Tuesday, May 4, 2010

Kuih Pau Goreng

bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung roti
2 sb bumbun tepung roti - untuk uli dough sahaja (perlu jika ltk air 250ml)
200-250ml air panas suam/luke warm water - saya ltk air panas 200ml + 50ml air sejuk
1 1/2 sk dry instant yeast powder
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter
cube bread crumbs or bread crumbs secukupnya - (optional) hiasan utk golek kuih pau sebelum dimasak, bahan ini saya letak sendiri, mak saya tidak letak

cara-cara

  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan air panas suam satukan adunan jadi lebih kurang doh
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit sahaja tepung uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap, Tips berguna preheat microwave oven 1 minit, buka terus letak dough didalamnya tutup balik, selepas 5 minit keluarkan dough, preheat balik microwave oven 1 minit lagi, letak balik semula dough dalam microwave, tujuannya bagi mempercepatkan doh itu mengembang dua kali ganda
  5. atau lepas tutup dengan plastic wrap, rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  6. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  7. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  8. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti ayam sebanyak 3 sb bumbun tekan inti ayam kemas-kemas dalam kulit kuih pau, tutup dengan kemas, spray kuih pau itu dengan sedikit air, golek-golekkan atas cube bread crumbs
  9. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking paper supaya ia tidak melekat pada dulang, ulangi isi inti, spray air, golek atas cube bread crumbs hingga habis
  10. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  11. Panaskan minyak penuh untuk menggoreng, goreng dengan menggunakan api sederhana perlahan , alih-alihkan selalu, hingga secukup masak dan kuning keemasan.
  12. Hidangkan
Inti
bahan-bahan
300gm ubi kentang - kupas, potong dadu
150-300gm isi ayam - potong cube
2 sb rempah kari daging + 2 sb rempah kari ikan
1 biji bawang besar - 1/4 dicincang/tumbuk dan selebihnya dipotong dadu
2 ulas bawng putih - dicincang
3cm potong halia - dicincang
1 sb kuib ayam serbuk (optional)
air secukupnya untuk masak ubi
sejemput kecil serbuk lada hitam
1 sb jintan putih - ditumbuk halus
gula dan sedikit ajinomoto
daun sadri secukupnya - dihiris, jika tiada boleh juga ganti dengan daun bawang or daun ketumbar
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang cincang masak hingga ia kekuningan, masukkan rempah, air, rebus hingga rempah pecah minyak, campurkan kiub ayam goreng seketika, masukkan isi ayam goreng seketika, masukkan ubi kentang , gula dan ajinomoto tuang air secukupnya masak inti hingga ubi lembut dan kering, masukkan bawang cube, taburkan sedikit crush lada hitam, sebuk jintan manis, masak seketika dan bawang cube sedikit layu, taburkan daun sadri, ketumbar atau bawang, kacau rata, tutup api, sejukkan sedia dibalut dengan doh kuih pau goreng.