Monday, May 31, 2010

Peria Goreng Cili & Udang

bahan A
1 1/2 biji buah peria - basuh, potong serong, ketepikan
sejemput soft brown sugar
secukup rasa garam
sedikit minyak untuk menumis

bahan B tumbuk/blend
cili merah segar secukupnya or 7 biji cili kering - rendam dalam air atau air panas, basuh tumbuk/blend
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis or udang kering
sedikit belacan (optional)

bahan C
sedikit minyak untuk menumis
2 sb cuka/air asam jawa/1 keping asam gelugur/lemon/limau nipis/kasturi - guna apa yang ada dlm stock
sejemput kecil gula
1 penutup kicap cair jepun
1 sk sos tiram
garam secukup rasa - jika perlu
sedikit air untuk dijadikan kuah - jika perlu

bahan D
1 cawan isi udang segar

cara-cara

  1. panaskan sedikit minyak masukkan peria goreng hingga sedikit layu, taburkan soft brown sugar goreng lagi kemudian taburkan garam secukup rasa, goreng seketika, keluarakan dari kuali, ketepikan, tujuannya supaya kurangkan rasa pahit peria tersebut, satu lagi bila goreng dengan gula dan garam ia akan jadi sedap
  2. panaskan sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, goreng bahan c yang telah ditumbuk/ blend dgn sedikit air hingga wangi, masak, pecah minyak dan secukup masak, tuang pula bahan c goreng lagi hingga seketika
  3. masukkan isi udang segar dan peria tadi goreng hingga secukup masak dan berpalut, jika perlu tambah sedikit sahaja air supaya ia nampak berkuah dan basah, hidangkan dengan segera bersama nasi panas

Choc-Chip, Raisins & Dessicated Coconut Cookies

ingredients
100gm butter
140gm soft brown sugar
1 egg
1 tsp essence vanilla
250gm flour + 1/2 tsp. bicarbonate soda } sifted
50gm choc-chip
50gm golden brown raisins
20gm desiccated coconut
  1. preheat microwave oven or oven 180C
  2. beat butter & sugar until light & creamy, add egg & vanilla essence, beat a little bit,
  3. then add the sifted flour and bicarbonate soda into mixture, mix well
  4. add in choc-chip, raisins and desiccated coconut then mix until smooth
  5. shape up the dough like small balls then flatten little bit
  6. bake 12-15 minutes or until light golden browned, transfer cool on wire rack
  7. serve with hot tea or coffee

Thursday, May 27, 2010

Sotong Goreng Garam Kunyit


bahan-bahan
1 ekor sotong segar size paling besar - bersihkan, potong, garam kunyitkan, ketepikan
1/2 bawang besar - potong baji
2 biji cili hijau - potong panjang
cherry tomato secukupnya atau 1 biji tomato - dipotong
halia sebesar ibu jari - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang halus
serbuk kunyit secukupnya
sedikit garam, gula dan crush lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar, masukkan sotong & cili hijua goreng seketika, taburkan pula tomato, goreng seketika, perasa dengan gula dan sedikit lada hitam, rasa dulu, jika perlu tambah garam secukup rasa, hidangkan

Kacang Kuda Tumis


bahan-bahan
1 tin  kacang kuda rebus dlm tin - buka, buang airnya, bilas denga air, toskan
atau kacang kuda rebus - jual siap dah
atau kacang kuda secukupnya - basuh , direndam 3 jam atau lebih, rebus dalam dalam pressure cooker bersama garam secukupnya atau direbus dalam periuk biasa hingga empuk
sedikit bawang besar atau bawang merah - dimayang
sedikit biji sawi - dibasuh, ditoskan
sedikit daun kari secukupnya - saya tidk letak tak ada stock
1 cili kering - patah dua
garam secukup rasa
sedikit bawang untuk menumis

cara-cara
panaskan sedikit sahaja minyak, tumis bawang, biji sawi, daun kari dan cili kering hingga kuning dan harum, tuang atas kacang kuda rebus, gaul rata, hidangkan, oleh kerana kacang kuda itu sejuk, jadi saya goreng seketika 1-2 minti bagi panas, rasa dulu, perasa dengan sedikit garam jika perlu,hidangkan

Creamy Fresh Cream Egg Puddings

bahan-bahan
3 biji telur ayam
250ml fresh cream or evaporated milk
1/2 cawan gula putih - ikut selera, sila tambah lagi jika suka manis
1 penutup vanilla essence
1/4 sk garam - secukup rasa
beberapa titik warna kuning (optional)

cara-cara

  1. campurkan semua bahan-bahan sebatikan dengan pemukul telur, adun hingga sebati.
  2. sediakan dan panaskan pengukus dengan merebus air secukupnya
  3. tuang adunan cecair tadi ke dalam acuan ramekins
  4. kukus dengan api perlahan hingga masak secukupnya, uji dengan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  5. sejukkan atau simpan didalam peti sejuk, hidangkan

Wednesday, May 26, 2010

Serawa Ubi Keledek

bahan-bahan
ubi keledek secukupnya - kupas, potong
air atau santan cair secukupnya untuk rebus ubi
gula putih atau gula merah secukupnya
santan kelapa pekat secukupnya
sagu halus secukupnya
garam secukup rasa
sehelai daun pandan simpul (optional)

cara-cara
didihkan sedikit air, basuh sagu terus tuang sagu, masak seketika hingga sederhana jernih, kemudian tambahkan pula air atau santan cair, ubi keledek, daun pandan, gula, rebus hingga mendidih, masak hingga secukup masak agak-agaklah sendiri atau sehingga ubi empuk serta sagu jernih, tuang pula pati santan, masak seketika, hidangkan

Lompong Sagu

bahan-bahan
1 cawan sagu halus
12 cawan air @ 3 liter @ 1/2 periuk sederhana besar - letak air lebih pun ok
1 cawan gula
sedikit garam
sedikit essence rose
pewarna yang disukai
kelapa parut segar gaul dgn sedikit garam or kelapa kering tidak perlu letak garam - secukupnya

cara-cara
rebus air hingga benar-benar mendidih, taburkan sagu rebus selama 10 minit, tudung periuk, tutup api, biar ia terendam dalam air didihan rebusan tadi selama 10 minit sampai ia jernih, kemudian tapis dan buang air rebusannya dan terus basuh dan bilas dengan air paip mengalir hingga bersih, toskan, basuh periuk merebus tadi kemudian masukkan balik sagu rebus tadi ke dalam periuk yang sama, tuang gula, garam, essence rose dan pewarna yang disukai, masak balik atas api hingga gula dan sagu kering serta berpalut dan tidak melekat pada sudip kayu atau jadi seketul dough besar, terus tuang dalam dulang, ratakan, sejukkan, golekkan atas kelapa, hidangkan

Tuesday, May 25, 2010

Kuih Keria Ubi Kentang

bahan-bahan ( Menghasilkan 10 biji Kuih Keria ) - sumber resipi member mry
300gm ubi kentang anggaran 3 biji kentang size sederhana – direbus dgn kulit
1 cawan tpg gandum
sedikit garam
gula secukupnya untuk golekkan kuih keria
minyak penuh untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
  1. Kentang dibersihkan, biarkan kulitnya, kemudian direbus tanpa garam hingga empuk. bagi mengekalkan rasa, bau aroma kentang tersebut
  2. Buang kulit kentang, kemudian lenyek kentang, biarkan ia suam seketika
  3. Masukkan, garam dan tepung didalam adunan. Uli hingga sebati.
  4. Kemudian dibentuk spt gelang dan goreng hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan minyak. Kemudian gaul dgn gula atau disira spt keria biasa.
  6. Petua: Ketika membentuk adunan tersebut tgan hendaklah sntiasa basahkan dgn air utk mendptkan bntuk keria yg cantik dan licin serta adunan tidak melekat ditgan.

Loaf Bread

ingredients
2 cups/300gm self-raising flour or homemade self-raising flour 300gm plain flour + 4tsp baking powder (sifted)
1 cup/220gm mashed potato or sweet potato
1/2 cup/110gm caster sugar
1 cup/190gm raisins or mixed dried fruit
1/2 cup/125ml fresh milk

method
Grease loaf pan. Combine all ingredients in medium bowl; mix with a spoon, then knead on floured surface until smooth. Place mixture in prepared pan or shape it the dough with finger like a loaf then transfer into baking paper. Bake in hot oven or microwave oven 220-230C for about 30 minutes, Turn loaf into wire rack to cool. If you follow my special tips, once spray or grease the raw loaf before baking and after all will makes loaf soft, moist, shining, beautiful and not dry like normal loaf bread.

Muffins Kukus

bahan A
1 cawan gula
1 pack kecil instant coconut milk powder
1 1/2 cawan tepung pancakes

bahan B1 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan pisang montel masak ranum yang telah dilenyek dengan garpu
1 penutup vanilla essence

cara-cara

  1. Sediakan pengukus, rebus air secukupnya untuk masak muffin
  2. campurkan semua bahan A dalam besin, gaul rata hingga sebati dengan pemukul telur
  3. masukkan pula bahan B pecahkan telur, gaul rata telur dengan sedikit tepung ditengah-tengahnya dengan pemukul telur
  4. tuangkan susu, gaul rata
  5. gaul rata pula dengan pisang montel yang telah dilenyek
  6. akhir sekali tuang vanilla essence kacau rata
  7. tuang adunan dalam acuan
  8. kukus hingga secukup masak
  9. hidangkan

Monday, May 24, 2010

Fried Spring Rolls

bahan-bahan
8 kulit popiah
2 dried shiitake mushroom - basuh, rendam dgn 1/2 caw air, bila lembut potong cube kecil-kecil, sila simpan air rendaman cendawan utk dimasak dgn inti popiah
30gm sohon - basuh dan direndam dalam air
100gm scallops rebus, isi ayam segar atau isi udang segar - potong nipis
3 fresh chruncy green pea - potong serong nipis
1/4 ketul inst rebung segar rebus jepun - shredded, bukan dari jenis rebung jeruk yang berbau itu
1/4 carrot - shredded
1 ulas bawang putih -dicincaing halus
1 sb oyster sauce
1 sk kicap cair
sedikit lada hitam tumbuk, garam,gula dan minyak bijan
sedikit air tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
  1. panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng bawang putih cincang hingga naik bau wangi,
  2. masukan ketulan cendawan potong cube kecil tadi, goreng seketika, masukkan pula rebung, goreng lagi,
  3. tuang oyster sauce dan kicap cair goreng lagi hingga naik bau wangi, masukkan sohoon, goreng seketika, tuang air rendaman cendawan, goreng lagi hingga ia kering,
  4. masukkan scalop, carrot dan crunchy green pea, goreng hingga sedikit layu,
  5. tuang pula sedikit air tepung jagung, perasa dengan garam, gula, lad hitam tumbuk dan minyak bijan secukupnya, goreng lagi hingga kering, padamkan api, bahagi kepada 8 bahagian, sejukkan,
  6. satu bahagian initi dibungkus kemas dalam satu kulit popiah dan lekat dengan sedikit air tepung jagung, ulangi hingga habis
  7. goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana perlahan, goreng hingga ranggup dan secukup masak, hidangkan  

