Monday, July 11, 2011

Air Nenas Potong

bahan-bahan 
sebiji nenas size paling besar
secawan gula @ gula secukupnya
air secukupnya untuk rebus nenas
ais ketul secukupnya - utk hidang

cara-cara
kupas nenas, basuh, potong empat segi kecil kalau nenas itu masih keras lagi, sekiranya nenas cukup masak ranum cuma potong ikut suka hingga habis, terus masukkan ke dalam periuk yang sesuai,  masukkan gula dan tuangkan air secukupnya hingga menutupi permukaan isi nenas tadi,  pasangkan api, rebus hingga mendidih serta secukup masak hingga naik bau wangi atau harum, padamkan api, sejukkan, hidangkan dengan ais ketul secukupnya, lebihannya simpan dalam peti sejuk didalam bekas yang bertutup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails