Thursday, July 22, 2010

Kuih Serimuka

pulut masak dalam microwave

bahan A (lapisan bawah)
300gm or 1 1/2 cawan beras pulut jepun or siam basuh, direndam semalaman or selama 3 jam, basuh, tos & ketepikan
200ml or 3/4 cawan santan cair atau air - ikut jenis masakkan sama ada guna santan atau air
1 sk garam
plastic wrap secukupnya utk balut container & tekan rapat pulut dlm loyang

cara-cara
sediakan bahan A campurkan santan cair atau air bersama garam kacau rata dalam zip lock plastic container jenis tahan panas, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 7 minit dalam microwave oven, balut pelengat kek yang boleh dibuka dasar bawahnya dengan plastic wrap kemas-kemas, ketepikan, apabila pulut masak tuang pulut yang telah dimasak tadi ke dalam pelengat anggaran size 20cm. Tekan pulut dalam dulang dengan plastic wrap hingga rapat, ketepikan sediakan bahan B seperti cara-cara dibawah...

bahan B (lapisan atas)
3 biji telur size m
2 sk vanilla essence
1 sk pewarna kuning
180gm or 3/4 cawan gula
200ml or 3/4 cawan pati santan dari sebiji kelapa parut atau larutkan 200ml air panas suam dgn 1 pack kecil inst. powder coconut milk
2 sb tepung jagung
2 1/2 sb tepung gandum
sedikit garam

cara-cara
  1. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  2. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  3. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan
  4. Note : sila guna cawan matrik sukat bahan, boleh juga sukat bahan guna cawan yg disukai, pandai2lah agak2 sendiri sukat bahan lebih kurang sama berat timbangannya...

Pulut Microwavedari member myr.com, katanya cara mudah untuk masak pulut. Tak payah rendam-rendam lagi dah. Masak terus.
Bahan-bahan ( 1 orang makan)
  • 1 cawan pulut
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan pulut dalam bekas yang boleh dimicrowave. Masukkan air sehingga semua pulut tenggelam. Microwavekan selama 2 minit.
  2. Keluarkan, karih karihkan pulut dengan garpu. Kalau pulut masih kelihatan mentah, tambahkan air sedikit dan microwavekan lagi selama 2 minit.
  3. Ulang langkah 2 sehingga pulut masak. Saya ambil masa lebih kurang 8 minit untuk masak pulut ni.
  4. Setelah masak, bolehlah digaulkan dengan sedikit kelapa kering dan garam dan hidangkan dengan ikan bilis goreng pedas. Best
  5. NOTA: Masa tambahkan air dalam langkah 2, masukkan sedikit demi sedikit. Jgn masukkan byk sekali gus, takut nanti terlebih air, pulut jadi lembik.