Friday, March 5, 2010

Broccoli Soup

Ingredients
1 big head broccoli florets
480ml water
1 tbsp chicken cube powder
1 tbsp butter
1 tbsp flour
1/2 cup milk
salt & pepper to taste
  1. Wash, cut the broccoli florets at the point where the stem is tender. Preheat the florets for 5-6 minutes, immediately puree the broccoli, blend them into 400ml cold water until smooth
  2. Heat butter in a pan, add flour & stir well until it starts bubbling.
  3. Then add chicken cube powder stir for about 30 second to 1 minute then add the pureed broccoli and milk.
  4. Add salt and pepper as per taste. Let it boil on the stove for 2-3 minutes.
  5. Cream of broccoli soup is ready to serve.

Ikan Sardin Masak Lemak Kuning Cili Api Dengan Bunga Kantan, Daun Kesum, Serai & Tomato

bahan-bahan
1 ekor ikan sardine – size paling besar anggaran 300gm
7 biji cili padi merah – ikut pedas
1/4 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya atau ubi/ibu kunyit
1 kuntum bunga kantan frozen – dibelah dua
sedikit daun kesum
1 batang serai frozen – diketuk
1 biji tomato
1/2 keping asam gelugur
1 pack kecil santan serbuk – jadikan 2 caw santan
garam, gula, ajinomoto, secukup rasa

cara-cara
Blend cili, bawang, masukkan dalam periuk yang sesuai, masukkan bunga kantan dan daun kesum, serai ketuk, serbuk kunyit, santan, garam, gula dan ajinomoto, renihkan atas dapur dengan api sederhana perlahan, timbuk-timbukan supaya ia tidak meruap, masak sehingga ia mendidih, masukkan ikan, letak asam gelugur, timbuk lagi hingga ikan secukup masak dan secukup pekat, masukkan tomato, masak seketika, hidangkan

Thursday, March 4, 2010

Sawi Masak Lemak Kuning Cili Padi

bahan-bahan1-2 ikat/pack sayur sawi – basuh, potong, asingakan daun dan batangnya (guna 2 pack)
3-4 biji cili padi warna merah (size besar)
1/4 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya
1/2 pack santan powder - jadikan 2 caw sedang santan
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

cara-cara
  1. Basuh, potong sayur sawi asingkan daun dan batangnya, ketepikan
  2. Blend cili padi dan bawang merah dengan sedikit air kemudian tuang bahan blend tadi dalam periuk,
  3. Masukkan kunyit serbuk, santan,, garam gula & ajinomoto, renih atas dapur dengan api sederhana perlahan,
  4. timbuk-timbukkan supaya ia tidak meruap sehingga ia mendidih, masukkan daun sawi dahulu, balikan, kemudian masukkan pula batang sawi, masak seketika sehingga ia sedikit layu sahaja kerana sawi akan masak dengan sendirinya dengan kuah lemak tersebut
  5. jangan masak terlalu lama nanti sayur lebur tidak sedap pula untuk dimakan,
  6. akhir sekali, hidangkan

Wednesday, March 3, 2010

Islamic Knowledge

cuma ingin berkongsi pengetahuan tidak lebih daripada itu, kebetulan baru-baru ini, semasa saya balik malaysia secara kebetulan dan Alhamdulillah berezeki dengar syarahan agama Ustazah Bahiyah ditv mengenai Doa Nabi Zakaria berusaha bersungguh-sungguh ingin mendapatkan cahayamata, kalau ingin tahu lebih lanjut lagi mengenai doa-doa dan usaha-usaha yang dibawa oleh Nabi Zakaria sebelum isterinya mengandung dan sesudah isterinya mengandung, kalau ingin tahu cerita yang selanjutnya lebih baik dapatkan senaskah buku tersebut dengan seberapa segera dikedai agama yang berhampiran diseluruh malaysia. Buku ini sesuai untuk orang yang teringin menimang cahaya mata, sesuai juga untuk ibu yang sedang mengandung atau sebagai panduan persediaan awal bagi perempuan yang baru bernikah dan ingin mengandung dan melahirkan anak, usaha cara moden, moden juga, tradisional, tradisional juga, tambahkan lagi dengan doa-doa nabi zakarian ini, inshallah berhasil
Jodol Buku : Amalan Ibu Mengandung (Persedian Doa Sebelum Mengandung, Mengandung dan lain-lain lagi)
Penulis : Ustazah Bahiyah
Ustazah Bahiyah beritahu dalam syarahannya di tv tempohari, tiap-tiap hari selepas setiap solat fardu, suami isteri haruslah membaca surah Al-Imran Ayat 38, Ayat 200 dan Surah Al- Anbiya Ayat 89 sahaja Inshallah Dengan Izin Allah mengandunglah si isteri itu kata Ustazah Bahiyah lagi dan dalam masa yang sama perbanyakkan solat sunat tahajjud dan,solat sunat hajat, lepas solat sunat baca doa yang sama juga.

