Tuesday, June 29, 2010

Fresh Mint Tea

dari dapur saya hari ini, minuman kesihatan, lebih banyak daun pudina segar digunakkan akan jadi lebih sedap teh daun pudina ini. sedap dihidangkan panas atau sejuk dengan gula atau diminum begitu sahaja, saya dah cuba experiment buat teh pudina dengan green tea dan cyelon tea rasanya kurang sedap sedikit, kami sekeluarga sukakan rasanya...

bahan-bahan
  • 1 cawan daun pudina segar - basuh, potong halus atau ramas & letak dalam teko/jar
  • 500ml air panas
  • gula secukupnya
  • 1 green tea bag or 1 ceylon tea (optional) - letak semasa merendam daun pudina & tapis keluarkan dgn seberapa segera bagi mengelakan ia jadi kelat & rasa teh daun pudina kurang segar

cara-cara
tuang air panas ke dalam teko yang berisi daun pudina, saya letak daun pudina yang telah dipotong halus atau diramas, tujuannya bagi teh pudiana rasa lebih beraroma lagi dan dapat mengeluarkan warnanya. rendam selama 3-4 minit bagi mengeluarakan bau dan rasanya, jika suka keluarkan daun pudina tadi secepat mungkin atau tapis dengan penapis bagi mengekalkan rasa pudina, masukkan gula secukupnya dan hidangkan secawan teh pudina bersama beberapa helai daunnya.