Thursday, October 7, 2010

Egg Pie @ Egg Tart

dari dapur saya hari ini, saya bakar dalam pie tray maka jadilah ia egg pie, kalau dibakar dalam tart tray jadilah pula ia egg tart, saya bakar pastry dough pada suhu 250C selama 25-30 minit hingga secukup masak, selepas letak filling masak balik pada suhu 250C selama 25-30 minit hingga secukup masak, sedap dimakan ketika minum petang dan sebagainya, sumber resipi member myresipi.com katanya combination dr resepi Chef in Black and Naked Chef Program kat AFC

Egg Tart
Bahan-bahan ( 12 biji )
Untuk Crust
300 gram tepung gandum
150 gram marjerin / mentega
1 biji telur (size L / size A) - aida tdk ltk
3 camca besar gula - aida tdk ltk
1 camca teh garam
3sb air sejuk dalam fridge - (bahan tambahan aida tambah sendiri)

Untuk Filling
2 biji telur (size M/B)
4 camca besar gula - aida tambah lagi 1sb gula
1 camca teh esen vanila - aida tdk ltk kehabisan stock
2 cawan air suam - aida ltk 150ml air sejuk
5 camca besar susu pekat manis - aida ltk 50ml susu segar
4 camca besar tepung kastard


Cara-cara
  1. Adun semua bahan - bahan untuk crust hingga menjadi doh
  2. Balut doh dengan platik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit
  3. Setelah cukup 30 minit,canai doh dan potong atau cetak mengikut kehendak anda
  4. Terapkan pada muffin pan (sekiranya takde acuan tart yang metal tu)
  5. Bakar dlm ketuhar selam 10 minit atau 15 minit atau sehingga kekuningan sedikit pada suhu 160 degree celcius.
  6. Bancuh kesemua bahan - bahan untuk filling dan tuang ke dalam crust tadi.
  7. Bakar semula tart tadi sehingga fillingnyer betul - betul masak. (dalam anggaran 10 minit)