Doa Nabi Zakaria ini mengisahkan nabi zakaria yang telah tua, isterinya pula tidak boleh mengandung, baginda & isterinya mengamalkan baca surah dibawah setiap kali selepas setiap solat dan solat sunat tahajjud & hajjat , Alhamdulilah dikurniakan anak dengan Izin Allah

1. Surah Al-Imran Ayat 38 & Ayat 200
2. Surah Al-Anbiya Ayat 89 sahaja

Kata Ustazah Bahiyah lagi, ramai yang sudah berjaya mengandung dan melahirkan anak kerana mereka mengamalkan bacaan surah diatas tanpa jemu. Inshallah berhasil dengan Izin Allah

Hidupkan Kembali Penggunaan Bahasa Terbaik Dalam Kehidupan Masyarakat Islam

Allahu Akbar (الله أكبر) (Allah Maha Besar)
Bismillah (بسم الله ) (Dengan nama Allah)
Ya Allah (يا الله) (Wahai Allah)
Insya Allah (إن شاء الله) (Jika dikehendaki Allah)
Masya Allah (ما شاء الله) (Apa yang Allah kehendaki)
Subhan Allah (سبحان الله) (Maha Suci Allah)
Alhamdulillah (الحمد لله) (Pujian bagi Allah)
Allahu A`lam (الله أعلم) (Allah lebih mengetahui)
Jazaka Allahu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)
Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya. Bak kata pepatah, Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan, ungkapan tersebut sebenarnya memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup dan belum mati supaya segera menunaikan perintah Allah SWT terutama sekali kepada orang yang beragama Islam sahaja.

Sunday, February 28, 2010

Mee Kari

Bahan A Untuk Celur
300gm mee kuning basah -dicelur sekejap 2 minit dalam air mendidih
100gm meehoon - dicelur dalam air 3 minit dalam air mendidih
500gm taugeh - dicelur 30 saat dalam air mendidih
10 kacang panjang or kacang buncis - potong 1 1/4"
1 ikat sayur sawi - potong (jika suka) celur 1 minit


Bahan B Untuk Tabur
bawang goreng secukupnya
sedikit daun bawang & sadri dihiris or coriander leaf
1-2 biji cili merah - potong
5 biji limau kasturi secukupnya
5 biji telur ayam - direbus
500gm kerang - rebus 1/2 masak, kupas kulit, ketepikan
1 fish cake goreng - potong nipis
10 biji fish ball bulat - jenis rebus atau goreng


Bahan C Untuk Dimasukkan Dalam Kuah
10 biji bebola tofu puff goreng
500gm isi ayam - potong kecil
300ml pati santan
1 liter air

Bahan D Untuk Blend @ Tumbuk & Tumis
1 caw air - untuk blend dengan ramuan dibawah
8 biji bawang merah atau 2 biji bawang besar size kecil -blend
5 ulas bawang putih- blend
5-7 cili kering - rendam,
blend belacan sebesar ibu jari - blend
5 sb serbuk kari daging
1 sb cili serbuk

Bahan E Untuk Tumis
2 serai - diketuk
2 pelepah daun kari
2" kulit kayu manis
2 sk garam
1 sk gula
sedikit ajinomoto
1 senduk sedang minyak masak untuk menumis

cara-cara
  1. Panaskan satu senduk sedang minyak, masukan kayu manis, daun kari, goreng beberapa saat hingga wangi, tuangkan bahan D yang telah diblend dengan 1 caw air tadi, campurkan rempah daging, cili serbuk, goreng lebih kurang 15 minit hingga rempah pecah minyak
  2. Taburkan ayam dan serai yang telah diketuk, masak dengan menggunakan api sederhana, renih selama 15-20 minit.
  3. Tuangkan air dan rebus lagi, perlahankan api, masukkan gula, garam, renih lagi selama 15 minit sebelum memasukan kacang panjang, tofu balls dan pati santan, renih lagi selama 10 minit, padamkan api
  4. Sementara itu, celur semua bahan A seperti yang tertera dia atas di dalam air mendidih, celur mee kuning 2 minit, meehon 3 minit, taugeh 30 saat, toskan semua bahan berasingan dalam 3 penapis.
  5. Cadangan hidangan, ambil sedikit meehon yang telah dicelur, mee kuning, masukkan taugeh dan semua bahan B taburkan keatasnya dan hidangkan

Apple Tart

Pastry
ingredients
1 1/2 cups or 185gm plain flour
100gm chilled unsalted butter
2-3 tbsp chilled water

Fillings
ingredients
2 cooking apple
3 tbsp sugar
1 egg
1/3 cup or 80ml cream
1 tsp vanilla essence


Preparation

  1. Stiff the flour into a bowl, then using just your fingerti@ps , rub the butter into the flour until the mixtures resembles breadcrumbs. Make a well in the centre and add almost all the water. Using a knife mix to a dough, adding more water if necessary. Gather together and turn out onto a sheet baking paper. Press together gently until smooth wrap and chill for 15 minutes. Roll out to fit 23cm 9" loose-bottomed, fluted, flan tin, Line the tin, with the pastry, trimming any, excess. Chill for 20 minutes. Preheat the oven to moderately hot 190C (375C/Gas No. 5)
  2. Line the pastry with a sheet of crumpled baking paper and fill with baking beads or ricer. Bake for 10 minutes, remove the paper and beads, and bake for 15 minutes, until cook on the base and golden around the edge; cool
  3. Peel, core and thinly slice the apples. Arrange in the pastry shell with the slices overlapping, sprinkle with two tablespoons sugar and bake for 15 minutes. Meanwhile , whisk together the egg remaining sugar and the cream. Stir in vanilla essence, then pour carefully over the apples. Bake for 35 minutes, or until the cream mixture has set and is puffed and golden (it will sink down as it cools) Serve hot or at room temperature.

Friday, February 26, 2010

Masak Lemak Kuning Kerang Dengan Rebung


bahan-bahan
  • seketul inst. rebung yang telah direbus - basuh, potong nipis, ketepikan
  • 1 kg kerang segar- basuh, toskan
  • 1 pack kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan pekat/pati santan @ 1 kotak kecil fresh cream
  • *7 biji cili padi frozen - blend - ikut pedas
  • *kunyit hidup frozen sebesar ibu jari- blend
  • *1/4 bawang besar size sederhana - blend
  • *2 biji cili merah segar - blend
  • 1/4 keping asam gelugur dr sekeping asam (optional) saya tidak letak
  • 1 batang serai frozen - diketuk
  • 1 helai daun kunyit frozen - potong
  • sedikit garam, gula dan ajinomoto
cara-cara
Jerang 1cm air dalam periuk, bila ia mendidih masukkan kerang dan tutup tudung periuk, apabila 2-3 biji kerang terbuka masak, tutup api, keluarkan isi kerang dari cengkerangnya, ketepikan. Blend semua bahan bertanda* kemudian tuang bahan blend dalam periuk, kemudian masukkan rebung, santan dan isi kerang, asam gelugur, rebus dan timbuk-timbukan santan supaya ia tidak meruap, oleh kerana santan tidak cukup lemak jadi saya tambahkan sedikit fresh cream kebetulan ada stock dalam fridge, kemudian masukkan serai dan daun kunyit, masukkan sedikit gula dan ajinomoto serta garam timbuk lagi hingga ia masak, akhir sekali hidang dengan nasi panas

Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal, 1431 Bersamaan 26 February, 2010

Salam Maulidur Rasul dari kami sekeluarga buat semua umat islam, marilah kita sama-sama berselawat keatas nabi dan sebagainya.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Thursday, February 25, 2010

Puding Roti Bakar Kismis @ Toasted Bread Pudding With Raisins

bahan-bahan
12 keping roti gardenia -toast/bakar dulu kemudian potong 4-8 bahagian
4 biji telur
160gm or 2/3-1 caw gula - ikut manis, saya guna 2/3 caw gula
400ml or 2 caw santan dari 1 peket kecil serbuk santan + air
300ml or 1 1/2 caw susu segar, susu pekat manis, susu tepung, susu cair, krim segar
1-2 sk vanilla essence
sedikit garam
50-100gm kismis
50gm butter beku - potong untuk tabur ditabur atas puding
1-2 sb gula pasir or secukupnya untuk ditabur atas puding

cara-cara

  1. Toast/bakar roti kemudian potong empat, gris dulang pembakar dan alaskan dengan baking paper, ketepikan
  2. Masukan dalam basin telur, gula pukul sedikit dengan pemukul telur, campurkan santan, susu, essen vanilla, sedikit garam kacau hingga ia cair, kemudian masukkan semua roti yang telah dipotong, gaul rata dengan cecair adunan tadi, tujuannya biar ia lembut dan senang untuk disusun dalam dulang pembakar, kemudian tabur kismis, susun lagi roti, dan tabur balik kismis, biar ia mengembang selama 30 minit hingga secukup kembang,
  3. Sementara menunggu roti mengembang, panaskan oven pada suhu 180C, tingkat no. 2 dari bawah, sebelum bakar, taburkan gula dan ketulan butter beku diatasnya, bakar selama 30-40 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails