Saturday, December 17, 2011

Seri Muka

bahan A (lapisan bawah)
300gm or 1 1/2 cawan beras pulut jepun or siam basuh - basuh, toskan & ketepikan
100ml pati santan pekat (1/4 tin pati santan pekat dlm tin)
100ml air  
1 sk garam

cara-cara
sediakan bahan A campurkan beras pulut,pati santan pekat, air dengan garam kacau rata dalam zip lock plastic container jenis tahan panas, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 5 minit, keluarkan, buka, serih pulut, sekirannya pulut kurang masak atau kering sila letak sedikit air, tutup balik plastic wrap balik preheated selama 2-5 minit lagi atau  hingga secukup masak dalam microwave oven, apabila pulut masak tuang pulut yang telah dimasak tadi ke dalam springform pan anggaran size 20cm. Tekan pulut dalam hingga rapat, ketepikan sediakan bahan B seperti cara-cara dibawah...

bahan B (lapisan atas)
3 biji telur size
2 sk pandan paste
sedikit perwarna hijau
sedikit pewarna kuning
180gm or 3/4 cawan gula
300ml (3/4 tin pati santan pekat dlm tin)
2 sb tepung jagung
2 1/2 sb tepung gandum



cara-cara
  1. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  2. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  3. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan
  4. Note : sila guna cawan matrik sukat bahan, boleh juga sukat bahan guna cawan yg disukai, pandai2lah agak2 sendiri sukat bahan lebih kurang sama berat timbangannya...

Tuesday, December 13, 2011

Sira Labu

bahan-bahan
1/2 labu - basuh, buang kulit dan bijinya, potong
gula secukupnya - agak-agak ikut manis
*sedikit garam
air sama paras labu

cara-cara
basuh, buang kulit labu dan buang bijinya, potong susun terus dalam saucepan, tuang air secukup tenggelam labu itu, taburkan gula secukupnya, ikut manis, sedikit garam, lerangkan biar mesra gula, garam, air dan labu, masak labu dengan api paling kuat sekali , biar labu masak hingga airnya serap sehingga hampir kering, tuang terus dalam pinggan,  hidangkan

Wednesday, December 7, 2011

Kuih Koci

bahan A Inti
1 cawan kelapa kering
1 cawan air
100gm gula melaka
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit air tepung jagung


bahan B doh
200gm/ 3/4 caw tepung pulut
200ml / 3/4 caw santan cair
sedikit garam


bahan C bungkus
daun pisang secukupnya
sedikit minyak


cara-cara
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut dan mendidih, tapis kemudian campurkan kesemua bahan A, kecuali air tepung jagung, masak hingga sederhana masak tuang pula air tepung jagung, masak hingga kering, bahagi 12 bahagian, sejukan dan ketepikan
  2. Gaul rata tepung dan garam, kemudian tuang santan cair, jadi doh, bahagi 12 bahagian, bentukan seperti buah melaka, masukkan inti, tutup permukaanya,  bulat-bulatkannya, sapu doh dengan minyak kemudian bungkus dengan daun pisang, ulangi hingga habis
  3. Kukus selama 15-20 minit, hidangkan

Tepung Bungkus

Bahan Inti: - sumber resipi citarasawan blogspot.com
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka di potong kecil
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan


Cara-cara:
Untuk inti:  Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti kental. Tutup api dan sejukkan.  Bulat2kan apabila sejuk.

Bahan Kuih
150gm tepung beras
500ml santan
1/2 sudu teh garam
10 keping daun pisang, potong persegi bujur

Cara-cara:
1. Untuk kuih:  Layur daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz dikehendaki. Lap dan bersihkan.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
3. Ambil satu sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan satu sudu lagi tepung.
4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit.
5. Sejukkan dan hidangkan

Lepat Liat

bahan-bahan 
150gm gula melaka
200ml air
200gm tepung pulut
sedikit garam
kelapa kering secukupnya
daun pisang secukupnya
sedikit minyak

cara-cara
layukan daun pisang atas api atau celur dalam air panas mendidih atas api, lapkan, potong, ketepikan, sedikan tepung pulut, gaul dengan sedikit garam,  kuak-kuakan tepung dengan spatula buat lubang ditengahnya, ketepikan, masak gula merah dengan air hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya, terus tapiskan ke dalam tepung pulut gaul dengan spatula hingga sebati, bentangkan daun pisang, gris atau sapu dengan sedikit minyak dibahagian ditengah-tengahnya, sudukan sesudu penuh adunan tepung ke dalam daun pisang, letak kelapa, tutup, lipat kemas lepat, kukus selama 15-20 minit, hidangkan

Monday, December 5, 2011

Agar-Agar Buah Pisang Kaki I

bahan-bahan
2 sk rata agar-agar powder
100gm gula (oleh krn buah manis meletin kali ini kurangkan gula sikit) 
500ml air
2 persimmon @ buah pisang kaki - dibuang kulitnya dulu, 1 ptg baji (masak & lembut), 1 ptg cube kecil (masak ranum, bila dipotong cube kecil agak hancur jgn risau)

cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak sampai cair dan mendidih, masukkan gula masak hingga mendidih dan gula larut, tutup api, tuangkan buah pisang kaki masak ranum yang telah di potong cube tadi kedalam larutan agar-agar kacau seketika, susun buah pisang kaki yang telah dipotong baji tadi ke dalam dulang yang sesuai, tuang terus aga-agar cair campuran buah pisang kaki tadi, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Monday, November 28, 2011

Agar-Agar Buah Pisang Kaki

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
2 persimmon @ buah pisang kaki - dibuang kulit & potong baji atau cube kecil


cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak hingga agar-agar sampai cair dan mendidih, masukkan gula,  kalau buah pisang kaki mengka masak hingga gula larut, tutup api, kalau buah persimmon masak ranum potong kalau tak boleh potong sagat,  tuang isi buah persimmon tadi, tutup api,  kacau seketika, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Agar-Agar Limau Manis

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
2 limau manis - dibuang kulit dan selaput kulit dalamnya, lerai-leraikan isinya
1 penutup orange essence
1/2 penutup warna orange 
1/2 penutup warna kuning

cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak hingga agar-agar sampai cair dan mendidih, masukkan gula,  pewarna orange, kuning dan orange essence, masak hingga gula larut, tutup api, tuang isi limau manis tadi, kacau seketika, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Tuesday, November 22, 2011

Soft Brown Sugar Caramel Pudding

bahan A
6 biji telur ayam
500ml susu segar
1 cawan gula putih
1/4 sk garam - atau secukup rasa

bahan B

1/2 cawan soft brown sugar
1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Campurkan gula dan telur, gaul rata dengan pemukul telur hingga gula larut, kemudian tuang susu segar, kacau perlahan hingga adunan sebati, taburkan sedikit garam, kacau seketika, tapis, ketepikan 
  2. Sambil itu panaskan soft brown sugar untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti tapisan adunan pudding based tadi hendaklah dituang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus, panaskan pengukus, kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut, sekiranya tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  4. sejukkan atau simpan didalam peti sejuk, rasa pudding menjadi lebih sedap jika disimpan dan dibiarkan dalam bekas tertutup semalaman didalam peti sejuk.
  5. Cara menghidangkannya, letak pinggan atas dulang pudding, telangkupkan terus kedalam puding dalam pinggan yang sesuai atau keluarkan sekeliling  tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak kemudian terbalikkan puding tersebut potong ikut suka, hidangkan  

Beef Rendang

bahan A
1 kilo daging – potong sederhama nipis, basuh, toskan, ketepikan   

bahan B – blend  
10 serai – mayang halus – bhg hujungnya dititik – ketepikan
330gm bawang besar – kupas kulitnya, basuh, potong
100gm halia muda – basuh, kikis kulinya, potong
50gm bawang putih – kupas kulitnya, basuh, potong  
30gm cili kering – basuh, blend terus
sedikit air utk blend semua bahan B  

Bahan C
minyak masak secukupnya utk menumis
2 small packs inst. coconut milk powder
2 caw air panas utk dijadikan kuah – bancuh dgn inst. coconut milk powder, ketepikan
30gm serbuk kari kurma
1 keping asam gelugur – basuh, ketepikan
10 helai daun limau purut kering – basuh, rams sikit, ketepikan
Sehelai daun kunyit – basuh, koyak-koyakan, ketepikan
sedikit garam @ suaikan rasa
1 sk rata gula putih @ suaikan rasa
4 sb rata gula merah @ suaikan rasa
sedikit ajinomoto

cara-cara
sediakan bahan A, ketepikan, blend bahan B, ketepikan, sediakan bahan C ketepikan, panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan B hingga naik sedikit bau, masukkan daging, bila daging mula mendidi dan keluar air, tuangkan instant coconut powder, masukkan asam gelugur, taburkan gula putih dan gula merah ke dalamnya dan tuangkan air panas kedalamnya, masak daging dengan api sederhana perlahan hingga daging masak separuh masak, terus tuang serbuk rempah kurma, gaul-gaul kan masak lagi hingga mendidih, taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai,  suaikan rasa dengan sedikit ajinomoto masak hingga daging empuk dan kuah rendang masak secukupnya, berminyak dan pecah minyak, suaikan rasa dengan garam secukupnya, hidangkan        

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails