Monday, July 19, 2010

Donut Kentang Vanilla

bahan A
204gm isi ubi kentang segar yg telah dibuang kulitnya - ptg, lpt kms dlm plastic wrap, preheat 5 min dlm microwave oven, lenyek, ketepikan, boleh juga rebus ubi kentang dengan 150ml air, airnya jgn buang keringkan airnya atas api, jadikan 100ml air rebusan kentang, sejukkan, guna air ini utk adun tepung.

bahan B
250gm tepung gandum
2sk instant dry yeast
2 sb gula
1 sk garam
1 sk vanilla essence (optional)
1 biji telur size s - pukul sdkt kacau dgn vanilla essence kemudian kacau pula air & garam
100ml air 

bahan C
30gm bread spread, butter or margarine

bahan D
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
caster sugar secukupnya untuk sadur

cara-cara
  1. sediakan dahulu bahan A, ketepikan
  2. pukul sikit telur, kacau dengan susu segar sejuk dalam fridge hingga sebati, ketepikan
  3. gaul rata semua bahan B,
  4. tuang bancuhan telur,vanilla essence, garam dan air sejuk dari water tab tadi, satukan kesemuanya jadi lebih kurang dough,
  5. kemudian masukkan kentang yg telah dilenyek tadi, uli dan gaul rata,
  6. letak pula semua bread spread uli lagi hingga tidak melekat pada tangan dan
  7. hempuk dough dalam besin atau talam sehingga ia jadi sebiji dough bulat, licin, elastic dan tidak melekat pada tangan,
  8. jangan bimbang dough jenis memang lembut, walau bagaimana pun ia akan melekat pada tangan,
    jika ia melekat juga taburkan sedikit tepung lebih kurang 1sb sudah cukup semasa mengulinya
  9. tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough, biar ia naik dua kali ganda
  10. tumbuk dough keluarkan anginnya, uli sekejap, biar seketika
  11. taburkan sedikit sahaja tepung pada papan canai, leperkan dough atasnya, tabur cuma sedikit sahaja lagi tepung atas permukaaan dough dan canai stebal mana yang disukai
  12. celup doughnut cutter dengan tepung, terap dough dengan doughnut cutter, susun dalam tray, ulangi hingga habis, ketepikan,
  13. rehatkan balik dough bagai ia naik lagi dua kali ganda
  14. panaskan minyak masak separuh kuali, goreng doughnuts dalam minyak panas guna api kuat dan api perlahan, pandai-pandailah sendiri jaga api semasa menggoreng, balik-balikkan, masak hingga kuning keemasan, angkat, gaul dengan gula, hidangkan.