Monday, January 17, 2011

Chicken Meatballs Spaghetti



Chicken Meatballs
bahan A
300gm minced chicken
10gm breadcrumbs
2 sudu besar susu segar
150gm lobak putih – sagat halus, tapis, perahkan perlahan sekali sahaja isinya, ketepikan jusnya utk dibuat kuah, isi utk chicken meatballs
garam secukupnya
lada hitam tumbuk secukupnya

Meatballs Sauce
bahan B
1 can diced tomato
1 bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih –cincang halus
Minyak untuk menumis secukupnya
3 cili kering jenis kecil or 1/1/2 cili kering jenis panjang
lada hitam tumbuk secukupnya
garam secukup rasa
1 sb rata dried oregano
150gm lobak putih – kisar halus (optional) - saya letak bahan ini
sedikit air or air secukupnya utk merenih meatballs sauce
tabasco sauce secukupnya

Spaghetti
bahan C
spaghetti kering secukupnya
air utk merebus secukupnya
garam secukupnya


cara-cara
Gaul ramas breadcrumbs dan susu segar dahulu diikuti daging ayam kisar, garam, lada hitam tumbuk dan isi lobak putih kisar, gaul hingga sebati, bentukkan bulat kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak. Masukkan daging tadi. Goreng hingga daging perangan dan secukup masak, terus tuang jus lobak putih, masak hingga kering, tutup api dan ketepikan, tuang minyak dalam kuali yang sama, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering goreng hingga layu dan bau wangi, taburkan oregano kacau sedikit, terus tuang pula satu can diced tomato masak hingga pekat, perasa dengan garam, lada hitam tumbuk dan tabasco dan hidangkan, jika suka bolehlah dimasukan isi dan jus lobak putih yang telah disagat halus atau bend halus dan direbus bersama sedikit air lagi supaya lobak kisar masak secukupnya, renih hingga pekat, perasa denga garam, lada hitam tumbuk dan tabasco sauce secukupnya, sementara menanti kuahnya pekat rebus air hingga mendidih tuangkkan spaghetti secukupnya, rebus hingga masak, hidangkan segera spaghetti rebus, nasi atau roti bersama chicken meatballs tadi