Saturday, September 19, 2009

Karipap

gambar diatas menunjukkan resepi doh karipap ranggup 1 dan
gambar 2 menunjukkan resepi doh karipap ranggup 2


Doh Karipap Ranggup 1
bahan-bahan
200gm tepung gandum + sejemput kecil garam
100gm marjerin
air secukupnya

cara-cara
Gaul tepung gandum dan garam , masukkan marjerin ke dalam tepung gaul rata seperti membuat serbuk roti, kemudian renjis-renjiskan sedikit sahaja air ke atas adunan tepung, uli tepung hingga tidak melekat pada tangan dan berminyak, bahagi kepada beberapa bahagian, canai nipis, masukkan inti karipap, kelim hujungnya, goreng dengan api sederhana perlahan hingga kuning keemasan, hidangkan

Doh Karipap Ranggup 2
bahan-bahan
200gm atau 2 caw tepung gandum + sejemput kecil garam
100gm atau 3/4 marjerin + tambah sedikit minyak masak jadikan 1 caw & panaskan
air secukupnya

cara-cara
Gaul tepung gandum dan garam kemudian panas marjerin dan minyak dan tuangkan terus dalam tepung, gaul rata tepung kemudian renjis-renjiskan sedikit sahaja air ke atas adunan tepung, uli tepung hingga tidak melekat pada tangan dan berminyak, bahagi kepada beberapa bahagian, canai nipis, masukkan inti karipap, kelim hujungnya, goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, hidangkan

Inti Karipap Ubi Keledek
300gm ubi keledek - kupas, potong dadu
1 sb rempah kari daging + 1 sb rempah kari ikan
1 biji bawang besar - 1/4 dicincang/tumbuk dan selebihnya dipotong dadu
2 ulas bawng putih - dicincang
3 potong halia - dicincang
1 sb kuib ayam serbuk
air secukupnya untuk masak ubi
sejemput kecil serbuk lada hitam, gula dan sedikit ajinomoto
daun sadri secukupnya - dihiris, jika tiada boleh juga ganti dengan daun bawang or daun ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang puti, halia dan bawang cincang masak hingga ia kekuningan, masukkan rempah, air rebus hingga rempah pecah minyak, campurkan kiub ayam goreng seketika, masukkan ubi keledek, gula dan ajinomoto tuang air secukupnya masak inti hingga ubi lembut kering, taburkan sedikit crush lada hitam, masukan kuib wang masak seketika, tutup api, sejukkan sedia dibalut dengan doh karipap

Friday, September 18, 2009

Masak Asam Kacang Bendi

sesuai dimakan dengan nasi panas, masakkan pembuka selera ketika hilang mood nak makan terutama sekali bila demam dan sebagainya.

bahan-bahan
10 biji kacang bendi - basuh, ketepikan
1/4 bawang besar atau bawang kecil - mayang halus
1 biji cili merah - hiris menyerong
sejemput ikan bilis atau udang kering /segar
segenggam kecil asam jawa - perah secukupnya
sejemput gula
sejemput kecil garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang, cili merah dan ikan bilis goreng hingga ia nailk bau, potong kacang bendi dalam masa yang sama, tujuannya supaya kacang bendi kurang berlendir, goreng kacang bendi seketika, tujuanya supaya warnanya kekal hijau apabila dimasak, masukkan air asam jawa secukupnya agak-agaklah kacang bendi tenggelam dalam air asam, masukkan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga masak, hidangkan

Thursday, September 17, 2009

Cucur Kodok Pisang

bahan-bahan
2 biji pisang montel - diramas
tepung gandum - agak-agaklah (cuba goreng sikit, kalau kodok makan minyak tambah sikit sahaja lagi tepung gandum)
sedikit bicarbonate soda
gula - ikut manis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
Gaul dan campurkan semua bahan sama kaedahnya buat cucur kodok , panaskan minyak, jemput-jemputkannya goreng dalam minyak penuh, kacau selalu hingga jadi bebola bulat yang cantik, goreng hingga mask angkat dan hidangkan

Wednesday, September 16, 2009

Meehoon Goreng Simple

bahan-bahan
2 1/2 keping meehon kering - direndam, ketepikan
sayur sawi, cili hijau, carrot secukupnya - dipotong
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 biji bawang besar - potong
sos tiram, sos tomato kicap pekat, kicap cair secukupnya
cuka putih secukupnya (optional) saya tak letak
1 sb cili serbuk
chicken cube serbuk secukupnya
sedikit minyak untuk mengoreng
2 biji telur - jadikan telur masak hancur, ketepikan

cara-cara
Panaskan minyak buat telur masak hancur dan ketepikan, panaskan minyak secukupnya untuk menumis bawang putih cincang hingga sedikit kuning, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, sos tomato, chicken cube serbok, cili serbuk, goreng hingga masak dan pecah minyak, campurkan bawang besar dan carrot goreng seketika, tuangkan meehon gaul hingga ia berpalut, masukkan sayur sawi dan cili hijau potong serong, goreng hingga ia masak, tutup api kemudian masukkan telur masak hancur gaul rata dan hidangkan. Jika suka boleh juga ditaburkan sedikit lada hitam dan minyak bijan jadilah meehon goreng simple 2 in 1


Kek Gula Hangus

gambar no. 1 menunjukkan kek kukus gula hangus, separuh adunan lagi dibakar seperti gambar no. 2 dibawah

bakar pada suhu darjah 160C selama 39 minit, loyang besar sangat, kek jadi nipis



bahaa A gula caramel
2 caw gula pasir
1 caw air
50gm butter
1 caw fresh cream/ cecair cream segar macam susu cair


bahan B
4 biji telur
2 caw tepung gandum
1 sb soda bicarbonate

cara-cara

Masak gula hingga jadi caramel kemudian tuangkan air masak hingga gula larut, padamkan api, masukkan butter biar ia cair dan ketepikan dan sejukkan. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan, Pukul telur seperti membuat kuih bahulu sampai ia kembang, putih dan pekat, campurkan fresh cream ke dalam air gula caramel dan gaul hingga sebati, gaul rata adunan dengan tepung seperti mengadun tepung kedalam kek, griskan loyang pengukus dengan sedikit butter, tuang adunan dalam loyang, rebus air hingga mendidih dalam pengukus, tips, jangan dibuka tudung pengukus sebelum 35 minit ia mengakibatkan kek jatuh dan mendap, kukus selama 45minit atau hingga ia masak, hidangkan

Tuesday, September 15, 2009

Almond London

Bahan-bahan - sumber resipi member mry, katanya ambil resipi dari blog mat gebu
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum
1 camca teh emplex (disatukan bersama tepung gandum dan diayak)
335 g badam berkulit (digoreng hingga kuning keemasan & toskan atas paper towel)
300 g coklat masakan 1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara-cara
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
4. Ambil sebiji biskut, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas.
5. Buat seterusnya dan susun rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
6. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

Tart Jem Nenas


 jem nenas

bahan A
3 caw tpg gandum
2 1/2 sb tpg custard
2 sb tpg jagung
2 sb skim milk
200gm butter
3 sb ghee
1 sk garam
1 sb gula
1 kuning telur
1 sk esen vanilla

cara-cara
Pukul butter, ghee, garam dan gula hingga putih dan kembang dengan menggunakkan permutar kek, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla putar lagi diikuti skim milk putar lagi, diikuti tepung custard putar lagi, diikuti tepung jagung putar lagi hingga ia sebati dan lembut kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum gaul rata dengan sudik plastik hingga terbentuk sebiji doh, uli dengan tangan hingga ia lembut, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart gulung, tekan memanjang jangan putus, bahagian zigzag dibawah dan bahagian licin disebelah atas, letak jem nenas diatasnya sebelum itu gentel jem nenas sebesar jari kelingking, kemudian gulung seperti membuat kek gulung 4-5 kali lepas itu potong, susun dalam dulang pembakar, ulangi hingga habis, simpan tart jem nenas yang belum dimasak kedalam peti sejuk dahulu kemudian panaskan oven 150C dan bakar selama 15 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

bahan B
2 biji nenas
2 caw gula pasir
sedikit garam

cara-cara

Buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Monday, September 14, 2009

Simple Sweet & Sour Prawn

bahan-bahan
300gm isi udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, ketepikan
1 biji bawang besar - potong
5 biji cili muda - potong
2 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dicincang
1 sb oyster sauce
1 sb kicap cair jepun
1 sb soft brown sugar
1/2 caw ketchup tomato/sos tomato
1/2 caw chili sauce/sos cili
1 sb madu lebah (optional)
1 sk tepung jagung + sedikit air
sedikit black pepper
sedikit garam tepung jagung secukupnya untuk salut udang
minyak untuk menumis secukupnya
sedikit saseme oil/minyak ijan (optional)

cara-cara
1. Udang + sedikit garam + sedikit lada hitam, gaul rata kemudian salut dengan tepung jagung, goreng sedikit atas bawah, ketepikan
2. Tumis bawang putih & halia cincang, hingga naik bau dan sedikit kekuningan curahkan oyster sauce & kicap cair goreng seketika biar ia naik bau sikit, masukkan soft brown sugar & madu , sos tomato & sos cili goreng lagi hingga naik minyak , campurkan bawang besar masak sedikit layu diikuti cili hijau masak bagi sikit layu, tuangkan sedikit air tepung jagung dengan sedikit air suam secukupnya, masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama sedikit crush black pepper gaul rata, goreng lagi 1-2 minit, tutup api
3. Hidangkan, jika suka boleh juga letak bebrapa titik minyak bijan bagi menyedapkan lagi rasanya

Siput Lala Goreng Simple

bahan-bahan
300gm siput lala/clams
1-2 biji cili merah
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang
1 sb sos tiram
1 sb kicap (optional)
sedikit gula (optional)
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Bersihkan siput/clams toskan, tumbuk, sagat atau bawang putih, cili merah dan bawang merah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, campurkan sedikit gula goreng hingga ia naik bau, masukan sos tiram diikuti dengan kicap goreng lagi hingga naik bau, masukkan siput masak dan kacau hingga masak dan siput terbuka, hidangkan, jika ia agak kering tambahkan sedikit air masak goreng seketika dan hidangkan

Kacang Botak

bahan-bahan
1 kg kacang tanah mentah - dibasuh, toskkan, jemur bawah cahaya matahari hingga kering, ketepikan
500gm tepung gandum - untuk salut kacang secukupnya
2 labu bawang putih + sejemput garam kasar tumbuk halus
2 biji telur ayam + 2 sb. gula pasir - dipukul hingga gula larut
1 sb jintan putih - ditumbuk

cara-cara
  1. Kacang tanah dibasuh dan dibersihkan kemudian toskan dan ketepikan
  2. Tumbuk bawang putih dengan garam kasar hingga lumat
  3. Pukul telur dengan gula hingga gula larut dalam telur
  4. Gaulkan bahan no 2 & 3 dan masukkan serbuk jintan putih gaul hingga sebati
  5. Sediakan talam besar, tuangkan kacang tanah lepas itu curahkan kesemua bahan tadi atas kacang dan gaul rata atas kacang hingga kesemuanya berpalut
  6. Ayak tepung atas kacang yang telah digaul rata tadi, tampi-tampikannya hingga keseluruhan kacang berpalut sebiji demi sebiji dan tidak melekat pada tangan, ulangi hingga terjadi lapisan tebal tepung pada setiap butir kacang
  7. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga kacang kuning keemasan
  8. Hidangkan atau sejukkan kemudian simpan dalam tin kedap udara

Kuih Lompang


Kuih lompang Gula Merah - sumber resepi dari member myresepi.com
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
Cara-cara
1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
4. apis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

Kuih Lompang berbagai warna
resepi dari member myresei.com katanya, hmmm.. tatau ape nak ckp.. kuih tradisi yg jarang² didapati..
Bahan-bahan ( 40 - 45 biji )
½ paket tepung beras
1 cawan tepung kanji
air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
1 cawan gula pasir (leh dilebihkan sket jika suke manis)
2 helai daun pandan
sedikit air jika perlu
pewarna yg disukai
Cara-cara
1. gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. pastu disejukkan.
2. tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yg disejukkan tadi serta air kelapa. kacau hingga rata dan tak bergentel.
3. sekiranya adunannya masih pekat, leh ditambahkan sedikit air. kacau rata. (kalo adunan tu tak melekat kat senduk, kira da ok la tu). adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letakla pewarna yg disukai. kacau rata.
4. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan skejap dlm periuk kukus. kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
5. bolehla dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam. jika takde acuan, leh diganti dgn loyang.

Kuih lompang Daun Pandanresepi dario member myresepi.com katanya, Original resipi dari ibu tercinta
Bahan-bahan ( 30 biji )
3 cwn tepung beras
4 cwn air
1 cwn gula pasir
5 helai daun pandan
1 sdk pewarna hijau
kelapa putih ( untuk topping )
secubit garam halus
1 sdk air kapur
2 sdb tepung ubi / tepung jagung
Cara-cara
1. masak 2 cwn air dan gula sampai gula larut. ketepikan
2. Blend 2 cwn lg. air dengan daun pandan, tapis
3. Campurkan tepung beras dan tepung jagung/ubi
4. masukkan air gula yang dimasak, kacau sebati, air kapur dan masukan lagi campuran air pandan, kacau sebati
5. tuang kedalam acuan yang di lengser sedikit minyak.
6. Kukus selama 15 minit, apabila masak akan jadi lompang di tengah-tengah.
7. hiaskan dengan kelapa di tengah-tengah lubang lompang tu.
8. Tip: kelapa di kukus dgn. 1 helai daun pandan utk tahan lama. Bancuhan di tapis utk elak tepung bergentel.

Friday, September 11, 2009

Cakar Ayam Bihun



bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji mengikut size)
1 peket bihun kering
300 gm gula merah
sedikit bijan (optional)
minyak untuk menggoreng
cara-caraPanas minyak penuh, ambil sedikit bihun kering tabur dalam minyak, apabila ia mula mengembang dan putih cepat-cepat taburkan sedikit gula merah dan sedikit bijan jika suka (optional) dan cepat-cepat kacau hingga ia mula melakat, jgn digoreng terlalu lama nanti gula hangus dan rasanya pahit, toskan masukkan terus dalam acuan kuih lompang, guna acuan lompang sebanyak yang mungkin dan terus tekan ketat-ketat dengan belakang sudu bihun goreng tadi ke dalam acuan kuih lompang secepat mungkin sebelum ia mula suam atau sejuk kerana ia akan bederai, sekiranya ia bederai goeng balik seketika, tekan dalam acuan, keluarkan dari acuan, hidangkan snack ranggup dengan seberapa segera.

Kuah Kacang



bahan-bahan
4 genggam kacang tanah - goreng tanpa minyakk, buang kulit , tumbuk/blend kasar
7 biji cili kering - di goreng dgn sedikit minyak hingga rangup, tumbuk/blend
sejemput asam jawa - digoreng dgn sedikit minyak, tuang sedikit air panas mendidih, biar ia suam ramas hingga pekat asam jawa ambil jus nya atau blend isi asam jawa bersama semua bahan blend
belacan sebesar ibu jari - di goreng dengan sedikit minyak, tumbuk/blend
1/2 sk garam
5 sb gula pasir
1 caw air panas mendidih atas api

cara-cara
Tumbuk kesemua sekali bahan atau blend kasar kacang, cili kering, belacan dan gaul rata bersama gula dan garam ketepikan, tuang sedikit air panas mendidih ke atas asam jawa , bila suam ramas asam jawa hingga pekat perah jusnya, masukan jus pekat asam jawa ke dalam bahan tumbuk atau boleh juga diblend isi asam jawa yang telah dibuang bijinya bersama semua bahan blend tadi (kalau hendak senang blend asam jawa rasanya kurang sedap sikit lah, nanti kacang jadi terlalu halus bila diblend), Sila ikuti Tips ini, rebus air secawan atau lebih masak air hingga betul-betul mendidih atas api, kemudian tuang ke atas bahan tadi cepat-cepat kacau rata supaya dapat menghasilkan kuah kacang cantik, jernih dan berkaca, hidangkan. Note Jangan dimasak atas api kuah kacang kerana ia menghasilkan kuah kacang yang tidak sedap dimakan.

Tauhu Sumbat
bahan-bahan4 keping tauhu - digoreng, belah dua menyerong bentuk tiga segi, belah tengah jgn putus
taugeh secukupnya - celur dalam air panas 1 minit angkat
timun secukupnya - dimayang halus
cara-caraGoreng tauhu, belah dua meyerong bentuk tiga segi, belah tengah jgn putus jadikan poket, celur taugeh 1 minit, angkat, campurkan timun dan taugeh kemudian sumbat dalam poketnya, hidangkan bersama kuah kacang serbaguna bonda kesayangan.

Pecal
bahan-bahan untuk direbus atau dicelur
1 keping tauhu - digoreng, hiris nipis
200gm taugeh - dicelur 1 minit
2 biji telur - rebus
1/2 cekak kangkung - rebus/celur 2-3 minit
1/2 cekak kacang panjang atau kacang buncis - rebus/celur 1-2 minit
1/8 kobis size paling kecil -rebus/celur 1-2 minit
1/8 nangka muda - rebus hingga empuk
1/2 cekak pucuk paku - rebus/celur 3-4 minit
1/2 cekak pucuk ubi - rebus hingga lembut
1 biji timun size kecil - dimayang memanjang, ketepikan

cara-cara
Rebus air secukupnya bersama garam secukupnya , kemudian celur kesemua bahan satu persatu, susun satu persatu dalam pinggan hidangan yang sesuai dan hidangkan bersama kuah kacang serbaguna bonda kesayangan .

Jem Nenas


bahan-bahan
2 biji nenas
2 caw gula pasir
sedikit garam

cara-cara
buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Biskut Kismis



bahan-bahan1/2 caw kismis hitam
2 gelas tepung gandum
1 1/4 gelas tepung custard
1 gelas icing sugar
1/2 st baking powder
1 merah telur dipukul sedikit
butter ikut lembut
cara-cara
gaul semua bahan kemudian uli dengan butter hingga lembut, bentukkan, bakar hingga kuning keemasan, hidangkan

Biskut Mazola


bahan-bahan3 caw tepung gandum
1 caw gula blend halus atau gula icing
1 caw kacang tanah goreng tanpa minyak - blend halus
1 caw bijan goreng tanpa minyak
1 caw minyak jagung mazola
1/4 butter
2 kuning telur untuk disapukan atas biskut sebelum dimasak
belahan kacang tanah goreng tanpa minyak secukupnya.

cara-caragaul rata, tepung, kacang tanah blend, gula, bijan, kemudian gaul lagi dengan minyak jagung mazolla danu uli pula dengan butter, bulat-bulatkan, hias dengan sebelah kacang tanah goreng dan akhir sekali sapukan kuning telur, bakar pada suhu darjah 160C selama 15-25 minit

Thursday, September 10, 2009

Miso Soup With White Raddish



bahan-bahan
4 sb plain miso
5 caw air
1 sb hondashi
1 sb kicap jepun
1/2-1 ketul tauhu lembut/silk tofu
1/2 ounce seaweed - basuh, ketepikan
1/8 japanese white raddish/lobak putih - basuh, buang kulit, dimayang memanjang
sedikit daun bawang - potong bulat

cara-cara
Rebus lobak putih bersama air hingga empuk, kacau miso dengan sedikit air, campurkan miso dalam rebusan air dan lobak putih, tuangkan kicap, hondashi, seaweed dan tofu, masak hingga seaweed kembang dan lembut, padamkan api, hidangkan kemudian tabur sedikit daun bawang, sesuai dimakan dengan ikan bakar soy sauce dan kinpira gobo

Kinpira Gobo

bahan-bahan
1 gobo/burdock root - basuh, dimayang memanjang, rendam dalam air seketika, toskan dan ketepikan
1 carrot - basuh, dimayang memanjang
1 1/2 sb minyak masak atau minyak bijan
2 sb kicap jepun 1 sk instant hondashi/serbok ikan tuna/tongkol (optional)
sedikit gula (optional)
1 1/2 sb bijan goreng tanpa minyak (optional)
sedikit gula
1 cili kering digunting nipis bulat-bulat - basuh, keringkan dan buang bijinya (optional)

cara-cara
Panaskan minyak, masukkan gobo/burdock root dan carrot, masak hingga carrot sederhana lembut, tuangkan kicap , goreng lagi, masukkan hondashi masak hingga agak-agak kering, tutup api, taburkan sedikit bijan dan cili kering tadi, hidangkan makan bersama nasi panas dan ikan bakar soy sauce

Ikan Bakar

bahan-bahan
1 ekor ikan mackerel/kembung/temenung paling besar - berat 300-500gm seekor
atau beberapa ekor ikan kembung/temenung size besar
3-4 penutup botol japanese soy sauce/kicap soya jepun

cara-cara
Ikan disiang dan dibersihhkan terlebih dahulu, keringkan, belah dua, kelar ikan, masukkan japanese soy sauce, sekiranya menggunakkan ikan jenis kecil cuma siang, keringkan dan kelar sahaja, bakar atau grill kedua-dua belah permukaan ikan hingga kuning keemasan, hidangkan bersama nasi panas

Apam Betawi


Apam Betawi - sumber member mry
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
120 gm tepung gandum
120 gm gula caster
2 1/2 biji telur
1/2 c.t serbuk penaik
1/2 c.t essen vanilla
sedikit pewarna

Cara-cara
1. Enjut telur dengan gula hingga naik.
2. Masukkan serbuk penaik.
3. Goreng tepung gandum tanpa minyak. Seterusnya masukkan tepung tersebut ke dalam adunan telur tersebut.
4. Masukkan pewarna.
5. Masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam acuan ( cup cake ).
6. Kukus hingga masak lebih kurang dalam jangka masa 15 minit. Ulangi cara ini hingga adunan itu habis.
7. Hidangkan.

Gulai Siput Sedut

resepi dari member myresepi.com
Bahan-bahan ( 5 orang )
1 kilo siput sedut
10 batang cili padi
2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 mangkuk santan pekat(dari 1 biji kelapa)
garam dan perasa
3 keping asam keping
sedikit daun kencur(hiris halus-ni optional yer tak letak pun okay)
Cara-cara
1. Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput
2. Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.
3. Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.
4. Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.
5. Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan
7. Bila telah mendidih ,masukkan daun kencur tadi.kacau sebentar.matikan api.siap untuk dihidang


Wednesday, September 2, 2009

Kuih Keria

bahan-bahan (menghasilkan 10 ketul kuih)
300gm ubi keledek
70gm @ 1/2 caw tepung gandum
sedikit garam
4 sb gula pasir + 3 sb air

cara-cara
Kupas ubi, potong-potong, rebus hingga lembut, toskan dalam penapis dan buang kesemua air rebusannya, lecek ubi, masukkan sedikit garam dan gaul rata, campurkan tepung, uli hingga lembut, bahagi kepada 10 bahagian, bentukkannya seperti gegelang, goreng dalam minyak penuh hingga kuning keemasan dengan menggunakkan api sederhana, toskan dan ketepikan, tuang minyak ke dalam bekas isi minyak, lepas itu guna kuali sama masukkan gula dan air, masak hingga ia bebuih dan sederhana pekat, tuangkan kuih keria/gelang ke dalam kuali, gaul rata kuih dengan gula, kecilkan api yang paling kecil sekali, kacau hingga gula kering dan berkerak, hidangkan