Sunday, August 7, 2011

Kari Ayam

bahan A
560gm isi ayam atau ayam yang telah dipotong - bersihkan, toskan dalam penapis
300gm ubi kentang kentang - kupas kulit, belah dua
1 pack kecil santan - jadikan 1 cawan santan pekat
1 pokok daun sup atau 1 pokok daun ketumbar - potong halus
1 keping asam gelugur

bahan B paste tumbuk halus
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia muda
1 sb jintan putih
1 sb lada hitam - tumbuk halus untuk diperap bersama ayam sahaja
garam dan ajinomoto secukup rasa


bahan C tumis
*2-3 batang kulit kayu manis
*3-4 kuntum bunga lawang
*7 kuntum bunga cengkih
*7 biji buah pelaga
minyak secukupnya untuk menumis
1 caw sederhana besar rempah kari daging babas
air secukupnya untuk tumis rempah

cara-cara
  1. Masukkan separuh bahan B yang telah dtumbuk halus ke dalam isi atau ketulan ayam yang telah dipotong, perap seberapa ketika yang boleh lebih kurang 30 minit - 1 jam dan separuh lagi paste tumbuk itu untuk menumis
  2. Panaskan minyak, sedikan bahan C, basuh dan masukkan bahan yang bertanda * kemudian tumis hingga ia berbau wangi, masukkan separuh lagi bahan B yang tumbuk tadi ,tumis hingga kuning keemasan, tutup api, campurkan serbuk rempah kari dan gaul rata lebih kurang 1 minit, masukkan pula air secukupnya, nyalakan balik api, kacau rempah hingga masak, pecah minyak dan berbau harum, masukkan ayam, ubi kentang dan asam gelugur goreng lagi selama 10-15 minit, tuangkan santan secukupnya dan kacau rata, masak hingga ayam dan kentang empuk serta kuahnya sederhana pekat, taburkan daun sup atau daun ketumbar, kacau seketika, tutup api, hidangkan