Monday, June 6, 2011

Cendol

 sesuai dihidangkan ketika cuaca panas dan  dan sebagainya...
ais ketul sudah habis dikerjakan buat cendol,  cuma sempat hidangkan  cendol tanpa ice sahaja, inshallah lain kali buat lagi...

bahan A  Homemade Cendol
10 helai daun pandan - blend halus dengan sedikit air  atau tumbuk halus, perah dgn air jadikan 500ml @ 2 cawan air daun pandan
6 sb tepung kacang hijau
4 sb tepung beras

bahan B  Sirap Gula Melaka
300gm 1 1/4 cawan gula melaka - potong kecil-kecil
150ml @ 2/3cawan  air
1 helai daun pandan - koyakan &simpulkan

bahan C
400ml  @ 1 2/3 cawan santan
sedikit garam

bahan D
Ice Shaved @ ice cube


cara-cara
  1. campurkan  kesemua bahan A tepung kacang hijau, tepung beras dan air daun pandan masak dengan  api sederhana sehingga pekat selama 5 minit atau secukup masak, tuang adunan pekat  ke dalam acuan maruku, yang berisi  ais ketul dengan  air secukupnya, tekan dalam air  ais tersebut hingga habis, ketepikan 
  2. untuk buat sirap gula melaka masukan gula melaka, daun pandan  dan air kedalam periuk yang sesuai, masak hingga gula larut , tapis dan ketepikan, 
  3. campurkan cendol bersama santan, air gula merah dan ais batu atau ice shaved, hidangkan segera