Saturday, August 29, 2009

Tauhu Goreng Masak Kicap



bahan-bahan
4 keping tauhu - potong memanjang, goreng hingga kuning keemasan, ketepikan
kicap manis kipas udang secukupnya
sos tiram secukup rasa (optional)
50gm sohun kering - direndam, basuh, tapis, ketepikan
200gm udang segar
2 biji cili merah hiris serong
2 biji cili hijau - hiris serong
1 biji bawang besar size sederhana kecil - potong baji
1 ulas bawang putih - diketuk
garam, ajinomoto & gula secukup rasa
minyak untuk menumis secukupnya
1- 1 1/2 cawan air
seikat daun bawang - basuh, potong pepat 7cm panjang

cara-cara
Panaskan minyak untuk menumis secukupnya , tums bawang putih, biar seketika hingga ia naik bau dan sedikit kuning, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan udang segar goreng lagi hingga ia naik bau, masukkan sohun, goreng lagi, masukkan kicap secukupnya diikuti tauhu goreng, goreng lagi dan masukkan air diikuti ajinomoto, garam, gula secukup rasa, goreng lagi hingga sederhana kering, taburkan daun bawang kacau rata, tutp api kemudian hidangkan

Wednesday, August 26, 2009

Kari Ayam


bahan A
560gm isi ayam atau ayam yang telah dipotong - bersihkan, lap dgn kitchen paper atau sejatkannya dlm penapis
800gm ubi kentang kentang - kupas kulit, belah dua
450gm yogurt

bahan B paste tumbuk halus
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia muda
1 sb jintan putih
1 sb lada hitam - tumbuk halus untuk diperap bersama ayam sahaja
garam dan ajinomoto secukup rasa

bahan C tumis
*2-3 batang kulit kayu manis
*3-4 kuntum bunga lawang
*7 kuntum bunga cengkih
*7 biji buah pelaga
minyak secukupnya untuk menumis
1 caw sederhana besar rempah kari daging babas
air secukupnya untuk tumis rempah

cara-cara
  1. Masukkan separuh bahan B yang telah dtumbuk halus ke dalam isi atau ketulan ayam yang telah dipotong, perap seberapa ketika yang boleh lebih kurang 30 minit - 1 jam dan separuh lagi paste tumbuk itu untuk menumis
  2. Panaskan minyak, sedikan bahan C, basuh dan masukkan bahan yang bertanda * kemudian tumis hingga ia berbau wangi, masukkan separuh lagi bahan B yang tumbuk tadi ,tumis hingga kuning keemasan, tutup api, campurkan serbuk rempah kari dan gaul rata lebih kurang 1 minit, masukkan pula air secukupnya, nyalakan balik api, kacau rempah hingga masak, pecah minyak dan berbau harum, masukkan ayam dan ubi kentang goreng lagi selama 10-15 minit, tuangkan yogurt dan kacau rata, masak hingga ayam dan kentang empuk serta kuahnya pekat
  3. Hidangkan

Tuesday, August 25, 2009

Ikan Keli Masak Merah


bahan A
1 kg ikan keli}
1/2 caw cuka}
3 sb garam}
{rendam selama 1 jam, bersihkan, kelar kedua belah ikan kecil2, garam kunyitkan, letakkan garam kunyitkan secukupnya, goreng ikan hingga garing, ketepikan}
bahan B blend halus
30 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
gula secukup rasa
sedikit garam
sedikit ajinomoto
asam jawa secukupnya jadikan air asam untuk blend bahan B
minyak secukupnya untuk menumis

cara-cara
  1. Sediakan bahan A hingga siap dan ketepikan
  2. Blend bahan B bersama air asam jawa secukupnya hingga halus
  3. Tumis bahan B dengan minyak secukupnya hingga cili masak, pecah minyak hingga naik bau serta pekat
  4. Curahkan sambal yang telah pekat tadi keatas ikan yang telah disusun rapi, hidangkan

Ayam Goreng

bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang)
isi ayam @ ketulan ayam yang dipotong
sebiji putih telur - pukul sikit
apa-apa jenis brand tepung kentucky

cara-cara
  1. Celupkan daging ayam dalam telur putih yang sudah dipukul
  2. Sapukan ketulan ayam dengan tepung kentucky
  3. Perap seberapa ketika
  4. Goreng dengan menggunakan api perlahan hingga masak dan kuning keemasan
  5. Hidangkan

Sunday, August 23, 2009

Rendang Pedas Kering


bahan A
500gm daging - potong
1 paket kecil santan serbuk
sekeping asam gelugor
1 s/b rata gula
1 s/k rata garam
sedikit ajinomoto
1 helai daun kunyit - dihiris halus

bahan B blend halus
5 batang serai - dihiris
2" lengkuas - dihiris
1" halia - dihiris
1/2 biji bawang besar -potong
5 uals bawang putih - potong
20 biji cili kering - potong buang bijinya, direndam dalam air panas atau direbus
air secukupnya untuk blend bahan kisar

cara-cara
Blend halus bahan B, masukkan kesemua bahan B yang telah diblend ke dalam periuk pressure cooker bersama daging yang telah dipotong dan dibersihkan, serbuk santan, asam gelugur, gula, garam dan ajinomoto, tutup tudung pressure cooker, masak selama 7-14 minit tutup api, kemudian buka balik penutupnya, taburkan pula daun kunyit, kacau, masak rendang itu hingga kering, berminyak dan berbau wangi, hidangkan

