Sunday, August 7, 2011

Puding Karemel


bahan A (sila sukat bahan gula gelas matrik)
6 biji telur ayam
500 ml susu segar 
1/2 gelas gula putih
1/4 sk garam - secukup rasa

bahan B Karamel
1/2 gelas gula
1/4 gelas air

cara-cara
  1. Sebatikan sahaja gula dengan pemukul telur, masukkan garam dan susu segar, kacau hingga gula larut, ketepikan    
  2. Panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih seakan sedikit pekat.
  3. Tuang kuah caramel ke dalam dulang kaca, ratakan atau pusingkan gula caramel dalam dulang agar ia rata sepenuhnya , biar ia suam dahulu, kemudian masukkan Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi, tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana perlahan sehingga masak.
  4. Uji menggunakan lidi, pisau atau garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  5. Jika suka simpan didalam peti sejuk, rasa puding menjadi lebih sedap jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.
  6. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak.
  7. Tutup permuakaan dulang puding dengan pingan hidangan besar yang sesuai, terbalikkan atau terlangkupkan puding tersebut supaya puding itu dapat di keluar sepenuhnya bersama kuah caramel
  8. potong ikut suka , pastikan hidangan yang bercaramel mestilah diatas, hidangkan.