Friday, October 21, 2011

Bijan Potong

bahan-bahan  (sukat bahan dgn timbang, jar @ gelas matrik, cawan biasa)
150gm @ 300ml @ 1 1/2 cawan bijan goreng tanpa minyak, sejukan, ketepikan - aida ltk inst bijan grg tanpa myk, itu shj yg ada
150gm @ 300ml @ 1 1/2 cawan gula
1 sk margarine, butter atau bread spread - aida ltk bread spread 1 sudu bumbun ceduk je lebih kurang shj
baking paper secukupnya

cara-cara
masak gula dengan api sederhana perlahan hingga cair sahaja, masukkan bread spread, apbila cair, masukkan bijan gaul rata dan sebati, bentangkan baking paper secukupnya terus tuang kedalamnya, bentukan empatsegi sikit, canai terus dengan kayu pencanai senipis yang boleh, potong kecil-kecil atau senipis yang boleh,  hidangkan, seelok-elokanya sejukkan dahulu bagi menghasilkan bijan potong jenis ranggup dan ringan apabila dimakan