Tuesday, March 16, 2010

Kuih Putu Kacang Soya

 

Bahan-bahan ( 1 balang kuih ) - sumber resipi member mry
  • 1 kg kacang hijau/soya (guna 150gm japanese kinako/instant tepung kacang soya yang telah disaring sudah jadi debu tepung)
  • 1/2 kg gula mesin halus (  guna 75gm gula putih or soft brown sugar yang telah dimesin halus)
  • acuan putu plastik atau kayu
  • balang kuih
Cara-cara
  1. Goreng kacang hijau atau soya dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
  2. Kemudian buang kulit kacang hijau atau soya dengan cara menumbuk dalam lesung besi. Kalau tidak ada lesung guna kacang hijau atau soya yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
  3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam tapis dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
  4. Kisar kacang hijau atau soya hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginka
  5. Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi
  6. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih

Monday, March 15, 2010

Kerabu Sotong

bahan-bahan
300gm sotong rebus/boiled squid
35gm sohun/tung hoon/glass noodles - rendam dlm air hingga lembut
2 ulas bawang putih - cincang halus
1-2 cili padi hijau frozen/tiny green chilies - cincang supaya kurang pedas, ikut pedas
1 cili merah frozen - cincang supaya kurang pedas
1/2 carrot - mayang memanjang
1 genggam ready made roasted penuts - cincang
2 sb nampla sauce/sos ikan/kicap ikan
2 sb soft brown sugar
1/4-1/2 lemon - peel off kulit luar lemon, ketepikan & perah jus lemon, ketepikan, ikut masam
1/4-1/2 caw daun ketumbar/coriander leaf- potong (optional)
1 tomato - potong (optional)
sedikit lettuce - potong cube kecil

cara-cara
  1. Bungkus dalam plastic wrap sohun, preheat selama 60 saat atau 1 minit, basuh balik, perah airnya, toskan, potong sikit, ketepikan
  2. Cincang bawang putih, diikuti cili padi hijau dan cili merah dan diikuti kacang
  3. Campurkan bawang putih cincang, cili padi dan cili hijau bersama, nampla sauce, soft brown sugar dan perahan air lemon, dan hirisan kulit luar lemon, gaul rata, masukkan pula sotong, sohun/tung hoon, carrot dan sayuran hijau lettuce dan coriander , gaul rata
  4. hidangkan

Friday, March 12, 2010

Masak Lemak Kuning Clams Dengan Rebung

bahan-bahan
seketul inst. rebung jepun yang telah direbus - basuh, potong nipis, ketepikan
1 kg clams segar family siput lala - basuh, toskan
1 pack kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan pekat/pati santan - 1 cawan
*7 biji cili padi frozen - blend - ikut pedas
*1/4 bawang besar size sederhana - blend
serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai frozen - diketuk
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

cara-cara
Blend semua bahan bertanda* kemudian tuang bahan blend tadi dalam periuk, masukkan serbuk kunyit secukupnya, rebung, santan dan serai yang telah diketuk, rebus atau renih dengan api sederhana perlahan dan timbuk-timbukan santan supaya ia tidak meruap, masukkan sedikit gula dan ajinomoto optional serta garam timbuk lagi hingga ia mendidih, kemudian masukkan clams, masak hingga clams itu terbuka, tutup api, hidang dengan nasi panas

Garlic Clams Spaghetti

bahan-bahan
300gm dry spaghetti
300gm fresh clams family siput lala - basuh, ketepikan
4 ulas bawang putih - cincang
1 cili kering - patah dua
lada hitam - baru ditumbuk, secukupnya
daun selasih/basli atau kemangi - jenis segar atau kering - secukupnya (saya guna jenis kering)
ajinomoto dan garam secukupnya
olive oil secukupnya untuk menumis

cara-cara
  1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mestilah direbus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, Bila dah masak, masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.
  2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih cincang ,cili kering, goreng hingga naik bau dan sedikit kekuningan
  3. Masukkan clams masak hingga ia terbuka 2-3 biji , masukkan spaghetti goreng hingga clams masak terbuka, tabur lada hitam, garam dan ajinomoto, gaul rata.
  4. Akhir sekali taburkan separuh potongan daun selasih jenis segar atau jenis kering masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan
  5. Hidangkan dalam pinggan dan siap untuk dimakan.

Wednesday, March 10, 2010

Kek Santan Vanilla @ Kek Santan Pandan

bahan-bahan 
  • 2 caw gula/granulate sugar
  • 2 cawan santan - pati santan dari sebiji kelapa parut (saya sub. dgn 1 pack kecil inst. coconut milk powder + 100ml air panas suam utk larutkan santan + 300ml fresh milk = 2 cawan)
  • 4 caw tepung gandum (saya sub. dgn 400gm inst. pancake flour = 4 cawan)
  • 15 helai daun pandan - blend halus, perah jusnya (saya sub. dgn 2 penutup vanilla essence)
  • 4 biji telur ayam
  • 4 sk baking powder (saya tidak letak sebab guna inst pancake flour)
  • perwarna hijau + kuning - untuk mencantikkan lagi warna kek santan itu
cara-cara
  1. Potong daun pandan blend halus, campurkan kelapa parut blend lagi, perah campuran kelapa dan daun pandan jadikan 2 cawan, ketepikan
  2. Pukul telur dan gula dengan menggunakan machine cake hingga naik kembang, putih dan pekat
  3. Masukkan tepung dan baking powder ayak sebanyak 3 kali berturut-turut (tidak perlu jika guna inst. pancake flour)
  4. Tuang vanilla essence, pewarna hijau + kuning, santan disekeliling tepi besin, adun kek sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung hingga habis
  5. Gris acuan dengan butter, bakar dalam oven pada suhu 180C, tingkat No. 1 dari bawah, bakar selama 30-45 minit hingga 1 jam atau kek masak secukupnya, test cucuk dengan lidi, keluarkan lidi, kalau licin bermakna kek dah masak, angkat dan sejukkan atas redai kek, bila sejuk potong dan hidangkan

Avocado Lassi

bahan-bahan
3/4 cawan or 185gm yoghurt
2 cawan or 250ml air masak sejuk dalam fridge
6 sb gula
1 buah avocado - masak ranum, isinya sahaja
secubit-dua garam
ketulan ais (jika perlu)

cara-cara
basuh, belah, twist buah avocado, buang bijinya, ceduk isinya dengan sudu masukkan terus ke dalam blender dan semua bahan ke dalam blender atau food processor. Blend selama1-2 minit sehingga sebati dan berbuih, hidangkan begitu sahaja atau bersama ketulan ais

Monday, March 8, 2010

Apple Tea


ingredients
1/2 mug apple juice - 100% clear golden rich colour apple juice
1 tea bag quality plain black chinese tea or 1 tbsp loose type quality plain chinese black tea
1/2 mug boiling hot water from the electric cattle
2 tsp granulate sugar or cubes sugar - according to your desired sweetness (optional)
flavoured apple essence(optional)
lemon juice - squeeze few drop (optional)


Method
put the black tea bag into mug and pour the boiling water from electric cattle into a mug of half mug boiling hot water, infused it and brewed the black tea bag or loose tea leaf for about 2-3 min to get the extract and concentrated done then take out the tea bag, if you using loose type one makes sure you stiff first the tea leaf then pour into same mug other cup, cool it down first, add 1-2 teaspoon granulate sugar or cubes sugar, stir a little bit until sugar dissolved, then mixed with half mug apple juice, if desired you can add lemon, squeeze a few drop which produces a unique fruit tea for fun and nice fragrance with few drop flavoured apple essence to gave a fresh apples smell or aromatic to the apple tea, it can be served both hot and cold depending on you.

Homemade Turkish Epal Teh atau Teh Buah-Buahan 
bahan-bahan
1/2 cawan jus epal - jus warna keemasan dalam botol atau kotak
1 uncang  teh hitam cina berkualiti -atau 1 sb teh hitam cina -  berkualiti
1/2 cawan air panas mendidih terus dari cerek elektrik
2 sk gula atau cube gula - sesuaikan dengan rasa manis yang diinginkan (letak/tidak pun ok)
esen perisa sari epal (letak/tidak letak pun ok)
jus lemon - perah beberapa titik (letak/tidak letak pun ok)

Cara-cara
letak uncang teh hitam cina ke dalam cawan dan tuang air panas mendidih masukkan terus air mendidih tadi ke dalam cawan, letak setengah cawan air panas mendidih sahaja, biar uncang teh hitam cina mengembang atau daun teh terendam selama 2-3 minit bagi mendapatkan teh pekat, tapis atau buang uncang teh itu, kemudian tuang ke dalam cawan yang sama atau cawan lain, letak 1-2 sudu teh gula atau cube gula, kacau hingga gula larut, kemudian campur dengan setengah cawan jus epal, jika perlu, anda boleh tambah lemon, dengan memerah beberapa titik yang diperlukan bagi menghasilkan air teh epal yang agak unik masam-masam manis dan diikuti dengan beberapa titis esen perisa epal bagi naik bau wangi teh epal tersebut, sedia dihidangkan panas mahu pun sejuk bergantung pada citarasa masing-masing . Perhatian serbuk teh biasa tidak sesuai langsung buat air teh epal ini kerana rasanya kelat.

Saturday, March 6, 2010

Serawa Labu

 Bahan-bahan - belajar rebus labu cara ini dgn mak kawan 
1/4 biji japanese pumpkin or 500gm labu segar
500ml air
70-100gm gula
1/4 sk garam
1 caw susu segar, fesh cream, pati santan atau susu cair evaporated milk

Cara-cara
Basuh, kupas labu, potong, masukkan isi labu dalam periuk, tuang gula, air dan garam, rebus atas dapur dengan api paling kuat, tujuannya supaya labu tidak lebur dan isi labu rasa manis bergula & lemak bercream, apabila air rebusanya tinggal separuh, masukkan susu segar, rebus hingga sederhana pekat, hidangkan

Seafood Black Hokkien Udon Noodles

Bahan A
500gm japanese udon noodles or chinese thick noodles
5 bawang putih – basuh, cincang
3 dried shiitake mushroom/cendawan kering hitam – basuh rendam dgn 1 caw air sejuk
300gm clams/siput lala – basuh ketepikan
2 genggam isi udang/shrimp without shell – basuh ketepikan
1/2-1 ikat sawi /green mustard – basuh, potong
1/8 kobis panjang/chinese long cabbage – potong serong
1/2 biji carrot – basuh, potong
Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan B
2 1/2 sb kicap manis ABC @ kicap pekat (jika guna kicap pekat sila tambah 1 sb gula)
1 sb kicap cair jepun
1/2 sk garam
1/4sk lada hitam tumbuk
1sb tepung jagung
1 caw air

Cara-cara

  1. Basuh, rendam cendawan dengan 1 caw air sejuk sahaja bukan air panas , nanti ia liat, ketepikan, bila ia mula lembut gunting cendawan dan letak balik dalam air rendaman tersebut kerana ia diperlukan untuk masak dengan udon.
  2. Campurkan, satukan semua bahan B dalam satu mangkuk kacau rata dan ketepikan
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga harum dan sedikit kekuningan, masukkan, cendawan 1-2 minit, dikuti kobis panjang goreng lagi 2-3min, diikuti carrot, diikuti udon, goreng lagi selama 2-3 minit, tuangkan air cendawan goreng hingga udon kering, diikuti udang dan siput goreng hingga udang mula masak dan siput mula terbuka, kemudian curahakan semua bahan B, goreng hingga mendidih dan berkuah, gaul rata dengan sawi goreng 1 minit, tutup api,
  4. hidangkan dengan cili padi potong dan sedikit napla, kicap cair dan sediit perahan air limau kasuri, nipi atau lemon

Pumpkin Soup

Ingredients
1/8 japanese pumpkin
500ml water
1 tbsp chicken cube powder
1 tbsp butter
1 tbsp flour
1/2-1 cup milk
salt & pepper to taste
  1. Wash, peeling of the skin, cut then preheat the pumpkin for 5-6 minutes, immediately puree the pumpkin, blend them into 500ml cold water until smooth
  2. Heat butter in a pan, add flour & stir well until it starts bubbling.
  3. Then add chicken cube powder stir for about 30 second to 1 minute then add the pureed pumpkin and milk.
  4. Add salt and pepper as per taste. Let it boil on the stove for 2-3 minutes.
  5. Cream of pumpkin soup is ready to serve.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails