Monday, May 30, 2011

Orange Chiffon Cake

Bahan A - sumber resipi dapur tanpa sempadan blogspot.com
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

Bahan B
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga   larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Slice Cheese Cake

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm ) - sumber resipi member mry
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Friday, May 27, 2011

Siput Lala Rebus Dengan Daun Kunyit & Serai

bahan-bahan
1 kilo siput lala - basuh dan ketepikan
1 serai -  diketuk
1 daun kunyit - dikoyak2kan
1 cili merah atau hijau - potong serong
1 keping asam gelugur
1/4 bawang besar - potong nipis
air secukupnya
garam secukup rasa

cara-cara
rebus air secukupnya bersama daun kunyit, serai, bawang , cili , asam gelugur dan garam hingga mendidih, tuangkan siput lala kacau hingga mendidih, bila ia mula terbuka, tutup api, hidangkan   

Thursday, May 26, 2011

Masak Lemak Siput

bahan-bahan
isi siput secukupnya
1 pack kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan pekat/pati santan - 1 cawan
* cili padi ikut pedas  - blend
*1/4 bawang besar size sederhana - blend
serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - hiris nipis
1 tomato -  potong, optional
garam, gula secukup rasa

cara-cara
Blend semua bahan bertanda* kemudian tuang bahan blend tadi dalam periuk, masukkan serbuk kunyit secukupnya, isi siput, santan, daun kunyit hiris dan serai  yang telah diketuk, rebus atau renih dengan api sederhana perlahan dan timbuk-timbukan santan supaya ia tidak meruap, masukkan tomato, daun kunyit hiris sedikit gula serta garam timbuk lagi hingga ia mendidih, tutup api, hidang dengan nasi panas

Cakar Ayam Ubi Keledek

Bahan-bahan ( 8 keping )
500gm ubi keledek
3 sudu besar gula merah
Sedikit air

Cara-cara
  1. Parut ubi keledek kasar. Goreng dan toskan.
  2. Didihkan gula merah dengan air hingga pekat.
  3. Masukkan keledek tadi dan kacau hingga kering dan rata.
  4. Tekan dalam acuan bulat dan sejukkan.

Tuesday, May 24, 2011

Banana Raisin Yogurt Muffins

bahan-bahan (sukat bahan guna gelas, cawan, jar matrik)
200ml @ 2 cawan tepung gandum
2 sb rata susu tepung
1 sk rata baking powder
1 sk rata bicarbonate soda
1/2 sk rata garam
100ml @ 1/2 cawan soft brown sugar
1/3 cawan susu segar
1 telur  size s - pukul sikit shj
1 penutup vanilla essence
50ml @ 1/4 cawan minyak
1 cawan @ 200ml pisang montel masak ranum - dilecek dgn garpu  @ apa2 jenis pisang
100ml @1/2 cawan plain yogurt
50gm kismis - gaul dalam adunan muffin
sedikit kismis -  utk hias atas muffin sebelum dibakar

cara-cara
panaskan ketuhar microwave oven 200C, ayak tepung gandum dgn baking powder, bicarboonate soda, garam dan susu tepung,  gaul tepung dgn soft brown sugar, buat lubang ditengahnya, tuang telur, susu segar,  dan minyak, gaul hingga sebati, masukkan plain yogurt dan vanilla essence gaul rata lagi, akhir sekali gaul pisang lecek dan kismis, gaul rata, sendukkan dengan seduk kecil ke dalam bekas muffin yang disukai, taburkan beberapa biji kismis atas tiapa-tiap adunan muffin sebeleum dibakar.  Bakar selama 20-25 minit atau hingga secukup masak, keluarkan sejukkan dahulu atas redai kek, hidangkan

Friday, May 20, 2011

Raisin Muffins

Bahan-bahan
100gm kismis
160ml susu segar  
92gm butter
100gm gula
2 telur  - pukul sikit campur dengan vanilla essence dibawah 
3sk vanilla essence
252gm tepung gandum
3sk baking powder
2 cubit garam  

Cara-cara
pukul  gula dan butter hingga kembang, masukkan telur yang telah dipukul sedikit itu  campur dengan vanilla essence, diikuti susu segar dan secubit garam gaul lagi hingga sebati, ayak tepung gandum bersama baking powder ke atas adunan tadi, gaul rata, tabukan kismis, gaul hingga sebati, panaskan ketuhar microwave pada suhu 180C, sudukan adunan dalam silicon muffin case, bakar selama 35-40 minit atau hingga secukup masak, hidangkan.  

