Wednesday, October 27, 2010

Sudut Pengetahuan Agama

tak habis2 memasak, marilah kita kongsi pula sudut pengetahuan agama sekurang-kurangnya dapat juga kita tambal lagi ilmu dan mendalami lagi agama, yang baik dijadikan pelajaran...dan yang sebaliknya dijadikan sempadan...harap hambaAllah yang baik hati ini tidak marah & halalkanlah saya letak tulisnya disini untuk pengetahuan sendiri dan semua pembaca yang beragama islam yang mana sudi membacanya, hi bilalah nak pencen balik malaysia... dapat juga belajar berguru mendalami lebih lagi bab2 tentang agama...

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
BACALAH YASSIN
RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

    Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.
    Untuk renungan semua,
  • Siapakah orang yang sibuk ?
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
  • Siapakah orang yang manis senyumannya?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
  • Siapakah orang yang kaya?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
  • Siapakah orang yang miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
  • Siapakah orang yang rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
  • Siapakah orang yang paling cantik?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
  • Siapakah orang yang mempunyai akal?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
  • Siapakah org yg KEDEKUT ?
    Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

    Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Tuesday, October 26, 2010

Lobak Putih Masak Lemak Putih

 bahan-bahan
lobak putih secukupnya
pati santan secukupnya
sebiji cili merah atau cili hijau - potong serong
1/4 bawang besar - dihiris
udang segar atau udang kering secukupnya
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa

cara-cara
basuh buang kulit lobak putih, potong, renih dengan air secukupnya dengan menggunakan api perlahan dan tutup tudung periuk, masak lobak putih hingga lembut, empuk dan jernih, kemudian tuangkan pula pati santan kedalamnya, masukkan udang segar, bawang besar hiris, cili merah atau hijau, renih lagi hingga masak, perasa dengan garam dan ajinomoto, hidangkan

Monday, October 25, 2010

Kek Pisang Berangan

bahan-bahan (sukat bahan dgn cawan, gelas atau jar matrik)
3 gelas tepung pankek
4 biji pisang berangan masak ranum-lecek halus-anggaran 460gm
1 peket kecil inst. coconut milk powder/serbuk santan
1 gelas gula
1 telur size m - pukul sedikit sahaja
4 sb susu tepung
2 sk vanilla esence
2 sk bicarbonate soda
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas susu segar

cara-cara

  1. lenyek pisang hingga halus, masukkan inst. coconut milk powder, gaul rata, masukkan pula susu tepung, gaul rata, ketepikan
  2. kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, masukkan adunan pisang lenyek bersama serbuk santan dan susu tepung tadi, kedalam tepung, gaul rata,
  3. tuang minyak, gaul rata, diikuti telur gaul rata dan susu segar gaul rata
  4. taburkan bicarbonate soda gaul rata
  5. tuang vanilla esence gaul rata
  6. cedukkan adunan kedalam dulang yang disukai
  7. preheated microwave oven atau oven pada suhu 200C, bakar selama 25 minit atau hingga secukup masak, hidangkan

Omelet Rice

dari dapur saya hari ini, sesuai dimakan ketika ia masih panas lagi.

bahan-bahan
3 caw nasi putih yang masih panas
1-2 ulas bawang putih cincang
1/2-1 sk chili powder
3-6 sb butter
6-10 sb ketchup tomato/sos tomato atau secukupnya
1/2-1 kuib ayam
crush black pepper secukupnya
sedikit kicap cair , oyster sauce, secubit gula, garam dan ajinomoto secukupnya
100gm fresh white mushroom
1/2 caw frozen mixed vegitable - goreng green peas dgn sedikit minyak/rebus/preheat, ketepikan
1 cili hijau atau 1/4 red capsicum - buang bijinya, potong cube 1cm x 1cm 1/4 bawang besar potong cube 1cm x 1cm
1-2 sausage ayam atau daging - potong
4 biji telur ayam - 2 each for one serving hias dengan sos tomato dan timun

