Monday, January 18, 2010

Apam Ala Apam Batawi

bahan-bahan
1 biji telur ayam
80gm gula
100ml susu segar
200gm hand made cake mix flour (showa brand) atau pancake mixed flour
1 sb butter cair atau minyak masak
coco powder & instant coffee secukupnya
green tea powder secukupnya
1 sk. esen vanilla
cara-cara
  1. Masukkan gula dan telur kacau hingga rata, tuang susu kacau lagi, campurkkan pula butter cair rata-ratakan hingga sebati.
  2. Tambahkan tepung dan kacau lagi hingga sebati, bahagi kepada tiga bahagian, gaul rata satu bahagian dengan koko & instant coffee powder, satu lagi dengan green tea powder dan satu lagi adunan dibiarkan begitu sahaja atau jika suka bolehlah ditambah esen vanilla
  3. Tuangkan adunan batter tadi ke dalam acuan kecil sebayak 80% dari bekasnya.
  4. Dengan menggunakkan api sederhana, kukus selama 12-15 minit
  5. Jika suka boleh juga ditaburkan atas adunan sebelum mengukus sedikit kacang merah rebus, ubi keledek potong cube kecil, kismis, choclate chips dan sebagainya