Bahan Inti: - sumber resipi citarasawan blogspot.com
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka di potong kecil
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka di potong kecil
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan
Cara-cara:
Untuk inti: Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti kental. Tutup api dan sejukkan. Bulat2kan apabila sejuk.
Bahan Kuih
150gm tepung beras
500ml santan
1/2 sudu teh garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur
Cara-cara:
1. Untuk kuih: Layur daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz dikehendaki. Lap dan bersihkan.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak. Angkat dan biarkan suam sedikit. Panaskan kukusan.
3. Ambil satu sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan satu sudu lagi tepung.
4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit.
5. Sejukkan dan hidangkan