Wednesday, May 18, 2011

Pandan Paste Chiffon Cake

Bahan A (sila sukat bahan guna gelas matrik)
3 biji kuning telur
1 sk vanilla essence
3sb minyak masak
*1/2 sk garam halus
*100ml air panas suam kuku
*4sb instant coconut milk powder
*2 sk paste pandan
*1 sk pewarna hijau
200ml tepung gandum  
2 sk double acting baking powder

Bahan B
3 biji putih telur
100ml  gula
1/2 sk cream of tatar


Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave pada suhu darjah 180C
  2. Satukan bahan bertanda * jadikan 1/2 cawan kesemuanya, ketepikan
  3. Ayak tepung bersama double acting baking powder sebanyak 2-3 kali, ketepikan
  4. pukul putih telur bersama cream of tatar sampai putih, naik dan kemudian mauskkan gula sesudu sampai habis dan pukul lagi sampai naik kental
  5. pukul kuning telur ditempat yang lain, kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan A sampai habis kacau bagi rata dan sebati
  6. akhir sekali masukkan putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur kaup dan balikkan, tuang dalam acuan kek chiffon
  7. bakar selama 45 minit dan secukup masak, keluarkan dari acuan, sejukkan atas redai kek, potong, hidangkan