Wednesday, July 21, 2010

Bubur Jagung Manis


bahan-bahan
2 tongkol jagung manis jepun size xl paling besar
5 cawan air atau santan cair
2 genggam sagu halus - basuh & siram dgn air semasa hendak letaknya dlm periuk
2/3 cawan gula putih - ikut manis
1 pack kecil inst. santan powder - jadikan 1 cawan santan atau pati santan pekat secukupnya, ikut lemak agak-agaklah sendiri
sedikit sahaja garam - agak-agaklah sendiri
1 helai daun pandan simpul - sila letak sekali kalau ada (optional)

cara-cara

  1. basuh jagung, satu tongkol hiris nipis-nipis, satu tongkol lagi potong, kemudian kikis tongkol jagung itu ambil kanjinya, gaul rata, bahagi dua, blend separuh, tujuannya supaya ia berkanji dan pekat apabila dimasak nanti & separuh lagi ketepikan
  2. masukkan air dalam periuk, masukan jagung potong & jagung blend tadi, rebus atas api hingga ia sedikit mendidih, terus basuh & siram sagu dalam penapis dengan air paip, tuang sagu dengan segera dalam periuk tersebuk masak hingga mendidih, sederhana pekat dan biji sagu jadi jernih,
  3. tuang gula, santan dan garam dan daun pandan, masak lagi, jika ia terlalu pekat tambah lagi sedikit air panas masak lagi hingga sederhana pekat atau pekat, terpung pada selera masing-masing, hidangkan bersama roti, pulut kukus atau tanak