Tuesday, August 16, 2011

Lychee Kang


cara menghidang Lyechee Kang 
Sagu Mata Ikan yang telah dimasak 
Air Buah Longan yang telah dimasak dan disejukkan  

Air Buah Kurma Cina yang telah dimasak dan disejukkan  


Air Buah Kundur yang telah dimasak dan disejukkan  

Bahan-bahan
Bahan A Rebus
500gm Sagu Mata Ikan @ sagu kasar/besar- tidak perlu dibasuh
Air secukupnya untuk merebus

Bahan B
500gm Logan Kering - kopek kulinya, keluarkan bijinya, basuh, toskan, ketepikan
Gula secukupnya
Air secukupnya

Bahan C Rebus
300gm Buah Kurma Cina - dibasuh
Gula secukupnya
Air secukupnya
Bahan D Rebus
1kg Buah kundur segar - buang kulit dan pulurnya, potong
gula merah atau putih - ikut suka

Cara-cara
  1. Sediakan Bahan A - Didihkan air secukupnya dalam periuk paling besar biar ia mengelegak dan mendidih guna api paling besar, kemudian taburkan biji sagu diatasnya, agak-agak lah bila nampak satu lapisan nipis, tambahkan air, rebus seketika hingga ia mendidih, tutup periuk, perlahan kan api paling kecil sekali, biar ia masak hingga jernih dan sekali-sekala kacau-kacaukan ia supaya ia tidak melekat pada periuk, tambah lagi air sekiranya air rebusan jadi pekat, masak bagi ia jernih, ulangi tambah air lagi masak sehingga sagu masak sepenuhnya dan  jernih, tutup api, tapis buang air rebusannya, bilas hingga kanjinya habis., toskan. Masa memasak lebih kurang 3 jam
  2. Sediakan Bahan B - Rebus logan kering bersama air secukupnya dengan api sederhana hingga ia kembang dan lembu, jika kurang air tambah lagi, rebus lagi guna api sederhana perlahan, apabila ia bertambah dan menjadi 2 kali ganda, masukkan gula, secukupnya rebus hingga ia empuk dan lembut, semasa merebus guna api sederhana dan tutup periuk. Masa memasak 3 jam
  3. Sediakan bahan C - Rebus kurma cina, masukkan air secukupnya, rebus menggunakan api sederhana , tutup periuk, rebus hingga ia lembut tambahkan gula, jika air kurang tambah air, tutup periuk lagi guna api perlahan, masak sampai ia kembang dan lembut
  4. Sediakan Bahan D - Rebus buah kundur dengan air yang mencukupi hinggga ia empuk, kemudian masukkan gula merah atau putih, masak guna api sederhana perlahan hingga ia jernih, masa merebus 3 jam
  5. Selok-eloknya cara memasak untuk  bahan B,C,D sila masak dengan pressure cooker kerana ia lebih senang dan cepat dimasak kecuali memasak Bahan A harus dimasak atas dapur dalam periuk biasa
  6. hidangkan panas atau sejuk  
  7. selebihnya simpan dalam bekas berasing dan sejukkan dalam peti ais