Tuesday, December 27, 2011

Muffin Epal


bahan A
2 apple size besar - buang kulit & bijinya, potong dadu kecil
4 sb gula


cara-cara
basuh apple, buang kulit, potong dadu kecil dan letakkan dalam dalam non stick frying pan, taburkan gula masak hingga airnya kering, ketepikan dan sejukkan.


bahan B(sukat bahan2 dgn jar matrik)
300ml tepung gandum
1 sk rata double acting baking powder
1 sk rata bicarbonate soda
2sb cinnamon powder
1/2 sk garam
200ml  soft brown sugar
2 penutup vanilla essence
200ml susu segar
1 telur - pukul sikit shj
50ml minyak masak
2sb bumbun plain yogurt

cara-cara
panaskan microwave oven 200C, ayak dan campurkan tepung gandum, double acting baking powder, cinnamon powder, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, vanilla essence, susu segar, dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masukkan separuh apple, gaul rata, sendukkan ke dalam bekas muffin yang disukai, lagi separuh taburkan sedikit demi sedikit  diatas setiap muffin sebelum dibakar, bakar selama 25-30 minit atau hingga secukup masak, keluarkan hidangkan

Monday, December 26, 2011

Kuih Semperit

bahan-bahan
200gm butter or margarine
350gm tepung custard
100gm tepung jagung
1 cawan castor sugar @  gula blend
1 penutup vanilla essence
1 biji telur - size kecil

cara-cara
  1. pukul butter dan castor sugar hingga kembang dan putih dengan mesin, tuangkan vanilla essence dan telur,  gaul rata dengan mesin
  2. masukkan tepung custard dan tepung ke dalam adunan butter tadi gaul rata dengan spatula, hingga jadi satu dough lembut yang tidak melekat pada tangan
  3. ambil sedikit dough bulat-bulatkan sebesar duit syling 10 sen, susun dalam dulang pembakar secukupnya, leperkan sikit dengan garpu 
  4. panaskan dahulu oven pada suhu 170C, bakar kuih semperit kurang daripada 9-12 minit atau hingga secukup masak, sejukkan dan hidangkan, selebihnya simpan dalam bekas kedap udara

Friday, December 23, 2011

Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus - sumber resipi curlybabesatisfaction.blogspot.com
Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan gula)
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)

Method :-
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat) - aida ltk 3/4 cawan susu pekat
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum) 

2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)


Method:-
Using a hand mixer beat eggs till creamy and thick. Add in condensed milk mixed well. In a blender pour eggs and milk mixture. PRESS the on button. Then add in plain flour & soda bicarbonate which has been sifted and Vanilla Essence. PRESS the on button again. Lastly add in the syrup. PRESS the on button again. Leave the mixture in the blender for 3-4 jam(covered) to get a beautiful 'sponge'. After 3-4 hours, pour into a 5" greased tray in order to get a 'higher sponge'(I used 7" inch tray) in oven.Without stirring the mixture(This was what I did), pour the ingredients directly into tray in the oven. Bake for 60 minutes or till cook at 160 degrees Celsius (For my oven I used 145C degrees and bake for 90 minutes) using just the below heat(api bawah). The last 20-30 minutes use both heat(api atas and bawah). Take out from oven and let it cool before cutting. -(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.) Sources:- From Kak Halimah @ resipidiana.blogspot.com - steps from Maklang and some of the steps I added myself..

Kek Chiffon Keju

bahan-bahan - sumber resipi dapur tanpa sempadan.blogspot.com
60 ml susu cair
40 g cream cheese
25 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
65 g tepung gandum
4 kuning telur
4 putih telur
100 g gula halus
Secubit garam halus
1/4 camca teh cream of tartar



cara-cara

1.   Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler (seperti dalam gambar) hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
2.   Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
3.   Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
4.   Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
5.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
6.   Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...

Thursday, December 22, 2011

Kek Gula Hangus

bahan A gula hangus 
100 gm gula putih 
200 ml air panas
20 gm mentega


bahan B
4 biji telur ayam - size kecil
150 ml susu pekat manis - cap teko tin warna kuning
100 gm tepung gandum 
2 sk rata soda bicarbonate
baking paper secukupnya - utk alas dulang pembakar
sedikit minyak atau mentega - utk gris dulang pembakar


cara-cara

  1. gula dimasak dalam saucepan hingga perang dan berbuih, tutup api, tuang air panas, letak mentega, ketepikan. pukul telur dengan mixer hingga kembang dan pekat
  2. tuang susu pekat disekeliling tepinya dan kaup balikkan, ayak tepung  dan soda bicarbonate separuh dahulu atas adunan kaup balikkan adunan sekejap, ayak tepung lagi hingga habis, kaup balikkan, tuangkan air gula hangus disekeliling tepi hujung adunan kaup dan balikan   
  3. tapis adunan dalam penapis besi, ratakan, haluskan gentian baki adunan tepung yang terapung dan bergentel  tadi  dalam penapis tersebut  dan dirata-ratakan dengan spatula hingga habis, kacau sikit
  4. tutup adunan, perap selama 3-4 jam, saya perap adunan selama 3 jam 
  5. alaskan baking paper ke dalam loyang pembakar terus gris dengan minyak atau mentega pada dasar dan keliling dalam loyang
  6. tuang terus adunan tidak perlu kacau  atau menggodek adunan itu cuma tuang terus ke dalam dulang pembakar
  7. panaskan microwave oven pada suhu 140C minit, bakar selama 90 minit, keluarkan, sejukkan kekatas redai, potong, sedia untuk dihidangkan

Tuesday, December 20, 2011

Agar-Agar Karemel I

bahan A
50gm gula
50ml air

bahan B
1 1/2 sk rata agar-agar powder
500ml susu segar
80gm gula
sedikit garam
sedikit vanilla essence 
sedikit perwarna kuning 
sedikit pewarna oren  

cara-cara
gula dimasak dalam saucepan kecil hingga perang dan berbuih, tuang air masak lagi sampai berbuih dan  pekat atau hingga jadi caramel terus tuang dalam acuan atau dulang yang disukai, ketepikan, campurkan semua bahan B kacau rata, masak atas api hingga mendidih, tuang dalam bekas acuan caramel tadi, sejukkan dan bekukan, hidangkan

Monday, December 19, 2011

Agar-Agar Karemel


bahan A
50gm gula
50ml air

bahan B
1 1/2 sk rata agar-agar powder
500ml susu segar
80gm gula
sedikit garam 

cara-cara
gula dimasak dalam saucepan kecil hingga perang dan berbuih, tuang air masak lagi sampai berbuih dan pekat atau hingga jadi caramel terus tuang dalam acuan atau dulang yang disukai, ketepikan, campurkan semua bahan B kacau rata, masak atas api hingga mendidih, tuang dalam bekas acuan caramel tadi, sejukkan dan bekukan, hidangkan  

Saturday, December 17, 2011

Daging Masak Kicap

bahan-bahan
300gm daging
sedikit sahaj air utk rebus daging dlm pressure cooker  
1" halia muda - basuh, kikis kulitnya, cincang ketepikan 
2 ulas bawang putih - buang kulitnya, basuh, cincang, ketepikan
sedikit oyster sauce
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat manis ABC
crush lada hitam secukupnya 
sedikit minyak utk menumis

cara-cara
potong daging, basuh, letak dalam pressure cooker, masukkan sedikit sahaja air, rebus ikut standard timer pressure cooker hingga masak, ketepikan, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia cincang hingga naik bau wangi, masukkan oyster sauce, kicap cair dan kicap pekat goreng lagi hingga naik bau wangi selepas itu taburkan crush lada hitam kacau sikit, tuang daging serta air rebusannya, masak hingga kuahnya mendidih dan sederhana pekat atau pekat, hidangkan  

Pizza

bahan-bahan (bergantung pada size 1-3 keping)
150gm tepung roti
150gm tepung gandum biasa
1 1/2 sk dry instant yeast
kurang drpd 1 sk garam
1 sk extra virgin olive oil or minyak masak
190ml air panas pada suhu 40C
cheese dan pizza topping yang disukai 

cara-cara
  1. panaskan oven 220C
  2. campurkan minyak dengan air dan garam
  3. gaul rata semua bahan-bahan kecuali cheese & pizza topping
  4. tuang kesemua campuran air tadi serta gaul rata dan uli hingga tidak melekat pada tangan
  5. canai dough kemudian letak dalam baking tray, letak pizza sauce
  6. bakar selama 15 minit dan secukup masak, hidangkan
  7. Tips (pada sesiapa yang guna oven toaster jenis besar dan microwave oven)
    buat pengetahuan semua saya tekan dough terus dalam baking tray yang telah dialas terlebih dahulu dengan baking paper, bakar separuh masak, keluarkan, sapukan pizza sauce, letak topping yang disukai, taburkan cheese, bakar secukup masak, hidangkan

Pizza Sauce
bahan-bahan
1-2 ulas bawang putih - dicincang
1 can diced can tomato - 400gm - lecek dengan garpu, ketepikan
1 sk dried crush oregano
1/2 sk garam
1/4 sk gula
sedikit crush lada hitam
sedikit olive oil or minyak masak

cara-cara
campurkan semua bahan kacau rata, sedia untuk disapu pada dough pizza sebelum dibakar

Bubur Som-Som

bahan-bahan
1 caw tepung beras
3 caw santan dr sebiji kelapa @ 1 pack kecil serbuk santan + 3 caw air panas suam
1 helai daun pandan simpul  
sedikit garam

cara-cara
campur semua bahan kacau supaya tidak bergentel, masak  atas api  perlahan, kacau dengan sudip hingga masak sepenuhnya dan tidak melekat pada sudip, kemudian ratakan atas dulang/bekas kecil yang sesuai atau sundee glass dan biar sejuk. Siap untuk dihidang dengan air sirap merah

Air Sirap Merah
bahan-bahan
1 caw gula
1 caw air
1 helai daun pandan atau star brand rose essence
pewarna merah secukupnya

cara-cara
Campur semua bahanmasak atas api hingga gula cair sepenuhnya, tuang dalam bekas sesuai, hidangkan  

Seri Muka

bahan A (lapisan bawah)
300gm or 1 1/2 cawan beras pulut jepun or siam basuh - basuh, toskan & ketepikan
100ml pati santan pekat (1/4 tin pati santan pekat dlm tin)
100ml air  
1 sk garam

cara-cara
sediakan bahan A campurkan beras pulut,pati santan pekat, air dengan garam kacau rata dalam zip lock plastic container jenis tahan panas, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 5 minit, keluarkan, buka, serih pulut, sekirannya pulut kurang masak atau kering sila letak sedikit air, tutup balik plastic wrap balik preheated selama 2-5 minit lagi atau  hingga secukup masak dalam microwave oven, apabila pulut masak tuang pulut yang telah dimasak tadi ke dalam springform pan anggaran size 20cm. Tekan pulut dalam hingga rapat, ketepikan sediakan bahan B seperti cara-cara dibawah...

bahan B (lapisan atas)
3 biji telur size
2 sk pandan paste
sedikit perwarna hijau
sedikit pewarna kuning
180gm or 3/4 cawan gula
300ml (3/4 tin pati santan pekat dlm tin)
2 sb tepung jagung
2 1/2 sb tepung gandum



cara-cara
  1. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  2. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  3. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan
  4. Note : sila guna cawan matrik sukat bahan, boleh juga sukat bahan guna cawan yg disukai, pandai2lah agak2 sendiri sukat bahan lebih kurang sama berat timbangannya...

Tuesday, December 13, 2011

Sira Labu

bahan-bahan
1/2 labu - basuh, buang kulit dan bijinya, potong
gula secukupnya - agak-agak ikut manis
*sedikit garam
air sama paras labu

cara-cara
basuh, buang kulit labu dan buang bijinya, potong susun terus dalam saucepan, tuang air secukup tenggelam labu itu, taburkan gula secukupnya, ikut manis, sedikit garam, lerangkan biar mesra gula, garam, air dan labu, masak labu dengan api paling kuat sekali , biar labu masak hingga airnya serap sehingga hampir kering, tuang terus dalam pinggan,  hidangkan

Wednesday, December 7, 2011

Kuih Koci

bahan A Inti
1 cawan kelapa kering
1 cawan air
100gm gula melaka
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit air tepung jagung


bahan B doh
200gm/ 3/4 caw tepung pulut
200ml / 3/4 caw santan cair
sedikit garam


bahan C bungkus
daun pisang secukupnya
sedikit minyak


cara-cara
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut dan mendidih, tapis kemudian campurkan kesemua bahan A, kecuali air tepung jagung, masak hingga sederhana masak tuang pula air tepung jagung, masak hingga kering, bahagi 12 bahagian, sejukan dan ketepikan
  2. Gaul rata tepung dan garam, kemudian tuang santan cair, jadi doh, bahagi 12 bahagian, bentukan seperti buah melaka, masukkan inti, tutup permukaanya,  bulat-bulatkannya, sapu doh dengan minyak kemudian bungkus dengan daun pisang, ulangi hingga habis
  3. Kukus selama 15-20 minit, hidangkan

Tepung Bungkus

Bahan Inti: - sumber resipi citarasawan blogspot.com
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka di potong kecil
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan


Cara-cara:
Untuk inti:  Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti kental. Tutup api dan sejukkan.  Bulat2kan apabila sejuk.

Bahan Kuih
150gm tepung beras
500ml santan
1/2 sudu teh garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Cara-cara:
1. Untuk kuih:  Layur daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz dikehendaki. Lap dan bersihkan.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
3. Ambil satu sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan satu sudu lagi tepung.
4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit.
5. Sejukkan dan hidangkan

Lepat Liat

bahan-bahan 
150gm gula melaka
200ml air
200gm tepung pulut
sedikit garam
kelapa kering secukupnya
daun pisang secukupnya
sedikit minyak

cara-cara
layukan daun pisang atas api atau celur dalam air panas mendidih atas api, lapkan, potong, ketepikan, sedikan tepung pulut, gaul dengan sedikit garam,  kuak-kuakan tepung dengan spatula buat lubang ditengahnya, ketepikan, masak gula merah dengan air hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya, terus tapiskan ke dalam tepung pulut gaul dengan spatula hingga sebati, bentangkan daun pisang, gris atau sapu dengan sedikit minyak dibahagian ditengah-tengahnya, sudukan sesudu penuh adunan tepung ke dalam daun pisang, letak kelapa, tutup, lipat kemas lepat, kukus selama 15-20 minit, hidangkan

Monday, December 5, 2011

Agar-Agar Buah Pisang Kaki I

bahan-bahan
2 sk rata agar-agar powder
100gm gula (oleh krn buah manis meletin kali ini kurangkan gula sikit) 
500ml air
2 persimmon @ buah pisang kaki - dibuang kulitnya dulu, 1 ptg baji (masak & lembut), 1 ptg cube kecil (masak ranum, bila dipotong cube kecil agak hancur jgn risau)

cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak sampai cair dan mendidih, masukkan gula masak hingga mendidih dan gula larut, tutup api, tuangkan buah pisang kaki masak ranum yang telah di potong cube tadi kedalam larutan agar-agar kacau seketika, susun buah pisang kaki yang telah dipotong baji tadi ke dalam dulang yang sesuai, tuang terus aga-agar cair campuran buah pisang kaki tadi, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails