Sunday, October 3, 2010

Pulut Kacau Gula Kabung

bahan-bahan
1 kg beras pulut - dibasuh, direndam semalaman, basuh ,toskan
600gm gula kabung atau gula merah + sedikit sahaja air + 1-2 helai koyakkan daun pandan simpul
300gm gula putih
1 kg pati santan segar
daun pandan secukupnya - koyak-koyakan untuk kukus pulut - saya guna kain muslin

cara-cara

  1. cairkan gula kabung dan gula putih dengan sedikit sahaja air bersama 1-2 simpul daun pandan, renih atas api hingga gula kabung cair dan pekat, tapis,buang daun pandan simpul tadi, masukkan pati santan pekat tadi masak atas api hingga pekat, bertali dan berbuih,
  2. koyak-koyakan daun pandan susun atas lubang dulang pengukus, terus tuang beras pulut kukus pulut dalam pengukus, sambil mengukus renjis-renjiskan 2-3 kali dengan sedikit air, kacau pulut kukus lagi hingga secukup masak dan tidak perlu padamkan api pengukus periuk tersebut, tambah air kukusan sekiranya perlu, kukus terus pulut itu jangan sekali-kali padamkan apinya, nanti pulut kukus itu akan jadi keras, kukus pulut tersebut
  3. sehinggalah gula dan santan jadi pekat, berbuih dan bertali, bagi mengelakkan pulut jadi keras, sambil itu buang dengan seberapa segera daun pandan pada pulut kukus tadi terus tuang pulut kukus dalam buihan pekat bertali santan dan gula diatas dapur itu, dengan menggunakkan api sederhana, masak dan kacau pulut hingga kering dan jernih,
  4. tuang dalam dulang, rata-ratakan, sejukkan, potong, dan hidangkan