Pudding Kiwi


bahan-bahan
94gm inst. serbuk dadih segera perisa kiwi
1 biji telur - pukul sikit
24gm gula
350ml susu segar
350ml air
sedikit pewarna hijau
2 biji buah kiwi -  (optional) utk hiasan

cara-cara 
masak air hingga mendidih, tuangkan serbuk dadih, diikuti gula masak hingga larut,  tuang sedikit pewarna hijau, tuang susu segar masak hingga mendidih,   tutup api, tuang sedikit demi sedikit telur terus kacau dengan pemukul telur supaya tidak berketul, terus tuung pula ke dalam dulang, sejukkan, potong , kalau suka hias dengan buah kiwi potong, sedia untuk dihidangkan   

Wednesday, May 18, 2011

Agar-Agar Pandan

bahan-bahan
3 mangkuk besar air  - sama sukatan dgn mangkuk sukat agar-agar
50gm agar-agar strip - basuh, ketepikan, sukat agar2 dgn mangkuk besar yang sesuai - satu mangkuk agar + 3 mangkuk air
500gm gula
15 helai daun pandan - jadikan 1 cawan jus pandan
1/2 kilo pati santan pekat
sedikit garam
4 telur - pukul sikit
2-3 penutup vanilla essence
sedikit garam halus
sedikit pewarna hijau

cara-cara
  1. Basuh agar-agar strip, masak air bersama agar-agar, rebus hingga larut sepenuhnya, tuang gula masak hingga gula cair
  2. basuh, potong kecil daun pandan, masukkan sedikit air, blend halus, perah & keluarkan semua patinya, tapis, jadikan 1 cawan jus pandan
  3. Campurkan dalam basin jus pandan, telur, vanilla essen dan sedikit garam pukul sampai sebati, masukkan santan & beberapa titik pewarna hijau, kacau rata,
  4. Tuang adunan yang telah dipukul tadi ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah larut tadi,biar ia mendidih hingga pekat, tutup api, terus tuang dalam dulang dengan seberapa segera, sejukkan, potong , sedia untuk dihidangkan

Fruit Cocktails

bahan-bahan
2 tin susu cair evaporated milk
1 tin laici
1 tin/bekas nata de coco (plain)
1 tin nenas
1 tin buah-buahan campuran cocktail  selok-eloknya guna brand hosen (peringatan buahan campuran klu blh jgn ambil yg ada campuran buah peach)
ketulan ais ketul secukupnya

cara-cara 
campurkan semua bahan-bahan diatas, hidangkan bersama ketulan ais, cara menghidang letak ketulan ais secukupnya dalam bekas yang disukai kemudian baru masukkan air cocktail dan isinya, hidangkan dengan seberapa segera.  

Pandan Paste Chiffon Cake

Bahan A (sila sukat bahan guna gelas matrik)
3 biji kuning telur
1 sk vanilla essence
3sb minyak masak
*1/2 sk garam halus
*100ml air panas suam kuku
*4sb instant coconut milk powder
*2 sk paste pandan
*1 sk pewarna hijau
200ml tepung gandum  
2 sk double acting baking powder

Bahan B
3 biji putih telur
100ml  gula
1/2 sk cream of tatar


Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave pada suhu darjah 180C
  2. Satukan bahan bertanda * jadikan 1/2 cawan kesemuanya, ketepikan
  3. Ayak tepung bersama double acting baking powder sebanyak 2-3 kali, ketepikan
  4. pukul putih telur bersama cream of tatar sampai putih, naik dan kemudian mauskkan gula sesudu sampai habis dan pukul lagi sampai naik kental
  5. pukul kuning telur ditempat yang lain, kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan A sampai habis kacau bagi rata dan sebati
  6. akhir sekali masukkan putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur kaup dan balikkan, tuang dalam acuan kek chiffon
  7. bakar selama 45 minit dan secukup masak, keluarkan dari acuan, sejukkan atas redai kek, potong, hidangkan