Wednesday, August 31, 2011

Kelebihan Puasa Sunat Enam Hari Bulan Syawal


"sudut pengetahuan yang sangat berguna untuk kegunaan sendiri & dikongsi bersama, mari kita  beramal bersama, ruginya kalau tidak ambil kesempatan yang Allah kurniakan kepada kita semua selama ini, sempurnakah ke tidak puasa yang telah belalu selama ini, kecilnya kita disisi Allah  & hi takutnya azab siksaan kubur,  wallahualam entah cukup entah tidak amalan selama ini", petikan diatas adalah luahan hati sendiri tidak kena mengena dengan sesiapa samaada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, copy & paste artikel ini dari Ukwah.com, terima kasih banyak & Jazakhallahu Khairan Katira Ukwah.com


KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:
http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri

Turkish Mosque Tokyo, Japan

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah
Semoga Lebaran Kali Ini Menjadi Lebih Bermakna Lagi Buat Semua
&
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
dari aida sekeluarga
untuk semua 

Friday, August 26, 2011

Bubur Kacang Merah

bahan-bahan
150gm kacang merah - basuh toskan
gula secukupnya - ikut manis
sagu mata ikan yang telah direbus secukupnya - basuh, toskan
1 pack kecil inst. powder coconut milk - ikut lemak, bancuh dengan air secukupnya
1 helai daun pandan - koyakkan & simpulkan
sedikit garam
air secukupnya utk rebus  kacang merah

cara-cara
masukkan kacang merah dalam pressure cooker dan tuang sedikit air, agak-agaklah sendiri  masak dalam masa 10-15 minit bergantung pada size kacang merah , tutup api, buang pressure @ anginnya, masukkan gula, garam, taburkan sagu mata ikan dan daun pandan simpul, masak seketika hingga mendidih, tuang  secukup santan yang telah dibancuh dengan air, renih hingga mendidih, hidangkan 

Wednesday, August 24, 2011

Taufu Masak Kicap

bahan-bahan
2 ketul taufu sekeping ukuran sejengkal - di potong dan digoreng
1/4 bawang besar - potong
1 bawang putih - diketuk
1 cili merah segar - potong
1 cili hijau segar - potong
1 ikat kecil sohun - rendam dalam air hingga lembut, basuh, ketepikan
secekak kecil daun bawang - potong (optional)
kicap secukupnya
sejemputikan ikan bilis yang telah dikupas - basuh, ketepikan
sedikit garam, gula dan ajinomoto sedikit minyak untuk menumis
sedikit air

cara-cara
potong taufu, goreng, ketepikan, tuaang minyak secukupnya tumis bawang putih bila naik bau, masukkan bawang, cili dan ikan bilis, goreng hingga naik bau wangi, masukan sohun dan  kicap,  goreng seketika, tuang air secukupnya, masukan taufu goreng, sedikit garam, gula dan ajinomoto goreng hingga sohun dan taufu secukup masak sederhana kering, masukan daun bawang masak seketika, tutup api,  hidangkan    

Che Ni

bahan-bahan
3  telur
11 cili kering - ikut pedas
1/2 bawang besar
1-2 ulas bawang putih
3sb sos tomato
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
sedikit gula
sedikit garam
minyak secukupnya untuk menumis
bijan secukupnya

cara-cara
telur direbus hingga keras, buang kulit, goreng pula dalam minyak penuh hingga kuning, angkat, ketepikan, blend kasar cili kering, bawan besar dan bawang putih, panaskan minyak secukupnya, tumis bahan blend sambil itu masukan sedikit gula masak hingga naik bau harum dan cili secukup masak, tuang sos tomato dan air asam jawa masak tomato secukup masak, masukan telur yang telah digoreng tadi, dengan sedikit garam,  jika perlu tuang sedikit air, masak hingga pekat, taburkan sedikit bijan yang telah disangai dan hidangkan

Bubur Kacang Hijau

bahan-bahan
150gm kacang hijau - basuh toskan
gula secukupnya - ikut manis
sagu mata ikan yang telah direbus secukupnya - basuh, toskan
1 pack kecil inst. powder coconut milk - ikut lemak, bancuh dengan air secukupnya
1 helai daun pandan - koyakkan & simpulkan
sedikit garam
air secukupnya utk rebus  kacang hijau

cara-cara
masukkan kacang hijau dalam pressure cooker dan tuang sedikit air, agak-agaklah sendiri  masak dalam masa 5-7 minit, tutup api, buang pressure @ anginnya, masukkan gula, garam, taburkan sagu mata ikan dan daun pandan simpul, masak seketika hingga mendidih, tuang  secukup santan yang telah dibancuh dengan air, renih hingga mendidih, hidangkan 


Tart Jem Nenas

Doh Untuk Tart
bahan-bahan
3 caw tpg gandum
2 1/2 sb tpg custard
2 sb tpg jagung
2 sb skim milk
200gm butter
3 sb ghee
1 sk garam
1 sb gula
1 kuning telur
1 sk esen vanilla

cara-cara
Pukul butter, ghee, garam dan gula hingga putih dan kembang dengan menggunakkan permutar kek, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla putar lagi diikuti skim milk putar lagi, diikuti tepung custard putar lagi, diikuti tepung jagung putar lagi hingga ia sebati dan lembut kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum gaul rata dengan sudik plastik hingga terbentuk sebiji doh, uli dengan tangan hingga ia lembut, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart gulung, tekan memanjang jangan putus, bahagian zigzag dibawah dan bahagian licin disebelah atas, letak jem nenas diatasnya sebelum itu gentel jem nenas sebesar jari kelingking, kemudian gulung seperti membuat kek gulung 4-5 kali lepas itu potong, susun dalam dulang pembakar, ulangi hingga habis, simpan tart jem nenas yang belum dimasak kedalam peti sejuk dahulu kemudian panaskan oven 150C dan bakar selama 15 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

Jem Nenas 
bahan-bahan
2 biji nenas
2 caw gula pasir
sedikit garam

cara-cara
Buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Biskut Sarang Semut

bahan-bahan
1 gelas butter atau margarine 
1 gelas gula
3 gelas tepung jagung
2 gelas tepung gandum
1 sk baking powder
2 kuning telur
chocolate rice secukupnya
cawan kertas secukupnya

cara-cara
ayak tepung jagung, tepung gandum dan baking powder, ketepikan,  pukul butter dan gula dengan tangan hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan kuning telur, gaul rata terus tuang semua tepung, adun dengan spatula atau sedip kayu hingga sebati, berhenti, satukan adunan tadi dengan jadikan sebiji adunan, ambil sedikit adunan picitkan ia melalui tapis yang sederhana besar lubangnya supaya keluar pendek-pendek atau bagi memudahkan kerja lagi genggam segenggam adunan sagat dengan penyagat, kemudian sudukan adunan atau masukkan ke dalam cawan kertas, taburkan chocolate rice, ulangi hingga habis, panaskan oven 170C, bakar selama 9-12minit atau secukup masak sejukkan atas redai, hidangkan, selebihnya disimpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, August 23, 2011

Buah Melaka

bahan-bahan
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan  air panas suam kuku
sedikit paste pandan
sedikit perwarna hijau
sedikit garam
1 keping gula gerek - potong kecil untuk balut doh
kelapa kering @ kelapa parut putih secukupnya - gaul dgn sedikit garam

cara-cara
didihkan air secukupnya untuk merbus buah melaka, potong gula gerek kecil-kecil ketepikan, satukan kesemua bahan-bahan gaul hingga jadi seketul doh, ambil sedikit doh sebesar ibu jari, leperkan, balut kemas  dengan seketul kecil gula gerek terus gelintir bulat-bulat, terus masukan dalam air mendidih, ulangi hingga habis, bila bebola buah melaka timbul atau terapung  keluarkan dengan penapis kecil terus golek-golekan atas kelapa, hidangkan  

Bubur Jagung

bahan-bahan
2 tongkol jagung manis jepun
5 cawan air atau santan cair
sagu mata ikan secukupnya - yang telah direbus
2/3 cawan gula putih - ikut manis
1 pack kecil inst. santan powder - jadikan 1 cawan santan
sedikit  garam
cara-cara

  1. basuh jagung, satu tongkol hiris nipis-nipis, satu tongkol lagi potong, kemudian kikis tongkol jagung itu ambil kanjinya, gaul rata, bahagi dua, blend separuh, tujuannya supaya ia berkanji dan pekat apabila dimasak nanti & separuh lagi ketepikan
  2. masukkan air dalam periuk, masukan jagung potong & jagung blend tadi, rebus atas api hingga ia sedikit mendidih, masukan  gula, sagu mata ikan, santan dan garam dan daun pandan, masak lagi hingga mendidih dan sederhana pekat,  hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails