Wednesday, February 15, 2012

Kuih Lapis Rose Essence

bahan-bahan
160gm @ 1 1/2 caw tepung beras
3 sb tepung ubi @ tepung jagung
160gm @1/2 caw gula
300ml @1 1/4 caw pati santan
600ml @ 2 1/2 caw air
sedikit garam
2 titik pewarna merah @ sedikit kepingan beet root - jadikan 1/2 bhg adunan warna pink
sedikit rose essence - utk letak dalam adunan pink

cara-cara
ayak tepung beras dan tepung ubi, campurkan  kesemua bahan kecuali pewarna merah atau kepingan beet root dan air ros, kacau dengan  pemukul telur supaya ia tidak bergentel, bahagi kepada dua adunan, satu biarkan ia begitu sahaja dan satu lagi letak sedikit warna merah atau celup potongan beet root dalam adunan kacau sedikit, keluarkan, jadikan warnanya seakan pink dan kacau dengan sedikit rose essence, ketepikan, panaskan pengukus dan letakkan dulang 16cm kedalamnya panaskan dulu dulang tersebut, tuang lapisan pertama pink kukus selama 8 minit, ulangi hingga lapisan kedua putih, dan seterusnya hingga habis 4 pink x 4 putih x 1 merah terang = 9 lapisan kesemuanya dan tambah satu lagi lapisan atas sekali no. 9 itu warnakan ia merah jambu kukus hingga masak, sejukkan, potong pepat dan hidangkan

Dodol

bahan A masak jadikan air gula merah
500gm gula merah
100ml air panas
2 helai daun pandan - koyakkan dan simpulkan

bahan B
1 tin @ 400ml santan pekat dalam tin - lbh elok ltk pati santan pekat menghasilkan dodol lebih lemak lagi
250gm tepung pulut
sedikit garam halus


cara-cara
tuang air, letak daun pandan, masak gula merah dengan air hingga larut, tapiskan, terus tuang santan ke dalam air gula merah kacau hingga santan tidak berketul,  masukkan tepung pulut dan sedikit garam halus kacau hingga larut, masak atas dapur sekejap guna api kuat kacau sentiasa dengan whisk hingga jadi seketul doh pekat, licin dan tidak bergentel, tuang dalam mangkuk besar, set masa timer selama 5 minit, preheated terus dodol dalam microwave selama 2 1/2 minit, keluarkan kacau2 dengan whisk, masukkan balik dalam microwave, masak lagi hingga habis masa timer terus set balik timer lagi 5 minit, terus masak dodol tidak perlu keluarkan dari microwave oven lagi selama 2 /2 minit , keluarkan dodol kacau2 dgn whisk, masak lagi dodol hingga habis timer, keluarkan dodol  letak dalam bekas sesuai dan preheated lagi selama seminit bagi nampak cantik dan licin sedia untuk dihidangkan. Masak dodol ini  boleh guna convention microwave cuma tekan function preheated sahaja dan boleh juga memasak dodol dengan microwave jenis biasa untuk memanaskan  makanan

Homemade Garam Masala

ingredients
4 tbsp coriander seeds
3 tbsp cardamon pods
2 tbsp cumin seeds
1 tbsp fennel seeds
1 tbsp whole black peppercorns
1 tsp whole clovers
3 cinnamon sticks

Preparations
In a pan and dry-fry over moderate heat until fragrant. Open the cardamon pods, retaining the seeds only. Put the fried spices in a food processor or blender with a grated whole fresh nutmeg seed and process to a powder. Used immediately or store in an airtight jar.

Tuesday, February 14, 2012

Rendang Daging Berempah

bahan A - Rebus
1kg daging - potong
2 sb rata rempah garam masala
air secukupnya -  untuk rebus daging

bahan B - Blend
21-31 cili kering - potong
1 bawang besar size xl - potong
5 ulas bawang putih - potong
seketul lengkuas size segengam besar - potong
seketul halia size segengam besar - potong
7 batang serai - potong
air secukupnya - untuk blend bahan

bahan C Tumis
1 cawan minyak untuk menumis
1 tin santan pekat dalam tin
1 keping asam gelugur
1 sb kunyit serbuk
1 keping gula gerek
1 senduk rempah kurma
1/2 senduk kicap pekat manis Abc - guna brand ini shj klu tdk ada tak perlu ltk (optional)
2 helai daun kunyit - potong halus
garam dan ajinomoto secukup rasa

cara-cara
cili kering basuh, patahkan,  letak sikit air, preheated dalam microwave oven selama 5 minit, basuh, toskan, ketepikan, potong daging,  basuh, toskan, letak dalam pressure cooker, letak air sama paras daging, taburkan garam masala, gaul sikit, tutup presure cooker, masak atas dapur, rebus daging ikut timer pressure cooker sendiri, sementara menanti daging masak, blend bahan b, bila daging masak, tutup api, keluarkan angin, transfer daging dan air rebusannya dalam besin, ketepikan, panaskan minyak, tumis bahan b hingga naik bau sedikit wangi, tuang daging dan airnya,tuang santan, letak gula gerek, kicap pekat manis dan asam gelugur rebus hingga mendidih, taburkan serbuk kunyit kacau sikit biar hingga ia mendidih, taburkan serbuk rempah kurma masak hingga pekat dan sederhana kering, taburkan daun kunyit, garam dan ajinomoto suaikan rasa, masak seketika hingga naik bau wangi, hidangkan

Blueberry & Raspberry Lassi

bahan-bahan
450gm plain yogurt
100gm frozen blueberry
100gm frozen raspberry
gula secukup manis
sedikit garam

cara-cara
masukkan semua bahan dalam jar blender, blend hingga halus, hidangkan