Tuesday, January 11, 2011

Chicken Burgers I

bahan A
300gm minced chicken/daging ayam kisar
1/2 biji bawang besar - potong dadu
150gm lobak putih - disagat atau blend halus, tapis, perah sedikit keluarkan jusnya, ketepikan isinya utk burger dan *ketepikan jusnya utk kuah burger nya
2 sb fresh milk/susu segar
3sb rata bread crumbs
sedikit crush black pepper/lada hitam baru ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis bawang besar
1 sb japanese soy sauce
1 sb rata tepung jagung

bahan B
*lebihan air lobak putih tadi dari bahan A
1/4 cawan ketchup tomato
1sb oyster sauce
1 sb japanese soy sauce
jika perlu sedikit minyak utk goreng burger - saya tdk letak
jika perlu sedikit crush black peper - saya tdk letak

cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu, ketepikan
  2. masukkan daging ayam kisar + soy sauce + garam + lada hitam tumbuk dalam besen yang sesuai dan gaul dengan lobak putih sagat + campuran susu dan bread crumbs yang telah digaul rata terus gaul hingga sebati dengan bawang goreng dan minyaknya sekali , bahagi kepada 8-10 bahagian, bulat2kan, toss each ball from one hand to the other hand repeatly @ bulatkan daging itu baling-balingkan bola daging dari sebelah tangan kanan ke kiri, ulangi sehingga daging kemas dan kejap dan tidak relai. Leper-leperkan daging, bentukkan seperti kepingan daging burger, tekan ditengahnya dengan satu jari supaya ia masak dengan sempurna.
  3. Dengan menggunakan frying pan yang sama, letak sedikit minyak,guna api sederhana, letakan daging burger mentah tadi masak guna api sederhana, balik-balikan selalu. hingga masak, terus tuang air lobak putih alih-alihkan biarkan daging masak seketika untuk beberapa minit, masukkan tomato sauce 1/4 cawan + 1sb oyster sauce + 1 sb japanese soy sauce + jika perlu letak sedikit sahaja sahaja crush black pepper, renih hingga secukup masak, balik-balikan selalu lagi hingga kuahnya pekat dan sederhana kering, angkat letak dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan dengan roti atau nasi panas