Wednesday, February 15, 2012

Dodol

bahan A masak jadikan air gula merah
500gm gula merah
100ml air panas
2 helai daun pandan - koyakkan dan simpulkan

bahan B
1 tin @ 400ml santan pekat dalam tin - lbh elok ltk pati santan pekat menghasilkan dodol lebih lemak lagi
250gm tepung pulut
sedikit garam halus


cara-cara
tuang air, letak daun pandan, masak gula merah dengan air hingga larut, tapiskan, terus tuang santan ke dalam air gula merah kacau hingga santan tidak berketul,  masukkan tepung pulut dan sedikit garam halus kacau hingga larut, masak atas dapur sekejap guna api kuat kacau sentiasa dengan whisk hingga jadi seketul doh pekat, licin dan tidak bergentel, tuang dalam mangkuk besar, set masa timer selama 5 minit, preheated terus dodol dalam microwave selama 2 1/2 minit, keluarkan kacau2 dengan whisk, masukkan balik dalam microwave, masak lagi hingga habis masa timer terus set balik timer lagi 5 minit, terus masak dodol tidak perlu keluarkan dari microwave oven lagi selama 2 /2 minit , keluarkan dodol kacau2 dgn whisk, masak lagi dodol hingga habis timer, keluarkan dodol  letak dalam bekas sesuai dan preheated lagi selama seminit bagi nampak cantik dan licin sedia untuk dihidangkan. Masak dodol ini  boleh guna convention microwave cuma tekan function preheated sahaja dan boleh juga memasak dodol dengan microwave jenis biasa untuk memanaskan  makanan