Donut



bahan-bahan
300gm tepung roti
1 1/2 instant dry yeast
1 sk rata garam halus
2 sb rata gula
100ml susu segar panas - preheat dalam microwave 1 minit
100ml air panas - air dari thermos
2 sb rata butter


cara-cara

  1. campurkan dan gaul rata tepung roti, dry yeast, garam, gula,
  2. kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya, campur pula susu panas & air panas, tuang ke dalam adunan tepung,
  3. gaul rata dan uli hingga jadi sebiji doh, letak pula buttermilk sedikit demi sedikit, uli hingga tidak melekat pada tangan,
  4. tutup besin uli dengan plastic wrap, preheat microwave 1 minit, masukkan besin yang berisi dough tersebut, biar ia mengembang didalammya selama 5 minit,
  5. keluarkan besin dough dari microwave, ulangi preheat microwave 1 minit lagi, letak balik besin dough tadi biar ia naik dan mengembang sebanyak 2 kali ganda,
  6. tekan atau tumbuk dough dengan tangan, keluarkan anginnya, uli balik, jika perlu tabur tepung atas papan pencanai, canai dough 1/2", terap dough dengan acuan doughnut hingga habis,
  7. tutup dengan tuala lembab, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda,
  8. panaskan minyak secukupnya, goreng doughnut satu persatu atau lebih dengan menggunakkan api sederhana perlahan, alih-alihkan selalu hingga secukup masak,
  9. golek-golekkan atas gula secukupnya dengan seberapa segera, tujuannya supaya gula lekat pada doughut, hidangkan

Monday, May 17, 2010

Raisin & Walnut Muffins

bahan A
270gm tepung gandum
100gm gula
1 sk bircarbonate soda
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam halus

bahan B
200ml soya bean milk or fresh milk
60ml minyak masak
1 biji telur - pukul sikit

bahan C
50gm walnut - dicincang kasar
50gm golden brown raisin
kepingan walnut secukupnya - hias atas muffin (optional)

cara-cara

  1. panaskan microwave oven atau oven pada suhu 170-180C
  2. ayak bahan A, kecuali gula
  3. kuak-kuakkan tepung ditengahnya, masukkan bahan B dan gula kacau hingga rata
  4. masukkan bahan C gaul hingga sebati
  5. tuang adunan dalam acuan
  6. jika suka letak sekeping walnut atas setiap cawan muffin (optional)
  7. bakar selama 25 minit hingga kuning keemasan
  8. sejukkan dahulu kemudian hidangkan

Saturday, May 15, 2010

Asam Tumis Cuka Dengan Isi Ikan & Buah Terung


bahan A blend halus bersama sedikit air
7 tangkai cili kering - ikut pedas/ bergantung pada jenis cili kering pedas/kurang pedas
1/2 biji bawang besar - potong
3 ulas bawang putih - potong
1 batang serai - hiris
1" lengkuas - hiris
1" halia - potong
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya

bahan B3 keping isi ikan atau apa-apa jenis ikan
cuka secukup rasa masam
2 biji buah terung
air secukupnya untuk dijadikan kuah

cara-cara

  1. Sediakan bahan A blend halus semua bahan. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan A hingga keluar minyak .
  2. Potong buah terung, masukkan buah terung, tuang cuka secukupnya dan isi ikan, goreng lagi, hingga ia pecah minyak, garing serta naik bau
  3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah, rebus hingga ia pekat dan berpalut, hidangkan

Little Herbs Garden

Bila tanam pokok sebegini terasa dekat sangat dengan negara sendiri, rasa seronok pun ada, suka pun ada termasuk juga dengan pokok negara 4 musim. Tidak lama lagi musim panas, cuma tanam pokok yang diperlukan sahaja untuk masak, sekurang-kurangnya dapat juga mendatangkan hasil, boleh dimakan, kalau ada lebih boleh frozen boleh guna untuk memasak Lemon Grass atau pokok serai


Rosemary


Chinese Celery atau pokok sadri
Sweet Basil atau pokok selasih

Apple Mint atau pokok pudina epal

Vietnamese atau pokok kesum

Oregano

Italian parsley

Curly parsley

Friday, May 14, 2010

Rendang Pedas Kerang

bahan A
1kg kerang segar - basuh, rebus kerang 1/4-1/2 masak dengan sedikit air, kupas kulitnya, ketepikan
1 paket kecil santan serbuk + 1 cawan air panas atau 1 cawan pati santan - atau secukupnya
1 s/b rata gula
1 s/k rata garam
sedikit ajinomoto
1 helai daun kunyit - dihiris halus

bahan B blend halus
1-2 batang serai - dihiris
1"- 2" lengkuas - dihiris
1"- 2" halia - dihiris
1/2 biji bawang besar -potong
3 ulas bawang putih - potong
11-17 biji cili kering - potong, direndam dalam air panas atau direbus air secukupnya untuk blend bahan kisar
minyak masak secukupnya untuk menumis

cara-cara
Basuh, rebus kerang 1/4-1/2 masak dengan sedikit air, asaingkan isi dan cengkerangnya, ketepikan, Blend halus bahan B, panaskan minyak secukupnya untuk menumis, masukkan kesemua bahan B yang telah diblend ke dalam kuali, goreng hingga cili masak, kering dan naik bau harum, wangi serta pecah minyak, perasa dengan garam, gula dan ajinomoto, bancuh serbuk santan dengan 1 cawan air panas, tuang dalam periuk tumis tadi, masak hingga kuah benar-benar pekat, pecah minyak dan seakan-akan kering dan pecah minyak, masukkan kerang 1/2 masak bersama jus kerang yang keluar dalam isi kerang itu tadi, goreng seketika bersama daun kunyit, masak rendang itu hingga kuahnya kering, berminyak dan berbau wangi, hidangkan, perhatian jangan goreng kerang terlalu lama nanti ia keras tidak sedap pula apabila dimakan

Thursday, May 13, 2010

Taugeh Kasar Masak Asam

bahan-bahan
300gm taugeh kasar - basuh, buang akarnya, ketepikan
1/4 bawang besar atau bawang kecil - mayang halus
1 biji cili merah/hijau - hiris serong
sejemput ikan bilis atau udang kering /segar
segenggam kecil asam jawa - perah secukupnya
sejemput gula
sejemput kecil garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang, cili merah dan ikan bilis goreng hingga ia nailk bau, goreng taugeh kasar seketika, masukkan air asam jawa secukupnya agak-agaklah taugeh kasar itu tenggelam dalam air asam, masukkan garam, gula dan ajinomoto, rebus hingga masak, hidangkan

Wednesday, May 12, 2010

Kuih Kosui

bahan-bahan2/3 cawan gula kabung atau merah
1 cawan air - utk masak dengan gula kabung/merah
2 cawan air
1/2 caw gula - ikut manis
1/2 caw tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
garam secukup rasa
1 s/k air kapur
1/2 caw kelapa parut putih + 1/4 sk garam
atau kelapa kering - tidak perlu letak garam


cara-cara
  1. Masak gula dengan 1 cawan air hingga larut, tapis, campurkan 2 cawan air, sejukkan pada suhu bilik
  2. Campurkan semua bahan-bahan, kecuali kelapa parut/kering, kacau adunan dengan pemukul telur hingga larut, masak atas dapur guna api perlahan, kacau dengan pemukul telur hingga adunan jadi pekat, tujuan kacau dengan pemukul telur supaya adunan tidak berketul atau bergentel, keluarkan, terus
  3. tuang dalam loyang ratakan dengan sudip, basuh tangan kanan dengan air ratakan pula permukaan adunan tersebut dengan tangan pula sehingga ia jadi permukaan licin,
  4. kukus hingga secukup masak,
  5. kemudian preheat dalam microwave oven selama 3 minit,
  6. preheat lagi dalam microwave oven selama 3 minit, tujuannya supaya kuih kosui ini masak secukupnya serta kenyal,
  7. sejukkan, saya potong dengan sudu atau boleh juga dipotong dengan pisau, keluarkan satu persatu, golek dengan kelapa, hidangkan

Tuesday, May 11, 2010

Egg Sandwiches

bahan-bahan (menghasilkan 5 keping roti sandwich)
10 keping roti sandwich putih - jenis nipis
2 biji telur rebus - sejukkan , dikupas, ketepikan
mayonnaise secukupnya
sedikit garam
sedikit lada hitam - baru grinder or tumbuk
secubit ajinomoto (optional)
plastic wrap - secukupnya untuk balut sandwich

cara-cara
Lecek telur rebus dengan garpu, masukkan mayonnaise, garam, serbuk lada hitam & ajinomoto, gaul rata, bahagi kepada lima bahagian, sapu adunan telur tadi atas sekeping roti sepenuhnya, kemudian telangkupkan dengan sekeping roti lagi , susun semua sandwiches yang telah siap ditelangkupkkan, potong ikut bentuk yang disukai, bungkus kemas dalam plastic wrap dahulu atau dipotong terlebih dahulu , tujuannya supaya ia lembut sentiasa dan sandwich itu nampak lebih cantik dan kemas, hidangkan

Monday, May 10, 2010

Pulut Santan Mangga


bahan-bahan (2-3 orang makan)
1 cawan beras pulut
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul (optional)
sedikit garam
1 biji buah mangga masak - size besar, buang kulit, potong
pati santan pekat secukupnya - saya guna 2sb bumbun inst coconut milk powder dibancuh dengan 100ml air panas
gula secukupnya

cara-cara
basuh beras pulut, tanak atas dapur dengan secawan air, sedikit garam dan daun pandan simpul, masak pulut hingga sederhana kering, letak dalam loyang yang sesuai dengan segera, nyalakan api pengukus tanpa menunggu air mendidih terlebih dahulu, terus kukus pulut dalam pengukus hingga jernih dan secukup masak, serih pulut, buat santan pekat, masukkan sedikit demi sedikit air panas dalam inst. coconut milk powder, kacau sentiasa dengan sudu, tujuannya supaya ia tidak bergentel, hidangkan bersama buah mangga masak, cairan santan pekat yang telah dibuat tadi dan gula

Garlic Bread


bahan-bahan
2 ulas bawang putih - cincang halus
4 sb olive oil or minyak masak or butter or margerine or bread spread - ikut selera masing-masing
secubit garam halus - untuk sekeping roti jika guna olive oil (optional)
sedikit curly parsley or italian parsley - cincang
3-4 keping roti putih atau french bread - potong


cara-cara
  1. bawang putih buang kulit , basuh, cincang halus, letak dalam bekas yang sesuai, ketepikan
  2. basuh pula curly or italian parsley, cincang halus masukan dalam bekas bawang putih cincantuang olive oil atau minyak masak atau butter atau margerine atau bread spread
  3. gaul hingga sebati
  4. sapu campuran tadi pada roti
  5. jika letak olive oil, sebelum toast garlic bread, kalau suka boleh tabur secubit garam atas roti ataudiletak terus dalam olive oil, ikut selera masing-masing
  6. bakar dalam toaster oven hingga kuning keemasan
  7. hidangkan dengan seberapa segera

Vegetables Salad & Sesame Salad Dressing

bahan A - Vegetables Salad
1/4 lettuce - potong
6-7cherry tomato or 1 tomato - potong
1/6 bawang besar - mayang nipis, basuh, perahkan airnya, leraikan
1/2 keping roti toast - potong dadu kecil jadikan plain crutons utk tabur atas salad
1 telur rebus

bahan B - Sesame Salad Dressing
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sb cuka or 1/4 lemon juice or 1 biji limau nipis juice
2 sb air masak
2 sb kicap cair jepun
2 sb miyak masak or olive oil
1/2-1 sk sesame oil
1 sb curly parsley or italian parsley -dicincang
1/2 sk soft brown sugar
1/2 sk gula
1/2-1 sk crush black pepper
1 sb roasted sesame seeds
garam secukup rasa

cara-cara
sediakan bahan A letak dalam bowl yang sesuai, campur semua bahan B dalam bekas lain, gaul rata, dah jadi salad dressing, terus curah bahan B atas bahan A, hidangkan

Mushroom & Tomato Spaghetti


bahan A - rebus
500gm spaghetti - rebus ikut extended yang dikehendaki, toskan
3 telur - direbus (optional)

bahan B - Oregano Mushroom Tomato Sauce For Spaghetti
1 can whole tomato + 1/2 can air
2-3 ulas bawang putih - cincang
1/3 bawang besar - potong dadu
1 cili kering - potong
1 pack mushroom
curly parsley secukupnya - cincang
sedikit dried oregano
lada hitam tumbuk - secukupnya
garam secukup rasa
olive oil or minyak masak secukupnya untuk menumis


cara-cara
panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng bawang putih cincang, cili kering, curly parsley hingga sedikit kekuningan danbau harum, masukkan pula bawang besar goreng lagi hingga naik bau harum, masukkan mushroom goreng sedikit layu, taburkan garam, lada hitam dan oregano goreng seketika, masukkan whole tomato dan air, masak hingga sederhana pekat, lebih elok dalam masa yang sama masak spaghetti sauce dan rebus spaghetti + telur hingga secukup masak, toskan tuang terus dalam sauce spaghetti yang telah dimasak tadi, gaul rata, hidangkan dengan telur rebus yang telah dibuang kulitnya

Telur Separuh Masak

bahan-bahan
2 telur ayam (untuk seorang)
air panas mendidih secukupnya
2 keping roti putih @ toasted bread
lada hitam tumbuk - secukupnya
garam halus or kicap - secukupnya

cara-cara
basuh telur, letak dalam kole stainless steel atau dalam bekas yang sesuai, masak air hingga mendidih, tuang terus air mendidih tadi hingga telur hapus, tutup bekas tadi dengan penutupnya, piring atau pinggan ceramic yang sesuai, biar ia terendam selama 5-10minit, hidangkan dengan roti, atau toast bread dalam toaster oven, bakar hingga kuning keemasan sedia untuk dimakan

Cheesy Toasted Bread II



bahan-bahan
2 keping roti yamazaki brand (jenis halal) - size paling tebal
2 keping slice cheese for toast or shredded cheese - jenis halal
1 biji cili hijau - potong
3-4 biji cherry tomato - potong or 1/2-1 biji tomato - potong dadu


cara-cara
letak sekeping cheese atas sekeping roti atau taburkan cheese, tabur cili hijau dan cherry tomato or tomato potong dadu, ulangi langkah atas lagi sekali, toast dalam oven toaster hingga masak, hidangkan

Sunday, May 9, 2010

Mother's Day

Happy Mother’s Day 2010

Saturday, May 8, 2010

Kerabu Kerang Dengan Taugeh


bahan-bahan
  • 500gm kerang - dibasuh, direbus dengan sedikit air, buang kulitnya, toskan, ketepikan
  • 200gm taugeh - dibasuh, preheat dlm microwave 1 min or di rebus/curah 1 min dgn air panas mendidih, toskan, ketepikan
  • 3 tangkai cili kering - dibasuh, direbus, tumbuk atau blend dgn sedikit sahaja air panas, jadikan paste cili
  • segenggam beras kering - digoreng tanpa minyak hingga wangi dan kuning keemasan, blend halus, ketepikan
  • segenggam kelapa kering or kelapa segar - digoreng tanpa minyak, blend halus, jadikan kerisik
  • 1 ulas bawang putih -dimayang halus
  • sedikit bawang besar dimayang halus or 1-2 biji bawang merah- mayang halus
  • 2 sb instant coconut milk powder + 50ml air panas or pati santan segar secukupnya
  • 1/4 lemon or limau nipis -perah airnya sahaja
  • 1 sk gula
  • 1/2 sk garam halus
  • sedikit ajinomoto
cara-cara
campurkan dan gaul rata kesemua bahan-bahan seperti paste cili tumbuk, kerisik, blend beras goreng, instant santan or santan segar, bawang kecil atau besar, bawang putih, lemon atau limau nipis, gula, garam dan ajinomoto, kemudian masukkan kerang rebus gaul rata lagi, masukkan pula taugeh gaul rata, letak dalam pinggan yang sesuai dan hidangkan

Kerang Rebus

bahan-bahan
500gm kerang segar - dibersihkan dan ditoskan, ketepikan
1 batang serai - diketuk
sedikit sahaja air
garam secukup rasa

cara-cara
masak sedikit sahaja air dengan serai dan garam hingga mendidih, tuangkan kerang, tutup periuk, sambil itu lenggang-lenggangkan periuk, masak hingga kerang mula terbuka, tutup api, hidangkan dengan seberapa segera

Friday, May 7, 2010

Redskin Apple Puffins

ingredients
200gm apple
125ml vegetable oil
1 egg
110gm sugar
150gm pancake flour or 150gm plain flour
1 tsp bicarbonate of soda (pls add, if use plain flour)
1 tsp ground cinnamon powder
26ml fresh apple juice
  1. Preheat the microwave oven or oven to moderate hot 200-210C
  2. use medium size silicon muffin baking cups cake or grease 12 hole muffin pan or line up muffin pans with paper-lined foil muffin cases
  3. halve unpeeled red apple, remove and discard cores; chop into 1cm pieces. Beat oil and sugar in medium bowl with electric mixer until combined.
  4. Add egg, beating until thick
  5. Stir in sifted dry ingredients, apple and juice; divide mixture among muffin cases.
  6. Bake in moderately hot oven about 25 minutes.
  7. Turn into wire rack; serve warm or cold

