Saturday, October 22, 2011

Tepung Pelita

Bahan A - Jus Daun Pandan - sumber resipi citarasawan blogspot.com
10 heai daun pandan – blend halus daun pandan dgn *air, tapis, ketepikan
*800ml air - aida ltk air + pandan paste itu shj yg ada

Bahan B – Lapisan Bawah Warna Hijau
120gm tepung beras - aida ltk 60gm shj krn kukus dlm microwave oven
100gm gula halus
Sedikit perwarna hijau
1 sk air kapur cair

Bahan C – Lapiasan Atas Warna Putih
60gm tepung beras - aida ltk 30gm shj krn kukus dlm microwave oven  
400ml santan pekat KARA
1 sk garam -

Bahan D
20 biji kotak/takung daun pisang – potong 4” x 5”
gula seckupnya utk letak dlm takung

Cara-cara
  1. Sediakan kota daun pisang. Masukkan 1 sk gula pasir, ketepikan
  2. satukan bahan B, kacau rata, tapis masukkan kedalam periuk non stick
  3. Masak bahan B warna hijua  itu atas api perlahan sehingga separuh masak atau sederhana pekat angkat dan kacau supaya tidak berketul
  4. masukkan 1 sb adunan warna hijau yang telah dimasak ke dalam setiap kota hingga habis, susun rapat-rapat dalam dulang dan kukus dalam pengukus yang telah dipanakan terlebih dahulu, kukus selama 10minit, atau hingga secukup masak, angkat dan biarkan seketika
  5. terus masak lapisan atas warna putih, satukan bahan C kemudian tapiskan, masak hingga sederhana pekat dan tuang ke atas lapisan pandan tadi
  6. Kukus sebentar selama 8-10 minit dengan api perlahan sehingga permukaanya kental atau jadi keras
  7. sejukkan dahulu sebelum dihidangkan     
Cara Membuat Kotak/Kelongsong Daun Pisang, bagi yang baru nak belajar bolehlah ikut cara yang mudah ini iaitu cara K1 Drafkan diatas sekeping kertas supaya mudah melihatn lakaran kotak

Bahan-bahan
Daun pisang secukupnya
Lidi atau stapler

Cara-cara
  1. potong daun pisang kepada angaran saiz kotak, Kemudian lap dan layaurkan diatas api
  2. potong daun pisang 4” x 5” atau mengikut saiz yang dikehendaki
  3. Lipat tepi kiri dan kanan daun pisang dan tepinya bertemu dibahagian tengah
  4. kemudian lipat keempat-empat bucunya (jangan sampai ketengah) lipat ikut lakaran kertas. Ambil bahagian hujung daun yang lembut dan bukan pada bahagian pangkalnya yang keras supaya kotak tidak pecah apabila di lipat
  5. Kelepet kedu-dua bucu, dan bertemu di bahagian tengah, rapatkan sedikit bahagian atasnya biar lebih kecil dari bahagian bawah dan kemaskan dengan stapler atau lidi
  6. Kotak sedia di gunakan
  7. Untuk kotak kuih tepung pelita, alas dengan dua keping daun pisang supaya air gula dibahagian bawahnya tidak bocor