Wednesday, August 19, 2009

Asam Tumis Ikan Dengan Kacang Bendi

bahan A blend halus bersama sedikit air
7 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar - potong
3 ulas bawang putih - potong
2 batang serai - hiris
1" lengkuas - hiris
1" halia - potong
sedikit belacan
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

minyak untuk menumis secukupnya

bahan b
2 keping isi ikan atau apa-apa jenis ikan
1 kuntum bunga kantan - belah dua atau empat
sedikit daun kesum
6 keping asam gelugur
10 biji kacang bendi
air secukupnya untuk dijadikan kuah

cara-cara

  1. Sediakan bahan A blend halus semua bahan. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan A hingga keluar minyak.
  2. Potong kacang bendi, masukkan bersama bunga kantan, daun kesum, asam gelugur dan isi ikan, goreng lagi, hingga ia pecah minyak garing serta naik bau
  3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan kuah, rebus hingga ia pekat dan berpalut, hidangkan
  4. Tips, ikan goreng garam kunyit juga sesuai dimasukkan kedalam asam tumis ini.

Selamat Berpuasa, Bertarawih, Beramal & Beribadat Di Bulan Ramadhan

Ibadat puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Dalil
Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Niat puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa al-Quran.

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Hukum puasa

Puasa Wajib
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.

Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
Orang Islam
Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:
Berniat pada malam harinya
Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
Makan sahur serta melambatkannya
Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
Menjamu orang-orang berbuka puasa
Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
Orang yang sakit .
Orang yang berkerja buruh.
Orang yang dalam musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah lemah.
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Monday, August 17, 2009

Meehoon Goreng Udang Kering

bahan A blend
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segenggam udang kering
bahan B tumis
minyak untuk menumis secukupnya
seulas bawang putih diketuk atau disagat/tumbuk halus
sos tomato
sos tiram
kicap
kicap pekat
sedikit air asam jawa, cuka atau lemon
kiub ayam, ajinomoto, gula dan garam

bahan C
400gm/1 bungkus meehon kering - rendam dalam air
200gm taugeh
1 biji carrot - dihiris
sayur sawi secukupnya
udang segar secukupnya - jika suka
2 biji telur - buat telor masak hancur dan ketepikan

cara-cara
  1. Kisar bahan A, pijarkan minyak secukupnya, tumis bawang putih yang telah diketuk atau disagat or tumbuk hingga naik bau dan kekuningan, kemudian masukkan bahan A goreng hingga naik bau
  2. Sementara menunggu ia garing dan pecah minyak masukkan satu persatu bahan B tumislah bersama hingga ia masak, garing dan pecah minyak
  3. Jika suka masukkan udang segarkacau sebentar, masukkan pula meehon gaul rata, diikuti pula dengan carrot goreng hingga ia masak dan berpalut , taburkan pula sawi kacau hingga rata, akhir sekali masukkan pula taugeh goreng seketika selama 1-2 minit, gaul pula dengan telur masak hancur goreng selama 1-2 minit, tutup api dan hidangkan, lebih sedap lagi kalau ditaburkan dengan hirisan daun sadri, daun bawang dan hirisan limau kasturi berserta bawang goreng,cili merah, cili hijau yang telah dihiris

Pati Calpis

bahan-bahan
450gm plain yogurt 
1 caw gula atau gula secukupnya

Cara-cara
  1. Masukkan yogurt dan gula ke dalam besin tahan panas
  2. Guna kaedah memasak cara double boiler Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan besin tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Sejukkan Pati Calpis yang telah siap dimasak. Bila ia sejuk, simpan di dalam peti ais.
  4. Semasa hendak minum, tambah air sejuk dalam peti ais ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi atau ikut kepekatan yang disukai atau selera masing-masing . Masukkan ketulan ais dan hindangkan
Pati calpis - sumber resipi member mry
Bahan-bahan ( anggaran 345g )
150g yogurt
150g gula
45g jus lemon

Cara-cara
  1. Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  4. Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

Pudding Caramel With Fresh Milk & Fresh Cream


Bahan A Pudding based
6 biji telur ayam
400ml susu segar
100ml fresh cream
1 caw. gula putih

Bahan B Caramel
1/2 caw. gula
4 sudu air
Cara-cara
  1. Campurkan semua Bahan A didalam pengisar (blender) dan adun hingga sebati.
  2. Sambil itu panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih (seakan sedikit pekat). Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi dan tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. (Uji menggunakan sudu garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  3. Simpan didalam peti sejuk. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling dan tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak. Terbalikkan puding tersebut, prosedure yang bercaramel mestilah diatas, potonglah mengikut kesukaan. Rasa puding menjadi lebih sedap serta enak jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.

Saturday, August 8, 2009

Air Buah Anggur


gambar1 diatas 100% Pati buah anggur , gambar 2 jus buah anggur yang telah di tambahkan air dan sedikit gula bersama beberapa biji ketulan ais,
bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang)20 biji buah anggur hitam, merah atau hijau - basuh buang bijinya
gula secukupnya
air masak sejuk dalam peti ais secukupnya
beberapa biji ketul ais

cara-caraBasuh dan potong buah anggur, buang bijinya dan tidak perlu buang kulitnya, masukkan terus belahan buah anggur tadi ke dalam blender, tambahkan gula secukupnya (optional), blend hingga halus, tuang ke dalam gelas dan hidang bersama beberapa ketul ais, boleh juga ditambahkan air dan gula secukupnya sekiranya anda suka bersama bebrapa ketulan ais.

Air Buah Peach @ Fresh Peach Juice


bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang)
1 biji buah peach segar saiz paling besar atau 2 biji peach saiz sedang, sekiranya tiada boleh digantikan dengan buah peach dalam tin
gula secukupnya
1/2 caw air masak sejuk dalam peti ais
beberapa biji ketul ais

cara-cara
Basuh dan potong buah peach, buang bijinya dan tidak perlu buang kulitnya, masukkan terus isi peach tadi ke dalam blender, gula secukupnya, blend hingga halus, tuang ke dalam gelas dan hidang bersama beberapa ketul ais, tips sekiranya anda tidak mahu warna jus buah-buahan jenis apa sekalipun bertukar warna masukkan sedikit garam bagi mengekalkan warnanya selepas ia diblend, sekiranya tiada buah peach segar anda boleh juga guna buah peach dalam tin

Sambal Goreng Kering Tempe Ikan Bilis


bahan A - digoreng
2-3 ketul tempe saiz besar - potong nipis, goreng hingga garing
1 biji kentang saiz besar - buang kulit , potong memanjang macam french fries, goreng hingga garing
2 gemggam ikan bilis - goreng hingga garing
segenggam kacang tanah mentah - goreng hingga masak
minyak secukupnya untuk mengoreng tempe, kentang dan ikan bilis

bahan B - dikisar
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
sejemput kecil asam jawa

minyak untuk menumis secukupnya
ajinomoto atau gula secukup rasa
garam secukup rasa sekiranya perlu

cara-cara

1. Panaskan minyak, goreng satu persatu bahan A dan ketepikan

2. Kisar bahan b bersama jus asam jawa secukupnya, tujuannya untuk mengurangkan bau maung cili kering semasa menumis


3. Tuangkan secukupnya minyak ke dalam kuali, tumis dan goreng bahan b hingga pekat dan sedikit kering serta berminyak, sementara ia mula kering masukkan sedikit gula, tujuannya supaya sambal yang digoreng akan kelihatan cantik berseri dan jernih apabila ia digoreng bersama gula.


4. Masukkan pula bahan A yang telah digoreng tadi, mula dengan ikan bilis goreng gaul rata, tempe goreng gaul rata, ubi kentang goreng gaul rata dan akhir sekali kacang tanah goreng gaul rata, jika perlu masukan sedikit garam bergantung pada tahap kemasinan ikan bilis


5. Hidangkan, sesuai dimakan bersama nasi panas atau nasi lemak
Kering tempe
resepi dari member myresepi.com
Bahan-bahan ( 3-4 org )
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
kacang tanah-goreng garing
4 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 cili merah-hiris
3 cili kering-hiris
1cm lengkuas-ketuk
4 daun limau purut
3 sudu makan brown sugar
2 sudu makan air asam jawa pekat
garam
Cara-cara
1. tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau. masukkan cili kering n cili merah, kacau rata.
2. masukkan daun limau, lengkuas, gula, garam n air asam jawa. kacau n biar pekat sket.
3. masukkan tempe n kacang tanah td n gaul rata. angkat. hidangkan ngan nasi.
Sambal Tempe
resepi dari member myresepi.com
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
5 keping tempe
segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
segenggam kacang tanah goreng (hana xde stok yg kcg tanah biasa tu)
4-5 sudu besar chili giling/chili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
garam
gula melaka
Cara-cara
1. Potong nipis2 tempe....Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
2. Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga btol2 masak chili tuh.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
4. Kemudian bleh la masukkan tempe,kacang tanah n ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering. tp jgnlah lama sgt nnti hangus kang sambal tuh. Dah siap bleh la dihidang.
5. SeLaMaT MenCubE....
Tumis tempe cili hijau
resepi dari member myresepi.com
Bahan-bahan ( 4 orang )
2 paket tempe-potong n goreng
5 ulas bawang putih-hiris
4 biji bawang merah-hiris
5 cili hijau-potong2
4 sudu besar kicap manis
garam (jika perlu)
1 sudu teh serbuk pati ayam
minyak
Cara-cara
1. tumis bawang putih n bawang merah hingga wangi. masukkan cili n kacau.
2. masukkan tempe, kacau. masukkan kicap, garam n pati ayam. kacau sebati n angkat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails