Monday, November 28, 2011

Agar-Agar Buah Pisang Kaki

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
2 persimmon @ buah pisang kaki - dibuang kulit & potong baji atau cube kecil


cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak hingga agar-agar sampai cair dan mendidih, masukkan gula,  kalau buah pisang kaki mengka masak hingga gula larut, tutup api, kalau buah persimmon masak ranum potong kalau tak boleh potong sagat,  tuang isi buah persimmon tadi, tutup api,  kacau seketika, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Agar-Agar Limau Manis

bahan-bahan
5gm agar-agar powder
130gm gula
500ml air
2 limau manis - dibuang kulit dan selaput kulit dalamnya, lerai-leraikan isinya
1 penutup orange essence
1/2 penutup warna orange 
1/2 penutup warna kuning

cara-cara
masukkan agar-agar powder dalam saucepan yang sesuai,  tuang air kedalamnya, masak hingga agar-agar sampai cair dan mendidih, masukkan gula,  pewarna orange, kuning dan orange essence, masak hingga gula larut, tutup api, tuang isi limau manis tadi, kacau seketika, basuh bekas loyang yang hendak digunakan, tuang cairan agar-agar kedalamnya, sejukkan dan bekukan, potong, sedia untuk dihidangkan 

Tuesday, November 22, 2011

Soft Brown Sugar Caramel Pudding

bahan A
6 biji telur ayam
500ml susu segar
1 cawan gula putih
1/4 sk garam - atau secukup rasa

bahan B

1/2 cawan soft brown sugar
1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Campurkan gula dan telur, gaul rata dengan pemukul telur hingga gula larut, kemudian tuang susu segar, kacau perlahan hingga adunan sebati, taburkan sedikit garam, kacau seketika, tapis, ketepikan 
  2. Sambil itu panaskan soft brown sugar untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti tapisan adunan pudding based tadi hendaklah dituang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus, panaskan pengukus, kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut, sekiranya tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  4. sejukkan atau simpan didalam peti sejuk, rasa pudding menjadi lebih sedap jika disimpan dan dibiarkan dalam bekas tertutup semalaman didalam peti sejuk.
  5. Cara menghidangkannya, letak pinggan atas dulang pudding, telangkupkan terus kedalam puding dalam pinggan yang sesuai atau keluarkan sekeliling  tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak kemudian terbalikkan puding tersebut potong ikut suka, hidangkan  

Beef Rendang

bahan A
1 kilo daging – potong sederhama nipis, basuh, toskan, ketepikan   

bahan B – blend  
10 serai – mayang halus – bhg hujungnya dititik – ketepikan
330gm bawang besar – kupas kulitnya, basuh, potong
100gm halia muda – basuh, kikis kulinya, potong
50gm bawang putih – kupas kulitnya, basuh, potong  
30gm cili kering – basuh, blend terus
sedikit air utk blend semua bahan B  

Bahan C
minyak masak secukupnya utk menumis
2 small packs inst. coconut milk powder
2 caw air panas utk dijadikan kuah – bancuh dgn inst. coconut milk powder, ketepikan
30gm serbuk kari kurma
1 keping asam gelugur – basuh, ketepikan
10 helai daun limau purut kering – basuh, rams sikit, ketepikan
Sehelai daun kunyit – basuh, koyak-koyakan, ketepikan
sedikit garam @ suaikan rasa
1 sk rata gula putih @ suaikan rasa
4 sb rata gula merah @ suaikan rasa
sedikit ajinomoto

cara-cara
sediakan bahan A, ketepikan, blend bahan B, ketepikan, sediakan bahan C ketepikan, panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan B hingga naik sedikit bau, masukkan daging, bila daging mula mendidi dan keluar air, tuangkan instant coconut powder, masukkan asam gelugur, taburkan gula putih dan gula merah ke dalamnya dan tuangkan air panas kedalamnya, masak daging dengan api sederhana perlahan hingga daging masak separuh masak, terus tuang serbuk rempah kurma, gaul-gaul kan masak lagi hingga mendidih, taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai,  suaikan rasa dengan sedikit ajinomoto masak hingga daging empuk dan kuah rendang masak secukupnya, berminyak dan pecah minyak, suaikan rasa dengan garam secukupnya, hidangkan        

Sunday, October 30, 2011

Puding Cili

masakkan hasil kerja tangan mak

bahan A (menghasilkan 34 biji pudding)
setahil agar-agar - basuh, air ltk sama paras dgn agar-agar
250gm @ 1/2 peket gula batu  - tips berguna bonda bagi npk cantik & shining
1 cawan gula putih
pewarna merah dan hijau

bahan B
300gm kacang hijau - rendam semalaman
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum

bahan C
34 batang lidi satay
34 tangkai tampuk cili hidup
vase, bowl sesuai & beras secukupnya - jadikan lebih kurang pasu bunga

cara-cara
  1. sediakan bahan B - basuh,  rendam kacang semalaman, basuh, tapis,  rebus dengan air secawan air hingga masak kacang baru masukkan gula gaul rata baru masukkan tepung kacau-kacau  sampai masak, angkat bagi sejukkan,
  2. bahagi kepada 34 bahagian, bentuk-bentukkan seperti cili, susun dalam talam sesuai, cucuk  adunan berbentuk cili tadi ke setiap satu lidi, cucukkan dan tegakkan  dalam bowl yang berisi beras ulangi hingga habis  
  3. sediakan bahan A - masak agar-agar hingga larut, masukkan gula batu dan gula pasir, masak hingga gula batu dan gula larut, bahagi kepada dua bahagia, warnakan, kacaukan,  masak lagi atas api paling perlahan biar agar2 masak atas dapur guna api paling perlahan sentiasa bagi mengelakan ia keras
  4. sediakan bahan C - cara melapis celup-celupkan dan sudu-sudukan, adunan berbentuk cili ke dalam agar-agar hingga secukup lapis dan secukup licin dan tidak isinya, tegakkan, cucukkan atas pasu beras tadi, ulangi hingga habis,  biarkan lapisan aga-agar keras kemudian cucuk setiap tangkai tampuk cili segar dengan  lidi pendek kecik2 itu terus cucukkan pula pada puding,  hiaskan terus dalam kotak hantaran atau hidangkan

Thursday, October 27, 2011

Biskut Makmor

bahan A - Doh
300gm tepung gandum - diayak
1/2 tin kecil minyak sapi - dicairkan
mentega - ikut lembut
gula icing secukupnya untuk golek-golekkan kuih

bahan B - Inti
1/4 gelas gula - blend halus
1/2 gelas kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulitnya, blend kasar
kismis hitam secukupnya - bergantung pada bilangan kuih

Cara-cara
  1. Ayak tepung, cairkan minyak sapi, gaul rata, masukkan mentega ikut lembut, uli hingga sebati
  2. Campurkan kesemua bahan inti, bentukkan doh seperti membuat buah melaka isikan intinya bersama sebiji kismis hitam setiap satu, tutup dan bulat-bulatkan susun dalam dulang pembakar
  3. Panaskan oven 160C, masukkan dulang ke dalam oven, letak dulang ditingkat No.2 dari bawah, bakar selama 9-12 minit, masa membakar bergantung pada saiz, agak-agaklah sampai ia masak
  4. Apabila kuih masak, cepat-cepat golek-golekkan ke atas gula supaya ia melekat. Hidangkan

Tuesday, October 25, 2011

Seri Kaya Karemel

Bahan-bahan - sumber resipi dapur tanpa sempadan blogspot.com 
( Menghasilkan kurang lebih 2 cawan )
3 biji telur Gred A 

300 ml pati santan (guna santan kotak pun ok) -  ltk santan tin
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul - aida tak ltk tdk ada stock 
 
Caramel
60 g gula pasir
125 ml air panas

cara-cara
  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2 kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas botol.

Baulu Berinti

Bahan-bahan - sumber resipi citaraswan blogspot.com
5 biji telur
150gm gula kaster
1/4 sudu teh garam halus
160gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
100ml minyak jagung

Inti :  Jem blueberry/strawberry/raspberry/kaya/peanut butter

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan kecuali minyak jagung, putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat, perlahan kan mixer dan masukkan minyak jagung putar hingga bergaul rata.
  2. Leser acuan baulu dengan minyak jagung dan panaskan dalam oven selama 5 minit.  Tuang adunan separuh penuh dan bakar selama 4 minit.  Keluarkan dari oven dan letak 1 sudu teh inti jem di tengahnya.
  3. Bakar dengan api atas dan bawah selama 8-10 minit padasuhu 160C atau sehingga kekuningan.

Monday, October 24, 2011

Biskut Miyak Sapi

bahan-bahan
250gm tepung gandum
125gm gula halus
70gm minyak sapi - dicairkan
7sb butter
sedikit perwarna biru, hijau, kuning, merah, dan oren

cara-cara
gaul tepung gandum bersama gula hingga sebati, tuang minyak sapi cair gaul rata, masukkan butter uli adunan hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 6 bahagian, ketepikan satu bahagian dan warnakan lagi 5 bahagian dengan lima warna, bentangkan baking paper, panjangkan setiap doh atasnya lebih kurang sebesar ibu jari, susun memanjang setiap satu diatas baking paper tersebut, kemudian gulung doh buka baking paper, twist sikit doh, potong setebal 1/2 ruas jari kelingking,  bulat-bulatkan hinga habis, alas dengan baking paper yang sama ke dalam dulang pembakar, susun kuih, bakar pada suhu 170C selama 9-12 mint atau hingga secukup masak, keluarkan dan sejukkan atas redai sediakan untuk dihidang 

Saturday, October 22, 2011

Tepung Pelita

Bahan A - Jus Daun Pandan - sumber resipi citarasawan blogspot.com
10 heai daun pandan – blend halus daun pandan dgn *air, tapis, ketepikan
*800ml air - aida ltk air + pandan paste itu shj yg ada

Bahan B – Lapisan Bawah Warna Hijau
120gm tepung beras - aida ltk 60gm shj krn kukus dlm microwave oven
100gm gula halus
Sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur cair

Bahan C – Lapiasan Atas Warna Putih
60gm tepung beras - aida ltk 30gm shj krn kukus dlm microwave oven  
400ml santan pekat KARA
1 sk garam -

Bahan D
20 biji kotak/takung daun pisang – potong 4” x 5”
gula seckupnya utk letak dlm takung

Cara-cara
  1. Sediakan kota daun pisang. Masukkan 1 sk gula pasir, ketepikan
  2. satukan bahan B, kacau rata, tapis masukkan kedalam periuk non stick
  3. Masak bahan B warna hijua  itu atas api perlahan sehingga separuh masak atau sederhana pekat angkat dan kacau supaya tidak berketul
  4. masukkan 1 sb adunan warna hijau yang telah dimasak ke dalam setiap kota hingga habis, susun rapat-rapat dalam dulang dan kukus dalam pengukus yang telah dipanakan terlebih dahulu, kukus selama 10minit, atau hingga secukup masak, angkat dan biarkan seketika
  5. terus masak lapisan atas warna putih, satukan bahan C kemudian tapiskan, masak hingga sederhana pekat dan tuang ke atas lapisan pandan tadi
  6. Kukus sebentar selama 8-10 minit dengan api perlahan sehingga permukaanya kental atau jadi keras
  7. sejukkan dahulu sebelum dihidangkan     
Cara Membuat Kotak/Kelongsong Daun Pisang, bagi yang baru nak belajar bolehlah ikut cara yang mudah ini iaitu cara K1 Drafkan diatas sekeping kertas supaya mudah melihatn lakaran kotak

Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya
Lidi atau stapler

Cara-cara
  1. potong daun pisang kepada angaran saiz kotak, Kemudian lap dan layaurkan diatas api
  2. potong daun pisang 4” x 5” atau mengikut saiz yang dikehendaki
  3. Lipat tepi kiri dan kanan daun pisang dan tepinya bertemu dibahagian tengah
  4. kemudian lipat keempat-empat bucunya (jangan sampai ketengah) lipat ikut lakaran kertas. Ambil bahagian hujung daun yang lembut dan bukan pada bahagian pangkalnya yang keras supaya kotak tidak pecah apabila di lipat
  5. Kelepet kedu-dua bucu, dan bertemu di bahagian tengah, rapatkan sedikit bahagian atasnya biar lebih kecil dari bahagian bawah dan kemaskan dengan stapler atau lidi
  6. Kotak sedia di gunakan
  7. Untuk kotak kuih tepung pelita, alas dengan dua keping daun pisang supaya air gula dibahagian bawahnya tidak bocor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails