Tuesday, January 18, 2011

Pulut Inti

Pulut Kukus
bahan-bahan
300gm beras pulut
1/2 cawan pati santan atau santan pekat
1/2 sdk garam

Inti Kelapa
bahan-bahan
1/2 cawan gula
1 cawan kelapa kering
1/2 cawan air gula merah sederhana pekat
1 cawan air
1 sdk tepung jagung + sedikit air
sedikit garam

Cara-cara
  1. Basuh, rendam semalaman, bilas balik, toskan, kukus pulut hingga masak keluarkan dari kukusan, letak pulut dalam bekas lain arun dengan santan yang telah dicampur garam. kukus semula lagi 5-10 minit atau secukup masak, kalau tidak kukus pun tidak mengapa
  2. Masukkan gula dalam kuali goreng hingga kekuningan sambil itu kacau gula bila ia mula sahaja bau wangi & sedikit perang terus tuang air , jangan masak sampai gula hangus terlalu lama nanti ia pahit, tuang pula air gula merah, kelapa kering, masak hingga separuh kering, tuang air tepung jagung dan sedikit garam, masak lagi sampai mula mengering, perlahankan api masak hingga kering, sejukkan, siap untuk dihidang bersama pulut kukus