cara-caraCampurkan bawang putih cincang dengan separuh butter, masak hingga ia naik bau dan sedikit kekuningan, masukkan oyster sauce, kicap, cube ayam, taburkan bawang besar goreng seketika diikuti dengan tomato sos, kemudian serbuk cili goreng seketika, masukkan sausage, mixed vegitable, mushroom dan chili hijau goreng lagi masak hingga sedikit layu diikuti nasi putih kacau hingga rata dan goreng lagi hingga masak perasa dengan crush black pepper, garam dan ajinomoto tutup api, masukkan lebihan butter kacau rata-rata, buat omelet, bungkus nasi dalam omelet tadi, hidangkan

Apple Yogurt Muffins


bahan A (sukat bahan guna gelas @ jar matrik)
1 fuji apple @ 2 biji apple size sedang - basuh, buang kulit & bijinya, potong
50ml gula

cara-cara
masak buah apple yg telah dipotong kecil-kecil hingga airnya kering, sejukkan, ketepikan

bahan B (sila sukat bahan guna gelas @ jar matrik)
200gm tepung gandum
1 sk bicarbonate soda
1 sk baking powder
1 biji telur
100ml susu segar
100ml plain yogurt
100ml gula

cara-cara
gaul rata semua bahan-bahan seperti tepung, gula, bicarbonate soda, baking powder, kemudian masukkan pula telur, susu segar, yogurt, gaul rata hingga sebati, tuang apple yg telah dimasak tadi, gaul rata, panaskan microwave oven 200C , ceduk adunan muffin tadi ke dalam bekas muffin, bakar selama 25 minit, hidangkan, ia sesuai dihidang ketika masih panas atau sejuk ketika sarapan pagi atau minum petang

Breaded Salmon Fish Finger

bahan-bahan
10 ketul fresh salmon fish fillets
tepung jagung secukupnya
1 biji telur – pukul sikit
bread crumb secukupnya – roti gardenia/roti putih blend kasar, ketepikan
minyak untuk menggoreng secukupnya


cara-cara
  1. Celup fish fillet dengan tepung jagung, diikuti dengan telur dan diakhiri salut dengan serbuk roti, ulangi hingga habis
  2. Panaskan minyak penuh secukupnya, goreng dan balikan hingga ia hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan

Thursday, October 14, 2010

Chedder Cheese Pineapple Muffins

ingredients
1 cup semi sweet pineapple inside can - diced
1 cup pancake flour
1 cup plain flour
1 cup fresh milk
1 cup shredded cheddar cheese
1/4 cup vegetable oil
1 egg
1 tsp soda bicarbonate
1/4 teaspoon salt

Heat microwave oven or oven to 200C. grease muffins baking tray or line medium size muffin cups with paper baking cups. Mix all of the ingredients excepted diced pineapple. Beat strongly 1 minute with whisks or electric mixer until just combined. Add pineapple stir a little bit with spatula. Divide batter evenly among muffin cups. Bake about 15-25 minutes or until golden brown. Transfer to wire rack, cooled it down first or it's ready to serve it hot or cold with coffee or tea.

Chedder & Parmesen Cheese Pineapple Muffins

ingredients
1 cup semi sweet pineapple inside can - diced
1 cup pancake flour
1 cup plain flour
1 cup fresh milk
1/2 cup shredded cheddar cheese
80gm powdered parmesan cheese
1/4 cup vegetable oil
1 egg
1 tsp soda bicarbonate
1/4 teaspoon salt

Heat microwave oven or oven to 200C. grease muffins baking tray or line medium size muffin cups with paper baking cups. Mix all of the ingredients excepted diced pineapple. Beat strongly 1 minute with whisks or electric mixer until just combined. Add pineapple stir a little bit with spatula. Divide batter evenly among muffin cups. Bake about 15-25 minutes or until golden brown. Transfer to wire rack, cooled it down first or it's ready to serve it hot or cold with coffee or tea.

Friday, October 8, 2010

Banana Cup Cakes


 bahan-bahan (sukat bahan dgn cawan, gelas atau jar matrik)
3 gelas tepung pankek
4 biji pisang masak ranum - lecek halus - anggaran 460gm - tiada pilihan saya terpaksa guna pisang montel
1 peket kecil inst. coconut milk powder/serbuk santan
1 gelas gula
1 telur size m - pukul sedikit sahaja
4 sb susu tepung
2 sk vanilla esence
2 sk bicarbonate soda
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas susu segar


cara-cara
  1. lenyek pisang hingga halus, masukkan inst. coconut milk powder, gaul rata, masukkan pula susu tepung, gaul rata, ketepikan
  2. kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, masukkan adunan pisang lenyek bersama serbuk santan dan susu tepung tadi, kedalam tepung, gaul rata,
  3. tuang minyak, gaul rata, diikuti telur gaul rata dan susu segar gaul rata
  4. taburkan bicarbonate soda gaul rata
  5. tuang vanilla esence gaul rata
  6. cedukkan adunan kedalam acuan yang disukai seperti silicon baking cups cake, paper cups cake atau muffin baking tray
  7. preheated microwave oven atau oven pada suhu 200C, bakar selama 25 minit dan secukup masak, hidangkan

Thursday, October 7, 2010

Egg Pie @ Egg Tart

dari dapur saya hari ini, saya bakar dalam pie tray maka jadilah ia egg pie, kalau dibakar dalam tart tray jadilah pula ia egg tart, saya bakar pastry dough pada suhu 250C selama 25-30 minit hingga secukup masak, selepas letak filling masak balik pada suhu 250C selama 25-30 minit hingga secukup masak, sedap dimakan ketika minum petang dan sebagainya, sumber resipi member myresipi.com katanya combination dr resepi Chef in Black and Naked Chef Program kat AFC

Egg Tart
Bahan-bahan ( 12 biji )
Untuk Crust
300 gram tepung gandum
150 gram marjerin / mentega
1 biji telur (size L / size A) - aida tdk ltk
3 camca besar gula - aida tdk ltk
1 camca teh garam
3sb air sejuk dalam fridge - (bahan tambahan aida tambah sendiri)

Untuk Filling
2 biji telur (size M/B)
4 camca besar gula - aida tambah lagi 1sb gula
1 camca teh esen vanila - aida tdk ltk kehabisan stock
2 cawan air suam - aida ltk 150ml air sejuk
5 camca besar susu pekat manis - aida ltk 50ml susu segar
4 camca besar tepung kastard


Cara-cara
  1. Adun semua bahan - bahan untuk crust hingga menjadi doh
  2. Balut doh dengan platik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
  3. Setelah cukup 30 minit,canai doh dan potong atau cetak mengikut kehendak anda
  4. Terapkan pada muffin pan (sekiranya takde acuan tart yang metal tu)
  5. Bakar dlm ketuhar selam 10 minit atau 15 minit atau sehingga kekuningan sedikit pada suhu 160 degree celcius.
  6. Bancuh kesemua bahan - bahan untuk filling dan tuang ke dalam crust tadi.
  7. Bakar semula tart tadi sehingga fillingnyer betul - betul masak. (dalam anggaran 10 minit)

Wednesday, October 6, 2010

Serawa Labu


bahan- bahan
1/2 buah labu  size sedehana - basuh, buang kulit, potong, ketepikan
1/2 caw gula putih - ikut manis
250ml air untuk rebus labu
250ml susu segar atau santan segar
sedikit garam

cara-cara
masukkankan labu dalan saucepan, tuang air, gula dan garam ke dalamnya, rebus labu guna api paling kuat sekali, bila labu lembut, masukkan susu atau santan, rebus dengan api kuat lagi hingga mendidih, hidangkan

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis
Resepi asli Kuala Perlis...
Bahan-bahan ( 4 Org ) - sumber resipi member mry
1 Kg laksa beras
1 Kg ikan kembung
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas) - aida letak cili serbuk ikut pedas10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - aida tdk ltk
1 batang serai di ketuk
1/2 inci lengkuas (ketuk)
Asam keping secukupnya
1 ketul gula 'Gherek' - aida tdk letakDaun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan (belah 4)
Garam, Gula dan MSG secukup rasa
Air secukupnya
5 biji cili merah
Belacan sebesar ibu jari

Bahan Ulam
1 biji timun (potong lidi)
2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
10 biji cili api (potong bulat nipis)
Daun selom secukupnya (racik halus)

Cara-cara

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.

Tuesday, October 5, 2010

Banana Yogurt Muffins

bahan-bahan (sila sukat bahan guna gelas/cawan/jar matrik)
  • 200gm tepung pankek
  • 1/2 sk garam
  • 100ml @ 1/2 cawan gula
  • 100ml @ 1/2 cawan susu segar
  • 1 telur - pukul sikit sahaja
  • 50ml @ 1/4 cawan minyak
  • 1 biji pisang montel masak ranum size besar atau jenis pisang utk dimasak - di lecek halus
  • 100ml @1/2 cawan plain yogurt
cara-carapanaskan oven 200C, campurkan tepung gandum, gula dan garam, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt gaul rata lagi, akhir sekali masukkan pisang lecek, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Sunday, October 3, 2010

Serawa Labu Microwave Oven

bahan-bahan
1/8 buah labu jepun atau labu malaysia (anggaran berat 300gm)
2 sb gula
200ml susu segar atau santan segar
secubit garam

cara-cara
buang kulit labu, potong, basuh, toskan, terus tutup dengan plastic wrap dalam bekas ceramic yang sesuai, preheated dalam microwave oven selama 3 minit, buka plastic wrap, taburkan gula, garam dan tuang susu, tudung balik dengan plastick wrap, preheated lagi selama 2 minit, hidangkan

Serawa Ubi Keladi Microwave Oven

  beginilah rupanya ubi keladi kecil ini


bahan-bahan
300gm ubi keladi gula jepun, taro roots @ sato imo - jenis paling kecil sekali
200ml susu segar atau santan segar
2-3 gula - ikut manis
sedikit garam

cara-cara
basuh ubi keladi, tidak perlu buang kulit, tutup dengan plastik wrap dalam bekas ceramic, preheated dalam microwave selam 5 minit, buka, plastic wrap, kupas kulit ubi keladi dengan tangan, letak dalam bekas ceramic yang lain, taburkan gula dan garam, tuang susu segar, tutup balikn dengan plastic wrap, preheated balik selama 2 minit, hidangkan

Serawa Keledek Microwave Oven

bahan-bahan
300gm keledek
200ml susu segar atau santan segar
2-3sb gula - ikut manis
sedikit garam

cara-cara
kupas keledek, potong, basuh, tutup dengan plastic wrap dalam bekas ceramic, preheated selama 4-5 minit bergantung pada size potongan ubi, buka plastic wrap, tabaurkan gula, garam dan taung susu segar, tutup balik plastic wrap, preheated lagi 2 minit, hidangkan

Serawa Pisang Microwave Oven

bahan-bahan
1-2 biji pisang montel keras sikit or pisang jenis untuk dimasak
200ml susu segar atau santan segar
2 sb gula
sedikit garam

cara-cara
campurkan gula, garam, susu segar ke dalam bekas ceramic yang sesuai, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 2 minit, buka plastic wrap, keluarkan pisang dari kulitny, potong serong, masukkan dalam susu tadi panas tadi, tutup balik palstic warap, preheated selama 1 minit, hidangkan

Pulut Kacau Gula Kabung

bahan-bahan
1 kg beras pulut - dibasuh, direndam semalaman, basuh ,toskan
600gm gula kabung atau gula merah + sedikit sahaja air + 1-2 helai koyakkan daun pandan simpul
300gm gula putih
1 kg pati santan segar
daun pandan secukupnya - koyak-koyakan untuk kukus pulut - saya guna kain muslin

cara-cara

  1. cairkan gula kabung dan gula putih dengan sedikit sahaja air bersama 1-2 simpul daun pandan, renih atas api hingga gula kabung cair dan pekat, tapis,buang daun pandan simpul tadi, masukkan pati santan pekat tadi masak atas api hingga pekat, bertali dan berbuih,
  2. koyak-koyakan daun pandan susun atas lubang dulang pengukus, terus tuang beras pulut kukus pulut dalam pengukus, sambil mengukus renjis-renjiskan 2-3 kali dengan sedikit air, kacau pulut kukus lagi hingga secukup masak dan tidak perlu padamkan api pengukus periuk tersebut, tambah air kukusan sekiranya perlu, kukus terus pulut itu jangan sekali-kali padamkan apinya, nanti pulut kukus itu akan jadi keras, kukus pulut tersebut
  3. sehinggalah gula dan santan jadi pekat, berbuih dan bertali, bagi mengelakkan pulut jadi keras, sambil itu buang dengan seberapa segera daun pandan pada pulut kukus tadi terus tuang pulut kukus dalam buihan pekat bertali santan dan gula diatas dapur itu, dengan menggunakkan api sederhana, masak dan kacau pulut hingga kering dan jernih,
  4. tuang dalam dulang, rata-ratakan, sejukkan, potong, dan hidangkan

Friday, October 1, 2010

Kaitan Hari Raya Aidil Fitri Dengan Puasa Enam

P/s panduan untuk diri sendiri, keluarga dan dikongsi bersama... aida jumpa semua ini & step2nya sekali dalam sebuah blog hambAllah yang baik hati, harap tuan punya blog tidak marah dan halakan saya letak sudut pengetahuan tulisannya ini disini untuk dikongsi bersama semua pembaca yang beragama Islam...masih belum terlambat lagi kita berpuasa enam, jom kita semua sama-sama puasa enam & raya raya juga...qador puasa jangan kita lupakan, jangan marah ye....

Hari Raya Aidil Fitri dan Puasa Enam

Alhamdulillah…dalam sesibuk beraya kita masih tidak lupa pada kewajipan kita sebagai seorang muslim. Dikesempatan ini, masih belum terlambat. Ana sebagai penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Ana juga memohon maaf jika ada tersalah bahasa dalam penulisan atau apa sahaja pun agar dimaafkan.

Hm…apa kaitan Hari Raya Aidil Fitri dengan puasa enam? Jom sama-sama kita kaji dan selidiki dalil-dalil berkaitannya.

Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan an-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Puasa Ramadhan ganjarannya sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hubban dalam “Shahih” mereka)

Dari Abu Hurairah radhallaahu ‘anhu, Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun.” (HR. al-Bazzar)

Jom kita selami kesebihannya pula.

  1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.
  2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan shalat sunnah rawathib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, karena pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam di berbagai riwayat. Mayoritas puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.
  3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah Ta’ala menerima amal seseorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengatakan, “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh karena itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan sesuatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk, maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.
  4. Dan di antara manfa’at puasa enam hari di bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan, sebab mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.
  5. Semoga sedikit sebanyak apa yang saya kongsi di sini dapat memberi input yang berguna buat pembaca. Jom kita pakat-pakat puasa enam pada tahun ni.

p/s : kandungan diolah dari link : http://abuthalhah.wordpress.com/2009/09/24/keutamaan-puasa-6-hari-di-bulan-syawwal/

Sources :- From http://akhi-faiz.com/