Kuih Pau

bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung roti
2 sb bumbun tepung roti - untuk uli dough sahaja (perlu jika ltk air 250ml)
200-250ml air panas suam/luke warm water - saya ltk air panas 200ml + 50ml air sejuk 1 1/2 sk dry instant yeast powder - menghasilkan dough jenis lembut
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter

cara-cara

  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan campuran air panas 200ml + 50ml air sejuk, satukan adunan jadi lebih kurang dough
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit demi sedikit tepung roti lebih kurang 2sb sahaja, uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan, usah bimbang dough jenis ini memang dough jenis paling lembut sekali dan ia tetap akan melekat juga pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap,
  5. Tips berguna preheat microwave oven 1 minit, buka terus letak dough didalamnya tutup balik, selepas 5 minit keluarkan dough, preheat balik microwave oven 1 minit lagi, letak balik semula dough dalam microwave, tujuannya bagi mempercepatkan doh itu mengembang dua kali ganda
  6. atau letak air panas dalam talam pembakar dalam oven dan letak dough wrap dengan plastic atas rack pembakar
  7. atau lepas tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  8. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  9. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  10. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti ayam sebanyak 3 sb bumbun tekan inti ayam tadi, kemaskan dan tutup dough kulit kuih pau dengan kemas, tutup kuih pau itu dengan kain lembab.
  11. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking paper supaya ia tidak melekat pada dulang, ulangi isi inti hingga habis
  12. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  13. Ikat tudung pengukus dengan kain muslin atau kain kasa, tujuannya supaya air steam tidak jatuh atas kuih pau
  14. Panaskan pengukus dengan air secukupnya
  15. Kukus kuih pau dengan menggunakan api paling kuat selama 10 minit, tutup api biar ia seketika 2-3 minit, perlahan-lahan buka tudung pengukus, tujuannya supaya kuih pau tidak berkedut
  16. Kuih pau yang selebihnya bolehlah disimpan dalam pengukus dan dibalut dengan kain supaya ia lembut sentiasa.
  17. Hidangkan

Inti
bahan-bahan
300gm ubi kentang - kupas, potong dadu
150-300gm isi ayam - potong cube
2 sb rempah kari daging + 2 sb rempah kari ikan
1 biji bawang besar - 1/4 dicincang/tumbuk dan selebihnya dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
3cm potong halia - dicincang
1 sb kuib ayam serbuk (optional) air secukupnya untuk masak ubi
sejemput kecil serbuk lada hitam
1 sb jintan putih - ditumbuk halus
gula dan sedikit ajinomoto daun sadri secukupnya - dihiris, jika tiada boleh juga ganti dengan daun bawang or daun ketumbar
sedikit minyak untuk menumis


cara-cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang cincang masak hingga ia kekuningan, masukkan rempah, air, rebus hingga rempah pecah minyak, campurkan kiub ayam goreng seketika, masukkan isi ayam goreng seketika, masukkan ubi kentang , gula dan ajinomoto tuang air secukupnya masak inti hingga ubi lembut dan kering, masukkan bawang cube, taburkan sedikit crush lada hitam, sebuk jintan manis, masak seketika dan bawang cube sedikit layu, taburkan daun sadri, ketumbar atau bawang, kacau rata, tutup api, sejukkan sedia dibalut dengan doh kuih pau goreng.

Kuih Pau

bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung roti
2 sb bumbun tepung roti - untuk uli dough sahaja (perlu jika ltk air 250ml)
200-250ml air panas suam/luke warm water - saya ltk air panas 200ml + 50ml air sejuk 1 1/2 sk dry instant yeast powder - menghasilkan dough jenis lembut
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter
instant sekaya yang siap dimasak - secukupnya

cara-cara

  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan campuran air panas 200ml + 50ml air sejuk, satukan adunan jadi lebih kurang dough
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit demi sedikit tepung roti lebih kurang 2sb sahaja, uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan, usah bimbang dough jenis ini memang dough jenis paling lembut sekali dan ia tetap akan melekat juga pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap,
  5. Tips berguna preheat microwave oven 1 minit, buka terus letak dough didalamnya tutup balik, selepas 5 minit keluarkan dough, preheat balik microwave oven 1 minit lagi, letak balik semula dough dalam microwave, tujuannya bagi mempercepatkan doh itu mengembang dua kali ganda
  6. atau letak air panas dalam talam pembakar dalam oven dan letak dough wrap dengan plastic atas rack pembakar
  7. atau lepas tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  8. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  9. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  10. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti kacang merah sebanyak 3 sb bumbun tekan inti sekaya, kemaskan dan tutup dough kulit kuih pau dengan kemas, tutup kuih pau itu dengan kain lembab.
  11. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking paper supaya ia tidak melekat pada dulang, ulangi isi inti hingga habis
  12. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  13. Ikat tudung pengukus dengan kain muslin atau kain kasa, tujuannya supaya air steam tidak jatuh atas kuih pau
  14. Panaskan pengukus dengan air secukupnya
  15. Kukus kuih pau dengan menggunakan api paling kuat selama 10 minit, tutup api biar ia seketika 2-3 minit, perlahan-lahan buka tudung pengukus, tujuannya supaya kuih pau tidak berkedut
  16. Kuih pau yang selebihnya bolehlah disimpan dalam pengukus dan dibalut dengan kain supaya ia lembut sentiasa.
  17. Hidangkan

Kuih Pau

 guna sikit doh buat donat
bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung roti
2 sb bumbun tepung roti - untuk uli dough sahaja (perlu jika ltk air 250ml)
200-250ml air panas suam/luke warm water - saya ltk air panas 200ml + 50ml air sejuk 1 1/2 sk dry instant yeast powder - menghasilkan dough jenis lembut
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter
instant inti kacang merah - secukupnya

cara-cara
  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan campuran air panas 200ml + 50ml air sejuk, satukan adunan jadi lebih kurang dough
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit demi sedikit tepung roti lebih kurang 2sb sahaja, uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan, usah bimbang dough jenis ini memang dough jenis paling lembut sekali dan ia tetap akan melekat juga pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap,
  5. Tips berguna preheat microwave oven 1 minit, buka terus letak dough didalamnya tutup balik, selepas 5 minit keluarkan dough, preheat balik microwave oven 1 minit lagi, letak balik semula dough dalam microwave, tujuannya bagi mempercepatkan doh itu mengembang dua kali ganda
  6. atau letak air panas dalam talam pembakar dalam oven dan letak dough wrap dengan plastic atas rack pembakar
  7. atau lepas tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  8. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  9. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  10. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti kacang merah sebanyak 3 sb bumbun tekan inti kacang merah, kemaskan dan tutup dough kulit kuih pau dengan kemas, tutup kuih pau itu dengan kain lembab.
  11. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking paper supaya ia tidak melekat pada dulang, ulangi isi inti hingga habis
  12. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  13. Ikat tudung pengukus dengan kain muslin atau kain kasa, tujuannya supaya air steam tidak jatuh atas kuih pau
  14. Panaskan pengukus dengan air secukupnya
  15. Kukus kuih pau dengan menggunakan api paling kuat selama 10 minit, tutup api biar ia seketika 2-3 minit, perlahan-lahan buka tudung pengukus, tujuannya supaya kuih pau tidak berkedut
  16. Kuih pau yang selebihnya bolehlah disimpan dalam pengukus dan dibalut dengan kain supaya ia lembut sentiasa.
  17. Hidangkan

Kerabu Udang



bahan-bahan300-400gm udang dikukus atau direbus
1/4 bawang besar - mayang halus
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 cili padi hijau frozen/tiny green chilies - cincang supaya kurang pedas, ikut pedas
1 cili merah frozen - cincang supaya kurang pedas 1/2 carrot - mayang memanjang 1 genggam ready made sedikit roasted sesame
2 sb nampla sauce/sos ikan/kicap ikan
1-2 sb soft brown sugar - ikut suka
1/4-1/2 biji lemon - perah jus lemon, ketepikan, ikut masam
1/4-1/2 caw daun ketumbar/coriander leaf - potong (optional)
5-6 cherry tomato or 1 tomato - potong
1 timun jepun - dimayang halus


cara-cara
  1. Udang dibasuh dikukus, tujuannya bagi mengekalkan rasa manis udang tersebut atau boleh juga direbus dengan sedikit air kemudian buang kulit & kepalanya, ketepikan
  2. Cincang bawang putih, diikuti cili padi hijau dan cili merah
  3. Campurkan bawang putih cincang, cili padi dan cili hijau, bawang besar bersama, nampla sauce, soft brown sugar dan perahan air lemon, gaul rata, masukkan pula udang, tomato, timun dan coriander, gaul rata, taburkan sedikit bijan, hidangkan besama nasi panas

Tuesday, May 4, 2010

Kuih Pau Goreng

bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung roti
2 sb bumbun tepung roti - untuk uli dough sahaja (perlu jika ltk air 250ml)
200-250ml air panas suam/luke warm water - saya ltk air panas 200ml + 50ml air sejuk
1 1/2 sk dry instant yeast powder
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter
cube bread crumbs or bread crumbs secukupnya - (optional) hiasan utk golek kuih pau sebelum dimasak, bahan ini saya letak sendiri, mak saya tidak letak

cara-cara

  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan air panas suam satukan adunan jadi lebih kurang doh
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit sahaja tepung uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap, Tips berguna preheat microwave oven 1 minit, buka terus letak dough didalamnya tutup balik, selepas 5 minit keluarkan dough, preheat balik microwave oven 1 minit lagi, letak balik semula dough dalam microwave, tujuannya bagi mempercepatkan doh itu mengembang dua kali ganda
  5. atau lepas tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  6. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  7. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  8. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti ayam sebanyak 3 sb bumbun tekan inti ayam kemas-kemas dalam kulit kuih pau, tutup dengan kemas, spray kuih pau itu dengan sedikit air, golek-golekkan atas cube bread crumbs
  9. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking paper supaya ia tidak melekat pada dulang, ulangi isi inti, spray air, golek atas cube bread crumbs hingga habis
  10. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  11. Panaskan minyak penuh untuk menggoreng, goreng dengan menggunakan api sederhana perlahan , alih-alihkan selalu, hingga secukup masak dan kuning keemasan.
  12. Hidangkan
Inti
bahan-bahan
300gm ubi kentang - kupas, potong dadu
150-300gm isi ayam - potong cube
2 sb rempah kari daging + 2 sb rempah kari ikan
1 biji bawang besar - 1/4 dicincang/tumbuk dan selebihnya dipotong dadu
2 ulas bawng putih - dicincang
3cm potong halia - dicincang
1 sb kuib ayam serbuk (optional)
air secukupnya untuk masak ubi
sejemput kecil serbuk lada hitam
1 sb jintan putih - ditumbuk halus
gula dan sedikit ajinomoto
daun sadri secukupnya - dihiris, jika tiada boleh juga ganti dengan daun bawang or daun ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang cincang masak hingga ia kekuningan, masukkan rempah, air, rebus hingga rempah pecah minyak, campurkan kiub ayam goreng seketika, masukkan isi ayam goreng seketika, masukkan ubi kentang , gula dan ajinomoto tuang air secukupnya masak inti hingga ubi lembut dan kering, masukkan bawang cube, taburkan sedikit crush lada hitam, sebuk jintan manis, masak seketika dan bawang cube sedikit layu, taburkan daun sadri, ketumbar atau bawang, kacau rata, tutup api, sejukkan sedia dibalut dengan doh kuih pau goreng.

Monday, May 3, 2010

Kari Mee Goreng

bahan-bahan
500gm mee kuning or meehon or kuey tieow
200gm isi udang segar
1-2 biji telur masak hancur (optional)
sawi (optional)
taugeh (optional)
tauhu goreng (optional)
kobis secukupnya - potong serong
carrot - potong panjang
daun bawang - potong
1/4 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sb serbuk kari ikan + 1sk serbuk cili or cili kering blend basah (optional - jika suka pedas sila letak serbuk cili/cili blend)
sedikit kiub ayam, sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka, garam, gula dan ajinomoto - secukup rasa
minyak untuk menumis

cara-cara
panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau harum, masukkan serbuk kari + serbuk cili dan sedikit sahaja air masak hingga pecah minyak, masukkan sedikit kuib ayam, sos tomato, sos tiram, sedikit cuka dan kicap masak hingga pecah minyak, masukkan udang, carrot, mee kuning goreng hingga secukup masak, perasa dengan garam dan gula, goreng seketika, hidangkan tabur dengan sedikit daun bawang

Cucur Taugeh

bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
200gm taugeh - basuh toskan
daun kuchai or daun bawang (optional)
1 sk garam
2 sk gula
1/3 cawan air - agak2lah sendiri
sedikit serbuk kunyit (optionl)
sedikit serbuk cili (optional)
sedikit baking powder (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya
chili sauce - untuk cicah

cara-cara
campurkan tepung, gula dan garam gaul rata, masukkan taugeh gaul rata-rata, tuang air gaul rata sahaja, jangan diramas nanti cucur tidak naik , panaskan minyak, jemput-jemputkan dalam minyak panas, alih-alaihakan selalau supaya taugeh tidak hangus, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan hindangkan bersama chili sauce dan sebagainya.

Spring Rolls

bahan-bahan
kulit popiah secukupnya
kacang peas segar secukupnya
air tepung jagung - untuk balut kulit popiah
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara-cara
basuh kacang peas, buang huungnya, sediakan sedikit air tepung jagung, potong kulit popiah mengikut size yang dikehendaki, balut satu-satu kacang peas tadi hingga habis, panaskan minyak secukupnya, goreng guna api sederhana perlahan hingga kuning keemasan, hidangkan segera bersama chili sauce

Sunday, May 2, 2010

Air Kacang Soya

bahan-bahan150gm kacang soya - dibasuh, rendam semalaman, basuh, tapis, ketepikan
1 1/2 liter air
1-2 helai daun pandan - koyak-koyakkan & disimpul
gula secukup manis
sedikit garam

cara-cara
Blend kacang soya bersama air , tambah air hingga habis, perah dengan kain muslin hingga jadi 1 1/2 liter air kacang soya mentah, rebus hingga masak, masukkan daun pandan gula, garam secukupnya rebus lagi selama 15 mint, sesuai dihidangkanketika panas, kalau sejuk dengan beberapa ketula ais.

Sup Daging

 
bahan A - Rebus/Renih
500gm daging, ayam, tulang lembu or ayam
segenggam halia - diketuk/mayang halus
2-3 biji buah pelaga
air secukupnya untuk rebus daging

bahan B - Blend Halus
1 sb biji rempah
1 sb lada hitam
1" kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2-3 kuntum bunga cengkih
1 sb jintan manis
1 sk jintan putih
1 isi biji buah pala
kain kasa/muslin + benang putih - untuk bungkus & ikat bahan blend

bahan C - Tumis
bawang merah atau 1/4 bawang besar - mayang halus
2-3 buah pelaga
minyak secukupnya untuk menumis

bahan D - Untuk Tabur
secukupnya daun bawang - hiris halus
secukupnya daun sadri atau daun ketumbar - hiris halus

bahan E
garam
gula atau ajinomoto

cara-cara
  1. Sedikan bahan B, basuh, tumbuk atau blend halus semua bahan kemudian bungkus rempah sup bunjut dengan kain kasa/muslin dan benang putih kemas-kemas supaya ia tidak berterabur terus letak dalam periuk yang hendak dimasak
  2. Basuh daging kemudian potong, masukkan terus dalam periuk yang bungkusan sup bunjut tadi, campurkan halia ketuk/mayang halus, buah pelaga, tuang air secukupnya, tutup periuk, cuma buka sedikit sahaja, renih daging guna api paling perlahan, masak sehingga daging empuk, perasa dengan garam dan ajinomoto, didihkan seketika, tutup periuk terus padam api
  3. Panaskan sedikit minyak tumis bawang merah atau bawang besar yang telah dimayang tadi hingga kuning keemasan sahaja,jaga-jaga semasa menggoreng bawang jangan sampai pahit atau hangus tutup api, buka tudung periuk, terus tuang bawang goreng dan minyak gorengan tersebut dengan seberapa segera, tabur segenggam campuran daun sadri dan daun bawang, terus tutup balik tudung periuk, tujuanya supaya sup daging jadi bertambah harum, wangi dan semerbak, biar seketika 2-3 minit, hidangkan, tabur sedikit daun sadri & daun bawang

Saturday, May 1, 2010

Banana Muffin

 bahan A
1 cawan gula
1 pack kecil instant coconut milk powder
1 1/2 cawan tepung pancakes

bahan B
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan pisang montel masak ranum yang telah dilenyek dengan garpu
1 penutup vanilla essence

cara-cara

  1. Panaskan microwave atau oven pada suhu 180C
  2. campurkan semua bahan A dalam besin, gaul rata hingga sebati dengan pemukul telur
  3. masukkan pula bahan B pecahkan telur, gaul rata telur dengan sedikit tepung ditengah-tengahnya dengan pemukul telur
  4. tuangkan susu gaul rata
  5. gaul rata pula dengan pisang montel yang telah dilenyek
  6. akhir sekali tuang vanilla essence kacau rata
  7. tuang adunan dalam acuan atau dukang pembakar
  8. bakar hingga kuning keemasan
  9. hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails