ubi Keledek Goreng Sadur Gula

bahan-bahan
1 ubi keledek size sebesar botol cocacola 500ml atau ubi kayu
minyak secukupnya untuk menggoreng
1 sb mumbumn gula - ikut manis
3 sb air
sedikit bijan (optional)

cara-cara
kupas kulit ubi keledek, basuh, potong nipis macam french fries, panaskan minyak penuh secukupnya untuk menggoreng ubi keledek, goreng-gorengkan, alih-alihkan, masak  hingga secukup masak, angkat, ketepikan, dengan mengggunakan kuali yang sama tuang minyak dari kuali goreng ubi tadi  ke dalam tempat letak minyak,  masukkan gula dan air didikan hingga berbuih dan sedikiti sederhana pekat terus tuang ubi goreng tadi, sadurkan gula hingga berkilat dan apabila ia mula sedikit kering dan mula bertali, tutup api,  cadangan hidangan, dihidang begitu sahaja atau taburkan sedikit bijan

Monday, June 6, 2011

Cendol


cendol dan ais cendol

bahan A  Cendol
10 helai daun pandan - blend halus dengan sedikit air  atau tumbuk halus, perah dgn air jadikan 500ml @ 2 cawan air daun pandan
6 sb mumbun tepung kacang hijau
4 sb mumbun tepung beras
sedikit perwarna hijau

bahan B  Sirap Gula Melaka
5 keping gula melaka - potong kecil-kecil
150ml @ 2/3cawan  air
1 helai daun pandan - koyakan & simpulkan

bahan C
400ml  @ 1 2/3 cawan santan
sedikit garam

bahan D
Ice Shaved @ ice cube

cara-cara
  1. campurkan  kesemua bahan A tepung kacang hijau, tepung beras dan air daun pandan dan sedikit pewarna hijau terus kacau dengan pemukul telur hingga tidak bergentel,  masak atas api sederhana kacau selalu dengan pemukul telur supaya ia licin dan tidak bergentel sehingga pekat selama 5 minit atau secukup masak, tuang adunan pekat  ke dalam acuan maruku, guna plate maruku yang paling halus, sediakan air  secukupnya  yang berisi  ais ketul secukupnya, tekan adunan di dalam air  ais tersebut hingga habis, ulangi hingga adunan habis,  ketepikan 
  2. untuk buat sirap gula melaka masukan gula melaka, daun pandan  dan air kedalam periuk yang sesuai, masak hingga gula larut , tapis dan ketepikan, 
  3. campurkan cendol bersama santan, air gula merah dan ais batu atau ice shaved, hidangkan segera     

Agar-Agar Tau Fu Fa Kacang Soya

bahan-bahan
4gm agar-agar tali
1 liter air kacang soya pekat tanpa gula - jenis utk buat taufu
gula - ikut manis 
sehekai dau pandan - koyak-koyakan & simpulkan
garam secukup rasa
sedikit sahaja air untuk rebus agar-agar

cara-cara
basuh agar-agar terus masak dengan sedikit air hingga ia larut, masukkan air kacang soya, daun pandan,  gula dan sedikit garam masak hingga mendidih dan secukup air kacang soya berbau masak, tuang dalam dulang yang disukai, sejukkan dan hidangkan   


Cendol

 sesuai dihidangkan ketika cuaca panas dan  dan sebagainya...
ais ketul sudah habis dikerjakan buat cendol,  cuma sempat hidangkan  cendol tanpa ice sahaja, inshallah lain kali buat lagi...

bahan A  Homemade Cendol
10 helai daun pandan - blend halus dengan sedikit air  atau tumbuk halus, perah dgn air jadikan 500ml @ 2 cawan air daun pandan
6 sb tepung kacang hijau
4 sb tepung beras

bahan B  Sirap Gula Melaka
300gm 1 1/4 cawan gula melaka - potong kecil-kecil
150ml @ 2/3cawan  air
1 helai daun pandan - koyakan &simpulkan

bahan C
400ml  @ 1 2/3 cawan santan
sedikit garam

bahan D
Ice Shaved @ ice cube


cara-cara
  1. campurkan  kesemua bahan A tepung kacang hijau, tepung beras dan air daun pandan masak dengan  api sederhana sehingga pekat selama 5 minit atau secukup masak, tuang adunan pekat  ke dalam acuan maruku, yang berisi  ais ketul dengan  air secukupnya, tekan dalam air  ais tersebut hingga habis, ketepikan 
  2. untuk buat sirap gula melaka masukan gula melaka, daun pandan  dan air kedalam periuk yang sesuai, masak hingga gula larut , tapis dan ketepikan, 
  3. campurkan cendol bersama santan, air gula merah dan ais batu atau ice shaved, hidangkan segera     

Keledek Goreng

bahan-bahan
ubi keledek secukupnya
minyak secukupnya

cara-cara
kupas kulit ubi keledek, basuh, potong nipis atau potong macam french fries, panaskan minyak penuh secukupnya untuk menggoreng, goreng, alih-alihkan, masak  hingga secukup masak, hidangkan  

Kuah Durian

bahan-bahan
sebiji durian
santan pekat atau sederhana pekat secukupnya untuk dijadikan kuah
gula- ikut manis
garam secukup rasa
sehelai daun pandan - koyak-koyakan & simpulkan

cara-cara
kupas kulit durian, biarkan dan letak isi dan bijinya begitu sahaja, masukkan ke dalam periuk masak bersama santan gula daun pandan dan garam secukupnya, timbuk-timbukan masak atas api hingga sederhana pekat, hidangkan atau  bagi sesiapa yang suka lebih lemak boleh juga letakkan pati santan, masak seketika hingga mendidih,   hidangkan

Roti Jala Tradisional

bahan-bahan  
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan santan
7-8 helai daun pandan - blend halus bersama sedikit air atau tumbuk, perah jadikan 1 cawan air daun pandan
 garam secukup rasa
sedikit minyak
sehelai daun pandan  diikat
acuan roti jala

cara-cara
sediakan besin dan pemukul telur,  pecahkan telur, pukul sikit, tuang tepung gandum, santan, air daun pandan dan garam kacau kesemua bahan dengan pemukul telur hingga tidak bergentel, panaskan kuali sederhana panas,  celup daun pandan dengan sedikit minyak, sapu atas kuali, tuang adunan dalam acuan roti jala, jalakan adunan masak seketika dan  alihkan kesebelah pula masak lagi, lipat dua dan lipat lagi sekali , hidangkan      

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails