Bahan-bahan ( 8 keping )
500gm ubi keledek
3 sudu besar gula merah
Sedikit air
Cara-cara
- Parut ubi keledek kasar. Goreng dan toskan.
- Didihkan gula merah dengan air hingga pekat.
- Masukkan keledek tadi dan kacau hingga kering dan rata.
- Tekan dalam acuan bulat dan sejukkan.