Monday, August 30, 2010

Masak Lemak Ikan

bahan-bahan
2 ekor ikan - siang, bersihakn, toskan, ketepikan
200ml pati santan - saya ltk santan pekat dalam tin
*1/4 biji bawang besar size paling besar - blend/tumbuk
*4 biji bomb cili hijau atau cili padi secukupnya - blend/tumbuk, ikut pedas
*1 sk serbuk kunyit
1 batang serai - tumbuk pecah sedikit
1 keping asam gelugur
1 biji tomato - potong baji
secekak besar/seikat pucuk kemangi
sejemput kecil gula
sedikit garam
sedikit ajinomoto
air secukupnya untuk dijadikan kuah


cara-cara
blend dengan sedikit air cili, bawang besar dan serbuk kunyit atau tumbuk dengan lesung batu jadikan paste, terus tuang dalam periuk bersama asam gelugur, rebus seketik hingga ia mendidih, masukkan ikan, serai dan pati santan pekat dan air secukupnya untuk dijadikan kuah, timbuk-timbukkan ia selalu supaya ia tidak meruap, apabila ikan sudah masak, masukkan tomato, rebus seketika dan perasa dengan sedikit garam, gula dan ajinomoto secukupnya, masukkan pucuk kemangi, masak hingga pucuk kemangi layu, padamkan api, hidangkan

Sunday, August 29, 2010

Cucur Badak

bahan A (menghasilkan 12 ketul)
300gm ubi keledek
70gm tepung gandum
sedikit garam

bahan B Inti
1/2 kelapa parut putih - saya ltk 2 genggam kelapa kering
*4-5 biji cili merah, cili kering atau cili padi - tumbuk - saya ltk 2 bomb cili hijau (cili jenis paling pedas)
*segenggam kecil udang kering atau ikan bilis - basuh, tumbuk halus - saya ltk sejemput ikan bilis
*1/2 bawang besar - saya ltk 1/4 bawang besar
*1 sk kunyit serbuk
1 keping asam gelugur - saya ltk 1/2 keping asam keping
*2 batang serai - dihiris halus & nipis - saya ltk 1 batang serai separuh blend/tumbuk halus, separuh blend/tumbuk kasar
2 sb gula - saya ltk 2sb soft brown sugar
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit air - jika tumbuk dengan lesung batu
sedikit air - jika blend bahan-bahan

bahan C
minyak penuh secukupnya untuk menggoreng
12 ekor udang segar - untuk letak atas cucur badak mentah sebelum menggoreng

cara-cara
  1. sediakan bahan A - basuh, rebus tanpa garam dengan kulitnya sekali hingga empuk, buang kulitnya, lecek halus, biarkan ia suam dahulu, kemudian taburkan sedikit garam, gaul rata, tuang tepung, uli hingga hingga ia sebati dan tidak melekat pada tangan, bahagi kepada 12 bulat-bulatkan satu persatu, ketepikan
  2. Blend dengan sedikit air atau tumbuk dengan lesung jadikan paste bahan B yang bertanda * seperti diatas, masukkan dalam periuk, letak dalam periuk yang sama kelapa segar atau kering, masukkan asam gelugur, tuang air secukupnya, masak atas dapur hingga ia separuh kering, perasa dengan garam, ajinomoto dan soft brown sugar atau gula secukup rasa, ikut citrasa masing-masing, masak hingga kering, padamkan api, bahagi kepada 12 bahagian
  3. ambil satu dough, leperkan, masukkan intinya satu bahagian, balut kemas, bulat-bulatkan, leperkan, ulangi hingga habis, kemudian susun & tekan seekor udang atas setiap cucur badak mentah
  4. panaskan minyak penuh secukupnya, goreng guna api sederhana perlahan, goreng cucur badak hingga kuning keemasan dan secukup masak, toskan, hidangkan

Saturday, August 28, 2010

Agar-Agar Santan

bahan-bahan
7gm agar-agar strips atau 1 bungkus kecil agar-agar strpis + 200ml air
200ml gula
300ml air
300ml santan pekat - saya guna santan cair dalam tin
secubit garam
1 sk pewarna merah
1 sk rose essence or 1 helai daun pandan simpul - saya guna rose essence

cara-cara
  1. basuh rebus agar-agar strips, masukkan 200ml air renih guna api sederhana perlahan masak agar-agar hingga agar-agar mendidih dan larut, campurkan gula dan secubit garam, masukkan hingga gula & garam cair, bahagi kepada dua bahagian periuk yang berasingan
  2. masak atas dapur bahagian pertama tuang 300ml air, pewarna merah, rose essence atau daun pandan simpul rebus hingga agar-agar larut sepenuhnya dan mendidih, jika guna daun pandan sila buang daun pandannya dahulu, jika guna rose essence terus tuang dalam dulang atau acuan yang disukai, biar ia sejuk dan mula membeku, ketepikan
  3. masak bahagian kedua, tuang 300ml santan pekat, rebus hingga mendidih, apabila agar-agar merah sudah membeku separuh beku, tuang bahagian kedua yang bersanta ini, diatasnya, sejukkan, bekukan, potong, hidangkan

Friday, August 27, 2010

Sponge Cupcakes

bahan-bahan (menghasilkan 12 biji cupcakes)
2 biji telur
200ml gula
200ml tepung gandum - diayak
50ml minyak masak
1 sk vanilla essence

cara-cara
pukul telur dengan gula hingga kembang, putih, berkrim dan pekat, masukkan vanilla essence, gaul dengan spatula or sudip kayu ikut arah jam, tuang minyak gaul rata lagi, masukkan tepung gaul rata lagi, panaskan ketuhar microwave oven or oven 200C, tuang dalam dulang acuan cup cakes atau kertas cupcakes, bakar selama 15-17 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

Asam Pedas Ubi Keladi



bahan-bahan
600gm ubi keladi kecil jenis bulat atau besar - kupas kulit, basuh, rebus dgn air secukupnya hingga empuk, air rebusannya jgn dibuang utk dijadikan kuah
1/4 bawang besar
1 sb serbuk cili, cili kering blend or cili padi secukupnya - ikut pedas
1 sk serbuk kunyit
4 keping asam gelugur
sejemput ikan bilis
secekak kecil daun kesum
sejemput soft brown sugar
garam dan ajinomoto

cara-cara
rebus ubi keladi dengan air secukupnya hingga lembut dan empuk, ketepikan. Sagat, tumbuk atau blend bawang dengan sedikit air, campurkan cili serbuk, kunyit serbuk, gaul rata , terus tuang bahan blend tadi dalam ubi keladi yang telah direbus dengan air rebusannya, jika kuah kurang tambah air secukupnya, masukkan ikan bilis, asam gelugur, daun kesum, perasa dengan garam, soft brown sugar dan ajinomoto, rebus hingga secukup masak dan secukup kuah, hidangkan.

Thursday, August 26, 2010

Jejari Sambal Paru Goreng Kering

bahan A - rebus dengan air secukupnya
1/2 kilo paru - basuh, rebus hingga lembut, potong nipis memanjang, goreng dengan sedikit minyak hingga sedehana garing

bahan B - tumbuk atau blend
17 cili kering - basuh, rebus seketika hingga ia lembut, basuh balik, toskan, ikut pedas
1/2-1 biji bawang besar - bergantung pada size
3 ulas bawang putih
1/2" halia muda
sedikit air - jika blend bahan B

bahan C
sejemput soft brown sugar
sedikit ajinomoto
sedikit garam
sejemput asam jawa thailand - perah dengan sedikit air perah jusnya, ikut masam
sedikit minyak untuk menumis dan goreng paru

cara-cara
  1. Sediakan bahan A, basuh, rebus dengan air secukupnya, potong nipis memanjang seperti jejari, goreng bahan A, hingga garing, ketepikan, air rebus paru jgn dibuang guna untuk masak sambalnya.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan B dengan sedikit minyak, air asam jawa, soft brown sugar hingga naik bau harum, tuang air rebusan paru tadi, masak hingga airnya kering & goreng lagi hingga naik bau wangi, taburkan sedikit ajinomoto & sedikit garam, goreng lagi hingga secukup masak, garing, kering dan pekat, padamkan api,
  3. Gaul paru yang telah digoreng tadi dengan sambal pekat hingga ia berpalut sepenuhnya, hidangkan dengan nasi panas

Wednesday, August 25, 2010

Salami, Mushroom & Prawns Gratin

dari dapur saya hari ini, makanan kegemaran suami saya, sedap dimakan ketika ia masih panas lagi...

bahan-bahan
300gm penne gratin - rebus
7 keping halal turkish beef salami - potong
2 genggam isi udang
1 pack mushroom
750ml fresh milk
1/2 butter milk
1 biji bawang besar size sederhana - belah 6-8, potong baji
1 ulas bawang putih - cincang
2-3 sb tepung gandum
sedikit grind black pepper
sedikit garam
sedikit ajinomoto atau 1/2 kiub chicken
2 keping roti - disagat
sedikit olive oil untuk menumis

cara-cara
  1. rebus gratin hingga extended lebmut yang dikehendaki, toskan, ketepikan, jgn rebus terlalu lama nanti ia lembut & kembang tidak sedap pula hendak dimakan.
  2. panaskan sedikit olive oil atas kuali, tumis bawang putih hingga naik sedikit bau harum, masukan bawang besar, goreng lagi, taburkan salami, goreng seketika, masukkan pula cendawan goreng hingga sedikit layu, taburkan pula isi udang mask hingga secukup masak, perasa dengan garam dan sedikit grind lada hitam, tuang gratin rebus, gaul rata-rata, ketepika
  3. panaskan butter dalam saucepan atas api, bila ia cair sedikit, masukkan tepung gandum, gaul dan kacau hingga ia bebuih, masukka pula, kiub chicken or sedikit ajinomoto, goreng seketika bagi naik bau chicken cube terus grind sedikit lada hitam, tuang susu segar sedikit demi sedikit kacau dengan pemukul telur sepaya ia tidak bergentel,
  4. jika perlu taburkan sedikit garam, bila ia mula mendidih & mula pekat tuang atas gratin yang telah ditumis tadi, gaul rata-rata, tuang dalam dulang kaca yang sesuai untuk dibakar, tabur dengan serbuk roti yang telah disagat tadi,
  5. panaskan ketuhar pada suhu 200C, bakar selama 15-30 minit bergantung pada size, masak hingga secukup masak & serbuk roti kuning keemasan, hidangkan

Taugeh Goreng

bahan-bahan
1 pack taugeh kasar kacang soya -jenis yg paling halus/soya bean sprouts - basuh, toskan, ketepikan
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum, masukkan sedikit garam, tuang taugek kasar goreng guna api kuat hingga ia sedikit layu, taburkan sedikit ajinomoto, goreng seketika, hidangkan

Ayam Goreng

bahan-bahan
2 boneless chicken leg atau mana2 part ayam yang disukai
seketul halia muda size segenggam - kikis kulitnya, sagat atau tumbuk, perah jusnya sahaja, ketepikan
sedikit lada hitam crush - pulas dgn grinder sebanyak 7 kali
1 penutup kicap cair jepun
1/4 sk rata garam
1/4 sk ajinomoto
1 cawan tepung gandum atau lebih
minyak secukupnya untuk menggoreng

cara-cara
buang kulit, basuh, toskan, potong 8 isi ayam setiap sekeping besar tadi, ketepikan, letak isi ayam dalam besin selepas ditoskan, tuang jus halia, gaul rata, gaul pula dengan kicap cair jepun, letak garam & ajinomoto, perap ayam seketika 15-30 minit, ambil satu persatu ayam tadi, celup seketul-seketul dalam tepung, ulangi sebanyak 3-4 kali hingga ia tebal dan menutupi daging ayam, ulangi hingga habis, goreng dalam minyak panas, sila guna api sederhana perlahan, balik-balikkan selalu masak hingga garing dan kuning keemasan, hidangkan

Tuesday, August 24, 2010

Terung Goreng

bahan-bahan
4 biji buah terung - basuh, potong
1 keping boneless chicken leg - buang kulit, basuh, potong dadu & cincang sikit
2 spicy giant green chili (jenis paling pedas)- dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2" halia dicincang
1 sb sos tiram
1 penutup kicap cair
1 sb minyak bijan
sejemput brown soft sugar
sedikit crush lada hitam
sedikit garam & ajinomoto - jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan kuali, tuang sedikit minyak, goreng buah terung setengah masak, keluarkan dari kuali, ketepikan, tuang lagi sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau harum, masukkan pula daging ayam, goreng lagi hingga separuh masak, masukkan pula cili hijau cincang, goreng seketika, tuang pula sos tiram dan kicap cair, soft brown sugar biar ia mendidih seketika, masukan buah terung, goreng lagi hingga kering, perasa dengan sedikit garam, ajinomoto, lada hitam, dan tuang minyak bijan, goreng seketika hingga bau minyak bijan keluar, tutup api, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails